Tomodachi Sama

Sunday, July 12, 2009

Skrip: KuCiNG bAtU


Apelah yg kucing2 ni borakkan?


Gambar ni Zam amik semalam masa keluar jalan2 kat bandar Kuching. Sabtu & Ahad baru ni Zam sibuk uruskan perpindahan ke rumah baru di Batu Kawa & beli barang2 elektrik. Alang2 dah ada kat sana, Zam ambil keputusan jalan2 kat sekitar Water Front Kuching.


Antara kedai cenderamata & kraftangan yg ada kat sini.. Kat bawah tu Kek Lapis


Kedai perabot jati.. Ermm nak beli ke?


Ramai betul Mat Saleh kat Kuching hari ni


Sarawak Plaza, antara tempat pilihan untuk Zam shopping, terutama barang2 Adidas yg dijual 1/2 harga & model aksi Transformers.


Disebabkan tak berapa sihat, Zam balik terus ke rumah pastu. Dlm pukul 4, barang2 elektrik yg Zam beli td sampai ke rumah




Mulanya Zam tak terpikir nak beli oven sekali, tp alang2 dah beli barang elektrik lain, Zam pun beli. Itupun lepas Zam tengok masakan ni kat satu blog. Terasa nak buat lah pulak. Kredit kpd Puan Irma di London.


Cottage Pie

Friday, July 10, 2009

HaPpY DaY ToGEtHeR :)





Gambar ni aku ambil Khamis lepas kat satu kedai mainan. Masa tu aku g jejalan kat pasaraya E-mart yg baru dibuka dekat kawasan perumahan aku. Orang yg susun soft toys ni macam tahu2 jek ;P
Oh
Ada apa dgn gambar ni?
Mungkin pembaca yg baru menjengah ke blog Zam belum tahu
Kami, maksud ku Along, Ecah & aku sendiri mempunyai 'maskot' masing2
haha
Taklah
Sebenarnya kami mempunyai watak kartun kegemaran masing2
Along dgn Stitch, Ecah dgn Pooh nya & aku sendiri- Doraemon
Jadi, bila aku tengok susunan ni di kedai mainan tu, aku tersenyum sendiri
Pandai betul diorang susun ;p

Picture editing credit to Ecah :)

Thursday, July 9, 2009

Inilahhhhhhhh barisan kitaaaaa (Update)


Berbaris sebelum masuk ke dlm kuali hahahaha


Hehe
Baru je aku sebut mengidam nk mkn ketam nipah Sabtu lepas
Alih2 hari ni housemate bawak balik ketam bunga dr Lundu
Ape2 ajelah, janji ketam
Kebetulan dia baru blik dr selesaikan kes kat sana
Area tu mmg tengah musim ketam skrg ni
Mase beli, ketam2 ni hidup lg, belum sempat letak ais pun
Alhamdulillah, rezeki :)

Mcm biasa, akulah yg kene masak ketam2 tuh
Langkah pertama, cari resepi kat tenet
Ambil yg mudah2 je
Pastu, telefon Ma di Serdang, tanya mcm mn nak siang ketam
Aku dah lupa hehe

Disebabkan dah lama tak masak best2, dapur aku mmg tak de bahan nak masak ketam tu
Org bujang biasalah masak bende2 simple jek
Jadi aku ke kedai utk beli bahan2 yg patut



Ha... makcik2 kat luar sane mesti tak heran dgn ape yg Zam nk masak
Menengokan bahan2nye aje mesti diorang dpt agak dah
Haa.. ni percubaan pertama Zam nih



Ketam Masak Cili

Mulanya risau gak kot housemate tu kata tak sedap
Apepun mmg aku tunggu dia makan dulu, & tengok responnya
Tp bila berselera je dia makan,
baru la aku berani makan
a ah la
SEDAPPPPPPPPPP




Malam berikutnye, aku masak ketam ala Chinese style.. Goreng dgn halia, bawang putih, telur & sedikit kicap. Kredit untuk Ch'ng yg bg resepi nih.

Tengoklah, siapa yg datang bertandang dua malam berturut2 mase aku dok goreng ketam. Amboi
Sebelum2 ni aku goreng pusuk je, tak penah pulak kau datang



Sorrylah ye, ketam ni tak leh bg kat kau,
cume pusuk mentah je aku dpt bg ye kucen :p

Wednesday, July 8, 2009

Wednesday Breakfast :)



Oh
Apa ni?
Ha.. Okeh, dulu Zam ade tulis sal Rojak Kucei yg terkenal kat Kuching nih kan, terutama kat area Batu Lintang tempat Zam mengajar. Nak dijadikan cerita, hari nih Zam g sekolah lewat sikit dr biasa, & dlm perjalanan Zam tengok kedai ni dah ramai dgn org.. Biasanya bila Zam lalu sini awal2 pagi sblm ni, kedai tu masih belum beroperasi. Zam tengok jam di tangan, dah nak masuk waktu tp memandangkan Zam tak ade kelas pagi, & Zam dah teringin sangat nak makan, Zam pun berhenti kat depan kedai tu buat pesanan. Lagipun Zam dah minta tolong Ustazah tlg punchkan kad Zam pg td. Ambil masa gak lah diorang nak sediakan rojak tu, lagipun dah ramai pelanggan yg menungu masa tu. Kebanyakkan org pejabat yg datang sarapan kat sini sblm masuk kerje kul 8. Zam lak, manalah sempat nak makan rojak ni sebelum ni sbb bila Zam lalu je, mesti belum bukak lg. Keje lak start kul 7.30, masa bila nak g? Kedai ni biasa tutup kul 10pg, & time tu mmg rojak dah habis licin. Kebetulan ada peluang ni, baik Zam beli, klu tak kang kempunan lak hehe

Tak lama pastu, pekerja tu dah siapkan pesanan Zam- 5 bungkus rojak kesemuanya = RM25. Sampai di sekolah, baru Zam makan. Mmg sedap makan yg panas2, sbb sebelum ni Zam mkn yg dah sejuk, jadi cucurnya dah lembik. Yg panas2 ni masih garing, & kuahnya dibuat dr ubi keledek. Mmg syiok sgt :)

Tuesday, July 7, 2009

Happy Tuesday :)

Hari ni, tak semena2 hati aku rasa tenang sangat.. gembira je.. Alhamdulillah, dah lama hati ni tak setenang ni....


Kuching, 18:56 7 Julai


.:Kad Ucapan Hari Jadi:.




Pagi tadi, Gloria bagitahu aku, ada kad untuk aku di pejabat. Dari Seremban katanya.. Hati aku dah melonjak gembira, sudah tentu kad dr Ecah. Mana taknya, seminggu lebih aku dok tunggu kad tu sampai, biasanya akan dihantar terus ke meja aku di bilik guru, tp tidak pula kali ini. Aku & Ecah pun dah risau, takut posmen tersalah hantar ke sebuah lagi sekolah pendidikan khas di Samarahan.


Thank You Ecah :)


Sempat lagi tuh kenakan Angah.. Kurang asam tul
Hahaha :p