Hari ni baru saja berlangsung acara Liga Juara Hot FM di Sukma Ria, Kuching & aku kesana untuk melihat persembahan Misha Omar (kredit untuk Manisah yg maklumkan pd aku beberapa hari lepas) Sejak awal lg aku tak sabar menunggu kedatangan hari ini, & kelewatan teksi yg mengambil aku ke sana petang td membuatkan aku sedikit resah- takut terlepas persembahan Misha. Tp syukur alhamdulillah, aku rasa hari ni memang hari aku.. Sebaik saja saja sampai, perlawanan futsal antara pasukan Fara Fauzana (The Hangits) dgn Montel FC (Tini) sudah sampai ke penghujungnya & pengacara mengumumkan kehadiran Misha Omar di atas pentas. Kerana ramai pengunjung yg memberikan perhatian pd perlawanan futsal pd mulanya, ruang di depan pentas utama agak lengang & aku dapat membolosi pengunjung lain yg telah berada di dpn pentas utk menempatkan diri di posisi yg agak jelas untuk aku melihat Misha. Sehari sebelum acara, awal2 lagi Kak Haslina sudah mengingatkan aku, yg tapak acara ini terlalu kecil & sempit, & sudah tentu tidak selesa untuk berhimpit2 dgn pengunjung lain, tapi disebabkan aku dah nekad, aku pergi juga walaupun pada mulanya bermacam2 kerisauan bermain di kepala- lebih2 lagi kalau aku tak dapat duduk di bahagian depan pentas untuk mengambil gambarnya. Tp itulah, syukur sangat2 bila dapat berdiri di barisan hadapan, di tengah2 pentas. Hari memang terlalu panas, tp aku bertuah sebab dapat menumpang teduh dibawah payung2 pengunjung yg berada di depan, kanan & kiri- & disebabkan itu aku dapat mengambil gambar dengan baik-tidak terlalu terang & silau dek cahaya yg terik.
Sebagai pembukaan, Misha menanyakan 3 soalan kpd pengunjung. Pengungjung diminta meneka ketinggiannya, nama anaknya & dimana tempat untuk dapatkan mee kolok yg paling sedap (teringat masa aku mula2 sampai Sarawak 3 tahun lepas, sibuk mencari mee kolok di Satok). Lucu juga bila Misha menyebut Satok sebagai Santok. Teringin juga nak menjawab soalan2 Misha, untung2 dapat cenderahati dr Hot FM. Tp masa tu aku sibuk menyiapkan kamera aku. Misha membawakan tiga buah lagu- Dont Stop The Music, Pupus & Cinta Adam & Hawa. Turut kelihatan ialah kakak Misha- Mimi yg merupakan pengurusnya (berbaju putih). Nyanyian live Misha memang power, terutama untuk lagu Pupus & Cinta Adam & Hawa. Mujur aku masih waras & tak terbawa2 perangai di rumah ketika melihat Misha di tv.. Terjerit2..
Ada sekali tu, aku perasan, Misha pandang tepat ke arah aku (wahahaha koya nak mapuh budok ni)
Tamat saja persembahannya, Misha terus pulang. Aku teringin untuk mengambil gambar dengannya, tp mana mungkin dgn kawalannya yg ketat dari pentas hingga ke pintu van & Misha kelihatan ingin segera pulang. Cukuplah dgn sekadar bersalaman dengan dia, itupun aku dah puas. Gembira sangat aku hari ni, & malam nanti aku pasti dapat tidur dgn lena.
Ikutkan hati, aku ingin juga lihat persembahan artis lain- Hafiz AF7, Tomok & Dafi. Tp aku perlu balik segera, lagipun hasrat aku dah tercapai. Dalam perjalanan pulang, aku sempat singgah di booth Hafiz AF7, membeli beberapa merchandise.
Tetiba terasa nak berjalan2 dulu di sekitar Sukma Ria sebelum balik. Masa tu lah, tetiba aku ternampak sahabat aku Hairil dengan isterinya Su dan adiknya Dedek. Ya Allah, lama tak jumpa Hairil. Kami sempat berborak sekejap, sebelum aku minta izin untuk balik memandangkan Su sudahpun berbadan dua kini, mesti dia kepenatan. Lagipun mereka hendak balik ke Simunjan, perjalanannya jauh & sudah tentu memenatkan. Apapun, gembira dapat jumpa dia hari ni.

Okeh, inilah merchandise yg aku beli tadi di booth Hafiz AF- t shirt, badge & penanda buku tu percuma. Dah lama aku nakkan baju ni, tapi tadi semasa membelinya, aku niatkan untuk diberikan pada seseorang.. hehe nak tau siapa? Tunggu~
Lupa pula, dalam perjalanan balik, aku tak terus ke rumah sebaliknya singgah di Satok terlebih dahulu. Manalah tahu, kalau2 terjumpa Misha tengah makan mee kolok :)















_(1).jpg)




