Tomodachi Sama

Sunday, August 9, 2009

Murtabak Mengkasar




26 Disember 2006
10 Malam..

Kebetulan aku dah ada kat Pekan ni, Mail bawa aku makan Murtabak Mengkasar. Pertama kali aku dengar sal murtabak ni, & kata Mail, murtabak ni popular di Pekan. Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan pun pernah buat rakaman kat sini. Sebelum ni pun Mail akan bawa keluarganya yang datang dari Keratong makan disini. Saiz murtabak specialnya lebih besar dari yang biasa aku makan, dan yang paling aku suka tentang murtabak ni sudah tentulah bawangnya. Aku leh ratah macam tu jek.

Aku pesan sekali secawan kopi Cengkudu. Malam ni, Mail yang belanja.



Malam terakhir aku di Pekan, aku minta Mail bawakan aku sekali lagi kesana sebelum dia menghantar aku ke Terminal Bas Pekan. Aku pesan murtabak special lagi, cuma malam ni aku pula yang belanja. Minggu depan aku dah nak balik Kuching. Bila lagilah nak merasa Murtabak Mengkasar..



(Pictures credit to little-syam flickr.com & syerahomar.fotopages.com)



Selamat tinggal, Pekan..

Saturday, August 8, 2009

Hari Di Mana Aku Terasa Seperti Seorang Doktor..

Jumaat 7 Ogos 2009



Tiba2 aku batuk2 hari ni. Risau dgn keadaan itu, & kebetulan Mazlina juga sama, kami bercadang ke Poliklinik petang itu. Kak Tim yg tumpangkan kami, kebetulan dia juga mahu ke sana bersama anaknya.

Di poliklinik, aku lihat sudah ramai yg duduk menanti kaunter dibuka. Rata2 memakai penutup mulut (jaga2, hospital & klinik boleh menjadi tempat penularan wabak yg paling berisiko) . Aku keluar semula, membelikan penutup muka untuk mereka di farmasi. Sebelum masuk semula ke dlm, aku kenakannya di mulut.

Kaunter baru saja dibuka. Eh~, kenapa semua orang pandang aku? Aku ke bilik sebelah, & semua mata seolah2 mengekori aku.. Ke diorang ingat aku ni doktor? Kaunter baru je dibuka, & sudah tentulah time ni doktor baru je masuk semula bertugas. Mungkin dsbbkn pakaian pejabat & beg sandang hitam yg aku kenakan, siap dgn penutup muka bagai, buatkan aku kelihatan seperti seorang DOKTOR.. hehe.. perasan kejap.

Kami dapatkan penerangan di kaunter pemeriksaan awal terlebih dahulu. Menurut pegawai kesihatan di situ, pesakit H1n1 akan menunjukkan siptom demam terlebih dahulu, sebelum batuk. Ini adalah kerana reaksi demam akan terjadi apabila antibodi di dlm badan berlawan dgn virus tersebut, & selepas itu barulah pesakit akan mengalami batuk2 & selsema. Jika seseorang itu mengalami batuk terlebih dahulu, itu bukanlah tanda dia mengalami H1N1. Tapi apapun, lebih wajar untuk kita mengambil langkah awal & berjaga2.

Lega..


Gaya mereka tak ubah seperti pendemontrasi di KL baru2 ni hehe

Kemudian kami ke Water Front Kuching untuk membeli kek lapis & ke Satok membeli terubuk masin. Esok, anak Kak Tim akan berangkat pulang ke UPSI setelah tempoh kuarantin institusi itu tamat. Jadi Kak Tim membelikan semua itu untuk anaknya. Pun begitu, topeng muka masih melekat di muka kami..


Cenderahati yg dijual di Water Front..

Di Satok, Mazlina belikan aku waffle dari Magicbite..


Perisa campuran pilihan Mazlina- Chocolate, Peanut Buter & Kiwi... Best :)

Zamani bila dah boring..



Ngantukz!

Friday, August 7, 2009

Ambil anak ikan lagi

Rasa nak tambah ikan lagi dlm akuarium tu. Jadi masa keluar dgn Kak Artis pagi tadi, aku singgah sekejap ke kedai ikan di Satok.


Dwarf Gourami


Eh~ ikan apa yg berbintik2 mcm harimau bintang nih?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Ikan bandaraya.. saja aku beli untuk bersihkan akuarium tu walaupun filter dah diletakkan.

Kat kedai tu juga Kak Artis beli sangkar ni untuk dimasukkan anak2 kucing kat sekolah. Kak Artis nak bawa pulang utk dibela di rumahnya. Comel2. Siaplah Abdillah, petang nanti kerja dia lah menangkapnya :)

Thursday, August 6, 2009

Menangis sampai terkeluar biji mata!




Benarkah cerita ini? Menangis sehingga biji mata pun boleh terkeluar?
Wahh.. ini dah kes berat.. Kassim Selamat pun kalah!

Berdasarkan kisah benar rakanku, berlaku di kelas tahun 2..

Pagi tadi, seorang guru masuk ke kelas seperti biasa. Dalam masa dia mengajar, didapatinya salah seorang murid perempuan sedang duduk mengelamun. Khayal di dlm dunianya sendiri. Tidak senang dengan kelakuan murid tersebut, guru itu lantas memarahinya.. Yelah, bukan sekali dua murid tersebut berkelakuan sedemikian..

Murid perempuan itu pun mula menangis (aduyai congek rupanya).. Nangisnya tidak kuat, cuma teresak.. Tapi macam mana boleh sampai biji matanya terkeluar ye? Huhu apa yg akan diceritakan slps ini mmg menyeramkan (eicakkkk)

Dia menggosok matanya yg berair.. Mungkin krn terlalu kuat gosokkannya, salah satu biji matanya terjatuh & bergolek di atas meja!!
Pergh! Macam manalah perasaan cikgu tu agaknya?  Ngeri+ geli kot!

Tapi korang tahu tak ape reaksi Zam bila rakan Zam tu ceritakan pengalaman ngeri dia?
Zam tergelak!
Nape ek? Cerita punyalah tragik! Cuba korang yg alami situasi tu, mesti terjerit2!

Haha
Sebenarnya,
Murid perempuan tu pakai biji mata palsu. Rata2 murid2 sekolah Zam kan bermasalah penglihatan, & ada diantara mereka yg memakai mata palsu. Jadi tak hairanlah kalau ada mata yg terjatuh, terkeluar bila mereka lasak sikit
tapi kawan Zam tu ingat, mata betul yang terkeluar!
Bayangkan
Mcm manalah perasaan seorang cikgu bila pertama kali mengalami pengalaman mcm tu
Mesti sampai terjuling biji mata cikgu tu
Huhu

Wednesday, August 5, 2009

Zamani bila dah tak de keje..

Aku free pagi nih! Dari kul 7.30 sampai 11.30 takde kelas. Jadi dengan rajinnya aku menjunjung perintah Kak Tim -PK1 baru yang menggantikan Kak Artis mengambil gambar pasport cikgu2 ni untuk diletakkan dalam profil masing2.





Gambar aku saja terpaksa diambil berkali2. Sekejap Maz yg tolong ambilkan, sekejap Gloria, lps tu Maz balik. Hehe aku ni cerewet. Ada je yg tak kene. Sian kat Maz, sampai kene menjengket & angkat kamera tinggi2 sbb nk amik gambar aku. Sampai satu tahap, dia terpaksa duduk kat atas railing kat belakang tu sbb nak separas dgn aku :P

H1N1 : Sekadar Berkongsi Ilmu

سَلاَمٌ قَوْلاً مِّن رَّبٍّ رَّحِيمٍ

[36:58] (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.

"Bagi mengelakan dari jangkitan H1N1 & penyakit berjangkit yang lain, amalkan membaca ayat di atas (dari surah Ya-sin) berulang2 sebanyak 28 kali setiap hari."

Petikan dari Tazkirah Ustaz Hashim di Surau Al-Furqan, UPM Serdang.

Kita hanya mampu berusaha, & Allah jua yang menentukan

Mengidam..



Rasa nak makan durian lah.. Nak2 lagi dengan pulut & santan.. tambah gula lagi.. hmmm



Teringat masa kecik2
Masa tu durian banyak kat rumah
Sempat buat eksperimentasi tuh -

"Durian Goreng"
Apa lagi
Meletup-letuplah minyak panas dalam kuali tu
TOBATTTTT DAHHH

Pictures credit to 'atlasgraphics.blogspot'

Monday, August 3, 2009

Dating @ Sarikin with ...


Mazlina! Hehe


Takdalah.. Kak Ros pun pergi gak :)


Kat sini pun ada Nasi Padang ye




Aku kene layan kerenah Mazlina atau Mazlina yg terpaksa layan kerenah aku?? Hehe


Kak Tim, Ustaz & Kak Ros


Boleh beli untuk raya nanti nih







Niatnya nak beli jeans kat sini, tp takde warna yg berkenan..






'A' for Ahmad :)


Jam2 yg diperbuat dt pasir & cenkerang hidupan laut


Hiasan yg dibuat dr kayu jati..




Lama gak kami memilih.. akhirnya Mazlina buat keputusan untuk beli jam bentuk sauh ni (Kami berdua mmg CEREWET)




Macam Mak Datin.. layanzz jek


Rehal





Batu giling pun nak amik gambar ke?



Dr tadi aku nampak kerepek sukun ni.. Aku cakap dgn org rumah,
"Maz, aku sukalah kerepek sukun tu.."
"Eh aku pun suka. Ingat aku sorang je suka kerepek sukun.."
"Jom beli''
See.. kitorang ada chemistry kan? hehe



Alas meja



Time nih, peniaga tu mati2 tak nak kurangkan harga alas meja tu.. Aku cakap kat Maz, tak yah lah beli, TAK CANTIK.. dgn harapan Maz tak beli & blah, padahal alas tu mmg cantik.. Mmg lps tu kitorang blah, tp tak lama pastu peniaga tu panggil balik & bersetuju dgn harga yg Maz nak.. Haa menjadi pun taktik aku ;P



Ya Ibu, baju ini cocok sekali dgn Ibu, enggak mahal, 38 ringgit saja (mula2 peniaga letak 55 hehe)


Jom tengok tikar lak




Kak Tim (Kak Fatimah) yg merupakan PK1 baru kami


Kerusi2 rotan yg tersusun di kawasan terbuka


Siyes cakap, barang2 kat sini lebih murah berbanding kat waterfront Kuching.. Kalau kat kuching, beg2 manik ni pun dah mahal tau


Maz - Cantik kan? 40 je sekali dgn gelang
Aku - Ha ah. Kalau bayar dgn duit kau, memang cantik (ayat si suami nak selamatkan duitnya dr dirabakkan oleh si isteri wakaka)


Ni Ustaz, suami Kak Ros.. Jadi koboi2 sesat jap


Tgh peniaga tu cerita sal madu, aku sempat cubit & rasa sikit sarang lebah ni

Ok, pastu kitorang balik. OTW ke Kuching, kami lalu tempat ni. Kat sinilah aku beli ulat sagu dulu hehe


Sblm balik ke rumah, kami makan tengah hari dulu di Serapi Corner (Batu 7). Org ramai tak ingat! Tapi lauk dia mmg best. Lemak berkrim disukai ramai


Ntah berapa jenis kuah aku letak dlm nasi ni, dgn lauk ikan keli & calamari..

Minum? Ni ha.. Bandung Special.. Syiookkk~



-Sarikin, satu kawasan di sempadan Indonesia merupakan antara tempat membeli belah yg popular di Sarawak. Jika anda berkunjung ke Sarawak, rasanya tidak lengkap kalau tidak ke Sarikin :)