Tomodachi Sama

Thursday, June 25, 2009

Aku Yang Terkorban (UPDATE 26 JUNE)










Khamis lps (18hb), pihak sekolah Zam telah mengadakan latihan kebakaran dgn kerjasama Balai Bomba Batu Lintang, Kuching. Gambar2 diatas diambil ketika operasi menyelamatkan mangsa- seorang kanak2 dengan multiple disabilities dijalankan. Tp sebelum itu, satu sesi penerangan & demonstrasi telah diadakan oleh pegawai mereka untuk guru2.





Lihat, siape yg cube memadamkan api..



..dengan gaya yang meyakinkan..



"Anje" lah siape lagi hehe

Okeh, NEXT?



Tenung dulu api2 tu dalam2..



kemudian tembak!!!!!

Dlm 5 saat api tu padam.. GB buat rekod baru padamkan api.. Kitorang kata, api tu takut dgn GB!



......................................................................

6 tahun dulu, ketika di maktab...

Bangun dr tidur pagi itu, aku perasan aku kat bilik member..
Baru teringat, smlm aku lepak dgn kawan2 kat bilik tu.. Sampai tertidur kat situ rupenye..
Lps bersiap, aku g kelas.. Kat kelas, aku hairan bila kawan2 dok cerita sal fire drill.. Fire .. drill?? Ape tu?? Itulah 1st time aku dgr istilah tu.. Mulanya aku buat tak tahu, tp bila diorang terus bercakap sal hal tu, aku mula faham.. & tetibe aku rasa curiga.. Aku pun tanya Kak Mai-

"Kak, fire drill ape nih??"

"Fire Drill semalam lah..... Eh!" tetibe Kak Mai mcm perasan sesuatu "Mad tak ade ke semalam??"

"Mad balik rumah ke semalam??" tanya kawan aku lg, sbb dia tahu aku biasa balik rumah keluarga aku kat Serdang biarpun aku duduk asrama

"Tak.. ada kat asrama" aku jawab dgn jujur, tanpa menyedari aku akan jadi bahan gelak jap lagi...

"Sah lah.. budak ni rentung semalam" sampuk Juniza

"Tapi nama dia tak naik pun masa berkumpul semalam??" Kak Mai tanya Juniza lak..

Okeh.. Aku dah dapat gambarannya sekarang-

"SEMALAM ADA LATIHAN KEBAKARAN TAPI AKU TAK TAHU APE2 DAN PALING MEMALUKAN IALAH BILA DAPAT TAHU AKU ANTARA YANG TERKORBAN !!"

Balik dr kelas, dengan hanginnya aku ke bilik tempat member2 biasa berkumpul.. Mmg, takde sape pun kat asrama lelaki yg bgtau aku sblm tu.. Senyap jek diorang ni.. Yg peliknye takkan takde sorang pun yg kejutkan aku mlm td? Dan memang, aku sengaja cari nahas bila tanya diorang sal fire drill tu

BERSEMBUR DIORANG GELAKKAN AKU!

"Kau nak tahu, kitorang dah kejutkan kau malam tadi!" Faizal bukak cerita

"..tapi boleh kau bangun- mamai2- lepas tu sambung balik tidur!!" tambah Amir

Eh aku ade bangun ke??

"Bukan main lagi kitorang gelakkan kau semalam!" sambung Faizal

Maka, jd bahan lawak lah aku lepas tuh.. Tp peliknye, nape nama aku tak diumumkan antara mangsa yg terkorban malam td.. Rupanya ramai gak yg tak tahu aku hangus malam tu

"Jman kan 'abang' kau.. sebab tu dia tak sebut name kau" mamber2 aku buat conclusion..

Ooo.. Patutlah.. Abg Jman yg handle fire drill tuh.. naseb lah ade kau, Abang JMANNNNNNNN. Kalau tak dah lama aku jadi bahan gelak satu MPIK!!!

Wednesday, June 24, 2009

Feeling bad about myself..




Sometimes, I'm just feel that
I am too ugly


Tuesday, June 23, 2009

Bayam Goreng



Batas Projek bumi Hijau kumpulan kami masih belum ditabur benih pun, tp entah dr mana bbrp rumpun bayam tumbuh segar di tepi2 batas. Batas kumpulan lain takde lak tumbuh ape2.. Terlebih baja kot, sampai subur mcm tu sekali hehe

Dengan rajinnya (konon2 nak impress kan kawan2) aku goreng bayam2 tu kat dapur pra sekolah.. leceh pulak bl nk kene celur tepung & goreng sehelai2 daun bayam ni.. ni boleh kira percubaan berani mati sbb dlu penah aku wat skli tp xjadi

But guess what my friends said

"Sedap"-

Saturday, June 20, 2009

Melayan perasaan..

Perasaan aku mungkin sama saja dgn mood yg dibawakan dlm lagu2 ni selama ni
Mudah sgt lagu2 ni merasuk ke jiwa.. Tak susah pun untuk menghayati biarpun aku bukanlah faham sgt bahasa jepun
Cari terjemahannya, fahamkan, pasang lagu, pejamkan mata & hayati bait2 lirik beserta susunan muziknya..
& saat itu aku akn khayal & tenggelam dlm perasaan



Watch more My Video videos on AOL Video


Watch more My Video videos on AOL Video

(Zam akn mulai sibuk minggu ini, jd mungkin akn ambil masa sblm memblog semula)

Friday, June 19, 2009

Hikosen Cara



(Hikosen Cara products are the wide range of home made cotton items including Garments, aprons, bags, zakka ( small items for various purposes) and home accessories. All of them are designed from Japan with special Cats and Dogs characters.)

Semalam di Boulevard, sambil menunggu seluar yg aku beli dipotong & dijahit bahagian kakinya, aku ke Hikosen Cara di tingkat 2.



Dah lama tak singgah sini. Meh tengok antara produk yg ada kat sini. Sebagai pen'gila' kucing, aku suka konsep kedai ni, sbb kat sini aku boleh dapatkan mcm2 produk yg ber'tema'kan kucing (99%) & ada la sikit anjing.



Masa nk g amik seluar tu balik, sempat amik gambar ni. Hmm.. bilalah aku dpt pakai baju camni..



Kat rumah, aku ada gak kumpul sikit2 barang2 yg bertemakan kucing. Kebanyakannya dari Hikosen Cara. Saje suka2, yelah nak bela kucing betul aku dah serik.


Si kuning tu Along, si gemox biru tu Angah n si pink tu Ecah hehe


Palm Rest, Hikosen Cara


Garfield & aweknye.. Masih tersimpan elok tidak dibuka


Hello Kitty Brick, yg aku beli time bersahur kat McD KLIA tahun 2006 dulu.. Masih belum dibuka

Ada lg satu produk dr Hikosen Cara yg aku suke sangat. Langsir Jepun nih.. dah lama aku cari.. Akhirnya dapat beli gak



Ada tertulis perkataan OKAERI (awak dah balik) di atasnya.. Kucing ni je la yg selalu sambut aku setiap kali balik dr kerja (biarpun aku selalu lupa nak sebut TADAIMA). Dan dibelakangnya, setiap kali aku nak keluar g kerja, ada tertulis..



(For more information, kindly log on Hikosen Cara)