Tomodachi Sama

Wednesday, July 8, 2009

Wednesday Breakfast :)



Oh
Apa ni?
Ha.. Okeh, dulu Zam ade tulis sal Rojak Kucei yg terkenal kat Kuching nih kan, terutama kat area Batu Lintang tempat Zam mengajar. Nak dijadikan cerita, hari nih Zam g sekolah lewat sikit dr biasa, & dlm perjalanan Zam tengok kedai ni dah ramai dgn org.. Biasanya bila Zam lalu sini awal2 pagi sblm ni, kedai tu masih belum beroperasi. Zam tengok jam di tangan, dah nak masuk waktu tp memandangkan Zam tak ade kelas pagi, & Zam dah teringin sangat nak makan, Zam pun berhenti kat depan kedai tu buat pesanan. Lagipun Zam dah minta tolong Ustazah tlg punchkan kad Zam pg td. Ambil masa gak lah diorang nak sediakan rojak tu, lagipun dah ramai pelanggan yg menungu masa tu. Kebanyakkan org pejabat yg datang sarapan kat sini sblm masuk kerje kul 8. Zam lak, manalah sempat nak makan rojak ni sebelum ni sbb bila Zam lalu je, mesti belum bukak lg. Keje lak start kul 7.30, masa bila nak g? Kedai ni biasa tutup kul 10pg, & time tu mmg rojak dah habis licin. Kebetulan ada peluang ni, baik Zam beli, klu tak kang kempunan lak hehe

Tak lama pastu, pekerja tu dah siapkan pesanan Zam- 5 bungkus rojak kesemuanya = RM25. Sampai di sekolah, baru Zam makan. Mmg sedap makan yg panas2, sbb sebelum ni Zam mkn yg dah sejuk, jadi cucurnya dah lembik. Yg panas2 ni masih garing, & kuahnya dibuat dr ubi keledek. Mmg syiok sgt :)

Tuesday, July 7, 2009

Happy Tuesday :)

Hari ni, tak semena2 hati aku rasa tenang sangat.. gembira je.. Alhamdulillah, dah lama hati ni tak setenang ni....


Kuching, 18:56 7 Julai


.:Kad Ucapan Hari Jadi:.




Pagi tadi, Gloria bagitahu aku, ada kad untuk aku di pejabat. Dari Seremban katanya.. Hati aku dah melonjak gembira, sudah tentu kad dr Ecah. Mana taknya, seminggu lebih aku dok tunggu kad tu sampai, biasanya akan dihantar terus ke meja aku di bilik guru, tp tidak pula kali ini. Aku & Ecah pun dah risau, takut posmen tersalah hantar ke sebuah lagi sekolah pendidikan khas di Samarahan.


Thank You Ecah :)


Sempat lagi tuh kenakan Angah.. Kurang asam tul
Hahaha :p

Monday, July 6, 2009

Hello Monday!

Hari Isnin, apalagi kalau bukan rasa mengantuk yg teramat menguasai diri. Penat weh kemas barang smlm. Rasa mcm nak terus tidur atas katil walaupun alarm di hs berbunyi banyak kali. Kat sekolah td, rasa nak terlelap.. Ya Allah ngantukznye! Dgn tak malunya aku g minta gula2 dr Anje, dgn harapan gula2 tu dpt membantu aku menjadi lebih aktif hari ni.


.:AFUNDI MASUK... Akademi Poco-Poco!:.

Okeh. Cerita lain lak. Ada 'seorang' hamba Allah tu (dari senarai nama yg aku dapat) di afundi masuk mewakili Kuching untuk poco2 walaupun hari tu tak lepas hehe (padahal dia jurulatih poco2 kat sekolah, tu yg heran tu). Apapun tahniah lah ye


Hamba Allah tu duduk kat depan sekali..

Tapi yang aku pelik, sejak bila pulak gelaran dia jadi 'Puan'? Bila masa aku kahwin dgn dia ??




Sebut sal poco2, ni ade video yg aku rakam masa sambutan penutupan Hari Gawai kat sekolah hari tuh. Greame dr Tahun 1 menyanyikan lagu poco2 versi bahasa Iban. Gelak guling2 kitorang dibuatnye (sorry la kalau asyik dgr suara voice over kami gelak bila nengok aksi Greame tu)


video


.:FACE BOOK:.

Kat rumah ptg td, sambil on9 aku cuba taip nama 'seseorang' ni dekat carian imej Google. Saja2 je, kot2 dapat tengok gambar dia. Ntahlah ade ke tak, lgpun nama dia tak lah seglemer mana, & tak mungkin dpt cari nama sejibik cam dia.. Di luar jangkaan aku, nama tu keluar betul2 sejibik mcm yg aku taip dgn satu gambar yg kecik. Eh, 'dia' ke tu? Dr akaun Facebook rupanya. Aku cuba nk tengok dgn jelas di Facebooknya tp mustahilah sbb aku mn ade akaun Facebook! Tak penah buat pun sblm nih biarpun skrg ni org lain dok sibuk2 dgn Facebook. Bukan ape, malas nak upload gambar, kat friendster & myspace tu pun tak terupload gambar baru.

Back to the story. Aduihlah.. Tetibe Facebook ade problem lak biarpun berkali2 aku masukan pasword yg betul untuk log in slps buat akaun.. Berkali2 mencuba, barulah berjaya. Aku ke carian facebook, & taip nama 'dia' sekali lg. Alamak, ada dua org lah pulak yg nama sama. Aku kirimkan msg kpd kedua2nya, dgn harapan salah seorang dr mereka adalah 'dia' yang aku cari selama ni..

6 tahun dah berlalu sejak aku kenal dia, & cuma kenangan ini yg aku ada..

Sunday, July 5, 2009

Have A Nice Sunday :]


To Along
Enjoy - Relax - Have A Nice Weekend :]



Walaupun demam, Along masih turun bekerja untuk menguruskan program Hari Terbuka Open University Malaysia di Kota Bharu semalam (4 Julai). Maaf ye Along, belum pun Along upload gambar2 semalam di blog, Angah dah terlebih dahulu tepek di sini. Angah dapat gambar ni dari kenalan blogger Angah, Kak Chik yg turut sama berada di sana, menguruskan jualan buku2nya di salah satu booth. ﺷﻜﺮا ﺟﺰﻳﻼ Kak Chik.



Along sedang memberikan penerangan kepada salah seorang pengunjung di Hari Terbuka OUM

Saturday, July 4, 2009

Yey! Its Saturday Again :D

Sebelum Zam mulakan entri hari nih, meh Zam nak kenalkan dulu bakal2 jiran baru Zam heh2


Eh eh anak sape muka bersepuh dgn bedak ni??


Eh malu lak dia

.................................

Biasanya hari Sabtu, kalau ada keperluan Zam akan keluar ke Satok, lagipun hari ni ada pasar minggu. Hari Ahad lak biasanya Zam dah malas nak jalan2, lepak & rilek kat rumah je. Cuaca pagi ni cerah, & mood Zam pun ceria jek.. Nak g jejalan lah.. Hmm.. teringat lak kat Along, hari ni dia ada program Open Day kay OUM Kota Bharu. Mesti dia turun gak walaupun kurang sihat.



Nilah tempat kerje Along.. OUM cawangan Kelantan, bbrp hari sebelum Open Day. Zam kidnap gambar ni dr blog Kak Chik. Kebetulan Kak Chik ambil bahagian dlm program ni dgn membuka gerai jualan buku2nya. Good Luck to both Kak Chik & Along :]

Lepas pekena roti canai kat pasar (bandar Kuching), Zam ke Batu Kawa sbb ada urusan penting. Kemudian baru Zam ke Satok. Tp sebelum ke pasar minggu, Zam singgah sekejap kat deretan kedai barangan elektronik ni. Motif? Haha adalah..




Okeh, jom tengok ada apa kat dalam




Wehhh.... Ada sesape pandai masak ketam nipah ni x?? Aku mengidammmmmm

Jangan ingat kat sini takde budu mcm kat Kelantan.. Made in Sarawak nih, cume nama je lain- Rusip. Kat sebelah kiri tu Belacan Bintulu.


Kat sini lah Zam biasa beli buku komik kegemaran Zam- Budak Getah (a.k.a One Piece)

Gerai yg biasa jadi tumpuan orang..


Cohmey la Mr. Buney yg ngah minum air tu..





Okeh, mase untuk balik. Zam dah beli pusuk sikit & udang setengah kilo untuk makan malam ni. Tp ade satu je yg Zam tak puas hati td. Zam nak beli mangga ni, tapi mahal sangat. 2 biji tak sampai sekilo dah 30 ringgit. Heran Zam. Nak tak nak, belilah jugak
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hak2
Sorry ;p

Friday, July 3, 2009

Salam Jumaat :]




Assalamualaikum semua
Zam rase, entri kali ni mcm dah terpengaruh dgn Kak Chik lak (memang pun!)
Yelah siap dgn gambar model busana muslimah lak
hehe
Yg ber abaya hitam tu Kak Haslina, & yg berjubah tu Kak Ros
Aku dpt tahu dari Ustazah, yg abaya & jubah ni berbeza
O ye ke? Baru perasan
Oh ya
Follower Kak Chik Wardrobe dah mencecah 100 bulan ni
Tahniah ye Kak Chik :)
mesti ramai yg pelik bila tahu Zam jd follower Kak Chik
walhal Kak Chik banyak cerita sal fesyen muslimah dlm blognya & follower nye ramai kaum hawa
Bukan apa, Zam tertarik dgn benda2 cantik &
senang hati Zam bila tengok muslimah bergaya dengan abaya atau jubah
(Eh bukan dgn Kak Chik tau, Kak Chik dah berumah tangga, maksud Zam idea2 Kak Chik untuk muslimah2 di luar sana )
Insya Allah, bila dah berkahwin nanti, mestilah Zam nak tengok isteri Zam berpakaian sopan & sedap mata memandang, sesuai dgn citarasa Zam kan
;p

Thursday, July 2, 2009

Good Morning Thursday!




I was wearing this Yellow colored Batik Shirt to school, and guess what Gloria said to me this morning..

"Cikgu Zamani, you look like BUMBLEBEE"