Tomodachi Sama

Monday, March 23, 2009

Biasa tengok tak 'kucing' nih?



Biasanya peniaga kaum Tiong Hua akan letakkan patung kucing nih (maneki neko) kat dpn premis perniagaan mereka dgn harapan dapat membawa tuah dengan menarik lebih ramai pengunjug. Perasan tak tangannya yg melambai2 tu? Konon2 untuk menarik pelanggan lah tu.

And guess what I found at this shoe store , mase jejalan kat India Street pas sembahyang Jumaat hari tuh




Maneki neko versi 'hidop' (real)


Ya ampunn~ Coh-mey-nyeee kucen nihh.. Gemox yg tak tahan tu. Duduk diammmmm je depan kedai tu, tak pedulik org kanan kiri, & mata besar dia galak melilau sana sini. Loceng besar kat leher dia buatkan aku teringat kat Doraemon (eh aku kah itu?)

Aku ketap bibir tahan geram- rasa nak gigit2 je kucen ni. Aku tak caya langsung pun kat patung tu, tapi yg kucen hidup ni, buatkan aku terasa nak masuk ke kedai tu. & aku masuk. Bukan nak beli kasut pun, cuma sesaja nak tengok kucen ni dr dekat. Tp sempat la cover buat2 tengok kasut. Kalau bukan sbb segan kat org yg lalu lalang kat India Street tu, dah lama aku cubit2 pipi kucen tu. Ni pun, ketap2 gigi tahan geram lg.
.



Sebelum gi Jumaat minggu lps, kami buat majlis makan2 sikit kat Cafe Bonda untuk raikan bekas GPK 1 kami yg dah berpindah ke Penang. Kebetulan time cuti seminggu tu dia balik Kuching jap.


Menu hari tu, Ayam Penyek. Ayamnye dgoreng garing & rangup

Tuesday, March 17, 2009

PTK- Aduyaiii~ Macam2 hal lah hari nih!

Pagi tadi ada paper PTK umum.. Amik kat SMK Batu Lintang.. Dok tengah berjalan ke kelas peperiksaan, aku perasan ade amoi ni mcm dok usher aku. "Mat!" panggilnya.. Aku berhenti eh eh.. siape ye.. Aku tenung mukanya cube mengecam "Tak kenal ke.. Hui Hui" Eh eh.. a ah laaa.. Hui Hui.. A aa...kenal, kenal... eh jap! jap! Kita jumpa kat mana ea?? aku tanya dia balik "Kem Wildernes kat langkawi dulu laa.." A a lahhh ! Hehe sory lah aku lupa lah..bukan ape banyak sangat brkawan dgn cikgu2 Cina huhu matilah aku~ mesti dia terasa sbb aku bleh lupa kat dia

"Mat, u tak bawa buku kah? Hari ni kan open book test.." Apo?? Open book test??! Tak tau pun! huhu kalau tahu da lama aku bawa buku. Macam mana aku boleh tak tahu nih? tak ado maklumat dari pihak sekolah pun!

Dalam kelas, aku duduk tunggu ptk start. Ada 5 minit lg.. aku buka beg galas nak keluarkan alat tulis... eehhh~Mano pencil case akuuuuuuu???!! Jap! Alamak! Mesti tertinggal mase aku singgah bilik guru td! huhuhu Nak patah balik amik dah tak sempat, adoiiii laaa~ Buek ponet yo den boli smlm . Naseb lor ade kawan, tebalkan muka pergi pinjam biarpun aku rasa semua mata dlm kelas memandang aku

Pritttttttt!!! Ketua pengawas tiup wisel tanda mulanya exam. Tapi boleh pulak, kertas soklan tak cukup time tuh. Aku org terakhir yg dapat kertas tuh- nasebbbb.. tak pasal2 yg tak dapat kertas tu kene kuar tinggalkan kelas peperiksaan dulu.. huhuu

Bismillahirrahmanirrahim.. harap2 aku dapat jawab dgn tenang. Semoga tak ada2 lg yg terjadi lps ni... tetibe- (((((Skuaaaddd!!!)))))
apooooo lagi nih
"Dari depan! Cepaaaaattttt...!!!!" Ya ampunnnnnn~ Tengah cikgu2 ni exam boleh budak2 sekolah menengah ni berkawad! huhuhu terganggu emosi aku.... STOPPPPP!!!! nak je aku jeritt dari tingkap kelas tu kuat2- SENYAP LAH WEIIIII!!!!


-------
Balik dari PTK, singgah Satok lagi. Ni dah kali keberapa ntah minggu ni. Aku tak puas hati, dok tilik "barang2'' ni beberapa kali. Sukar betul nak buat pilihan antara 2. Ahh~ balik lah dulu.. Tapi, bila da sampai rumah, hati jadi tak tenang lak jadinya.. hati dok teringat kat bende tu.. takut gak kalau ade org lain yg sapu dulu.. Dlm keadaan separa sedar, beberapa minit slps tu, aku dah berada di Satok semula, dalam hujan.. Hati aku dah tekad! Aku nak yg itu gak!