e

Tuesday, December 30, 2008

Balik Serdang. . h u h u h u

29.12 Isnin

Hari ni kene balik Serdang. Huhu tak bestnye. Rase kejap sangat cuti ni. Rabu kene balik Kuching pulak. Tak mau tak mau ;'(

Pagi tu sblm Subuh, hujan lebat sgt- aku ingat dah banjir dah rumah nenek. Tp tak banjir pun. Pukul 8 lebih, lps berkemas dan sarapan, kami bertolak pulang. Aku naik kereta abg iparku, maknanya aku kene layan kerenah Amirul di spanjg prjalanan.


Selamat tinggal kampungku h u h u

Melepasi Bandar Ketereh
.
Banyak tmpat yg kami singgah d dlm prjlnan. Hentian Rehat Benta, gerai makan di Bentong dan juga Masjid Tengku Sulaiman di Bentong.

Masjid ni bnyk menyimpn kenangan zaman kecil aku, setiap kali dlm perjalanan KL-KB-KL. Mase aku kecil2, aku yg paling seronok singgah sini sbb kat sini banyak KUCING. Kalau kami berhenti makan di sini dulu, ade je kucing yg dtg mengiau mta diberikan makanan. Penah sekali, aku bermain dgn seekor kucing yg kudung kaki kanannya di sini. Manje betul. Sempat selinap masuk dlm kereta ayahku lg. Aku senyap kan aje, dgn harapan aku dpt bw kucing tu pulang tanpa disedari sesiapa pun. h e h e. Plan aku tu tak berjaya lah ;P
.
Masjid 'kucing' h e sesuke hati je aku tukar nama


Terowong Lebuh Raya Karak
.
Sbb banyak sgt berhenti, kami tiba di Serdang pukul 6. Ayah ku yg bertolak sama dgn kami pg td tiba pukul 5. h e h e

Tanah Serendah Sekebun Bunga

3 hari terakhir dikampung, selain keluar ke KB dan Pasir Mas, aku keliling rumah nenek mengambil gambar2 tanaman & pokok2 yg ada. Diantaranya ada yg berusia lebih tua dari aku, & sejak aku kecil lg pokok2 itu telah ada di situ. Semuanya memberi kenangan kpd aku, terutamnya pokok jambu air, limau bali & buah katak puru. Dulu, ada juga pohon cermai & pokok ru di sini.


Buah Katak Puru, biarpun namanya begitu, tp sedap dibuat 'colek'


Limau Bali

Pokok Buah Naga


Pokok rambutan yg baru berbunga

Nangka ke cempedak ni?


Cili Padi di belakang dapur

Dah besar ubi keladi ni. . goreng pon sedap


Jajaran pokok duku di blkg rumah, tp belum sampai musim buahnya

Keesokannya, aku ambil pula gambar bunga2 orked nenek

.





Jambu Air.. feveret aku bila dicicah dgn gula shj
.

Datuk mengutip air nira dr pokok2 kelapa di sini
.

Pokok salak
.

Biri2 datuk yg chumel