Tomodachi Sama

Wednesday, December 24, 2008

24.12. RoNDa rOnDa KOTA BHARU. . WiTh ALONG!

Jap lagi nak kuar g Kota Bharu. Insya Allah nanti Along amik kat Ketereh. Along ambil cuti hari ni. Sebelum tu sarapan pagi kat rumah. Selain nasi, kuih2 feveret aku ni mjadi menu untuk pagi ni. Kalau nak ikutkan, dlm banyak2 kuih tradisional Kelantan, Cik Mek Molek lah yg plg aku soker skali ;)



Along ambil aku kat ketereh dlm kul 10.30. Terkejut tengok Along pakai baju oren yg dia beli kat Topman hr tu. Kebetulan aku pun pakai oren gak. H a h a Nubies lah katakan. Jd pg tu Along tewus bw aku g Tesco Kota Bharu yg baru buka bbrp bln lps. 1st time aku dtg sini.



Kat Tesco aku beli kolam renang kanak2 saiz sederhana untk anak buah & sepupuku, & Along beli mjlh Galaxie & Maskulin. . . huhu Cayalah Along! Maskulin tu ;) Sebelum masuk pasaraya tu punyalah kitorang terkial2 nak gunakan peti simpan brg yg gune syiling tu biarpun ada arahan terlekat kat situ. Naseb abg n kakak yg jg kaunter kt dpn tu tolong h e h e.


ha Along. . beli gapo tu e?


Pose special Angah untuk Ecah

Lps masuk pasaraya & farmasi, kitorang sempat mkn aiskrim Crunch kat tmpt parking. Lps tu Along kene g office kul 12.30. Aku minta Along hantar aku kat area stesen bas Kota Bharu, sbb kat situ bnyk tmpt shopping. Along akn ambil aku semula dlm pkl 2 keatas lps selesai mesyuarat dia nti.


Antara penggunaan tulisan Jawi yg meluas d bandar KB.

Lepas Along drop aku kat area Stesen Bas KB, aku tewus g The Store. Rambang mata tengok baju cantek2 kt sane. Mase ni tgh Sale. Beli gak lah sepasang dua. Keluar The Store, masuk Pantai Timur plak. Ade Sale gak. Kat sini aku jumpe lg bnyk pilihan baju yg aku suker, semua smart, tp sbb dah beli kat The Store, tak nak lah beli bnyk2.




Keluar dr Pantai Timur, aku ke Maidin pula. Aku cuma g bahagian mainan, cari sesuatu utk Amirul & Amirah. Jumpe lah mainan jentolak & set dapur. Sbb murah sgt beli lah gak. Pastu, masuk Pasar Siti Khadijah lak. Ha. . ni tempat faveret aku nak shoping. Suke nengok kain tudung cantek2 kat tingkat 2. Dulu ms buat bisness kain tudung kat Sarawak laku sgt.




Mase g jln2 kat Putra Jaya, harga tudung kait ni dkt RM100 lebih, kat sini peniaga letak RM55 tp leh tawar lg. Sbb kekurangan modal aku tak ambil kali ni ;P
Lepas habis pusing2 kat tingkat 2, baru turun tingkat 1 tempat jual keropok, serunding & mcm2 lg. Kemudian ke basement pula, & kat sini aku suker sgt beli kuih2 kegemaranku mcm buah tanjung, dodol, & bahulu Jepun (rupanya ala2 dorayaki Doraemon tp lebih kecil).


.
Memang boleh cari makan lah kalau berniaga kat KB

Along ambil aku semula d stesen bas dlm pkl 3. Along bawa aku g KB Mall plk. Kat sana, aku masuk mensroom, n salin baju oren aku tukar ngan baju yg aku beli kat The Store. Terkejut Along tengok aku bertukar baju. Along tanya, kat ne & bila masa aku beli. Aku jawab, dlm tandas. H e h e.
Kitorang naik atas, cuci mata & cari barangan Stitch Along. Kami g kedai tmpt Along beli kole Stitch dulu. Sampai tokey kedai tolong cari sekali tp tak ada. H u h u next time ye Along ;)



Kemudian Along bawa aku g mkn kat restoran Rasa Mas. Along belanje hari ni :) H a h a bestnye Thank You Along \(^0^)/ Along mkn sikit je. Dah kenyang katanye sbb mkn kat office td. Dia tolak french fries n roti n coleslow n ayam panggang kat aku. Aku betul2 full lps tu h u h u



Along yg fotogenik. . time makan pon pandai posing


Aku? Kaku hehe

Lepas mkn, baru naik balik sambung cuci mata kat Pacific n kedai2 lain. Along masuk 1music stall, beli album Misha Omar yg terbaru. Aku tak sangka Along pun minat kat awek aku tu h a h a. Aku masuk kdai komputer, cari card reader semata2 nak upload gambar hari ni. Aku terlupa bw kabel kamera masa turun dr Serdang hari tu. Kat Pacific, beria aku suruh Along cube mcm2 baju. Geram lak aku nengok bila baju tu dah ngam ngan Along tp Along tak berkenan. Tp Along beli gak satu baju yg betul2 cantek n smart ngan die. Cuma tinggal satu tu je kat KB Mall. Limited Edision. H e h e

Dr kul 3 lbih sampai 8.45 kitorang ronda2 kat KB Mall. Tak penah aku jalan2 kat sini lama2 mcm ni. Tp kalau kuar ngan Along mmg best. Sebelum Along hantar aku balik, Along ajak makan malam lak. Mlm tu kami mkn kat gerai je. Along pesan Nasi Goreng Cendawan. Tp kali ni along dpt habiskan nasi dia smntra aku lak terkulat2 nak habiskan nasi tu. Kenyang lg time tu.



Parent & Abg aku kat rumah asyik telefon tanya aku kat mane. Diaorang risau kot aku tak penah kuar jalan2 smpai lewat mlm kat KB. Aku ckp ngan Along- kalau tak nak bg diorang risau lain kali bila aku kuar lg ngan Along, jap lg sampai umah masuk lah jumpa family aku. Statement Along lps tu mmg best- Macam nak minta izin bawa keluar awek lah pulak. H e h e. At least, bl family aku dah kenal dgn sape aku berkawan, baru senang nak kuar lain kali.

Aku sampai rumah kul 10.15 mlm. Lps jumpa family aku, Along balik Machang. Kul 11 baru Along smpai rumah kot. Mmg best giler ar kuar ngan along hari ni. Lain kali, bile aku balik Kelantan, Along ajak aku g jejalan lg :)

Tuesday, December 23, 2008

23.12 R0NdA RoNDa PaSiR MaS



Pagi ni aku ke Pasir Mas dgn family. Sampai sana ofkos g cucuk duit dulu kalau tak, tak leh lah shopping kat Pasar Pasir Mas tu. Mcm biasa kitorang g kedai Kak Yah- rakan kpd makcik ku yg menjual pakaian. Dia dah kenal sangat muka family kitorang ni, even klu aku g sorang2 skrg ni pun dia akn bg harga istimewa. Dulu mula2 shoping kat sini aku mesti bawa mak cik aku yg kerja kat Pejabat Tanah Jajahan Pasir Mas tu sekali. Adenye dia, mesti penjual bg harga murah sikit. H e h e. Adik lelaki aku beli seluar BenDavis 2 helai, baju Levis, & adik perempuan aku beli tudung bawal, baju tidur dgn baju Levis. Memang murah sangat! Aku? Aku berkenan sgt kat satu baju POLO warna oren yg ade no 3 kat lengan baju tu, saiz M, fit lah. . tp mengenangkan dot dot dot dot aku tak jadi amik walhal baju tu cantekkk sgt. H u h u. kalau Along aku pakai smart lah ;)

Kemudian kami g ke tempat lain. Adik perempuan aku beli selipar. Sementara tu, aku g tempat mainan cari "Back Hoe" utk Amirul. Ade. Warne merah. Aku beli lps dpt tawar harga bwh RM10. Sebelum balik, kitorang beli kuih muih & laksa Kelantan. Aku mcm biasa tak lupe beli kuih koleh sambal. Kuih feveret ku yg lain mcm buah tanjung tak ada kat sini. Esok kalau aku jd ke Kota Bharu, akn ku cari d Pasar Siti Khadijah.




On the way balik, berhenti jap kat 1 gerai kecil yg rupe mcm buah kelapa. Kalau singgah Pasir Mas mmg aku tak kan lupa beli Coconut Shake kat sini. Murah je, singgit dua ploh sen. Untuk aku sorang, aku beli dua, sbb aku tahu 1 mmg tak cukup h e h e





Koleh sambal
.
Kuih yg disira & Serunai


Laksa Kelantan

Monday, December 22, 2008

22 DISEMBER 2008- 誕生日お めでとう, ALONG!!


Haa
Kenal tak Abg Hensem ala-ala model Jepun kat atas ni?
Dia ialah Mr. Stitch @ Iras @ Fadli @ ALONG
Top Model di Agensi Modeling Kami
Nak berkenalan dgn dia,
boleh hubungi Mrs. Manager- Mama Cutipie ;)
=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=
H e h e
Sorry Along ;P
Saje je Angah nak usik
Apepun Along dah 25 tahun ni
Tapi
Masih Mude & Smart lg
Jadi Angah nak Wish
((((((, A L O N G!!))))))
(S e l a m a t H a r i J a d i , A l o n g ! ! )
Sorrylah Angah cakap Jepun
Saje nak bagi kelainan tahun ni
Lagipun mesti takde org penah wish Along mcm ni kan?
Angah 1st kan?
H a h a
Apepun
Semoga Along SUKSESS SELALU!!
a m i n

Singgah Terengganu & Balik Kelantan

Sabtu 20.12.2008

Kami bertolak ke Terengganu pagi ni. Dgn keadaan sakit perut sjk smlm (sbb mkn bnyk sgt sate Khamis lps h u h u) aku betul2 tersiksa d spnjg prjalanan. Naseb tak teruk sgt. Kami berhenti skjp d stesen Pertronas Karak utk beli minuman dan Mr. Potato.. and time tu lah Amirul buat lg perangainya. Di amik nye dua kotak permainan dr satu sudut & minta kakak ku membelinya. 1 Power Rangers. 1 lagi robot. Kakak ku masuk semula ke kereta stlh mmbayar harga minuman, & aku pula sambung melayan kerenah Amirul. Aku letak kembali robot tu di tempatnya, kataku 1 sudah cukup.

Aku bw dia ke kaunter bersama mainan Power Rangers, konon2 nak membayarnya. Mainan buatan China dgn harga RM15.90- siapa nak beli? Di luar aku rasa harganya tidak sampai RM10. Kemudian abg iparku dtg, lalu ku minta dia mbawa Amirul ke kereta. Tp Amirul semacam tahu taktik tu. Dia tak kemana2 selagi aku tak membayarkan mainan itu, wlaupun puas dipujuk oleh abg iparku utk ke kereta. Kemudian dia berlari keliling kaunter. Aduss, parah ni. . plan tak menjadi. . lebih parah apabila dia berjaya mengambil mainan itu dan enggan memberikannya lg kpd aku, sambil mengajak abg iparku keluar dr kedai. . h u h u mahu tak mahu terpaksalah aku membayarnye. . aku tak kisah belikan mainan utk dia, kalau sepadan dgn harganya. . Dlm kereta, kakak aku bayar balik duit aku.

Sepanjang perjalanan, sambil melayan kerenah Amirul di tempat duduk belakang, aku sempat ambil beberapa gambar. Lebih2 lg di Paka dan pesisir Pantai Marang. Cantek.




Petang itu, aku sampai ke rumak Pak Cik ku di Kuartes Balai Polis Chendering. Kami tumpang bermalam di rumahnya. Malam, kami semua ke rumah keluarga kakak ipar ku di Bukit Tunggal. Makan malam d sana. Menu- gulai ayam kampung ngang ikang. Syiok!

Ahad 21.12.2008

Pagi2 lagi aku & keluarga kakak ku ke Taman Rekreasi Batu Burok. Ibu dan ayahku tinggal di rumah. Plan nak ke pantai mulanya, tp bila Amirul ternampak taman permainan, dia terus berlari ke sana. Tak jauh pun. Sebelah2 je. Masa tu tak ramai pengunjung. Aku berlari ke sana ke mari mengejar Amirul yg galak mencuba gelongsor2 yg ada di situ. Adik perempuan ku yg turut sama mengejar angkat tangan. Semput. Kadang2 aku terpaksa heret tangan Amirul spjg berada di sana. Aktif sgt.
.





Kemudian kami ke tepi pantai. Bawa Amirul dan Amirah bermain air. Rupanya Amirul takutkan ombak. Bising betul dia bila ombak hanyutkan seliparnya. Mujur dpt di ambil sblm ombak menghanyutkan ke tengah.
Plan seterusnye ke Maidin Kuala Terengganu. Ntah mcm mn aku boleh terlupa jalan nak kesana. Cancel. Kami patah balik ke gerai makan di Batu Burok semula. Cuma aku yg memesan Nasi Dagang di gerai Kak Pah no. 30, itupun bungkus memandangkan mereka cuma mahu makan Ais Krim Goreng. Kami ke gerai lain, & aku memesan 4 Ais Krim Goreng, 1 Coke Float, 2 Milo Peng, 1 ABC. . tak lupe jugak adik ku yg memesan sepinggan kerang rebus. Dia punya feveret lah tu. Bila dah hampir selesai mkn, aku lihat 2 ketul Ais Krim Goreng tak termakan. Tak mahu membazir, kucuba habiskan jugak, walaupun tekak terasa muak. Pagi itu aku betul2 dah terlebih makan . . .

Selesai makan, abg ipar ku pulang ke rumah pak cik ku, sementara aku dan adikku mengikut ayah yg datang mengambil kami di Batu Burok. Kami ke Pasar Payang- tempat shopping yang paling aku suka kat Terengganu nih! Macam2 ada
.
Jeti ke Seberang Takir berhampiran Pasar Payang
.
Antara barangan yg boleh di dapati di Pasar Payang.
Aku bawa keluargaku ke kedai pakaian milik rakanku, PP 37 TZ Sokmo. Macam biase dia bg kami harga istimewa.
.
Kedai pakaian Cikgu Roslaily & Suaminya

Macam2 yg kami beli. Aku sendiri beli 2 helai kain sarong batik Terengganu, cantekkkkk sgt. 1 warna hijau untuk nenek ku di Kelantan, dan 1 lg warna pink- yg ini aku sendiri tak tahu nk bg siape, sbb chantek sgt aku beli je lah. Tengoklah, kot2 aku jumpe awek chantek aku bagilah kat dia h e h e.
.

.
.
.
Kedai Batik Shahira

Last sekali g bahagian bawah, tempat jual makanan. Kalau sampai Terengganu biasanya aku beli celagi manis (asam jawa), biji ketereh (kacang gajus), dodol daun palas, & keropok sira pedas.
.

Lepas shopping, kami terus pulang ke rumah pak cik. Waktu mkn tengah hari, aku tak dapat mkn banyak sbb kekenyangan ais krim goreng walaupun menu paling best hari tu udang masak gulai lemak. Lepas makan, terus kami pulang ke Kelantan.

19.12. .

Jumaat. 19.12.2008

Pagi2 lagi Amirul dah kecoh. Maklumlah jap lg Cik Long-kawan kakak akn ambil & hantar diorang ke nurseri di tempat kakak ku bekerja di Putra Jaya. Sambil menunggu tu, sempat dia dgn beg pakaiannya beraksi kat dpn laman rumah. Amboi kemain lagi dgn lagaknye mcm Naruto dah aku tengok.. sesekali aku tergelak tengok lagaknye mcm penari ballet. . Terlompat sana terlompat sini dgn buku Ultraman yg aku berikan pdnya dulu. Bila Cik long sampai, mcm biasa Mak Cik Gayah yg tumpang Cik Long ke Putra Jaya akn turun sambut Amirul naik kereta. Amboi berbulu mata aku tengok Amirul mintak Mak Cik Gayah tunduk sbb Amirul nak sayang (cium) pipi dia. Aku Ayah Ngah dia sendiri dia tak cium pun pagi tu! Hampeeesss!!


ninja kampung konoha
.


ballet mode

18.12 . . Pay Day

Khamis. 18.12. 2008

Hari ini gaji masuk. Mcm biasa aku tak lah se xcited mana. Agak lewat juga hari tu aku check gaji ku melalui Maybank2u. . ye lah dpt gaji pun tolak sana tolak sini masuk sana masuk sini berape je yg tinggal ye dak. . Tetibe aku terkejut tengok angka gajiku bulan ini. Mak datuk banyak nye! Baru aku teringat, itu duit tunggakan elaun aku mengajar Sains & Matematik selama 3 tahun sblm ni. Aku ingatkan aku dah tak dpt duit tu tahun ni. Syukurrrrr bangat \($0$)/

Aku tengok jam d dinding. . kul 1 lebih. . . kukira masih sempat untuk aku ke bank, mengeluarkan kesemua tunggakan utk disimpan dlm ASB. Lagipun kalau tak silap perkiraan ku hari ni hari terakhir utk semua urusan di kaunter ASB. Makin banyak aku simpan, makin banyak le dividen nti. Nasib baik ASB tetapkan tarikh tutup esok 19hb. Diorang nk bg can kakitangan kerajaan buat penyimpanan terakhir lah tu. H e h e. Sebelum ke bank, kubuat dulu perkiraan perbelanjaan ku utk bulan ini. Bonus tahun ini ku buat byr hutang kad kredit sewaktu mmbeli kamera dlu. Selesai, aku ke bank pula.

Di bank, aku keluarkan sdkit duit dr tungakan yg ku terima. Niat ku , belanja family makan sate! Jadinya, petang itu juga kami ke Kajang. Aku pesan sate ayam, sate perut, sate arnab & sate rusa. Sebenarnya aku yg mengidam sate rusa & arnab tu sbb tak penah rase. Petang itu aku makan 25% dr bilangan sate yg ade bersama family ku seramai 8 org lg h e h e terlebih sudah XD

Lama tak datang sini. . .

Kadang2 terpikir gak, dr asyik mkn KFC, elok
gak pekena sate. Sedap ape?!

Friday, December 19, 2008

Ilham Rugged Dan Santai Dimana Sahaja. . .

Perkembangan fesyen memberikan anda peluang untuk tampil berbeza. Sesekali anda boleh beralih kepada gaya yang lebih moden, atau anda boleh saja memilih gaya yang agak klasik kotemporari. Mengakhiri penghujung tahun ini, jika ingin berhibur bersama teman, rugged dan santai merupakan antara pilihan yang sesuai.



























Rugged dan meyakinkan! Pemakaian jaket denim pasti menyerlahkan kemaskulinan mu. Apalagi dipadankan bersama jeans berona lusuh sebegini. Penggunaan beg silang menampakan lagi ilham santai yang tersendiri.


























AURA OREN. . Pemakaian sweater sebegini menampakan gaya yang santai dan bersahaja, namun mampu menarik perhatian. Hadir dengan mood yang ceria dan bertenaga, pilihan ini pasti menyerlahkan lagi keremajaan anda.
FOTO ANGAH ZAMANI DENIM EDWIN SWEATER TOPMAN BEG SILANG TROPICANA
LOKASI MID VALLEY MEGAMALL SUNTINGAN MAMA MODEL ALONG IRAS
==0==
Amacam Mama, Along? Okey tak version Angah pasal ronda2 kita kat Mid Valley hari tu? Sorrylah Angah ada problem utk upload gambar, sbb tu lambat edit blog ni. Gambar Along yg ada frame tu pun amik kat blog Mama. H e h e. Anyway, this is my 1st story to be publish in Blogspot. Cayalah!
Actually gambar ni diambil 15 hb lepas, mase Aku & Along g jejalan kat KL. Waktu tu, aku tiba tepat kul 11 spt yg dijanjikan d KL Sentral utk jumpa Along. Kmdian kami terus ke Mid Valley dgn Komuter. Tmpt yg mula2 kami masuk ialah Jaya Jasco yg tengah buat sale. Kami survey dulu brg2 kat situ. Lepas tu nak pusing2 satu Mid Valley. Along tanya aku, " Mana kedai souvenier kat sini. . ." belum pun sempat aku menjawab mata Along dah nampak Stich nye d sebuah kedai puzzle. Aku mengikut masuk, tp kmdian Along kt nak g tengok kat tempat lain dlu.
Aku mengajak along singgah d Top Man, walaupun mulanya aku rasa tiada apa utk kami beli d sana. Butik d mana Nubhan beli outfit yang dipakainya semasa mmbuat persembahan d Konsert Jom Heboh Batu Kawan. Kami jumpe outfit tu, mak datuk mahalnye! Tapi yelah Nubhan kan artis ofcorse dia mampu kan. Along berminat nak tengok beberapa helai baju, dan Along tertarik kat sehelai sweater warne Oren. Nubies lah katakan ;) Alang2 mencuba, aku pilih beberapa helai baju lagi utk dipadankan oleh Along. Time tulah tetibe aku rs mcm perunding imej lak. Akhirnya Along beli sweater oren tu. Mmg padan ngan Along, nmpk slim je.
Dah naik turun Mid Valley, kami ke JJ semula. Along beli long sleve dgn jalur menegak hitam purple utk ke pejabat. Aku pula, belek je lebih, belinya tidak. Time tulah Mama muncul di dpn ku. Jeng jeng jeng. . . Kali pertama aku bertentang mata dengan Mama yg slama ini kecoh ku ajak main kejar kejaran di forumation. H e h e
Bila aku rs tak ada apa untuk dibeli, kami ke Metro Jaya pula. Kami dah survey beg Tropicana kat situ sebelum jumpa Mama. Mulanya aku tak sangka pula Along nak beli gak beg silang, dan bila kami berdua dah pilih beg masing2, dapat lah potongan 20% setiap sorang. Kalau aku beli sorang, tak de nye 20% tu. Naseb Along pun beli gak. Thanks Along ;)
Lepas tu, kami turun ke tingkat bawah, mencari keychain Stich untuk Along. Akhirnya jumpe gak ape yg Along cari sejak mula2 sampai kt sini lg. Along boleh siap bagitau kami perbezaan antara Stich & Baby Stich lg berdasarkan keychain tu. Y e ke? Angah kenal Stich je Along ;)
Mulanya aku nak belanja Mama & Along mkn Sundae kat McD, tp blum pun sempat aku kuarkan duit, Mama dah bayar dulu. Thanks ye Mama. Kmdian, aku ajak mereka makan KFC. Dlm kesesakan org ramai ade gak tempat duduk utk kami. Aku beratur, sementara Along & Mama duduk berborak. Time beratur tu, ade perempuan Arab kat belakang aku ni tanya pasal tabung derma kat kaunter KFC tu. Dia tanya, boleh percaya tak kalau nak menderma kat situ. Aku jawab okey je lah. Can, ofcorse. Lepas tu tak tahulah dia masukan berapa, sbb orang Arab kan kayo2.
Lps mkn, g jejalan lg. Kitorang dah mmg tak kuar dr Mid Valley sbb time tu KL jem teruk. Aku ajak Mama & Along jalan2 lg. Satu2 kedai & butik kami masuk. Time tulah aku terpandang jaket denim yg dipakai patung kat kedai Edwin. Smart lah pulak patung tu pakai. Time tu Along boleh berkenan kat jacket tu. Mulanya Along amik saiz L warna gelap pilihan aku, tp saiz tak ngam dgn bdn Along. Mama pilih warna yg cerah sikit utk Along, saiz M, baru ngam. Aku tengok jaket tu kene pulak dgn seluar jeans Along. Mmg smart lah! Time tu aku curik2 amik gambar Along, walaupun aku tahu tak leh amik gambar. Pekerja tu sound kitorang, tp ada aku kesah? Janji dpt amik. H e h e
Lepas lama membelek diri d dpn cermin, Along pun jadi ambil jaket tu. Dapat pulak 20% diskaun, murah lah jadinya. Mama nak amik gak mulanya tp tak de yg utk perempuan punye. Aku pun nak amik gak tp bila mengenangkan sesuatu. . . aku tak jd. Terus ku ajak mereka keluar selepas Along membayar harga jaket tu.
Tiba masa yg kutunggu. Sewaktu berehat d pangku dekat tingkat atas, setelah puas melihat haiwan peliharaan d Pet World, aku & Mama paksa Along pakai pakaian2 yg dibelinya untuk diambil gambar. Dr riak wajah Along aku tahu Along menahan segan & malunya. Kesian pula kulihat Along berposing sakan spt yg diminta kami. Tp demi merialisasikan amanat Ecah & Chuna utk membuli Along, ku tahan juga malu ku mengambil gambar Along yg ternyata lebih malu sambil mengawal senyum nye, h e h e sorry ea Along, bak kata Ibu Simah gurau2, usik mengusik tu membawa bahagia ;) Along ni sporting! Cayalah!
Selesai sesi penggambaran, aku teras dahaga, lantas aku mengajak mereka ke Medan Makan. Kubeli Milo Peng, & Teh O Peng utk Mama, smntara Along tak mahu minum apa2. Along nak naik bas sebentar lg, sbb tu Along tak mahu makan & minum sgt. Kemudian, kami terus ke tmpt parking. Mama bayarkan harga tiket RM5 sbb nak temankan kami kat sini. H u h u. Thanks Mama.
Dalam kereta, aku cube menghayati lagu Anuar Zain yg dipasang Mama. Along cukup suka lagu tu. Tp aku payah sikit sbb aku tak minat Anuar Zain h a h a tp lagu tu mmg penuh bermakna sbnarnye, cume aku je yg tak tahu menghayati time tu.
Mama mghantar aku & Along ke Hentian Putra sebelum pulang ke rumah. Aku temankan Along sebentar d sana, sebelum pulang menaiki Komuter ke Serdang. Aku berat hati sebenarnya nak balik tinggalkan Along, yelah punyalah seronok kami hari tu, tp aku harap dpt jumpe Along lagi lepas ni, SOKMO2!


Bersama Along & Mama, pasti kenangan yg sukar dilupakan!