Tomodachi Sama

Thursday, February 26, 2009

"Chantek Tak I ???"

Sebelum aku mulakan topik kali ni, ada makluman sikit nak dibuat
Budak dlm gambar diatas telah berjaya ditemui selepas menghilang sejak 2 hari lepas
Huhu
Mazlina ni amik cuti rehat khas 2 hari bukan nak bagitau aku!
Buek ponet yo den risau!

Pulak tu, datang2 siap kenakan baju baru
Amboiiiiii Cantikkkknyeeee~
Ikhlas aku puji ni
Bila kau jahit??

.

Kurung Moden Dengan Motif Orang Ulu
Tudung Ekin : Busana Kak Artis Kerongsang Kristal : Koleksi Budak Kristal


Okeh
Siyes aku cakap baju kau canteeekk giler hari nih
Kalau tak tak kan Guru Besar puji sulaman manik kau
.

"Jahit jelujur je" katanye...

Manik yg disulam menampakkan lagi ciri2 etnik Sarawak.. Rajin betul dia sulam manik2 nih

.
Aku dah agak.. kasut dia mesti sedondon dgn baju.. Amboi
tahulah Sarawak tak kan kasut pun mcm kulit buaya kot h a h a

.
Jadi tumpuan dia hari ni.. Semua cikgu2 tanya kat mana dia buat baju nih
.
.
"Kalau nak basuh, jangan guna mesin.." katanya pd kami
.
Cayalah~

Wednesday, February 25, 2009

Easy Come, Easy Go..



Hari ni payday!!

Tapi mcm biasalah, kakitangan kerajaan cam aku ni, kejap je duit tu dlm tangan, atau hakikatnya aku tak sempat pun pegang duit2 tuh huhu

Pagi2 hari lagi dah sibuk on9, bayar itu ini.
Astro laptop broadband kad kredit topup sewa rumah insuran tiket balik kampung even katil n tilam pun aku bayar bulan2 instalment
Emm pikir2 nak beli supliment kesihatan bulan ni
Kesihatan kene jaga gak, kan

Kira2 tambah tolak campur bahagi..... rasa2nya baki yang tersisa ni Insya Allah boleh bertahan hingga dapat gaji bulan depan. Alhamdulillah

Aku patut bersyukur sbb aku masih bujang, belum berkeluarga dan tak banyak tangungan. Melihatkan rakan2 ku yg dah berumah tangga, aku kasihan gak, banyak belanja,
Pampers susu anak belanja dapur makan minum duit sekolah duit minyak bayar kereta bayar rumah upah pengasuh bayar nurseri bayar kos isteri bersalin kat hospital private ...
Tp mcm orang kata, biarpun gaji cikgu tak mewah, tapi cukup untuk menampung hidup anak beranak.
Harap ada keberkatan di situ


Kadang2 terasa juga nak memanjakan diri sendiri dgn something Makan sedap2, shopping, pergi bercuti, enjoy dengan kawan2, at least ada life kekdahnya.. tak kan dengan diri sendiri pon nak kedekut kan.. kadang2 kene gak reward diri sendiri dgn sesuatu..tp dlm masa yg sama kenelah pandai2 berbelanje.. tak baik membaziaq!

Balik dari sekolah
Pemandangan biasa kat bank.. ramai orang.. kekadang orang yg beratur kat mesin cash deposit lebih banyak dr yg beratur kat mesin atm
Bayar mcm2 lah tu, & tak terkecuali aku gak
Satu lg pemandangan biasa di hari gaji, ramai yg membawa beg plastik di tangan yg penuh dgn barang2 dapur
hehe aku jugak lah tu


Lagi 60sen genap 40ringgit.. banyak manalah 50ringgit tu skrg huhu

tadi mulanya nak beli milo, dah lama milo ku di rumah habis, n kebetulan pulak ada harga promosi
aku sokerrr sangat minum milo
Membesar bagaikan juara katanye
Tp
ada satu perasaan yg menggangu masa nak amik milo tu..
Hmmm... letak balik lah kat rak
Lg pun aku dah amik sunquick

On the way balik, Ibu telefon. Haa~ mesti kiriman kristal hari tu dah sampai ke rumahnya. Gembira betul Ibu, cantik katanya~ Melihatkannya saja dah buat hati suka. Hehe. Sebab tu aku suka jual kristal, aku yg lelaki ni pun geram nengok, apa lagi kaum hawa kan, itupun aku beli lah gak untuk keluarga, tak kan aku nak pakai lak kan.
Saje2 suka2 cari pendapatan sampingan
Lagipun time bujang2 nilah kene kumpul banyak3 duit
Esok2 senang nak meminang anak dara orang, kan??

Since that day..



.. I love to see wind wheel..



.. and I like the fireworks even more..



I hope she'll send her letters to me again.. soon


adoooiiiiii
rindu bangeeetttttt sama kamuuuu!!!

Tuesday, February 24, 2009

I've Got A New Hobby!

Aiskrim!! ^^



Balik dari sekolah & selesai urusan di post office smlm, aku lalu India Street. Tetibe nampak bebudak prempuan (student IPTS kot) dok kerumun satu tempat, ooo depa dok beli aiskrim rupanya.. Cambest jek.. aku pun beli satu my favourite flavour- Mint.. scoop nya besar, leh campur perisa n harganya baru RM1.20.. Best3 ^^ Kalau dulu aku biasa beli kat Wisma Seberkas, RM1.50 je.
& petang tadi lepas g salon potong rambut, aku singgah lagi kedai tu beli aiskrim.. Aku dah mcm ketagih woo.. Mana taknya murah n besar :P Rasanya nak beli hari2 hmmm~ Sekali sekala manjakan diri dgn aiskrim best gak :)

Dulu aku penah baca artikel sal aiskrim2 dr satu mjlh jepun nih.. nak sgt rasa sbb tak penah jumpa lagi kat sini.


Green Tea Ice Cream


Adzuki @ Red Bean.. perisa ni kalau kat sini yg penah aku jumpa - ais krim potong


Sweet potato ice cream.. Nak rasa sangat yg nih..


Perisa wasabi.. hmm kalau dulu time mkn sushi aku merana sbb wasabi, ais krim nya sama pedas ke?? Nak kene cube nih

Monday, February 23, 2009

Aku keJIWANGan :P


South China Sea, 31.12.08, 17:36 - Im thinking of Heaven..



.. Dalam entri kali ni, aku cuma nak tahu, kalau korang tengok langit, korang ada rase apa2 tak? Ke takde rasa apa2 langsung sbb pemandangan tu biasa sangat? Sorry lah kalau malam ni aku nak share perasaan aku yg semacam poyos tetibe jadi jiwang (haha matilah kene kutuk)

Tengok langit je dah buatkan perasaan aku jadi sebu, sunyi & berubah2.. macam2 yg aku rasa


Sepang 31.12.08 15:08 - Aku rasa nak terbang berjumpa 'dia'.. Tetibe!


Kuching 20 Feb 09 14:40 - Aku rasa nak pergi sangat ke tempat tu.. Dah lama aku nak g sana


Kuching 20 Feb 09 14:42 - Aku betul2 teringat dia time nih.. Jauhnya jarak kami..


Kuching 20 Feb 08 14:39 - Korang perasan apa2 tak? Okeh kalau belum jelas aku potraitkan gambar nih..


Okeh sekarang perasan takkk???

...................

Entahlah sejak bila jiwang aku datang bila tengok langit
Semuanya gara2 cerita nih & comic version nye dulu





matilah..

Sunday, February 22, 2009

Drama Korea @ Astro 303 KBS World


.
.
Pukul 12 tadi, secara tak sengaja aku tertengok drama nih kat KBS World (Astro 303). Naseb baik tak bukak chanel lain time tuh. Dah lama aku tak tengok cerita Korea yg best kat KBS selepas Mom Did Upset dulu. Baru & masih panas lagi nih. Tajuk drama ni, Boys Over Flower, haa kalau peminat siri F4 atau Meteor Garden mesti tahu jalan cerita nih.. Same je tuh.. Semuanya adalah adaptasi dari komik genre shoujo yang fofular kat Jepun - Hana Yori Dango.
.


.
.
Aku suker giler baca komik ni. Antara sipnosis komik ini-
"Although Tsukushi Makino is from a poor family, she attends an elite school for the super rich, where her life has become intertwined with the "F4," the ruling boys of the school, in a whirlwind of love and confusion!"
.
Bayangkan hidup si gadis tu selalu dibuli & diejek satu sekolah terutama dgn 4 ekor beruk yg menjengkelkan tu.. Sikap Makino yg keras n melawan balik tu lah yg buatkan aku bersungguh2 nak tahu apa kesudahannya di dalam setiap keluaran setiap kali mereka bergaduh.
.

.

Comel sehh lukisan komik nih
.
Selepas produksi Taiwan memulakan langkah awal dengan mengadaptasi komik ini ke drama bersiri Meteor Garden pada tahun 2001, pada tahun 2005 barulah penerbit Katsuaki Setoguchi dari Jepun menghasilkan drama ni. Aku pun hairan, kenapa diorang tak jadi yg pertama buat drama ni padahal komik ni asal dari negara diorang gak. Sepatunya diorang yang lebih tahu populariti komik ni di negara sendiri. ( Aku cakap berdentum ni pun, bukannya aku ada tengok dua2 cerita versi Cina & Jepun nih hehe :P )
.

Versi Jepun
.
.
Jadi inilah pendokong utama untuk drama Korea nih. Koo Hye Sun. Very the katiks among the boys.. Comeyyyy sudaa~
.

Saturday, February 21, 2009

Kelas Kristal



.
Balik dari solat Jumaat, aku ikut Kak Artis ke kedai kristal lagi. Semalam kami ke sini untuk mengambil beberapa contoh gelang untuk Kak Artis tunjukkan pada rakan2nya, & kali ini kami datang mengambil bahan mentah untuk memenuhi tempahan rakan2nya pula. Dari 2 contoh gelang yg ditunjukkan semalam, ada seorang kenalan yg meminta untuk dibuatkan 2 rantai leher dari kristal yg sama.
.

.

.
Jadi Kak Artis minta isteri tauke tolong tunjukkan cara membuat rantai leher yg diinginkan. Sebelum ini pun, Kak Artis memang selalu belajar menyulam kristal dari dia.
.

.
Dia tunjukkan kami cara menyulam dengan salah satu pilihan warna dulu. Bila dah faham dengan teknik sulaman tu, baru Kak Artis akan menyulamnya sendiri dengan bahan mentah yang dibelinya.
.

.
Makin lama, makin banyak kristal yg siap tersulam. Mulanya aku ingat dia nak tunjukkan kami sedikit saja, tapi nampak gaya dia macam nak menyudahkannya sampai siap. Kak Artis cakap pada aku, isteri taukey ni memang bagus. Dia tak kan berhenti sampai dia sendiri rasa puas. Dalam duduk belajar tu, tauke datang bawakan air untuk kami.
.
Tak sampai setengah jam, rantai tu pun siap. Cuma tinggal untuk dipasangkan cangkuk je.
.


Kenalan Kak Artis yg memesan tu minta rantainya dilabuhkan sebab dia memakai tudung. Jadi dari 12 bunga, kami tambah 2 lagi menjadikan 14 bunga. (Biasanya rantai kristal memang di selang selikan dengan 12 bunga, macam contoh di bawah ni)
.

.
.
Sebelum balik, aku sempat ambil beberapa contoh gelang dari Kak Artis. Insya Allah, Isnin ni aku akan poskan kepada Ibu di Kuala Kangsar dan kakak ku di Putra Jaya


.:Koleksi Kristal:.
http://budakkristal.blogspot.com/