Tomodachi Sama

Sunday, March 15, 2009

Aku rasa la..

Okeh, konsert pertama AF dah selesai
Dari 14, aku suka dgn beberapa persembahan pelajar
Biarpun ada diantara mereka yg vokalnya masih belum meyakinkan aku, tapi persembahan mereka berjaya mencuri perhatian.

Yang aku rasa patut bagi THUMBS UP blogger-emoticon.blogspot.com

Isma - suara dia lunak.. sedap di dengar
Yazid - aku confuse ni, juri punya komen (-) tapi aku dengar okey je
Akem - berjaya bawa lagu dgn watak tersendiri
Hafiz - persembahan jujur dgn muka yg manis
Qhaud - cara pembawakan lagu yg best, cume bab suara dia aku tak pasti sgt
Aishah - aku keliru kat sini.50-50. aku minat nak tgk perkembangan dia lg pasni
Rubisa - part dia menjerit tu menjadi & sedap di dgr. Pandai dia hold not tinggi tu
Aril - suara dia.. no komen. Lincah menari, menhiburkan & pandai buat memek muka. Enjoy nengok

Peratusan Undi selepas Konsert (kredit to Mr Vern)
Hafiz 10%
Rubisa 9%
Yazid 9%
Aril 8%
Zizi 8%
Isma 8%
Claudia 7%
Aishah 7%
Akim 7%
Obri 6%
Qhaud 6%
Rini 6%
Adila 5%
Sidi 4%

Masih awal lg utk membuat andaian siapakah yg terbaik antara mereka. Masih banyak kebolehan \yg belum ditonjolkan lagi. Hmm tapi aku rasa rata2 peserta mmg ada talent .
Cayalah!

Saturday, March 14, 2009

Gembira Di Hati :)




Alhamdulillah.. pasti ramai yang lega dan gembira dengan keputusan SPM baru2 ini.. Syukur, usaha & jerih perih pelajar, guru2 & ibu bapa selama ini membuahkan hasil yang baik. Apa yang lebih menggembirakan dan mengharukan, Pelajar Terbaik pada tahun ini berasal dari sebuah keluarga nelayan di Pantai Sabak, Kota Bharu, Kelantan. Nik Nur Madihah, pelajar Maahad Muhammadi (P) yang meraih pencapaian 20A termasuk 1A2, membuktikan kemiskinan bukan penghalang untuk dirinya berjaya.
.

.
.
Aku juga tumpang gembira. Ini adalah tahun kedua berturut2 calon Pelajar Terbaik SPM datangnya dari Sekolah Agama. Pelajar Terbaik SPM 2007 ialah Azali Azlan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, Kedah yang memperolehi 21A termasuk 1A2.
.
Ketika melihat gambar di muka depan Berita Harian semalam, sangkaan awalku pasti Nik Madihah berasal dari Terengganu, kerana kebiasaannya sebelum ini, negeri tersebut seringkali mencatatkan antara jumlah teramai pencapaian pelajar2 yg cemerlang dalam peperiksaan.
.
Ada sesuatu yg menarik perhatian aku disini untuk difikirkan. Apakah ramuan & resepi kejayaan murid2 & pelajar di sana, terutama yang datangnya dari kawasan luar bandar? Rakan ku Kak Artis juga sering meminta soalan percubaan yang dikeluarkan oleh JPN Terengganu dari rakan2nya.
.
Apa yang menarik, macam2 spekulasi dibuat. Ada yang mengaitkan dengan faktor pemakanan mereka, dimana diet seperti ikan yang mengandungi omega 3 banyak membantu perkembangan minda.
.
Ada juga yang berseloroh, anak2 di bandar kerjanya selepas pulang dari sekolah melepak saja di shoping2 complex, manakala anak2 di kawasan luar bandar yang tiada kemudahan seperti itu, akan duduk saja di rumah mentelaah pelajaran.
.
Itu mungkin antara beberapa faktor yang membantu. Pendapatku, apa yang total ialah USAHA.DOA.TAWAKAL.
Bagi aku yang pernah menjalani praktikal selama 2 bulan di SK Kubang Ikan di Chendering, Terengganu, pendekatan yang digunakan oleh pihak sekolah memang kurasakan berlainan dari apa yg penah ku alami sewaktu bersekolah dulu. Apa yang pasti, unsur2 spritual (keagamaan) sentiasa seiringan dengan usaha pelajar, guru2 & ibu bapa dalam memastikan kejayaan bersama. Ia lebih dari sekadar solat hajat ketika peperiksaan hampir menjelang tiba yang dilakukan mereka.
.
Apapun, harapan aku disini, lebih ramai anak2 bumiputera yang akan berjaya & cemerlang di masa hadapan. Kadang2, dalam hati, aku mendoakan kejayaan anak2 ini. Kasih ku telah tertumpah pada kalian semua!!
.
.
P/S: Tiba tiba Zam teringat pada Adik Meera (Nubies) yang bersekolah di Maahad yang sama dengan Nik Madihah. Tingkatan berapa ya? Zam dah lupa. Apapun, buat yang terbaik untuk SPM nanti ye Meera ('',)

Wednesday, March 11, 2009

Aduuuhhhh lelah kamek melayan nemiak sekolah tok.. tapi seronok juak :P


10 Mac

Hari ini kami ke sekolah pekak (SK Pendidikan Khas Samarahan) buat latihan sukan untuk acara balapan. (untuk makluman, sekolah kami tak da padang h u h u). Jadi sebelum bertolak dgn menaiki bas sekolah dari Kuching, kami siapkan dulu bebudak ni


Sekali tengok mcm penari rap jek

Lor ni budak2 Hippies mano lak ni?

Siapakah ituuuuuuww??

Mazlina tersenyum disamping 'Pendekar Mustar'


Terpaksa duduk bertiga sbb bas pon kecik je huhu

Turun dari bas, tetiba sorang budak lelaki pra sekolah bagitahu "Cikgu Zamani... nak kemehh~" Alamak budak ni nak kencing! Cepat2 aku carik cikgu pra (Kak Haslina) tapi jap, aku leerrr patot bawak dia huhu "Mano tandas?" tanya ku pada seorang cikgu kat sekolah tu. Dia tunjuk kat satu arah.. "Huhuhu jauhnye..."

Aku tarik tangan budak tu dengan cepat sbb dr tadi dia dah dok terkepit2 "Tahan.. Tahan.." aku cakap dgn dia. Haaa.. da sampai pon, aku tolak pintu tapi tiba2 budak tu melepaskan kepitan dia.. Eh eh apahal dia ni.... eh!! ehh....!!! AaaAAaaAAaaAAaaAA!!!!!!
"Cikguuuuuuuuuuu~ dah kemehhhhhhhhhhh~"
Huhuhuhuhu... Budak tuh dah kencing dalam seluarrrrrrrrr!!
Ni yg tak soker nih
Jap jap
Jangan panik.. tarik nafas.. tenangkan fikiran
Kalau aku cikgu pra, apa aku buat.. emmm..
Pelan2 bukak pili air, jirus badan dia sekerat..
Pastu, perah balik baju seluar stokin ngan kasut sblum pakaikan balik dia dgn pakaian tu
Dah tak do baju spare, itu jelah yg termampu
Tobat, pasni kalau ado lg yg kencing dlm suar, aku sunatkan dia!!

Okeh. Mulakan acara. Buat macam tak ado apo2 yg berlaku.


Tengah tunggu giliran melontar peluru

Acara ditangguhkan kul 10.00. Esok sambung lagik. Sebelum balik ke sekolah, singgah dulu makan kat Mass Cafe kat Batu 7.


Nasi berlauk,


& my faveret, Teh C Peng
.
Balik ke sekolah, ado lak mesyuarat PIBG. Itupun kul 5 baru start.. hadoilaa~ ngantokzz nih.. tidurlah dulu jap..
.
Baguzz.. ade ciri2 suri rumah tangga yg baik nih
.
11 Mac
.
Hari kedua. Kalau smlm naik bas dgn budak2, hari ni join cikgu2 dlm van.
.
Sessi bergosip??
.

.

Ni dah mcm gaya ninja kampung Konoha
.

Tengok sape yg cube mengkagumkan semua orang dgn lontarannya
.
Tamat latihan untuk hari ni, kami berkumpul di tepi padang untuk minum air dan berehat.
Tiba2, kak Artis menjerit dari jauh
"Ehh eehhhh budak! budak!!"
Aku berpaling kebelakang
Tak ada apa pun, tp dah ramai yg berkumpul di situ
Sekonyong2,
muncul sepasang kaki dari dalam longkang di tepi padang
"Budak jatuh longkang!!"
"Saperr??!!!"
Hah!
Budak nakal ni rupanya!
Sekilas cikgu2 berpaling, budak tu dah merayap ke situ
Tadi baru je kene cubit dgn aku sbb merayap tak tentu pasal
Dia terdiam, takut dimarah, kemudian tergelak
Ya ampunnnn.. Sabor jelah!
.
Balik, mcm biasa singgah makan dulu. Kali ini ke Warong 2000 di Desa Ilmu. Sbb dah biasa makan kat sini, aku syorkan kawan2 pesan nasi ayam & air jagung yg lebih kurang macam ABC.
.
Ayamnya rangup sangat~
.

Kata Mazlina, air jagung kat sini lagi best dari air jagung di Trivolley
.

.
Di sekolah, Sandra mengadu tangannya lenguh2. Mungkin sebab melontar peluru tadi. Kak Nor minta Cikgu Maoh tolong urutkan.
.
.
12 Mac
.
Hari ni latihan acara larian. Sbb padang becak, kami pendekan jarak kpd 40 meter sj.
.
Yang dok tengok kamera ni namanya Watson.. or biasanya aku panggil dia WATSON NYAMBEK hehe

Kalau tengok dari peserta2, dapat tak korang agak siapa dpt no. 1?

Aku semacam tertunggu waktu pulang sbb sebelum tu kami akan singgah makan dulu kat tempat2 best. Hari ni makan di Oten's Cafe, layan tak hengat! Cikgu Dini yg bawa kami ke sini.



Pengunjung leh makan bubur kat sini dgn percuma

Ice Blended Cappuccino

Nasi Goreng Kampung Udang
.
Balik ke sekolah, Cikgu Dini hidangkan kami Kek Lapis Sarawak pulak. Makan lagi..


Petangnye, lps tamat kelas Bahasa Inggeris untuk guru2 PPSMI, aku ikut Cikgu Dini ke Institut Pertanian Negeri. Tengok cara terbaru penanaman sayur di sana untuk Projek Bumi Hijau sekolah. Selesai urusan disana, kami minum dulu di Restoran Nasi Kandar di Batu Lintang, dekat dgn sekolah kami sblm balik ke rumah.

Ronda2 dengan kereta mini

Macam biasa, order Teh C Peng
.
& tosei

Sempat bergambar dgn kereta mini Cikgu Hissam nih.. Sebelah tu, kereta aku (hehe berangan sudah)

Monday, March 9, 2009

Jom Belajar Bahasa Antarabangsa!

Bonne Fete!
Joyeux Anniversaire!
Ledicia no teu cumpreanos!
Alles Gute zum Geburtstag!
Janam Din ki badhai!
Buon Compleanno!
Otanjou-bi Omedetou Gozaimasu!
Fortuna di es natalis!
Selamat Hari Jadi!
Selamat Ulang Tahun!
Feliz Cumplea–os!
HAPPY BIRTHDAY!!


"to"

.

Y
Y

Y
Y
Y
Y
Y
Y
Y
Y
Y



E.C.A.H!!


SITI NOORAISHAH BT KAMARUL ZAMAN

9 MAC 2009



Special untuk Ecah lagi..


Selamat Hri Jadi yg ke 42 Ecah ;P hehe .. Terimalah kek Barbie Doll yg tak seberapa dari Angah ni yg Angah curik dari Kak Ayu Yuliana di blognye hehe Janji Biruuuuu warnanya
Warna kegemaran Ecah kan?

Maaf lah
Angah mu ini mengidap alzhameir sehingga terlupa hari ni hari ulang tahun kelahiran Ecah
Naseb Along mu () ada untuk mengingatkan Angah mu yang pelupa ini
Huhu terjungil mata & tersentak jantung Angah saat diberitahu Along tadi
Perasaan cuak & panik mula menguasai diri
Angah langsung terdiam
Terkelu untuk terus bersembang dgn Along
Mau saja rasanya Angah lari menyembunyikan diri ke hujung dunia
kerana malu teramat sangat & takutkan rajukan Ecah yg selalu membuatkan Angah tak lena tidur di kala malam
.
Haha
K lah Ecah
Semoga Panjanggggggggggggggggggggg Umur Murah Rezeki
Hadiah Ecah, tahun depan Angah poskan ye
Itupun kalau Along ada ingatkan Angah lg
hehe
L a r r i i i i i k k k s s s