.
Balik dari solat Jumaat, aku ikut Kak Artis ke kedai kristal lagi. Semalam kami ke sini untuk mengambil beberapa contoh gelang untuk Kak Artis tunjukkan pada rakan2nya, & kali ini kami datang mengambil bahan mentah untuk memenuhi tempahan rakan2nya pula. Dari 2 contoh gelang yg ditunjukkan semalam, ada seorang kenalan yg meminta untuk dibuatkan 2 rantai leher dari kristal yg sama.
.
.
.
Jadi Kak Artis minta isteri tauke tolong tunjukkan cara membuat rantai leher yg diinginkan. Sebelum ini pun, Kak Artis memang selalu belajar menyulam kristal dari dia.
.
.
Dia tunjukkan kami cara menyulam dengan salah satu pilihan warna dulu. Bila dah faham dengan teknik sulaman tu, baru Kak Artis akan menyulamnya sendiri dengan bahan mentah yang dibelinya.
.
.
Makin lama, makin banyak kristal yg siap tersulam. Mulanya aku ingat dia nak tunjukkan kami sedikit saja, tapi nampak gaya dia macam nak menyudahkannya sampai siap. Kak Artis cakap pada aku, isteri taukey ni memang bagus. Dia tak kan berhenti sampai dia sendiri rasa puas. Dalam duduk belajar tu, tauke datang bawakan air untuk kami.
.
Tak sampai setengah jam, rantai tu pun siap. Cuma tinggal untuk dipasangkan cangkuk je.
.
Kenalan Kak Artis yg memesan tu minta rantainya dilabuhkan sebab dia memakai tudung. Jadi dari 12 bunga, kami tambah 2 lagi menjadikan 14 bunga. (Biasanya rantai kristal memang di selang selikan dengan 12 bunga, macam contoh di bawah ni)
.
.
.
Sebelum balik, aku sempat ambil beberapa contoh gelang dari Kak Artis. Insya Allah, Isnin ni aku akan poskan kepada Ibu di Kuala Kangsar dan kakak ku di Putra Jaya
.:Koleksi Kristal:.
http://budakkristal.blogspot.com/


..Cakap pun dah semcm jepun.. pas ni kalau ada teddy Oopet aku nakk je beli
Haha matilah kena kutuk sbb perasan 

