Tomodachi Sama

Saturday, May 30, 2009

Aku & Muslimah

Setengah jam sebelum penerbangan ke KL, aku terima msg dr Kak Haslina.
"Zamani, ko dah naik flight ke? Akak kat Marry Brown"
Eh, bukan flight dia balik Labuan mlm ni ke? Cepat2 aku ke Marry Brown yg terletak jauh dr gate no.5. Ada pun. Baru aku tahu flightnye kul 4.30 ptg tu. Lepas borak lebih kurang & jamah sikit french fries, aku minta diri dlu.
"Kak Has, jgn lupe belikan coklat Hershey 2 bungkus ea.." pesan aku
"Tengoklah, kalau akak ingat..."

Okeh. Aku blah dengan cepat. Ada 15minit lagi sblm kapal terbang berlepas. Oh, tempat duduk aku dekat pintu kecemasan rupanya. Cuma ada dua seat. Sayang seat aku bukan yg dekat dgn tingkap. Sambil tunggu penumpang yg duduk di sebelah aku datang, aku capai dan belek majalah yg ada di depan. Wahh.. isu bulan ni sal makanan2 special kat Malaysia. Kalau boleh, nak je aku pesan ABC yg sebijik dlm majalah tu dgn pramugari.

"Seat pakcik kat situ td, tp pakcik tukar sini sb nak duduk sekali dgn isteri pakcik, boleh tak adik duduk kat situ.."
Aku angkat muka. Pakcik yg duduk kat sebelah tu tunjuk jarinya ke arah aku kpd seorang gadis. Alamak.. ni yg aku segan sikit ni.. rupanya perempuan yg duduk sebelah aku. Aku segera bangun, memberikan laluan untuk dia duduk. Aku cuma memandang wajahnya sekilas pandang, segan aku.. yg aku tahu dia berbaju kurung, ungu.. jarang penumpang yg naik kapal terbang mengenakan baju kurung, sbb aku tengok rata2 lebih selesa memakai blouse & seluar. .

Di dalam kapal terbang, aku lebih selesa membelek majalah dan dia pula sepanjang masa mengalihkan pandangannye ke tingkap. Mungkin dia segan duduk di sebelah lelaki bukan ajnabi. Aku jd lebih segan. Dalam hati, aku berperang dgn diri sendiri. Nak tegur ke tak. Nak tegur ke tak? Perasaan hormat & segan menyekat aku dari bertindak sedemikian. Sekali sekala aku lihat dia memandang ke depan. Dlm ms yg sama, aku perhatikan dia mengenakan sarung tangan & kaus kaki. Ada ciri2 Muslimah... & dr beg kertas ungu yg dibawanya, aku agak dia seorang pelajar UiTM.

Pramugari datang bertanyakan pilihan menu yg ingin dimakan. Kebetulan pula, kami memesan menu yang sama. Pasta with chicken. Dari suaranya yg lembut & cara percakapannya, aku agak dia orang Kelantan. Dengan sopannye aku makan sambil cover di depan muslimah tadi. Control macho.

Tiba-tiba....
つづく

Friday, May 29, 2009

Going Airbone!!!!!



Yeahh~
Balik KL ;)

28 May 2009



Hari ni Kak Artis bawakan Puteri Ayu utk kami, bukan seringgit dua tp seplastik. Wah kemain suka lg aku, yelah beberapa hari lepas aku baru je mengamuk hentak2 kaki tunjuk protes depan Kak Nor.. mana taknye.. hari tu Kak Artis bw sikit jek campur dgn kuih lain, Kak Nor lak leh g bantai telan 2 ketul.. aku langsung tak sempat mkn walau sejibik.. Dari kul 7.30 - 10.00 td, aku dok mengunyah jek.. ada la dekat 10biji jugak aku telan. Nak wat mcm mn, dah benda ada kt depan mata

Abis sekolah, Kak Ros ajak keluar makan. Kak Artis yg drive ke Singapore Chicken Rice kat Satok. Eloklah tu, aku pun nak beli ikan terubuk ngan beras Bario kat situ nanti. Sampai2, kami pesan nasi ayam.. Ade ke, diaorg letakkan ayam aku ngan Kak Ros sekapal..



Kak Artis pesan ayam kukus je.. Sayur & Tauhu ni side order





Teh C Peng ni aku belanje..



Perut pun dah kenyang, g lak Pasar Tamu Satok. Masa aku jinjit ikan terubok & beras ke tempat parking, aku tengok kakak berdua tu gelakkan aku dr dalam kereta. Masuk2, aku tanye, nape?

"Ingatkan kau nak beli berkotak2, rupanye sejemput tu jek"
Yela.. lama gak aku kuar p beli td.. pdhal brg sket jek :P

"Kau tak nak beli kek Lapis ke? Kite g kejap" kata Kak Artis
"Boleh gak, tp kak tak sibuk ke petang ni?" aku lak serba salah
"Alah.. tak adalah.. dari balik melayan bini panglima tu.."
Ooo.. Baru aku tahu.. Kak Artis escape aktiviti BAKAT ea ;)
"Tak pe kak, layan jelah si Zamani ni." sampuk Kak Ros
hikhik
Rasa mcm anak panglima lah pulak. Mana tak, Kak Artis yg drive, Kak Ros duduk dpn mcm bodyguard, aku lak dok belakang sorang2 rileks je dalam honda accord 2.0 iv tec tuh



Kat kedai kek lapis tu, dapatlah beli satu dgn harga 9ringgit. Harga Kak Artis sbb dia dah biasa beli kat situ. Harga biasa 10ringgit. Aku pun bukan nak beli banyak, 2 je. Dah beli kek, Kak Ros lak tetibe bukak cerita sal kek Hari Guru hari tuh.
"Kau tau Zamani, mase nak pergi amik kek aritu, akak tanya Gloria, nak amik kek yg besar ke kecik.."
"Pastu?" aku tak sabar2 nak tahu, tp mcm dah boleh agak
"Dia kata, amik yg besar lah, sebab Cikgu Zamani tu kuat makannn! "
HAH! KAN BETUL!

Thursday, May 28, 2009

Its just me, and another gloomy day



Im just feeling bad for myself today
It hurts me, a lot

Wednesday, May 27, 2009

27.5.2009

Tak tau nak letak tajuk apa entri kali ni. Cuma nak tulis apa yg berlaku & dibuat ari ni.




Awal2 pagi sblm kelas start, Kak Artis pgil aku tengok kain2 kat bilik dia. Peluang baik ni, boleh buat bisnes. Kak Artis bg aku amik 8 pasang utk aku jual kat cikgu2 sekolah menengah sebelah. Sementara tu yg lain pulak pilih untk diri sendiri. Aku tengok kak Nor dah mcm org yang jual kain kat Pasar Siti Khadijah lak.



Untung Kak Artis panggil aku dulu. Sempat rembat yg cantik2 dlu sblm kawan2 lain ambil.



Time ni kitorang dok mengkofidenkan Ch'ng utk amik kain tu. Mmg cantik & kene ngan dia.



Dalam masa aku free td, aku tengok Kak Haslina tengah latih murid2 pra Orientasi & Mobiliti. Sian Shafinaz, takut2 nak turun tangga, Savio kat depan tu rilek je

Sandra yg tengok aku pegang kamera, terus minta nak tengok. Aku tunjuklah gambar2 yg ada dlm tu, n sampai kat gambar ni, dia tanya..



"Apa merah2 ni cikgu?"
"Oo ni sayur yg cikgu masak aritu..."
"Cikgu TIPUUUUUUU" tak semena2 dia separuh menjerit
Eh eh budak ni, dia tak caya aku leh masak ke?
"Cikgu TIPUUUU'' kata dia lg
Sah2 dia mmg tak caya aku yg masak
Hari tu, aku lapar sgt, tetibe teringat kat sayur air yg aku tengok kat blog Kak Chik. Tu yg aku rase mengidam tetibe tu



Hari tu makan Rojak Kuchei ni (Rojak Kucai, org Srwk sebut kuchei). Cucurnya sedap, tak mcm cucur dlm rojak2 sblm ni yg aku rasa berminyak n kosong je



Hari ni gak, sekolah buat majlis penyampaian hadiah untuk murid2 yg dapat tempat terbaik tahun lps. Tahun lepas tak sempat buat sbb sekolah sibuk sgt dgn aktiviti lain & kunjungan pelawat.



Budak tahun 1 ni happy kemain, sbb dia awal2 dah tahu dia akan dapat hadiah



Selain dapat no1 tahun lepas, Sandra gak dapat anugerah Olahragawati tahun ni. Tahniah lah ye



Petang pas abis majlis, ade kelas SAL lak.. Cikgu Gloria yg conduct



Abis kelas SAL, aku g potong rambut kat tempat yg biasa aku g. Yg pakai baju merah tu, tokey salon. Aku takkan gunting dgn org lain, kecuali dgn tokey je, biarpun ada pekerja dia yg free & dia lak sibuk dgn pelanggan lain, aku tetap nak dia jugak yg guntingkan. Biarpun terpaksa menunggu. Naseb tak lama td



Pastu g Satok amik kad ahli ni. Lain kali dpt lah aku beli murah brg2 kat Al Wahida.



Last kali, ada urusan kat Maybank. Okeh. Pegawai bank ni, Amy Lau begitu petah & mesra melayan aku. Siap mcm temuduga lak. Biasanya sblm ni aku berurusan dgn pegawai lain. Ni 1st time ngan dia. Aku layan jek, tp aku risau lak kat org yg dok menunggu giliran kat belakang. hehe. Boleh calonkan dia ni jd pekerja terbaik bulan ni nih.