Tomodachi Sama

Thursday, August 20, 2009

Aku Dan Dia Kesibukan..

Baru-baru ni aku & Mazlina sibuk sangat..


mengisi 'borang kawen' !
Haha (matilah kene pelangkung~)


Selasa lepas kami adakan LDP selepas tamat waktu persekolahan. Penceramah tidak lain tidak bukan adalah En. Ahmad Muhibbuddin Zamani sendiri.. Akulah tu ;p


Menu untuk LDP kami hari tu.. Ayam Penyet

Minggu lepas juga baru diadakan LDP yg sama, yg telah dikelolakan oleh Cikgu Dini. Slot aku pada minggu ni sebenarnya sambungan dari slot Cikgu Dini pada minggu lepas..

Menu kami minggu lepas? Laksa Sarawak ni..



Dan tengoklah siapa yang begitu rajin mengeluarkan & menimbunkan tauge2 dari dalam laksa tu...

Wednesday, August 19, 2009

Where Have Shiro Been??


Adakah kerana malu ditewaskan oleh kucing jalanan Shiro membawa diri ke tempat lain??
(Gambar sekadar hiasan..)

Dua hari lepas, sebaik saja pulang dari sekolah, Zam menjengahkan pandangan ke rumah jiran mencari kelibat Shiro. Biasanya Shiro akan menunggu Zam memberikan biskut kepadanya di depan rumah, itupun kalau dia dibiarkan berkeliaran di luar rumah jiran Zam. Apapun biasanya Shiro mmg memerap di ruang parking kereta rumah tuannya, tp yg peliknya Zam tak melihat kelibat Shiro pun di mana2 hari itu.. Eh eh.. ada anjing baru lah.. Warna hitam! (terus Zam berikan nama Kuro).. tapi mana Shiro?? Baru teringat, kali terakhir Zam tengok Shiro pun pd Jumaat lepas.. Masa tu, dia datang kepada Zam di dalam renyai hujan di depan gate rumah sewaktu Zam baru pulang dr sekolah, seolah2 menyambut Zam seraya meminta biskut tawar yg biasa Zam berikan padanya sebelum2 ini (termasuk ni dah 2 kali Shiro sambut Zam pulang dalam hujan).. (aku nak nanges dah nih, mana Shiro nih??)

Dan hari ni dah masuk 5 hari Zam tak nampak Shiro. Zam belum sempat bertanyakan jiran Zam itu, tapi berat hati Zam mengatakan yang Shiro telah digantikan dgn anjing baru tu..

..............................

Untuk makluman, Shiro adalah seekor anjing putih yang agak tua milik jiranku yang aku kira boleh dianggap baik kerana ia tidak pernah datang menyeringai atau menjilat aku, sebaliknya dia akan datang padaku & memandang aku dgn pandangan yg redup. Aku pula tidak pernah menyentuhnya, apatah lagi membelainya seperti kucing sbb aku tahu adalah haram untuk aku berbuat spt itu. Aku cuma kasihan, kerana ia pernah datang padaku sambil lidahnya terjelir2 di suatu hari yang panas. Tiada bekas air untuk diberikan padanya, aku gantikan dgn biskut tawar yang baru aku beli beberapa hari sebelum itu. Sejak hari tu, Shiro selalu menunggu aku di depan rumah, pagi @ petang bilamasa ia perasan akan kelibat aku. Yang paling tak boleh aku lupakan, sewaktu aku pulang dari sekolah dlm renyai hujan, dari kejauhan lagi Shiro perasan akan aku dan melolong, & bila aku semakin hampir dengannya, dia berhenti dan datang kearahku, lalu mengiringi aku pulang sebelum ia terus masuk ke rumahnya. Aku kehairanan, hari itu tidak pula dia meminta biskut dari aku seperti biasa.

Hmm.. Aku cuma teringatkan Shiro..

Tuesday, August 18, 2009

Tak Sengaja Ku Habiskan Buah Dabai Mu :P




Semalam, ketika di bilik guru, Zam ternampak sesuatu di atas meja Mazlina. Bila Zam hampiri, baru Zam perasan, buah dabai rupanya. Mazlina berlalu dr mejanya, & Zam pula mencuba sebiji. Sebelum ni banyak kali Zam jumpa, tapi tak pernah terlintas pun nak makan. Kalau dicampur dengan nasi goreng tu pernah lah (Nasi Goreng Dabai). Nak makan buah ni senang je, rendam dengan air panas, lembutlah (mula2 tu keras). Buah ni banyak kat Sibu, & Kak Tim yang baru balik dr sana yg belikan.

"Eh eh, sedaplah!" Patutlah oang suka makan buah ni, rasanya lemak-lemak, sedapp sangat. Selama ni, Zam ingatkan buah ni masam! Sbb tu Zam tak nak makan. Lepas satu, satu Zam telan.. Sedapppp~
Tiba-tiba..

"Habisssss buah dabai akuuuu~"

Alamak, Mazlina! Err sorrylah.. ada lagi ha.. 3 biji..

"Orang yang pesan ngan kak Tim, dia lak yang habiskan~"

Err sorrrryy.. Nah ambillah balik..

"Kat Sibu skrg pun dah kurang buah ni.."

.....

Dalam masa tu, sempat lagi aku ambil sebiji..

Biji yang terakhir, aku kulum puas2..

Sambut hari raya di rumah baru



KEGEMBIRAAN Nik Nur Madihah (kanan) yang dipeluk oleh Mariani di hadapan rumah baru mereka di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa semalam

Oleh ZAID MOHD. NOOR
zaid.mohdnoor@kosmo.com.my
--------------------------------------------------------------------------------



KOTA BHARU - Bagi pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, tiada yang lebih baik untuk dijadikan hadiah kepada keluarga menyambut Aidilfitri selain mendapat rumah baru.

Hajat yang sudah terpendam sejak di bangku sekolah untuk menghadiahkan rumah kepada keluarga yang dahulunya menghuni pondok buruk di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa kini tertunai apabila dia menerima kunci rumah banglo setingkat berharga RM130,000 semalam.

"Saya telah berjanji nak menghadiahkan rumah kepada keluarga selepas bekerja nanti tetapi tak sangka Tuhan menunaikan hajat saya itu lebih awal.

"Tahun ini dapatlah kami sambut Aidilfitri di rumah baru,'' katanya sambil memeluk ibu, Mariani Omar, 42, selepas majlis penyerahan kunci rumah itu di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa di sini semalam.

Nik Nur Madihah masih ingat sejak kecil dia bersama keluarga berhari raya di rumah yang sempit dan usang di tepi pantai Pengkalan Chepa itu.

Namun, di sebalik kedaifan hidup keluarga nelayan itu, Nik Nur Madihah menyimpan azam untuk memperbaiki taraf hidup mereka sehingga bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi itu berjaya memperoleh keputusan 19A1 dan 1A2 dalam SPM 2008.


aku bukanlah superman
aku juga bisa nangis
jika kekasih hatiku
pergi meninggalkan aku

ayahku selalu berkata padaku
laki-laki tak boleh nangis
harus slalu kuat
harus slalu tangguh
harus bisa jadi tahan banting

tapi ternyata sakitnya cinta
buat aku menangis

ayahku selalu memarahi aku
jika jatuh air mataku
kata ayah slalu air mata itu
adalah tanda kelemahan

tapi ternyata air mataku
ternyata jatuh juga

ayahku tersayang maafkanlah aku
jika aku masih menangis
masih belum bisa menjadi seperti
apa yang ayah selalu mau

kita berjanji ’tuk tidak lagi
menangis karena cinta

Monday, August 17, 2009

Hijau Burung Pun Tak Semerdu

Pagi tadi Zam ada kelas dengan kelas pemulihan 2B, kelas yang menempatkan kanak2 istimewa dgn multiple disabilities (kecacatan pelbagai). Di akhir2 masa, Manisah yang turut bersama menjaga mereka terpaksa keluar menyiapkan tugasan lain.. Tinggal aku terkontang kanting menjaga Marianne & Nelly. Nelly dgn halnya sendiri, jadi aku tak perlu risau, cuma Marianne yang mula hendak menangis.. Biasanya kami hiburkan hati Marianne dgn memasang radio, tp radio baru sja punah dicampak Farid bulan lepas. Tiba2, dr bunyi rengekan Marianne, aku mendapat ilham.. Nadanya seakan pernah aku dengar..
Dengan cepat, aku menyanyikan lagu tu..


In your head, in your head
Zombie, zombie, zombie
Hey, hey, hey
What's in your head, in your head
Zombie, zombie, zombie?
Hey, hey, hey, hey
Oh, do, do, dou, do, do, dou, do, do
Dou, do, do, dou, dou, do, do, do


Ini lagu ZOMBIE! Matilah aku nyanyikan lagu haram tu kat budak2.. Tapi di luar sangkaan aku, Marianne berhenti merengek, memasang telinga dan..
Dia tersenyum!! Lagi2 bila aku mainkan naik turun nada Zombie, Zombie, Zombie hey hey hey hey tu.
Makin perasan la aku
Habis lagu Zombie, lagu Dan Sebenarnya lak aku tibai
Aiyoo..
Aku naik syeh
Pas habis lagu tuh, lagu Cinta Adam & Hawa lak
Aku makin koya, eh sedap juga aku nyanyi untuk Marianne hari ni..
Setahu aku, kalau dia tak sukakan lagu tu, dia akan tutup telinganya, tp tak pula lagu2 yg aku nyanyi hari ni
Baru je aku berkira2 nak nyanyi lagu Jepun, Manisah datang..
Hampeh
Baru nak tunjuk bakat kat Marianne

Sunday, August 16, 2009

I'm Full..

Nasi lemak dah habis! Apa bekal nak dibawa ke sekolah ni. Dah lah sblm kuar rumah td tak makan apa.. Lapar.. Aku ke Wisma Seberkas, beli 2 waffle termasuk kegemaran Cik Mazlina- Coklat + Peanut Butter + Kiwi

Sampai sekolah, aku singgah dewan makan asrama. Mazlina hulurkan lak cempedak goreng~ My feveret! Makan3

Pastu bila nak mengadap balik waffle yg tak terusik tu, perut dah kekenyangan..

Kat Asiah masak kulit tembikai untuk makan tengah hari. Penah cuba tak? Leh tahan gak sedapnya. Aku ratah mcm tu jek

Balik rumah, pekene buttermilk bun lak.. (Adoi perut dah mcm nak pecah)


Petang sikit, habiskan roti yg ada ni.. Masa tu tengok roti ni pun dah rasa muak

Aku kebosanan

Sedang Zam menunggu kawan di luar bilik komputer, mata ni tertangkap dengan objek yg bergerak di laman sekolah. Tangan pun pantas mengambil gambar

Ni lah makhluk yang Kak Artis nak ambil bawa balik ke rumahnya hari tu..





Korang nampak tak yang aku nampak?



Bila anak2 kucing tu perasan Zam ada kat situ, cepat2 mereka lari ke dalam longkang tempat persembunyian mereka..

Tak lama pastu, baru anak2 kucing tu berani keluar balik..





Yang ni lak terkejut bila Zam datang dari belakang



Apa lagi, lari balik ke dalam longkang..

Saturday, August 15, 2009

Aku ingin menjadi bunga..




Seperti kelopak bunga yang gugur berderaian, pertemuan kita bagaikan suatu mimpi

Kita saling mencintai, & membenci, (namun) kita dapat mengharunginya bersama

Dan sekiranya aku dilahirkan semula, aku ingin kembali sebagai bunga yang berkembang di sisi mu..


Mentari yang memayungi kita, adakah ia akan sentiasa berada di sana, selamanya?

Ekspresi wajahmu, tangismu, ketawamu & amarahmu, adakah aku dapat melindunginya, selamanya?

Jika semua itu akan pudar suatu hari nanti, seharusnya kini aku menghargai dirimu dengan lebih lagi

Di ketika itu, keajaiban akan menjelma kembali


Ku temui kekuatan dengan mencintai dirimu

Ku rintangi halangan dengan mempercayai cintamu

Perkara yg kau tingalkan masih disimpan dalam hatiku, dan lihatlah, tanpa tidak menghilangkan sinarnya..


Aku dirahmati dengan kehadiranmu

Kerana mengembalikan senyumanku

Aku akan meneruskan perjalanan, dgn menggenggam erat perasaan berterima kasih ini


Mengapa, bunga kan layu ?

Mengapa, unggas berterbangan pergi?

Mengapa, angin berpuput lembut?

Mengapa, bulan melimpahkan sinarnya?


"Kenapa aku berada disini?"

"Kenapa engkau berada disini?"

"Kenapa kita bertemu?"

- Bertemu denganmu adalah takdirku


Setelah hujan dan cahaya yang lahir dari ribut biru menjadi pelangi di angkasa, aku menyedari betapa pentingnya untuk mencintai

Bolehkah aku terus mengharunginya?

Aku dpt melihatnya kini, cinta kita bergema selamanya

Kegembiraan mu, kepedihan kesedihan dan segalanya tentang diri mu

biarkanlah ia berkembang sepenuhnya, lagi, dan lagi..

KURANG ASAMMMMMMMM KO SYEDDD!!!!



KAWEN TAK BAGITAU AKUUU!!

Alkisahnya, pagi ni, mase tengah buat rujukan kat blog sekolah2 pendidikan khas, aku tertengok satu entri ni kat blog skpk Princess Elizabeth -"TAHNIAH CIKGU SYED". Mulanya aku tak pandang langsung wajah pengantin sbb sibuk mengecam muka kakak2 kat belakang tu.. manalah tahu kot2 yg berdiri kat belakang tu senior2 aku.. Bagai eletrik yg menyentap, tiba2 aku baru teringat kawan aku Syed yang mengajar kat sekolah tu. Cepat2 aku alihkan pandangan kat muka pengantin lelaki..

"KURANG ASAMMMMMMMM @*%$#@5^*&^!#?/@#$%*!!!!!!''

Tersentap aku
Tak pasal2 pagi ni aku dah menyumpah seranah orang

Friday, August 14, 2009

Nasi Kerabu

Semasa aku ke sekolah sebelah untuk mengambil tudung2 Ekin dari Kak Rusni, dia bertanyakan sekiranya aku ingin memesan sekali Nasi Kerabu yg dibuat rakannya, Kak Za. Wah~ Semestinya! Ku pesan dua bungkus untuk esok hari.. Satu untuk sarapan, satu lagi untuk lunch.. Sedap sengoti.. lagipun dah lama tak makan Nasi Kerabu..



Lepas tu, leh lak bantai kuih gelang yg Kak Tim bawak ni. Feveret aku & Kak Artis..



Kalau bukan kerana Kak Tim yg duduk di depan aku, mesti dah lama kuih ni habis aku makan ;p