Tomodachi Sama

Friday, March 6, 2009

JaNGaN TuNJuKaN AkU BeNdA C.A.N.T.E.K!



Aduii ai
ni le tabiat aku
nak kata semulajadi pun tak tahulah
asal nampak je brg cantik, amik
nampak je, amik..
Mulanya tengahari td pas kelas
aku ingat cuma nak tgk kerongsang kat bilik Kak Artis
Manalah nak tahu dia nak lambakan tudung2 ekin nih atas meja
Berebut jadinya aku dgn Haslina
Yolah walaupun bukan aku yg nak pakai aku suka belikan utk org

Selesai Jumaat, aku terjumpa dgn kawan lama kat masjid. Ustad Kelantan yg mengajar kat Lundu. Lepas borak pasal bisnes lebih kurang, aku ajak ustad jumpa Kak Artis. Amik tudung ekin & kerongsang gelang untk test market kat sana. Ustad ni pun mmg kaki bisnes.





Aku pun amik gak barang dari Kak Artis. Kerongsang le.. apa lagi. Mulanya ingat nak minta Kak Rusni, cikgu di sekolah rendah sebelah tolong jualkan. Tetibe aku ingat kat Kak Aiza yg mengajar kat sekolah menengah sebelah. Lama tak jumpa dia. Aku angkat handphone tanya dia leh tolong aku tak. Ha.. dia bagi lampu hijau. K boleh jalan!



Masa aku sampai kat bilik RESOS sek.men., Kak Aiza tengah tekun wat keje. Hehe sorry ganggu ek. Lama tak jumpa. Aku tanya dia, ada dpt g kursus mana2 tak? Takde katanya.. Hmm.. bila lah kitorang dpt kuar shopping sama2 mcm hari tuh lg..


Shopping ngan Kak Artis & Kak Aiza d langkawi.. tak menang tangan!

Thursday, March 5, 2009

Along, Ecah & Me (Angah)


Along, Ecah & Angah (Me)

Ada kwn aku cakap, Along nih nampak mudee sangat berbanding aku. Dia tak sangka, sbb, dah namanya Along, patotnye lbh tua dr aku la kan? haha what can I say? Mgkn slh 1 sbb- badan aku saiz XL. Kawan aku ckp lg, along n Ecah nampak seiras, hmm aku pon da lama perasan, cuma aku je nampak lain dari diorang. huhu ni nak cari abg n adik lain ni :P.

Okeh cite lain lak. Seminggu dua ni aku cbuk mcari 1 barang ni kat merata tempat. Habis semua farmasi aku tanya, tp tak ada yg berkenan d hati. Alih2 aku g Watson di Elektra House, sbb dulu aku ada tgk barang tu kat sana, tp malangnya ptg tu da takda. Naseb pekerja kat situ telefon Watson di Sarawak Plaza dulu tanya pasal stok barang tu. Katanya ada lg, tingal 3. Aku pun ape lagi, bergegas lah ke sana.

Yesss.. ada pun.. Murah lak tu, 14 henget je sbb ada sale. Pas beli brg tu, aku masuk lak kedai model nih. Lama dah tak beli.. dulu masa kat kolej aku soker sgt kumpul model Gundam nih

Okeh so korang dapat agak tak apa yg aku beli? Jawapannya, benda ni

Aku tgh berusaha ni.. Kalau buat excersice hari2, mesti tak nampak sgt perubahan kalau tanpa benda nih.. Penting nih.. Lagi semangat jadinya aku nak kurangkan berat badan.

Dah lama aku tinggalkan mesin2 nih.. hmm nampaknya aku kene gandakan usaha lg tahun nih

So lepas ni aku kene la kurangkan makan sikit. Tak leh sangat mkn bende2 manis nih.

Jadi sesape ada petua untuk kecilkan badan, leh lah tinggalkan komen ye. Peace :)

Wednesday, March 4, 2009

Credit Card - Be Carefull Friends


Gambar sekadar hiasan.. Peace

Okeh
Tajuk Zam kali ni agak tipikal,
Cuma kali ini
ceritanya lain sikit
Alkesahnya, seorang kawan Zam nak beli rumah
Segala pembayaran yg berkaitan dah dibuat, termasuklah bayaran lawyer
Cuma perlu tunggu kelulusan pihak bank untuk loan yg dibuat
Apa yg mengejutkan,
Pihak bank tak dpt luluskan atas alasan namanya tlh di black list
Terpinga2 kawan Zam, sebab dia mmg tidak ada mslh dgn mana2 urusan bank sblm ni
Bila ditanya Bank Negara, jawapan yg diberikan ialah-
"Anda tidak menjelaskan bayaran kad kredit sblm ini yg berjumlah RM1,770,000.. takdolah Zam gurau je sebenarnya bayaran tu cuma RM1.77 (Yup.. satu henggett tujuh puluh tujuh sen) charge tahunan dari kad kredit sebuah bank yg tidak pernah langsung digunakannya 2 tahun sblum ni.

Gara2 kad kredit tu, urusan pembelian rumahnya tergendala, & segala pembayaran yg telah dibuat termasuk bayaran lawyer hangus begitu sahaja.

Kesian. Bukannya sikit tu. Harap2 lepas ni Allah gantikan rezeki dia kat mana2.

Sekarang ni org bank dok berlumba2 tawarkan kita dgn macam2 kad kredit. Ada gak yg datang sambil merayu2, minta isi borang, katanya isi dulu, guna tak guna terserah kpd kita kelak. Ramai gak yg memilih utk tak menggunakan setelah kad diterima, tp terlupa untuk membatalkan kad tersebut di bank.

Kalau Zam, penah gak buat sekali- pohon kad kredit cuma untuk dpt hadiah percuma yg diberikan. Pastu pandai2lah batalkan kad tu
Belajar dr kawan2 senior lah ni
Hehe ;P

Tuesday, March 3, 2009

Jangan shopping time laparrr.. aummm!!



Balik sekolah
Singgah jap Satok cari stok barang dapur
Kat rumah boleh masak untuk makan tengahari
Tadi tak makan pon kat sekolah
Laparrnye pewotttt
Adooiihh ni teringat kat pai bluberry nih
Masuk kedai kek
tertengok lak kat roti buttermilk yg gebu nih
Sedapnyeee
sampai rumah, lantak roti dulu
Sebiji pon dah kenyang, lum lg telan pai

Beli satu pun tak pe td
Tulah, beli lagi time lapor.. Satu kedai roti pun rasa nak makan
AAUuUUMMmmM

Monday, March 2, 2009

Kota Sarang Semut.. h a h a :P

Pukul 10 pagi tadi, aku tanya Ustazah, nak keluar beli makanan kat luar tak? Ustazah lak tengok Kak Nor kat sebelah, minta kepastian samada Kak Nor nak keluar sekali atau tidak. "Zamani, kau pergi je lah dgn Ustazah" kata Kak Nor sambil dengan kereknya mengeluarkan bekal yg di bawa. Ambooii.. Dah siap bawa roti rupanya.. Eh eh kejap Kak Nor!! Jerit aku sambil berlari ke arah dia Jangan makann!!
Kak Nor tergelak2. Cepat2 dia sorokkan balik roti2nya. Dia ingat aku nak buat pedajal amik roti dia. Biasalah aku ni kadang2 buat2 manja minta makanan dia (hehe tak malu sudah :P)
"Ada semut tuhhhh" Kak Nor masih tergelak, ehhh aku tak melawak ni. Kak Nor tak nampak, sbb dia ada mslh penglihatan sederhana, alamak Kak Nor dah capai roti macam nak masuk dlm mulut KAKKKK ADDAAA SEEMMUUTTTT!!!
Baru Kak Nor perasan Huhu habes dimarah2nya semut tu huhu.. Kesian roti keju Kak Nor.. kalau tak, mesti aku dapat rasa sikit


Mangsa kejadian..

Terpaksalah Kak Nor ikut jugak kitorang beli makanan kat luar hari tuh.. Rela dia tak makan bekas2 semut tu dari jadi pelupa. Katanya, setiap kali semut tu melata kat mana2, ia akan tinggalkan enzim yg boleh melemahkan otak. Teringat aku kat Dr. Fadzilah Kamsah, kalau airnya yg penuh sebekas dimasuki semut, rela dia curahkan semua dr di tapis, walaupun sayang. Tanya nya lagi, mana yg lebih kita sayang, sebekas air atau otak kita jadi lemah ??

Hari ni aku beli nasi dengan lauk tauge penuh setapau..Ni kalau Mazlina tengok ni maunya dia menjerit.. Dia kan TAK SOKER taugeh2 nih

Waktu Kemahiran Hidup Tahun 5 hari nih, Kak Artis nak observe lak.. Tak de hal lah kalau Kak Artis , aku rilek jer.. Hmmm.. topik hari ni guna Kit Model Kereta nih.. Teringat mase aku kecik2, 14 tahun yang lepas, masa aku darjah 5 kereta ni popular di kalangan kawan2 aku.. aku? nak beli pun tarak duit.. Kawan2 lak siap menunjuk dengan kit2 kereta yg lebih mahal. Biasanya keluaran TAMIYA. Semua ni sbb populariti siri kartun Dash Yankuro kat TV3 masa tu. Sekarang, aku lak yg ajar anak murid aku pasang kit model nih.



Balik sekolah, hmmm alang2 pergi India Sreet, aku singgah lagi beli aiskrim singgit duaploh sen tu. Mcm biasa aku akan amik mint.. layan tak hengat dunia...

Kecoh Di Pagi Hari.. Lor.. Benda ni rupanya..

Time aku sedang menulis entri sebelum ni di bilik komputer, datang Kak Ros dgn sebungkus beg plastik di tangan.. Kebetulan ada Kak Sha & Mazlina sekali, amboi~ kemain beria + bersungguh Kak Ros bercerita dgn diorang.. Ape benda lah agaknya tuh.. Aku lak kurang bagi tumpuan, sbb tengah murung gilew pagi tadi.. Habis menaip, baru aku tanya Kak Ros-

"Ape bende nye tu??"

"Niii haaaaaa... Amik gambar buh dlm blog"

"Ooo.. kain org Ulu rupanya.. "






Orang kampungnya di Kedah yg pesan rupanya.. sbb cantikk sgt.. Hmm.. Kalau dibuat baju, mungkin agak serabut, tapi kalau dibuat kain & bajunya dari kain plain berona sama, mesti shantek tak hengat
Tengok je lah Mazlina pakai hari tu..
Emmm.. cakap pasal Mazlina
Ada cerita sensasi & best tentang anak dara sorang tuh
Nak tahu??
Tungguuuu...

Saturday, February 28, 2009

Aku rasa aku ni JeLiK

Itu tajuk yang aku nak tulis pada mulanya

Sebab kekadang aku rasa

aku ni huduh sangat





maybe its due to my inferiority complex

to make it worst, every day is gloomy day for me



.
.
I cant help it

I keep feeling the same everyday

"I'm such a jerk," I would think



.
.

I'm thinking of an idea to run away from meeting peoples
.
But at the same time
.
The loneliness is killing me





huhu





............
2 Mac
Hmm
Ntah kenapa hari ni
pagi2 lagi perasaan depresi tu dtg balik
Kalu dulu cukup payah perasaan tu datang waktu camgini
Biasanya waktu malam
Hmmm
Nak meluah perasaan kpd seseorang, menekan butang HP untuk SMS pun aku dah terasa malas
Rasa macam dah banyak sngt aku luah kat dia
asyik bende yg same je
sampai aku sendiri pun naik jelak
Entah lah
macam ada perasaan berat yg terbuku kat hati aku pg ni
Aku lepaskan keluhan, berat, dgn harapan perasaan tu berkurangan
Okehlah
Kurang sikit
Tapi rasa nak je ke hujung dunia
Menjerit puas2 sampai terkeluar anak tekak
KENAPA DGN AKU PAGI NI??!!
.

Malam Memperingati Gaza

Malam tadi kami ke Pustaka Negeri Sarawak, tengok persembahan murid2 kami di sana sempena satu majlis yg dianjurkan oleh Yayasan SALAM Malaysia.




Mempersiapkan murid2 sebelum acara bermula


In black.. sama tema dgn pihak penganjur..
.
Acara dimulakan dgn anak2 kecil yg membawa lilin
.
Bacaan puisi
.
Persembahan dari salah sebuah sekolah rendah yang dijemput
.
Ramai yg hadir pd waktu itu
.
Yg terbaring tu anak2 Palestin, yg baju hitam kat belakang tu Yahudi
.

Meremang bulu roma time ni bila mereka laungkan- "Hidup Palestin!!"
.

Antara persembahan yg best! Gabungan tarian & nasyid.. mantap betul suara penyanyi tu
.
Gambar Jeffrey yg sempat ku ambil sebelum bateri kamera ku kong
.
Time murid2 kami buat persembahan, bilik dewan yg gelap tadi diterangkan. Maklumlah, ramai murid2 kami yg rabun jd sukar utk mereka bergerak di dlm gelap. Saat puisi dibacakan dan lampu dewan dinyalakan, suasana dewan jadi senyap.. Aku pun sebenarnya tergamam melihat mereka melafazkan puisi dgn begitu baik.. kagum aku dgn persembahan mereka.. Aku terlupa, sebenarnya mereka semua mmg hebat dlm mendeklamasikan sajak2. Selesai mereka membuat persembahan, penganjur sempat mengucpkan tahniah kepada kami kerana persembahan yg hebat. Cayalah!
Kemudian, kami dijemput untuk makan terlebih dahulu utk mengelakkan kesesakan dgn peserta lain. Acara belum tamat, kami dah makan dulu. YB n VIP pun belum makan apa2 lagi, kami dah balun dulu hehe sorry


.

.

.
Sibuk makan punya pasal, kami tak sempat ikut sesi bergambar dgn press. tak apalah, tak ada rezeki.