e

Sunday, January 18, 2009

Jia Yo Jia Yo!! ( Chayok Chayok )



Heliza And Stacy

Do your best k!







.....

Ketika ini aku sudah menonton persembahan Aizat, Faizal Tahir, Heliza, Stacy, Ziana Zain, Meet Uncle Hussein. Aku rasa juri2 mesti tengah sewel! FOR SURE!!! Semuaaaaa Superbbbbbbbb!! Aizat dgn lirik lagu yg bersahaja tapi persembahannya membuatkan aku teruja & feeling habis. Tak tergambar perasaan aku tuh! Sama gak dgn Faizal Tahir, lebih2 lagi bila dia menyanyikan lagu keduanya Sampai Syurga! Tak tau nak kata apa tp mmg Giles semaksimas habis!! Aku secara jujur bukan peminat mereka tp aku betul2 teruja ngan diorang ni!!! Both of you realy ROCKS TONIGHT!!

Bila time Heliza, Ya Allah~.. Masyuk nyeee~.. Asyik nyeeee~ aku..kepala aku dah mula terlentok lentok dengar suara dia. . Cantiknyaaaaaaaa dia malam ni... Aku khayal dan tersenyum sampai sudah.. Suara lembut dia mengalun jiwa aku.. Ya Allah kalau dia ni mengaji mesti sedddaaappp bangat! Tapi lain lak time Stacy! Aku terjerit2 mcm tersampuk setan!! Aku terasa betapa hangatnye malam ni! Aku terikut2 energy yg dibawakan olehnya! Memang I LOVE U LAAHHHHHHHHH Stacy!! You mmg SUPER STACY LAHH!! Di pentas yg sama ini dia pernah mencipta kejayaan, dan pada mlm ini Stacy kembali dengan lebih hebat dan bertenaga berbanding dulu! Aku mcm sedang menonton konsert artis luar negara! I LOVE UUU!! Tak sia sia aku AFUNDI dia dulu XD

Meet Uncle Hussein pula mulanya aku tak minat nak dgr walaupun aku cukup terhibur dgn lagu dia ni.. tapi time dia buat opening dan ditambah solekan badut yg dramatis, kakiku mula tergerak2 mengikut rentak lagunya! Persembahn yang penuh EMOSI dan DRAMATIK! GILES lah diorang nih! Betul2 teruja aku dibuatnya! Memang memang memang besttttttttttt! Korang buat macam konsert SUPER STAR lah!!!! Macam nilah ARTIS MALAYSIA!!!!!!


....

Keputusan dah keluar. Tak kesah lah tak ade artis yg aku minat menang mana2 kategori TAPI JANJI AKU PUAS!! Biarpun sangkaan aku Faizal Tahir akan menjuarai Juara Lagu meleset jauh, tapi THERE'S NO DOUBT about Meet Uncle Hussein! Diorang ni memang DRAMATIK & ENERGATIK! Macam Konsert Super Star korang buat!! Samada Faizal Tahir atau M.U.H yang menang, memang dua2 bagus. Jadi sebab tulah, aku tak kesah.
Tadi time persembahan diorang, aku mcm giles skit.. Teruja. . Histeria. . Sekarang ni dok istighfar balik he he
Taubat aku malam ni
Setahun sekali je aku jadi mcm ni hehe
....

Bakpe susah sangat nak caghi mung?? (Why It's Hard Looking For You??)

Hari ni aku kuar ke pasar (Bandar Kuching) nak beli Berita Minggu. Mulanya ke Satok, tp kedai yg jual surat khabar tutup. Aku leh lupa lak hari ni Ahad huhu nak tak nak aku g 7E, tp yg tingal cuma senaskah surat khabar Inggeris je. Kemudian aku ke dua kedai buku yg aku nampak dr jauh mcm buka tp malangnya Berita Minggu dah sold out! Geramnye. . kenape lah mncabar sgt nak dapatkah BM ni. Aku ke tempat menunggu bas di depan bangunan Saujana, dgn harapan uncle yg menjual surat khabar di bawah jejantas tu ade hari ni. Adus! Uncle takde le. . Uncle lagi sorang yg jual paper & megazine kat depan Elektra pun takde gari ni h u h u perut lapar tekak pedih sbb tak sarapan lg tapi selagi tak jumpa ape yg aku nak aku tak kan berhenti. Aku g lak kat tempat brother jual majalh tepi KFC tp taraaaaakkkkkkkk. Yg aku jumpa cuma mjlh Mangga yg ade gambar Nubhan & Stacy. Nak beli tp aku lupakan dulu sbb nak cari BM. Last target aku ke sbuah kedai d dpn balai polis. . H u w a a a a a a a a a takde g ak k k k k!! Dokek mano den nak caghi Berito Harian nih?! hu hu aku patah balik, n then dari jauh aku nampak mcm Berita Minggu yo dokek brother td. . Ah hah! Topat sekali! Ado pun ekau! Dah ponet den berjalan carghi ekau! H u h u. . Pastu barulah aku semangat nak beli Mangga yg ada Nubhan ngan Stacy :)


Sorry aku pokes kat Stacy & Nubhan je k

Menarik dlm Berita Minggu hari ni sudah tentu pasal Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu. Aku leh g tidur lak mlm tadi mase keputusan keluar. Smlm aku betul2 penat dan mengantuk, lebih2 lg lps ada kelas ganti pg smlm. Tahniah kepada calon yg menang, Mohd Abdul Wahid Endut yg memenangi Kerusi Parlimen P36 Kuala Terengganu. Tentu Kak Eli yg duduk di Kuala Terengganu gembira dgn berita ini. Aku seronok sebenarnya menyaksikan suasana pilihan raya dan ini antara soroton peristiwa yg berlaku sebelum, semasa dan selepas pilihan raya.

GELAGAT peraih serta penyokong parti yang bertanding cuba menarik perhatian pengundi di pusat mengundi Sekolah Menengah Sultan Sulaiman 1.
Gelagat Peraih Undi

KESESAKAN kenderaan di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang di Kampung Merbau Patah, mula sesak apabila kenderaan mula keluar untuk pergi ke pusat mengundi di Sekolah Menengah Wakaf Mempelam.
Pon pon pin ponnnnnn

DARA Long, 80 yang uzur menjadi pengundi terakhir pergi membuang undi di Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga, Kuala Terengganu. - Foto Aswadi Alias
Warga emas juga tidak melepaskan peluang untuk mengundi

BEKAS calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusof, 90, tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab keluar mengundi walaupun tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil Kerusi Parlimen Kuala Terengganu di Pusat Mengundi di Sekolah Sultan Sulaiman Satu. - Foto Bernama
Mak Cik Maimun, calon bebas yg pernah bertanding dalam PRU tahun lps.. siap masuk Guinness Book of World Records tuu..

PENYANYI Arni Nazira hadir untuk mengundi pilihan raya kecil Kuala Terengganu (P36) di Sekolah Menengah Datuk Razali Ismail Bukit Tepu. - Foto Rozainah Zakaria
Arni Nazira.. aku lupe dia ni orang T'ganu

CALON Pas Mohd Abdul Wahid Endut (kanan) mengangkat tangan selepas diumumkan pemenang Pilihan Raya Kecil Kerusi Parlimen Kuala Terengganu oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Wan Mustafa Wan Hassan (tiga kiri) di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. - Foto Bernama
Sebaik sahaja keputusan di umumkan