10 Mac
Hari ini kami ke sekolah pekak (SK Pendidikan Khas Samarahan) buat latihan sukan untuk acara balapan. (untuk makluman, sekolah kami tak da padang h u h u). Jadi sebelum bertolak dgn menaiki bas sekolah dari Kuching, kami siapkan dulu bebudak ni
Lor ni budak2 Hippies mano lak ni?
Siapakah ituuuuuuww??
Mazlina tersenyum disamping 'Pendekar Mustar'
Turun dari bas, tetiba sorang budak lelaki pra sekolah bagitahu "Cikgu Zamani... nak kemehh~" Alamak budak ni nak kencing! Cepat2 aku carik cikgu pra (Kak Haslina) tapi jap, aku leerrr patot bawak dia huhu "Mano tandas?" tanya ku pada seorang cikgu kat sekolah tu. Dia tunjuk kat satu arah.. "Huhuhu jauhnye..."
Aku tarik tangan budak tu dengan cepat sbb dr tadi dia dah dok terkepit2 "Tahan.. Tahan.." aku cakap dgn dia. Haaa.. da sampai pon, aku tolak pintu tapi tiba2 budak tu melepaskan kepitan dia.. Eh eh apahal dia ni.... eh!! ehh....!!! AaaAAaaAAaaAAaaAA!!!!!!
"Cikguuuuuuuuuuu~ dah kemehhhhhhhhhhh~"
Huhuhuhuhu... Budak tuh dah kencing dalam seluarrrrrrrrr!!
Huhuhuhuhu... Budak tuh dah kencing dalam seluarrrrrrrrr!!
Ni yg tak soker nih
Jap jap
Jangan panik.. tarik nafas.. tenangkan fikiran
Kalau aku cikgu pra, apa aku buat.. emmm..
Pelan2 bukak pili air, jirus badan dia sekerat..
Pastu, perah balik baju seluar stokin ngan kasut sblum pakaikan balik dia dgn pakaian tu
Dah tak do baju spare, itu jelah yg termampu
Tobat, pasni kalau ado lg yg kencing dlm suar, aku sunatkan dia!!
Okeh. Mulakan acara. Buat macam tak ado apo2 yg berlaku.
Acara ditangguhkan kul 10.00. Esok sambung lagik. Sebelum balik ke sekolah, singgah dulu makan kat Mass Cafe kat Batu 7.
Nasi berlauk,
Balik ke sekolah, ado lak mesyuarat PIBG. Itupun kul 5 baru start.. hadoilaa~ ngantokzz nih.. tidurlah dulu jap..
.
.
Baguzz.. ade ciri2 suri rumah tangga yg baik nih
.
.
11 Mac
.
.
Hari kedua. Kalau smlm naik bas dgn budak2, hari ni join cikgu2 dlm van.
.
Sessi bergosip??
.
.
Tengok sape yg cube mengkagumkan semua orang dgn lontarannya
.
.
Tamat latihan untuk hari ni, kami berkumpul di tepi padang untuk minum air dan berehat.
Tiba2, kak Artis menjerit dari jauh
"Ehh eehhhh budak! budak!!"
Aku berpaling kebelakang
Tak ada apa pun, tp dah ramai yg berkumpul di situ
Sekonyong2,
Sekonyong2,
muncul sepasang kaki dari dalam longkang di tepi padang
"Budak jatuh longkang!!"
"Saperr??!!!"
Hah!
Budak nakal ni rupanya!
Sekilas cikgu2 berpaling, budak tu dah merayap ke situ
Tadi baru je kene cubit dgn aku sbb merayap tak tentu pasal
Dia terdiam, takut dimarah, kemudian tergelak
Ya ampunnnn.. Sabor jelah!
.
Balik, mcm biasa singgah makan dulu. Kali ini ke Warong 2000 di Desa Ilmu. Sbb dah biasa makan kat sini, aku syorkan kawan2 pesan nasi ayam & air jagung yg lebih kurang macam ABC.
.
.
.
Di sekolah, Sandra mengadu tangannya lenguh2. Mungkin sebab melontar peluru tadi. Kak Nor minta Cikgu Maoh tolong urutkan.
.
.
12 Mac
.
Kalau tengok dari peserta2, dapat tak korang agak siapa dpt no. 1?Aku semacam tertunggu waktu pulang sbb sebelum tu kami akan singgah makan dulu kat tempat2 best. Hari ni makan di Oten's Cafe, layan tak hengat! Cikgu Dini yg bawa kami ke sini.
Nasi Goreng Kampung Udang
.
Petangnye, lps tamat kelas Bahasa Inggeris untuk guru2 PPSMI, aku ikut Cikgu Dini ke Institut Pertanian Negeri. Tengok cara terbaru penanaman sayur di sana untuk Projek Bumi Hijau sekolah. Selesai urusan disana, kami minum dulu di Restoran Nasi Kandar di Batu Lintang, dekat dgn sekolah kami sblm balik ke rumah.
Ronda2 dengan kereta mini
Macam biasa, order Teh C Peng
.
.
& tosei
Sempat bergambar dgn kereta mini Cikgu Hissam nih.. Sebelah tu, kereta aku (hehe berangan sudah)