Tomodachi Sama

Friday, January 2, 2009

Mesyuarat Awal Tahun

Anyway sebelum aku tulis ape2 aku nak ucapakan Thank You kat Mama, Ibu Simah & Ajoy yg terlibat secara tak langsung dlm pembikinan blog ni. Kebanyakan widget aku ambil dr blog anda semua. Mule2 dgn Neo Counter dr Ibu Simah, kemudian Chat Box dr Ajoy, & akhir sekali jam, LED text scroller, kalender Hijrah, & Muzik Playlist dr pautan yg ada kat blog Mama. Thank You Semua \(^0^)/

Sabtu 3 Januari

Hari ni kene g sekolah, ade mesyuarat pertama tahun ni. Sebelum sampai sekolah, makan jap kat kedai mamak. Pekene roti canai kosong ngan milo panas. Roti canai pisang kesukaan aku tak ada. Bila mkn, laaaa ni roti ke biskut? roti canai tu rangup pula tp telan jelah huhu 1st time pesan roti canai kat sini, kalau nasi tu biasalah.

Dekat 8.30, aku sampai sekolah. Kak Ros yg baru lps bersalin tegur aku. "Kenapa akak tengok kau lain je ni? Ke kau dah bertunang tak bagitahu ni" Korang paham tak? maksudnye, dia tanya kenapa aku dah GEMOXX?? & then Hafizah lak dtg. terkejut dia tengok aku (ape tak penah tengok aku gemoxx ke? aku bukan gemox le cume berisi sikit huhu)

Mase tu tak ramai lg yg dtg. Aku tertunggu2 2 anak dara kawan baik aku tu dtg, Haslina & Mazlina. Ex Housemate diorang Salina baru je ke Sabah smlm. Tahun ni dpt ikut suami mengajar kat sana. Baru je kahwin. (Salina sowwylah tak dtg majlis kawin kau h u h u). Suddenly diorang dtg. Amboi kemain Haslina kata aku dah lain. 3 org dah kata cam tu. Lantaklah, nanti kuruslah balik tu.

Selesai mesyuarat, aku g pejabat nak amik buku rekod tahun ni. Kak Tina kerani yg ade kat bilik GB ckp " Zamani banyak gilak surat kitak sebelah ya" Aku ke sebelah nengok letter box. Kak Nor yg tgh cari surat dia gak time tu ckp " Banyak betul surat kau Zamani" Ye ke? Aku selak satu2.. eh eh kejap2 aku punyer, kejap2 aku punye... adelah 15 pucuk semua. Mcm biasa statement dari Maybank, CIMB, Celcom utk 2 bln tp yg peliknye Reader Digest yg tak penah2 hantar surat pon hantar gak. Belum kira lagi Pantene hantar sample produk diorang kat aku. Ntah dr manalah diorg dpt alamat aku. Kat bilik GB, GB kt aku dah ... korang paham2 jelah AAARRRGGGGHHHH 4 org dah tegur hari ni. Kuar lak, Cikgu Dini duk tenung aku semacam hah! aku tahu dah tak ade bende lain lah tu "Apahal aku tengok Zamani ni dah bulat semacam dah ni"

.......

Hu hu

Thursday, January 1, 2009

あけましておめでとうございます!!



Sebenarnye den tgh malas ni.. nak wish Happy New Year pon tak de smngt.. yelah den baru je sampai dr smnjg, bl blik sarawak ni rasa sayu lak.. im not in the good mood yet.. dah lah asyik sakit kepala je ni, kat rumah ms cuti tak pernah2 pening pun..but suddenly, tjumpa grafik canteeeek ni dr Anis Hayati kat Nubhan FC. Zam kidnap yo Anis? Canteeeek sgt, sampai buat Zam nak tepek kat sini. H e h e

Jadi, kpd semua, Zam Ucapkan

! !
( a k e m a s h i t e o m e d e t o u g o z a i m a s u )
H a h a
Sajo yo nak buet gempaq wish dlm bahaso Jopun
Muak dah wish ikot BM, BI
H e h e
Semoga tahun ini kito berusaho utk mencapai azam & cito2 masing2 yo
Ikut ghaso hati den, den nak kuwuskan badan tahun ni
Peace (^0^)//

Hari-Hari Terakhir Cuti Ku Di Serdang

30.12.2008 Selasa

Aku di rumah saja pg ini. Dlm kul 11, kawan ku Edziani dtg ke rumah, mengajak keluar minum2 di luar. Kami ke sebuah restoran mamak di Serdang. Aku memesan roti pisang dan milo peng, sementara Ed memilih roti kosong ngan teh o panas. Kami berborak. Ed buka topik tentang filem Yes Man lakonan Jim Carrey yg di tontoninya.



Perkara PENTING yg aku belajar dr sinopsis cerita ini spt yg diberitahu Ed ialah,

Jika kita berasa tidak mahu lagi berada dlm kehidupan sekarang yg tidak berubah & membosankan, cubalah hidup dengan cara yg baru dan menyeronokkan. Bagaimana?
Caranya ialah dengan mengatakan 'Yes' atau Ya untuk menyahut setiap peluang baru yg dtg pd kita. Contoh- Jika dtg seorang teman mengajak kita mengikut nya bermain bowling tetapi kita tolak pelawaannya krn tidak tahu bermain. APA YG KITA DAPAT? Tiada apa2. Sebaliknya, cuba kita katakan YA pd pelawaannya, sekurang2nya kita mendapat pengalaman baru bermain bowling dan bergembira dgn rakan2. Betul tak? Masa kita akn dipenuhi dgn aktiviti2 yg berfaedah dan kita tidak akan mengsia2 kan usia kita. Aku betul2 spt tersedar dr tidur aku pd waktu itu.

Bila Ed pulang, aku ke kedai buku Uniprint, membeli Diari baru. Aku biasa membeli alat tulis dan komik Doraemon disini ketika kecil dulu. Kemudian aku ke kedai runcit Ban Soon, mencari pembersih muka Safi. 1st time beli ni. . dulu pakai Felisa utk hilangkan jerawat, skrg nak cube yg biasa2 je, skdr utk bersihkan muka dr kotoran. Harap serasi dgn kulit. Tahun baru ni, rasa nak buat penampilan lain sikit..

ntah lah tiba2 semangat nak buat penampilan baru tu melonjak2 balik.. kalau boleh nak kuruskan sikit badan, & cerahkan sikit kulit yg kusam ni h a h a kali terakhir aku semangat camni tahun 2005.. time tu tak sentuh nasi 2 bulan, makan supliment De Ayu utk pulihkan parut jerawat kat muka (Thanks to Kak Azizah, Anggun Beuty @ Pertama Kompleks) & buat exercise dgn Ab Pro King. Mmg menjadi lah. Masuk sem baru kat maktab ramai yg tegur aku nampak lain. H e h e hrp2 berjayalah.

Tiba2 aku teringat kat lilin resdung yg aku beli kat Anjung Putra Jaya dulu. Aku blum lilinkan muka aku lg. Ingat nak mta tolong abah lilinkan. Tp ptg tu, aku duduk depan cermin dan buat sendiri. Aduyai peritnya hidung pedihnya mata bila asap tu masuk uhuk uhuk berair mata aku tahan pedih n perit tp akhirnya berjaya gak habiskan 3 btg lilin.

Petang, Amirul balik ke Serdang dr Putra Jaya. Mlm tu jelah aku nak tengok Amirul & Amirah puas2 sblm balik ke Sarawak esok. Aku dah sedih dah time tu. Mood pun boring je. Nasib baik Amirul nak bermalam di Serdang. Aku tersenyum balik. Bolehlah gurau2 dgn dia puas2 mlm ni.

31.12.2008 Rabu

Pagi, aku keluarkan kolam yg dibeli di TESCO Kota Bharu bersama Along dulu. Seronok tengok Amirul bermain air. Tergelak aku tengok gelagatnya. Stlh kurasa agak lama dia bermain, aku ajak dia masuk kerumah utk menonton Cicak Man. Ketika aku tergelak melihat aksi Cicakman, Amirul ikut gelak sambil memandang ke arah aku. Tengah hari, dia ikut sekali menghantar ku sehingga ke LCCT bersama Ibu, Ayah & juga adik perempuanku. Dlm perjalanan, banyak kali aku minta Amirul sayang (cium) pipi aku. H e h e seronok dgn kelakuan dia tu.

Sewaktu kami sampai di bangunan terminal, tiba2 Amirul bersuara stlh tdiam sbntr "Amirul nak ikot boleh?". Aku tak sangka pertanyaan itu keluar juga dr mulutnya. H u h u apa aku nak jawap? Serba salah aku waktu tu. Dua kali ditanya nya. Skjp aku kata boleh, skjp kata tak boleh. Ayah aku jawap, Amirul kene masuk beg Ayah Ngah lah mcm tu. Mak aku pula jawap, tak ada tiket Amirul. Di LCCT, ketika kereta ayahku bergerak meninggalkan aku, Amirul melambai dan melihat ke arah aku dgn senyuman. Lama gak, sblm dia memandang ke depan semula. Hu hu ni yg buat aku sedih ni ;'/

Tuesday, December 30, 2008

Balik Serdang. . h u h u h u

29.12 Isnin

Hari ni kene balik Serdang. Huhu tak bestnye. Rase kejap sangat cuti ni. Rabu kene balik Kuching pulak. Tak mau tak mau ;'(

Pagi tu sblm Subuh, hujan lebat sgt- aku ingat dah banjir dah rumah nenek. Tp tak banjir pun. Pukul 8 lebih, lps berkemas dan sarapan, kami bertolak pulang. Aku naik kereta abg iparku, maknanya aku kene layan kerenah Amirul di spanjg prjalanan.


Selamat tinggal kampungku h u h u

Melepasi Bandar Ketereh
.
Banyak tmpat yg kami singgah d dlm prjlnan. Hentian Rehat Benta, gerai makan di Bentong dan juga Masjid Tengku Sulaiman di Bentong.

Masjid ni bnyk menyimpn kenangan zaman kecil aku, setiap kali dlm perjalanan KL-KB-KL. Mase aku kecil2, aku yg paling seronok singgah sini sbb kat sini banyak KUCING. Kalau kami berhenti makan di sini dulu, ade je kucing yg dtg mengiau mta diberikan makanan. Penah sekali, aku bermain dgn seekor kucing yg kudung kaki kanannya di sini. Manje betul. Sempat selinap masuk dlm kereta ayahku lg. Aku senyap kan aje, dgn harapan aku dpt bw kucing tu pulang tanpa disedari sesiapa pun. h e h e. Plan aku tu tak berjaya lah ;P
.
Masjid 'kucing' h e sesuke hati je aku tukar nama


Terowong Lebuh Raya Karak
.
Sbb banyak sgt berhenti, kami tiba di Serdang pukul 6. Ayah ku yg bertolak sama dgn kami pg td tiba pukul 5. h e h e

Tanah Serendah Sekebun Bunga

3 hari terakhir dikampung, selain keluar ke KB dan Pasir Mas, aku keliling rumah nenek mengambil gambar2 tanaman & pokok2 yg ada. Diantaranya ada yg berusia lebih tua dari aku, & sejak aku kecil lg pokok2 itu telah ada di situ. Semuanya memberi kenangan kpd aku, terutamnya pokok jambu air, limau bali & buah katak puru. Dulu, ada juga pohon cermai & pokok ru di sini.


Buah Katak Puru, biarpun namanya begitu, tp sedap dibuat 'colek'


Limau Bali

Pokok Buah Naga


Pokok rambutan yg baru berbunga

Nangka ke cempedak ni?


Cili Padi di belakang dapur

Dah besar ubi keladi ni. . goreng pon sedap


Jajaran pokok duku di blkg rumah, tp belum sampai musim buahnya

Keesokannya, aku ambil pula gambar bunga2 orked nenek

.





Jambu Air.. feveret aku bila dicicah dgn gula shj
.

Datuk mengutip air nira dr pokok2 kelapa di sini
.

Pokok salak
.

Biri2 datuk yg chumel

Sunday, December 28, 2008

Hujung Minggu Ku Di Kampung

27.12 Sabtu

Pagi, Ma memanggil aku turun ke dapur utk menyiapkan sarapan pagi. Aku tolong sikit2, apa2 yg sepatutnye. Jadi menu pagi ni Nasi Putih dgn Hati Goreng, Ikan Selar Goreng & Sup Sayur Peria & Sawi.


.
Tengah hari pula, aku tak pasti samada ma atau nenek yg memasak. Tahu2 bila dipanggil makan, lauk dah siap terhidang. Menu mkn tengah hari ni best, lame tak merasa lauk ni- Sayur Pucuk Ubi & Keledek Masak Lemak. Plus, Ayam Goreng Kunyit & Ikan Kerisi Goreng.


.
Tengah hari, aku keluar ke KB lg. Kalau dulu dgn Along, hari ni aku keluar dgn abg iparku, adik, Amirul & sepupu2 ku. Saje nk jln2 bawa adik perempuan ku yg belum sempat lg ke KB Mall.


Farah Fauzana manis bertudung di Kelantan
.
Along, ingat tak tempat ni?

Ice Cream Cup yg aku beli kat farmasi di KB. . RM2.20


28.12 Ahad
.
Hari ni, sarapan pagi Nasi Goreng & Laksa. Ma yg menggoreng & abah yg membeli laksa. Tak lupa juga kuih2 spt Apam, Tepung Bungkus, & Lempeng. Di kampung, selain kami sekeluarga, ada juga keluarga makcik ku yg duduk di Shah Alam, dan juga sepupuku yg tinggal di Pasir Mas. Bila ramai2 di rumah nenek, mmg bnyk makanan yg disediakan.


Antara kuih yg dibeli utk sarapan pagi

Pagi itu, datuk menangkap 2 ekor ayam kampung utk dimasak nenek. Jadi menu hari ni Ayam Kampung Goreng dan Gulai Ayam Kampung.





Lepas siap memasak, nenek buat pula Pengat Pisang. Kebetulan banyak pisang yg diambil datuk dr kebun, kalau tidak direbus, dibuat kuih atau pengat, pisang2 pasti tak termakan. Kemudian nenek menyambung pula kerjanya dgn menghiris betik untuk dibuat Sira Betik kegemaranku. Thank You Nenek \(^0^)/


Pengat Pisang Batu
.
Petang, slps mkn, aku ke Pasir Mas pula dgn abg ipar & kakak. Singgah di Pantai Timur yg baru dibuka di Pasir Mas. Beli kasut baru utk Amirah. Kemudian ke Kedai Kain milik Abg Yie, cari tudung untuk kakak ku. Mak Cik ku yg baru habis kerje yg menemani.

Hujan turun sewaktu kami hendak keluar



Pejabat Tanah Jajahan Pasir Mas

Habis membeli brg2, kami singgah ke rumah makcik dulu sebelum balik ke rumah nenek. Kami sempat makan Nasi Kukus Ayam Berempah yg dijual berhampiran Pantai Timur. Makcik yg beli. Sewaktu membuka bungkusan nasi, aku terkejut melihat lauknya- 1/4 bahagian ayam! Aku betul2 kekenyangan slps itu, & melihat perut ku, abg iparku menegur-mcm mengandung 9 BULAN! H u h u

Saturday, December 27, 2008

Hari-Hari Ku Di Kampung

25.12 Khamis
Hari ni cuti am. Abg ipar ku ke KB hari ni, dgn kakak, abg, kakak iparku & adik. Aku tak ikut sbb dah tak muat kereta. Lagipun baru smlm keluar dgn Along. Hari ni mesti rmai org kat KB. Kalau pergi, msti dpt penat je. Along pn mungkin keluar ke KB hari ni. Bawa familynya brjalan2 pula slps seharian kami mghabiskn masa smlm. Kata Along, smlm Friend Day, so hari ni Family Day. He he. Aduyai. Keboringan melanda. Aku ambil permainan yg kubeli smlm & berikan kpd Amirah dan Amirul. Soker betul Amirah dgn set dapurnya.
.
Tak lama lps tu, nenek & ma pangil aku ke dapur. Ingatkan ape, minta aku tolong buat kueh rupenye. Jadi ptg tu aku tolong buat Putu Halba, lain sikit dr Putu Mayam yg biasa dibeli di pasar malam. Aku pangil juga adik perempuanku utk dtg menolong.
.
1. Ubi kayu yg telah diparut & diperah airnya.
.

2. Antara bahan yg digunakan-gula Melaka (atas) & halba, bawang merah, bawang putih & halia (bawah)


3. Parutan ubi kayu yg tlh digaul dgn campuran halba, bawang merah/putih & halia diletakkan dlm acuan bulat. Kemudian,gula Melaka ditabur, & ditutup dgn campuran td.


4. Acuan ditekap dan disusun di dalam kukusan & dimasak.


5. Setelah siap, Putu Halba dihidangkan bersama parutan kelapa.

26.12 Jumaat
Hari ni kami bergulai (buat kenduri) pula. Aqiqah utk sepupuku yg baru lahir. Dr petang smlm kami bergilir2 mbuat kerja. Belah kelapa, potong bawang & sbgainya. Aku mcm biasa kene tolong masak gulai kawah. Mlm tu aku & adik lelaki ku cuma masak rempah ratus utk gulai. Pg Jumaat tu baru kelapa diparut & diperah, sblum dimasukan dalam gulai dgn daging yg sudah siap dilapah.
.
Lepas santan siap, aku membakar Ayam Percik pula. Kerje yg paling aku suke buat
.

1. Ayam yg telah direbus dgn rempah sebelumnya, di bakar.

2. Setelah agak merah, ayam di celup di dlm kuah percik.

3. Ayam yg dicelup akan dibakar lg sehingga agak garing.

4. Semasa menghidang, sekali lg kuah percik dituang di atas ayam.. yum yum
.
Antara hidangan lain yg disajikan kpd tetamu. .

Sira Betik, faveret aku selain Ayam Percik

Acar Timun dgn Nenas & Lobak

Gulai Daging Biri-biri & Pisang

Nasi Putih

Gulai Daging Lembu & Umbut Kelapa

Cukup 7 hidangan, bersama Sambal Jeruk Cili Padi dan Pulut Kuning