e

Wednesday, March 4, 2009

Credit Card - Be Carefull Friends


Gambar sekadar hiasan.. Peace

Okeh
Tajuk Zam kali ni agak tipikal,
Cuma kali ini
ceritanya lain sikit
Alkesahnya, seorang kawan Zam nak beli rumah
Segala pembayaran yg berkaitan dah dibuat, termasuklah bayaran lawyer
Cuma perlu tunggu kelulusan pihak bank untuk loan yg dibuat
Apa yg mengejutkan,
Pihak bank tak dpt luluskan atas alasan namanya tlh di black list
Terpinga2 kawan Zam, sebab dia mmg tidak ada mslh dgn mana2 urusan bank sblm ni
Bila ditanya Bank Negara, jawapan yg diberikan ialah-
"Anda tidak menjelaskan bayaran kad kredit sblm ini yg berjumlah RM1,770,000.. takdolah Zam gurau je sebenarnya bayaran tu cuma RM1.77 (Yup.. satu henggett tujuh puluh tujuh sen) charge tahunan dari kad kredit sebuah bank yg tidak pernah langsung digunakannya 2 tahun sblum ni.

Gara2 kad kredit tu, urusan pembelian rumahnya tergendala, & segala pembayaran yg telah dibuat termasuk bayaran lawyer hangus begitu sahaja.

Kesian. Bukannya sikit tu. Harap2 lepas ni Allah gantikan rezeki dia kat mana2.

Sekarang ni org bank dok berlumba2 tawarkan kita dgn macam2 kad kredit. Ada gak yg datang sambil merayu2, minta isi borang, katanya isi dulu, guna tak guna terserah kpd kita kelak. Ramai gak yg memilih utk tak menggunakan setelah kad diterima, tp terlupa untuk membatalkan kad tersebut di bank.

Kalau Zam, penah gak buat sekali- pohon kad kredit cuma untuk dpt hadiah percuma yg diberikan. Pastu pandai2lah batalkan kad tu
Belajar dr kawan2 senior lah ni
Hehe ;P