Tomodachi Sama

Thursday, February 5, 2009

Citer hari ni.. AsYiK DaPaT B@RaNG FReE JeK ;P



Hari ni aku ganti orang g taklimat kat PPD Kuching. Dah lah lewat 30 minit meredah hujan, bila sampai dpn pintu bilik taklimat aku intai dulu.. Alamak! Apasal diorang semua pakai smart giler hari nih?? Macam Guru Besar je diorang nih. . .eh?
G..u..r..u B..e..s..a..r??!!
Cepat2 aku cek balik surat panggilan taklimat yg aku dpt smlm.. Aaaa ahhh~!!
Betullahhhh~
Ni taklimat untuk Guru Besar lah!!
blogger-emoticon.blogspot.com ni yg aku lemah nih huhu
Aku segan lerr
Tp klu tak masuk kang nak jawap apo plak bila balik sekolah??
Agghhh
Redah jew!
Pelan2 aku tolak pintu
Eh eh apasal aku rasa semua tengok aku nih
Ah lantaklah~
mungkin sbb aku paling muda & hensem kat sini kut

Cikgu Rohayu terus bagi fail merah ni dgn Takwim PPD kat aku. Mulanya aku ingat tak ade ape dlm tu, tengok2 ada buku nota warna hijau diselitkan sekali. Buat penat je aku terkulat2 carik nota aku kat rumah td... Selain tu dpt personal planner. Memang cantik lah. Tak macam yg aku dapat sebelum2 nih hehe



Habes taklimat, singgah Maybank dulu sebelum balik rumah. Lepas selesai je urusan dgn pegawai tu (comel wooo), dia kata ada hadiah untuk aku. Aku cakap kat dia, aku tak nak payung lagi sbb aku dah dapat tahun lepas. Aku ingatlah apalah dia nak bagi... rupanya payung lagi... huhuhu. Cuma kali ni dia tambah beg & pen 2 batang :-


Payung yg aku dapat hari ni.. dgn yg aku dpt tahun lepas..



huhu

Wednesday, February 4, 2009

Sambut Hari Jadi Dua Kali Setahun?

Tak cukup 1..


..tambah lagi 1 :)



Salam Kawan-kawan ('',)
Zam sebenarnya dah lama terfikir tentang ni
Hari Jadi dua kali dalam setahun??
Mcm mane tu?
Itulah
Bukanlah niat nak celebrate giler2 kedua2nya sekali,
Cuma selama ni terdetik di hati nak tahu-
"Agaknya berapa haribulan lah aku lahir kalau ikut KALENDAR ISLAM?''
Dan baru sebentar tadi aku dapat tahu, secara tak sengaja :)
Masa bukak blog aku kat satu PC di sekolah,
aku pelik bila kalendar Hijrah menunjukan tarikh 6 Syawal 1421 bersamaan 1 Jan 2001
Kemudian baru aku teringat, PC tu salah setting masa dan tarikh
Tibe2 terlintas di fikiran aku
Kalau aku ubah tarikh di PC tu pada tarikh lahir ku 26 Jun 1984,
mesti kalendar Hijrah tu secara automatik akn ikut tarikh Masihi yg aku set kan pada PC,
& sekaligus menunjukan tarikh Hijrah.

Ha ah la~

Sangkaan ku tepat.
Hari Jadi ku pada Tahun Hijrah jatuh pada-
27 Ramadhan 1404

Alhamdulillah
Aku harap ada keberkatan pada tarikh itu

Patutlah..

Sewaktu di maktab dulu, aku berkongsi tarikh & tahun lahir yg sama dgn room mate aku. Rizol Fitri namanya. Dia penah cakap, nama 'Fitri' tu diberikan kerana dia dilahirkan ketika Hari Raya hampir tiba.

Betul lah tu :)

(Zam amik gambar2 kek yg cun ni kat
http://loveliana-online.blogspot.com/
Nak tengok banyak lg kek2 yg menarik,
singgahlah ke sana
100% Bumiputera :)


Monday, February 2, 2009

Peserta Buta Sertai AF @ Berita Harian

"Maz!?"

"Ye?''

"Jeffery gi ujibakat AF ke?''

"A ah! Budak2 ni ada bagitau aku"

"Dahsat... kalah aku.."

(Jelesss suda. . )


"



"KUCHING: Akademi Fantasia Musim Ketujuh (AF7) mencatat sejarah apabila seorang peserta cacat penglihatan menyertai uji bakat peringkat negeri Sarawak di Enter K Entertainmant, Crowne Square, di sini, semalam. Jeffery Ajang, 20, dari Baram, Miri adalah peserta cacat penglihatan pertama pernah mencuba nasib dalam sejarah Akademi Fantasia (AF) sejak Astro memperkenalkan acara realiti berkenaan tujuh tahun lalu.. '' Berita Harian 1 Feb

Nanti aku nak interview dia jap.

Saturday, January 31, 2009

Kasut Bowling ku kini saiz 8?.. er bukan saiz 7 ke??

Mazlina ajak aku main bowling hari ni. Tempat biasa, BDC. Ok set! Aku mmg suka keluar jejalan hari Sabtu nih. Tapi sebelum tu aku & Aizam keluar ambil & hantar Shelia ke airport dulu.

Janji dgn Mazlina pukul 2. Masih awal lagi. Jadi lepas Shelia masuk kerja kat tingkat atas, kitorang ronda2 kat airport dulu. Tibe2 aku terpandang satu kedai yg baru buka ni.. banyaknya Stitch! Kat depan kedai lg dah tersusun banyak Stitch sekali dgn Smurf. Ni kalau Along tengok ni mesti dia suka :)


Papa, Mama & Baby (p m b)


Come nyo~


Macam2 saiz ado


Masa sampai kat Crystal Bowl BDC, Mazlina & Haslina dah tercegat lama tunggu kitorang. Pastu, Kak Ros lak datang dgn suami dia- Ustad. Kitorang pecah dua kumpulan, Aku, Aizam, Mazlina & Haslina, Kak Ros & Ustad. Diorang ni tak tahu Aizam terror main, aku je yg tahu, hehe untung betul Aizam masuk geng aku ;P

Masa amik kasut, aku pelik knp saiz biasa yg aku pakai (7) terasa ketat. Tukar saiz 8. Aduyai.. takpo2 lepas cuti ni gerenti kecik balik


Masa ni Ustad gelak sbb bola dia tak kene langsung hehe


Sibuk tengok markah

Kitorang main 2 game je, okeylah game pertama aku dpt strike 3 kali , game kedua menurun 1 kali je, hehe aku ni mmg tak pandai main pun, amatur je ;P Sepanjang permainan tu kitorang duk gelak je.. Belum kira lagi bila sesekali Kak Haslina ganggu konstrentasi aku.. mmg tak kene langsung! Hampesss!

Nasib Aizam ade, kumpulan kitorang menang sbb dia yg paling banyak kutip markah. Kumpulan yg lagi 1 terpaksalah menerima dgn redha hehe

Apa sebelum balik amik gambar dulu!


Kak Ros, Kak Haslina & Mazlina


Ko ingat ko juaro?? Naseb baik pialo tu terlokat kek situ


Aku nok masuk dlm gambar gok


Ustad & Aizam masuk gak last2 minit


Balik!!

Ibu-Ibu, boleh berikan respon tak?

Macam biasa, bila stok makanan kat rumah habis Zam akan turun ke bandar Kuching beli makanan dingin beku ni. Zam lebih suka masak yg mudah-mudah. Mungkin Ibu-Ibu biasa terjumpa dgn produk2 di bawah ni. Apa yg Zam yg perhatikan, berat bersih untuk setiap bungkusan cuma 850 gram, tidak lg seperti kebiasaanya 1 kg. Harganya masih sama seperti dulu, RM13.30 untuk nuget ayam RM12.90 untuk ayam 'Hot & Crispy'.

Harga memang "tak naik", cuma berat bersih yg berkurangan



Ada sedikit ketidak puasan hati kat sini. Biarpun yg kurangnya cuma 150 gram

Harga minyak dah turun kan?

Jadi knp harga bahan mentah masih tak turun2?

Itu belum lagi barangan dapur yg lain

Pihak berwajib perlu ambil tindakan nih

Hmm dlm dok merungut tu, sempat gak beli perencah nasi goreng hailam ni. Paling Zam soker. Lps ni boleh makan puas2



Dan td, Zam ke kedai lg bila teringatkan beras di rumah sudah hampir habis.

Zam cari beras wangi dlm pek 5kg, tp tak jumpa jenis beras yg biasa Zam makan tu.

Alih2, jumpa beras biasa ni. Disebabkan selalu beli beras wangi, Zam dah lupa yg beras biasa ni lebih murah.

Dulu mmg makan beras ni je sblum tukar ke beras wangi. Beza harga dlm RM10.

Tiba-tiba terasa nak berjimat. Jadi terus beli beras ni.


Nampaknya, kalau keaadaan mcm ni berterusan, lama kelamaan Zam akn berubah jd mcm Hagemaru, terpaksa berjimat cermat & kedekut



h u h u