Tomodachi Sama

Sunday, August 30, 2009

Jangan nak tunjuk samseng la kat sini!

Aku ke luar rumah pagi tadi, & aku terkejut dengan kehadiran dua ekor kucing ni.


Apehal aku rasa pandangan tu dingin je ek? Samseng lak aku rasa kucing2 nih

Pastu baru aku baru perasan, ada seekor lagi kat luar tengah tunggu kucing betina tu


Ni lagi sekor.. Macam muka penjenayah jek..

Lepaking With Old Friend @ Serdang

28 Ogos 2009
Jumaat

Bestfriend aku, Yazid ajak keluar minum sebelah malamnya lepas plan berbuka sesame petang tadi tak jadi. Lama tak jumpe dia & klik lama aku tu sejak duk kat Kuching.



Ni Edziani. Aku panggil Ed. Antara kawan yang paling kamceng. Budak ni lah yang kawen kat Kelantan tak bagitau aku awal2 padahal aku memang dah ada kat Kelantan time tuh :p



Yazid (kiri) & Dzulq (kanan)



Hisdustani hero he, inspektor sahab he, Hafiz Khan he, hehe ;p



Malam2 pun,aku leh tibai ABC.. Kat Sabah hari tu lagi dah mengidam ;9

Hari Yang Penuh Dengan Aktiviti Part I : Track Day @ Litar Sepang

30 Ogos 2009
Ahad



Dari hari Jumaat lepas lagi Yazid ajak aku g Sepang hari ni. Nak g tengok motor & kereta katanya. Aku ikut je, lagipun nak habiskan cuti sekolah ni dgn aktiviti yang best sikit.



Disebabkan aku ni minat sangat motor tapi tak pandai nak bagi review, aku letak jelah gambar2 ni kat sini. Aku minat gak kumpul model motorsikal berkuasa tinggi dulu, & sampai sekarang pun masih tersimpan rapi. Bagi aku motor2 berkuasa tinggi ni memang smart, kacak, cantik & SEXY! (pinjam ayat Yazid jap ;p)































Sambil2 tu sempat gak amik gambar2 kete ni





Cuaca tak panas, hujan pun tidak, cuma mendung.. Orang pun tak ramai. Sesuai sangat lah tu.



Tak lama pastu, Munzer, Hafiz, Awang & adiknya datang. Munzer yang nak drive FC3S milik abang kembarnya Basyeer kat litar hari nih.







Sempat snap kete lain gak







Lepas tu, berebut2 diorang nak masuk litar. Wah tak sabar2 dah diorang nih



Suka Skyline baru ni.. Aku tanya Yazid, berapa harganya di pasaran.. RM600,000!! Tak mampu den nak membelinyo ;p




Munzer, adik Awang, Awang, Yazid & Hafiz



Saat kereta yang dipandu Munzer melintasi kami





Aku boleh dikira bertuah sangat sebab dapat merasa naik kereta tu di litar Sepang ni. Hafiz siap berikan kameranya kat aku untuk buat rakaman. Wajib katanya. Yazid lak sempat berpesan- ''Jangan menjerit!" Alahai.. cuaknye huhu.. Semasa kereta meluncur memasuki litar, aku dah berdebar2.. Betul ke tindakan aku ni? Debaran tu makin bertambah sebaik saja Munzer menekan minyak memasuki litar, dan aku terdorong ke belakang. Laju tak hengat! Dalam masa tangan kiri aku mencari tempat berpaut, tangan kananku memegang kamera. Paling best, time Munzer buat drift. Paling cuak, time aku rasa macam kereta tu nak terbabas. Pergghhh gile!! Peluh dingin memercik dr dahi, rase nak je suruh Munzer drop kan aku lepas 1 lap. Tapi aku rasa tak puas lak. Berani2 takut. Hehe ;p

Keluar dari kereta, lutut ku terketar2.. Kemudian terasa sakit sangat.. Patutlah, kata Yazid, aku terlalu keraskan badan semasa Munzer memacu laju kereta tu. Huhu.. I'm aliveeeeeeeee!!!

Okeh, beberapa jam lepas tu Awang minta diri untuk balik. Aku & Yazid pun nak balik gak, sebab aku nak berbuka kat rumah, maklumlah hari ni hari terakhir aku berbuka di Serdang.

Tapi sebelum balik, kami singgah dulu di Mines. Aku nak beli bluetooth USB, memandangkan aku dah hilangkannya baru2 ni.


Kebetulan, kedai tu tengah buat lelongan

Aku tak lupa masuk ke kedai sukan, melihat2 toptrack Adidas. Tiba2, Yazid pangil aku & tunjukkan aku ke kasut ni. Oo.. benda ni rupanya.. Cuba korang tengok betul2 label kuning kat kasut tu..


Patutlah berbungkus..

Di kedai model aksi, aku terlihatkan Gundam 00 ni. Kata Yazid, Awang antara yang hardcore dengan benda ni. Ye ke? Sejak bila? Tak tahu lak aku



Yazid tunjukkan aku model kereta Skyline yg berharga lebih dr setengah juta tadi.. Haa kalau yang ni den mampu, 30 henggit je ;p





Kemudian kami ke Bangi pula. Yazid bawa aku melihat rumah yang baru dibelinya. Suka aku dengan rumah tu. Dari tingkap di ruang tamu, aku dapat tengok langit yang terbentang..



Sempat juga kami ke bazaar Ramadhan di sana sebelum berbuka di Serdang. Aku mencari air kelapa & teh bunga, dah lama teringin nak merasanya.

Malam nanti, aku nak keluar lagi dengan Yazid, & Awang. Lepak2 & minum2 sebelum aku balikke Kuching esok..

Saturday, August 29, 2009

Menu Berbuka Hari Ini- Masakan Nogori ;9

28 Ogos 2009
Jumaat

Hari ketiga ke bazaar ramadhan, Kakak yang menjual Gulai Lemak Ikan Keli Salai tu dah agak dah aku akan datang ke gerainya. Hari ni macam biasa aku akan beli dua ekor. & sebagai tambahan, aku beli gak Tempoyak Daun. Dah lama aku teringin nak makan, sejak tertengok blog Mr.Vern dulu. Yum~ yum! Tempoyak Daun memang sedap!


Gulai Lemak Ikan Keli Salai my peberet ;9


Gulai Lemak Telur ni pun my peberet.. Ayah yang belikan, sebab ayah tahu aku suka makan lauk ni lawan dengan daging goreng yang garing.. Perghhh terangkat!


Tempoyak Daun


Daging Goreng yang aku katakan tadi.. Memang best bila makan lawan dengan Gulai Lemak Telur tadi. Ayah memang masak dengan selera aku sejak kecil.


Plus shempedak goreng emmmm what can I say? Sedappp banget ;9

Friday, August 28, 2009

Ecah!! Ekau nak tengok Kek Lapis yo? Ni ha untuk ekau ;P


Kek Lapis Sisik Ikan :)


Yang macam ni, warna lain, rasa mmg ada beza sikit, tapi flavour dia tak kuat la.. Biase2 jek


Kek Lapis India.. Lagi sedap kalau buat pakai coklat Cadburry