Tomodachi Sama

Saturday, February 28, 2009

Aku rasa aku ni JeLiK

Itu tajuk yang aku nak tulis pada mulanya

Sebab kekadang aku rasa

aku ni huduh sangat





maybe its due to my inferiority complex

to make it worst, every day is gloomy day for me



.
.
I cant help it

I keep feeling the same everyday

"I'm such a jerk," I would think



.
.

I'm thinking of an idea to run away from meeting peoples
.
But at the same time
.
The loneliness is killing me





huhu





............
2 Mac
Hmm
Ntah kenapa hari ni
pagi2 lagi perasaan depresi tu dtg balik
Kalu dulu cukup payah perasaan tu datang waktu camgini
Biasanya waktu malam
Hmmm
Nak meluah perasaan kpd seseorang, menekan butang HP untuk SMS pun aku dah terasa malas
Rasa macam dah banyak sngt aku luah kat dia
asyik bende yg same je
sampai aku sendiri pun naik jelak
Entah lah
macam ada perasaan berat yg terbuku kat hati aku pg ni
Aku lepaskan keluhan, berat, dgn harapan perasaan tu berkurangan
Okehlah
Kurang sikit
Tapi rasa nak je ke hujung dunia
Menjerit puas2 sampai terkeluar anak tekak
KENAPA DGN AKU PAGI NI??!!
.

Malam Memperingati Gaza

Malam tadi kami ke Pustaka Negeri Sarawak, tengok persembahan murid2 kami di sana sempena satu majlis yg dianjurkan oleh Yayasan SALAM Malaysia.




Mempersiapkan murid2 sebelum acara bermula


In black.. sama tema dgn pihak penganjur..
.
Acara dimulakan dgn anak2 kecil yg membawa lilin
.
Bacaan puisi
.
Persembahan dari salah sebuah sekolah rendah yang dijemput
.
Ramai yg hadir pd waktu itu
.
Yg terbaring tu anak2 Palestin, yg baju hitam kat belakang tu Yahudi
.

Meremang bulu roma time ni bila mereka laungkan- "Hidup Palestin!!"
.

Antara persembahan yg best! Gabungan tarian & nasyid.. mantap betul suara penyanyi tu
.
Gambar Jeffrey yg sempat ku ambil sebelum bateri kamera ku kong
.
Time murid2 kami buat persembahan, bilik dewan yg gelap tadi diterangkan. Maklumlah, ramai murid2 kami yg rabun jd sukar utk mereka bergerak di dlm gelap. Saat puisi dibacakan dan lampu dewan dinyalakan, suasana dewan jadi senyap.. Aku pun sebenarnya tergamam melihat mereka melafazkan puisi dgn begitu baik.. kagum aku dgn persembahan mereka.. Aku terlupa, sebenarnya mereka semua mmg hebat dlm mendeklamasikan sajak2. Selesai mereka membuat persembahan, penganjur sempat mengucpkan tahniah kepada kami kerana persembahan yg hebat. Cayalah!
Kemudian, kami dijemput untuk makan terlebih dahulu utk mengelakkan kesesakan dgn peserta lain. Acara belum tamat, kami dah makan dulu. YB n VIP pun belum makan apa2 lagi, kami dah balun dulu hehe sorry


.

.

.
Sibuk makan punya pasal, kami tak sempat ikut sesi bergambar dgn press. tak apalah, tak ada rezeki.

Thursday, February 26, 2009

"Chantek Tak I ???"

Sebelum aku mulakan topik kali ni, ada makluman sikit nak dibuat
Budak dlm gambar diatas telah berjaya ditemui selepas menghilang sejak 2 hari lepas
Huhu
Mazlina ni amik cuti rehat khas 2 hari bukan nak bagitau aku!
Buek ponet yo den risau!

Pulak tu, datang2 siap kenakan baju baru
Amboiiiiii Cantikkkknyeeee~
Ikhlas aku puji ni
Bila kau jahit??

.

Kurung Moden Dengan Motif Orang Ulu
Tudung Ekin : Busana Kak Artis Kerongsang Kristal : Koleksi Budak Kristal


Okeh
Siyes aku cakap baju kau canteeekk giler hari nih
Kalau tak tak kan Guru Besar puji sulaman manik kau
.

"Jahit jelujur je" katanye...

Manik yg disulam menampakkan lagi ciri2 etnik Sarawak.. Rajin betul dia sulam manik2 nih

.
Aku dah agak.. kasut dia mesti sedondon dgn baju.. Amboi
tahulah Sarawak tak kan kasut pun mcm kulit buaya kot h a h a

.
Jadi tumpuan dia hari ni.. Semua cikgu2 tanya kat mana dia buat baju nih
.
.
"Kalau nak basuh, jangan guna mesin.." katanya pd kami
.
Cayalah~

Wednesday, February 25, 2009

Easy Come, Easy Go..



Hari ni payday!!

Tapi mcm biasalah, kakitangan kerajaan cam aku ni, kejap je duit tu dlm tangan, atau hakikatnya aku tak sempat pun pegang duit2 tuh huhu

Pagi2 hari lagi dah sibuk on9, bayar itu ini.
Astro laptop broadband kad kredit topup sewa rumah insuran tiket balik kampung even katil n tilam pun aku bayar bulan2 instalment
Emm pikir2 nak beli supliment kesihatan bulan ni
Kesihatan kene jaga gak, kan

Kira2 tambah tolak campur bahagi..... rasa2nya baki yang tersisa ni Insya Allah boleh bertahan hingga dapat gaji bulan depan. Alhamdulillah

Aku patut bersyukur sbb aku masih bujang, belum berkeluarga dan tak banyak tangungan. Melihatkan rakan2 ku yg dah berumah tangga, aku kasihan gak, banyak belanja,
Pampers susu anak belanja dapur makan minum duit sekolah duit minyak bayar kereta bayar rumah upah pengasuh bayar nurseri bayar kos isteri bersalin kat hospital private ...
Tp mcm orang kata, biarpun gaji cikgu tak mewah, tapi cukup untuk menampung hidup anak beranak.
Harap ada keberkatan di situ


Kadang2 terasa juga nak memanjakan diri sendiri dgn something Makan sedap2, shopping, pergi bercuti, enjoy dengan kawan2, at least ada life kekdahnya.. tak kan dengan diri sendiri pon nak kedekut kan.. kadang2 kene gak reward diri sendiri dgn sesuatu..tp dlm masa yg sama kenelah pandai2 berbelanje.. tak baik membaziaq!

Balik dari sekolah
Pemandangan biasa kat bank.. ramai orang.. kekadang orang yg beratur kat mesin cash deposit lebih banyak dr yg beratur kat mesin atm
Bayar mcm2 lah tu, & tak terkecuali aku gak
Satu lg pemandangan biasa di hari gaji, ramai yg membawa beg plastik di tangan yg penuh dgn barang2 dapur
hehe aku jugak lah tu


Lagi 60sen genap 40ringgit.. banyak manalah 50ringgit tu skrg huhu

tadi mulanya nak beli milo, dah lama milo ku di rumah habis, n kebetulan pulak ada harga promosi
aku sokerrr sangat minum milo
Membesar bagaikan juara katanye
Tp
ada satu perasaan yg menggangu masa nak amik milo tu..
Hmmm... letak balik lah kat rak
Lg pun aku dah amik sunquick

On the way balik, Ibu telefon. Haa~ mesti kiriman kristal hari tu dah sampai ke rumahnya. Gembira betul Ibu, cantik katanya~ Melihatkannya saja dah buat hati suka. Hehe. Sebab tu aku suka jual kristal, aku yg lelaki ni pun geram nengok, apa lagi kaum hawa kan, itupun aku beli lah gak untuk keluarga, tak kan aku nak pakai lak kan.
Saje2 suka2 cari pendapatan sampingan
Lagipun time bujang2 nilah kene kumpul banyak3 duit
Esok2 senang nak meminang anak dara orang, kan??

Since that day..



.. I love to see wind wheel..



.. and I like the fireworks even more..



I hope she'll send her letters to me again.. soon


adoooiiiiii
rindu bangeeetttttt sama kamuuuu!!!