Tomodachi Sama

Tuesday, September 1, 2009

Lepak with Serdangrians :)



Dah dekat nak maghrib.. Jadi kitorang balik ke Serdang.. Malam kang pas terawih, Yazid ajak aku keluar minum dgn Awang =)

Awang yg drive kitorang malam tu ke Chop & Stick kat Seri Kembangan. Ow lupa nak gitau, kawan lama aku Amir pun ade =) Dah lama tak jumpa, rindu bangat! ;)




Yazid & Amir..



Ni Awang.. =) Tak tahu nape dia wat gaye mcm tu (??)



Owh
Petang td Yazid ada ckp yg Awang minat kumpul Gundam kan, jadi dia suruh Awang bawak untuk ditunjukkan kat aku ;P



Weh Awang ko tak nak bagi kat aku buat tanda kenangan ke? Esok aku dah nak blik Kuching ;')


Strike Noir...Antara kolesi yang aku minat giler2

& makanan pun sampai tak lama lepas tu.. Aku order Chicken & Lamb chop ni.. Dah lama mengidam nak makan daging biri2..



& jus mangga.. Likat, pekat, manis ;9



Tak lama pastu Munzer lak datang.. Sambil borak2, tengoklah apa yg diorang buat dengan 'Barbie Doll' Awang tu







Yey! Fibib pun datang gak! Makin meriah malam ni. Teringat zaman sekolah dulu yelah aku dahlah duduk Sarawak lama tak jumpa diorang



Paling best, makan malam hari ni di sponsour oleh Awang sepenuhnya. Thanks Keke!! Aku tau masa nak g bayar harga makanan tu. Love U!! Ahaks ;p

Kemudian, kitorang berpecah. Fibib, Munzer & Amir balik ke rumah masing2. Tapi kitorang janji nak jumpa balik kat Putra Jaya lps tu, sambung lepak2. Untung2 ada bunga api, tp tak tahulah mlm ni ada ke tak. Skrg, tinggal aku ngan Awang & Yazid. Sblm ke Putra Jaya, aku sempat tengok koleksi gundam kat rumah Awang.



Akatsuki, antara Gundam peberet aku, tapi tak beli pun ;P




Antara koleksi Awang yang paling mahal..

& tengoklah komponen2 nih.. banyaknye.. ambil masa gak nak buat nih





Banyak tul koleksi mamat ni.. Eh eh, apa tu..?? Macam aku kenal jek......!!

Awanggg~!!! Mana ko dapat pedang kayu ni?? Dah lama aku nakkkkk

Sebelum ke Putra Jaya, kami ambil Munzer di rumahnya. Malangnya malam tu takde bunga api & tempat lepak yg selalu diorang pergi penuh dgn orang. Sbb tak privasi, kitorang ke rumah Amir yg berdekatan. Sambung balik borak2~
Hmm~ Kalau boleh aku tak nak balik lg.. Nak je lepak dgn member2 lama.. Malas lak rasanya nak balik Kuching esok..
kul 1.30 pagi, baru aku sampai rumah.. barang2 tak kemas lagi nih...

Last Day Puasa @ Serdang

30 Ogos 2009
Ahad

Yazid & aku berhenti di satu bazaar Ramadhan dekat Bangi sbb aku nak cari ABC. Tapi disebabkan tak ada ABC, aku beli air kelapa 2 bungkus & sebungkus teh bunga. Tak dapat bayangkan bila air2 tu masuk ke kerongkong nanti.. Perghh segarnyeee~ ;9

Dekat2 kul 7, aku sampai di rumah. Memang awal2 lagi aku dah bercadang nak berbuka dengan keluarga di rumah, memandangkan hari ni hari terakhir aku berbuka di sini sebelum balik ke Kuching esok. Selain kuih muih yang menimbun & juadah yang sememangnya wajib ada di atas meja pada waktu berbuka sebelum2 ni, ayah ada membeli juga gulai lemak daging & kerang rebus. Waahhhh~ feveret aku kuah lemak2 & kerang ni ;9


Keluarga kami agak ramai, jadi biasalah banyak kuih muih dihidangkan, nak2 lagi aku ni kuat makan ;p


Gulai lemak my peberet ;9


Kerang rebus ni last2 aku gak yg habiskan


Segarrnyeeee~ Aku suka teh bunga!

Monday, August 31, 2009

Hari Yang Penuh Dengan Aktiviti Part I : Track Day @ Litar Sepang

30 Ogos 2009
Ahad



Dari hari Jumaat lepas lagi Yazid ajak aku g Sepang hari ni. Nak g tengok motor & kereta katanya. Aku ikut je, lagipun nak habiskan cuti sekolah ni dgn aktiviti yang best sikit.



Disebabkan aku ni minat sangat motor tapi tak pandai nak bagi review, aku letak jelah gambar2 ni kat sini. Aku minat gak kumpul model motorsikal berkuasa tinggi dulu, & sampai sekarang pun masih tersimpan rapi. Bagi aku motor2 berkuasa tinggi ni memang smart, kacak, cantik & SEXY! (pinjam ayat Yazid jap ;p)































Sambil2 tu sempat gak amik gambar2 kete ni





Cuaca tak panas, hujan pun tidak, cuma mendung.. Orang pun tak ramai. Sesuai sangat lah tu.



Tak lama pastu, Munzer, Hafiz, Awang & adiknya datang. Munzer yang nak drive FC3S milik abang kembarnya Basyeer kat litar hari nih.







Sempat snap kete lain gak







Lepas tu, berebut2 diorang nak masuk litar. Wah tak sabar2 dah diorang nih



Suka Skyline baru ni.. Aku tanya Yazid, berapa harganya di pasaran.. RM600,000!! Tak mampu den nak membelinyo ;p




Munzer, adik Awang, Awang, Yazid & Hafiz



Saat kereta yang dipandu Munzer melintasi kami





Aku boleh dikira bertuah sangat sebab dapat merasa naik kereta tu di litar Sepang ni. Hafiz siap berikan kameranya kat aku untuk buat rakaman. Wajib katanya. Yazid lak sempat berpesan- ''Jangan menjerit!" Alahai.. cuaknye huhu.. Semasa kereta meluncur memasuki litar, aku dah berdebar2.. Betul ke tindakan aku ni? Debaran tu makin bertambah sebaik saja Munzer menekan minyak memasuki litar, dan aku terdorong ke belakang. Laju tak hengat! Dalam masa tangan kiri aku mencari tempat berpaut, tangan kananku memegang kamera. Paling best, time Munzer buat drift. Paling cuak, time aku rasa macam kereta tu nak terbabas. Pergghhh gile!! Peluh dingin memercik dr dahi, rase nak je suruh Munzer drop kan aku lepas 1 lap. Tapi aku rasa tak puas lak. Berani2 takut. Hehe ;p

Keluar dari kereta, lutut ku terketar2.. Kemudian terasa sakit sangat.. Patutlah, kata Yazid, aku terlalu keraskan badan semasa Munzer memacu laju kereta tu. Huhu.. I'm aliveeeeeeeee!!!

Okeh, beberapa jam lepas tu Awang minta diri untuk balik. Aku & Yazid pun nak balik gak, sebab aku nak berbuka kat rumah, maklumlah hari ni hari terakhir aku berbuka di Serdang.

Tapi sebelum balik, kami singgah dulu di Mines. Aku nak beli bluetooth USB, memandangkan aku dah hilangkannya baru2 ni.


Kebetulan, kedai tu tengah buat lelongan

Aku tak lupa masuk ke kedai sukan, melihat2 toptrack Adidas. Tiba2, Yazid pangil aku & tunjukkan aku ke kasut ni. Oo.. benda ni rupanya.. Cuba korang tengok betul2 label kuning kat kasut tu..


Patutlah berbungkus..

Di kedai model aksi, aku terlihatkan Gundam 00 ni. Kata Yazid, Awang antara yang hardcore dengan benda ni. Ye ke? Sejak bila? Tak tahu lak aku



Yazid tunjukkan aku model kereta Skyline yg berharga lebih dr setengah juta tadi.. Haa kalau yang ni den mampu, 30 henggit je ;p





Kemudian kami ke Bangi pula. Yazid bawa aku melihat rumah yang baru dibelinya. Suka aku dengan rumah tu. Dari tingkap di ruang tamu, aku dapat tengok langit yang terbentang..



Sempat juga kami ke bazaar Ramadhan di sana sebelum berbuka di Serdang. Aku mencari air kelapa & teh bunga, dah lama teringin nak merasanya.

Malam nanti, aku nak keluar lagi dengan Yazid, & Awang. Lepak2 & minum2 sebelum aku balikke Kuching esok..