Tomodachi Sama

Monday, February 16, 2009

Makan Malam Cinta?? No..No.. Tak mainlah Valantine2 ni ;P

Akhirnya aku jadi juga join Haslina & Mazlina pergi tengok Upin & Ipin malam Sabtu lepas di Riverside Cineplex Kuching. Tiket kami pukul 9, itupun nasib baik ada memandangkan panggung dah hampir penuh di book waktu kami sampai. Rata2 nya ibubapa yg bawa anak2 mereka ke sini. Mgkn disebabkan mlm minggu + mlm Valantine, bandar Kuching betul2 sesak waktu tu.


Haslina & Si Oopet


Aku tak leh beza dah antara Mazlina dgn kartun dlm gambar ni.. Warna nk dekat sama :P

Awal2 lagi pangung dah pecah dgn gelak ketawa. Setiap aksi ade je respon dr penonton. Memang setiap idea lawak dalam cerita tu menjadi.. Kelakar gilewr! Suspen pon ade.. Banyak kali gak aku terkejut- naseb tak terjerit jek
Kesian tengok si Oopet. Dah le comey tahap gaban..Cakap pun dah semcm jepun.. pas ni kalau ada teddy Oopet aku nakk je beli

Dari awal sampai akhir, kami dok tergelak je. Pada sesiapa yg nak pergi tengok, aku syorkan jangan bangun tinggalkan panggung selagi kredit tu tak habes. Ramai yg tinggalkan panggung waktu tu terpaksa duduk balik tersipu2 sbb ada adegan yg belum habes. Sempat lg watak2 tu buat lawak!

Okeh, dah habes
Dari 5 bintang, aku bagi 7!

Brilliant & hillarious! Tak rugi tengok citer nih.. Rase nak tengok lg wayang kul 11 nyer
Kuar dr panggung, aku lak amik gambar dgn Oopet. Sebelum masuk td, aku tak tahu yg Oopet begitew comeyy


Soker gmbr nih.. Oopet tengok je kat aku

Sebelum balik ke tempart parking kereta, sempat jek amik gambar kat tugu kucing nih



Sebelum balik, aku ajak diorang makan kat tempat Nubhan mkn laksa sarawak hari tuh.. Tp malangnye dah tutup.. Plan terakhir aku ajak ke Jalan Astana, dekat dgn rumah aku. Kat situ ada Trivolley Garden, tempat makan berkonsepkan dlm taman. Aku suka datang sini sbb Air Jagung Laicinye yg syiok habiss..





Suasane tempat tuh romantik jek.. Ramai gak malam tu.. Gambar yg kat atas ni aku amik sbb kat kwsn lain ade org, segan nak amik. Memang luas la kawasan ni. Untuk tarik pengunjung, diorang letakan juga skrin besar kat depan rumah (Tempat ni sebenarnya lot rumah yg diubahsuai)


Aku cakap kat Haslina & Mazlina speciality kat sini. Jadi Mazlina pun pesan air jagung laici cam aku..



Aku pesan Nasi Padprik Ayam.. Haslina pilih Char Kue Tiaw.. Mazlina lak mulanya nak makan frenchfries je, tp bila dah takde, dia pesan Laksa Sarawak.. Dia bg aku rasa sikit.. Leh tahan spicy gak, tp yg penting best! 1st time aku rs laksa kat sini, kalau dulu aku ingat laksa kat Simply Sedap sedap, tp yg ni lagiiiii sedap



.
Mazlina kata bolehlah dia bawa family dia makan kat sini bila diorang dtg Sarawak nti.. yeh ni tak sabar nak jumpe bakal mak mertua ni heh heh

.
Balik umah, housemate kata aku keluar sambut valantine.. Tak kuasa nak layan.. No..no, tak mainlah valantine2 nih.. dah kebetulan keluar jalan2 time tuh

Sunday, February 15, 2009

Along ku Iras2 Hideaki Takizawa??



Aku ni memang tak de keje dah nih..
Nak post cerita sal mkn mlm semalam, tak dpt upload gambar lak
Last2 aku buhsan.. ni je lah yg dpt aku buat
Link ni aku dpt dr Helmi..
Err knp aku tepek muka Along?
Sbb nak tepek muka aku tak best lah..
Tak pasal2 lak Along jd mangsa har har har
Peace



---------------------------------------------------------------------------------
Baru jumpe yg okeh skit :P



http://www.myheritage.com/collage




Hehe
Ni yg aku baru dapat
Kalau Along iras Hideaki
Angahnya pulak iras Takuya Kimura
Haha matilah kena kutuk sbb perasan
Okeh
Siapa lak nak jd Takako Tokiwa aku??




Kelas Ganti Hari Sabtu

Macam kelas ganti hari Sabtu yg sebelumnya, hari ni ada lagi rakan2 guru yg belanja makan. Kalau dulu menunya Nasi Lemak Sambal Ayam, hari ni Popia Basah & Nasi Dagang pula. Dua2 kegemaran aku! Abg Sham & Cikgu James yg pesan dr Kak Artis utk kedua2 menu. Kak Artis lak tempah dr rakan2 di kem askarnya.



Aku ambil popia dulu utk alas perut sebelum masuk kelas Sivik. Mmg syiok. Sebelum ni pun Kak Artis selalu bawakan kami popia basah ni. Nasi dagang akan aku makan semasa rehat nanti.

Habis kelas, Mazlina minta tolong ambil gambar anak muridnya di tahun 1. "Ehh apa ni banyak koyok satu badan??" Habis badan budak2 ni bertempek dgn kertas kod braille.. Rupanya ni aktiviti penggayaan Mazlina utk budak2 ni. Aku tengok budak2 ni pun soker. Okeh le tu boleh aku tiru utk P&P aku pas ni :P



Time rehat lak! Apa lagi aku bukaklah bungkusan Nasi Dagang td. Dari td dok cium bau wangi semerbak je.. Ada iras2 rasa nasi dagang yg aku biasa makan di Batu Burok, Kuala Terengganu. This is One of my all time favourite food :) Love it very much..



Kelas terakhir untuk hari ni adlh Kemahiran Hidup. Sambung aktiviti semalam yg belum sempat disiapkan, model meja & kerusi dari penyepit baju.



Habes kelas, Kak Haslina & Mazlina ajak tengok wayang Upin& Ipin malam nanti.. Hmm tengoklah dulu, klau rajin, aku join lah :)

Friday, February 13, 2009

Tugasan hari ni.. Uruskan Tiket




Kebetulan masa kat bilik komputer tadi, Ma (my mother) telefon, minta tolong book kan tiket ke Sabah utk 3 orang. Mmg ada zero fair, & pergi balik dapatlah harga rm181, termasuk bayaran untuk bagasi (10ringgit pergi balik).

Aku masuk kelas lepas tu.. Habis kelas, masuk bilik guru aku terdengar cerita Cikgu Maoh beli tiket MAS rm160 utk ke KL bln 3 ni. Hmm.. tetiba rasa nak cari gak tiket untuk balik akhir tahun nanti.. sebelum ni pun, aku slalu beli tiket awal2, sbb nak dapatkan tiket murah.

Aku cek malaysia airlines, murah jugaklah rm354 return. Cek air asia, rm268.. mulanya, aku terpengaruh gak dgn sebilangan kawan2 aku yg lebih sukakan Mas berbanding air asia, yelah bila harga tiket tak jauh beza, mesti diorang pilih Mas sbb ada makan & perkhidmatannya lebih baik..
Tapi aku rasa nak berjimat..
Aku tengok balik airasia.. eh eh td tak perasan pulak ada zero fair utk one way flight Kuching-Kl.. harga return jd rm189..
That's it!
Muktamad! Aku amik airasia.. sblm ni plg murah aku dpt beli return pun rm278.. syukur sangat

Hari ni gak Cikgu Sa belanja kami Mee Goreng Mamak.. Tak tahulah apa hajat dia.. Appn Thanks :)



Habis sekolah, aku tak balik awal mcm biasa, ada kelas SAL lepas ni utk guru2.
Sblm kelas mula, aku buka laman web airasia lg.. Tadi, ntah mcm mn tiba2 terlintas kat hati nak g Sabah sekali dgn family. Aku amik flight dr Kuching ke KK sama tarikh dgn flight mereka.. return cuma bayar rm60 utk administration fee & airport tax, okeh le tu.. tiket bas pun tak murah mcm tu :)

Balik dr sekolah, singgah kat 1 travel agency ni dulu, tetapkan tarikh utk open ticket Mas yg aku dapat dulu untuk balik bulan 6 nti. Aku agak dah, mesti ada perbezaan harga tiket yg aku kene bayar, cuma nasib baik Mas tak kenekan fuel charge mcm sblm ni.. Tambah tolak, aku kene bayar 180ringgit.. aik.. dok main harga tu jee dr td.. tak apelah, bayar je lah.. Nak amik tiket air asia, aku tengok dah jd mahal untuk bulan 6 ni.

Selesai sudah urusan tiket aku utk tahun ni.
Raya Aidilfitri nanti, insya Allah guna waran kerajaan. Jimat belanje :)
Keluar je dr travel agency tu, aku dah mula mencongak itu ini
Mana nak cekau duit byr kad kredit yg aku guna hari ni..
Hmm..
Teringat kat bayaran bulanan asb maybank loan.. Start Febuari, aku dah tak perlu bayar bulanan lg, sbb dividen tahun lepas dah aku guna untuk cover kesemua bayaran utk tahun ni. Jadi bolehlah guna duit tu.
Alhamdulillah, selesai masalah :)

Wednesday, February 11, 2009

3 jam 45 minit.. huhu

Hari ni pegawai dari Putra Jaya yg datang ke Kuching sejak Isnin lepas adakan sesi taklimat dari pukul 9 pagi sampai lah ke tengah hari.. Sebelum tu kami guru2 diberitahu pegawai tu akan observe kami, terutama cikgu2 PPSMI slps sesi taklimat tu habis nanti.. and it's mean one of them is me! Huhu dah lah aku ade kelas Sains dengan Tahun 6 kul 12 tengah hari tuh, habislah macam ada peluang cerah je nak kene observe ni.. aku ni tak biase kene observe ngan Pegawai kalau dgn GB tu banyak kali dah ni yg ketaq ni

Sampai kul 11, taklimat tu masih tak habes lg.. Cikgu Dini yg duduk sebelah aku dah tersengih sbb kelas Sains Tahun 3 dia pukul 10.30 td dah tamat.. that's mean dia terlepas dr di observe & cuma tinggal aku je sorang guru yg ada kelas PPSMI hari nih!

Taklimat pegawai tu tamat dlm pukul 11.45 Cuak gak dibuatnya tp aku harap sesi soal jawab pas ni amik masa yg lama sikit.. biar sampai waktu kelas aku tamat.. Kawan2 aku ramai yg dah lapar sbb taklimat tu tak ada break langsung dr pagi.. Aku lak leh selamba g panjangkan masa sesi soal jawab tuh dgn bertanya itu & ini hehe

At last! Sesi tu tamat kul 12.45 n aku tak perlu masuk kelas lagik hahaha

Balik bilik guru, aku ambil roti yg aku beli semalam n sapu kaya.. kebulur giler. Kak Nor yg tengok aku makan roti mintak sikit "ambik ler" aku kate yelah kitorang tak makan dr pagi kan pastu anje aku Mazlina pun datang amik roti gak eh eh ape makin ramai serbu meja aku nih pastu Kak Ros lak n Kak Artis hehe "ambil le.." Berguna gak roti n kaya yg aku beli smlm. Tu belum tambah lg kerepek2 n kuih bangkit yg Kak Haslina bawak lepas tu.. aku n Kak Nor yg habeskan hehe

Tuesday, February 10, 2009

Hari Ni Memang Hari Kak Artis!

Hari ni ade taklimat sekejap dari Guru Besar.. haa dlm dok taklimat tu sempat GB puji Kak Artis atas kesungguhan dia menghasilkan Rekod Mengajar yg praktikal & menarik.


GB menunjukkan Fail Rekod Mengajar Kak Artis yg sistematik & praktikal

Aku toleh ke belakang melihat Kak Artis.. Amboi tersipu2 je Kak Artis.. Maklumlah kene puji



Dalam taklimat tu gak, GB ade bgtau pasal penggantian Guru Penolong Kanan 1 yg dah pindah ke Penang.. hmm sapelah agaknye ek? Cikgu baru ke? T a k k k k~ Tak lain tak bukan~ Kak Artis!! Hehe tahniah3 baru hari tu Kak Artis & beberapa org guru lain mengemas bilik PK1 yg penuh dgn fail2 & barang2 utk di recycle. Secara tak langsung Kak Artis dah mengemas untuk dirinye sendiri hehehe


Kak Ros mengucapakan tahniah kpd Kak Artis

Kak Artis~ Lepas ni jangan lupe belanje Nasi Dagang yee ^ ^

Moon Eclipse (9.2.2009)


Kuching, 20:19 p.m.

I've captured this image yesterday & I only realized about it (the bright moon) after I ran out from my house to watch fireworks
But that time, I dont have any idea that it would be a penumbra moon eclipse starting from 20:39 to 00:00
huhu
I missed it!
I masuk rumah terlalu awal at 20:26 after my neighboor stop playing fireworks without knowing it will be a moon eclipse!
huhuhuhu

Nak jawab soalan Mama ^ ^




Ni OST untuk drama Jepun yg angah minat.. Cerita pasal awek comel yg bisu.. Sejak tengok drama ni angah mula minat bahasa isyarat. Lepas spm, angah apply KDPM Pendidikan Khas mslh pendengaran.. minat punya pasal. Parent pelik naper amik P. Khas, tak sains ke bm ke, tapi mungkin dah rezeki angah kat situ.. kalau angah pilih kursus kritikal sebelum tuh mcm bm atau sains, mungkin peluang & naseb angah tipis sbb banyak persaingan.. lagipun tahun tu tahun terakhir intake KDPM..
Kadang2 pelik rasanya pengaturan Allah utk hidup angah..
Angah soker sangat bile dpt masuk maktab.. cuma syg sikit tak dpt amik kelas bahasa isyarat, dapat kelas braille.. hambik je le.. ('',)