Tomodachi Sama

Thursday, September 17, 2009

KCH~ KL~ KBR~ Yahuuuu~


Flight ke KL dr Kuching kul 6 pagi~ Giler awal!


Kat KLIA, cuci mata jap~ tengok2 Transformers nih


KL ke Kota Bharu~ hujan rintik2

Dr airport, terus jumpe Abang kat Kb & serahkan Kek Lapis kat dia, sebelum balik ke rumah nenek.



Ni air tuak. Halal ye. Ramai yg datang menanyakan air ni dr nenek bila puasa. Cuma start hari ni je nenek tak jual
"Cucu aku dah balik~ maaflah dah tak leh jual" kata nenek. Ahaks!



Kalau pembaca masih ingat, dlm entri Jun lepas, aku ada balik ke Kelantan dan tanyakan nenek sal buah durian, kan? Ni haaa~ nenek simpankan dalam peti sejuk-dingin beku~ yes! akhirnya hilang kempunan aku! Dgn manje, aku tanye sal pulut~ Haaa~ nenek paham ape g aku nak~ terus dibuatnya pulut utk dimakan dgn durian. Suke3 ;)

Mase berbuke, aku beli solok lada ni dgn Pak Cik Seman, jiran kami di kampung. Dr dulu aku teringin makan nih, bayangkanlah kat Kuching harganya RM1 sebiji! Gile mahal! Kat sini 3 = RM1. Aku beli RM2, puas hati aku!!



Ni lak ikan kering yg aku beli kat Sabah hari tuh. Lauk ni lah yg habis dulu mase berbuka~ mmg sedap, mcm keropok & tak masin sgt ;9



Ayam percik ni pun beli dgn Pak Cik Seman



Termasuklah kuih nih



Makcik sekeluarga dr Pasir Mas pun berbuka sekali dgn kami hari nih. Dibawanya sekali kuih akok nih,



& etok my peberet ;9



& paling special, ofkos la AIR KELAPA~ SYOK!!

Wednesday, September 16, 2009

Kek Lapis oo Kek Lapis~


Tengoklah, adik yg jual kek lapis kat waterfront tu kene serbu dgn dak2 nih :p

Sehari sebelum aku balik Kelantan, aku ikut Mazlina & the geng cari Kek Lapis lagi. Mulanya kami ke Kek Lapis Dayang lepas sekolah, tapi kek2 kat situ dah habis. Patutlah aku tengok pengunjung2 yg masuk td keluar tanpa bawak apa2. Hmm~

Kemudian kami ke waterfront. Hmm mmg kene serbu lak dgn dak2 nih. Disebabkan banyak sgt permintaan, adik yg membuka meja jualan tu bawa kami ke kedainya yg terletak di belakang & tunjukkan stok2 kek g ada~ Laaa.. ada kedai rupanya. Cantik, baru je dibuka.


Pilih kak, pilih~


Kak Haslina dah macam model Kek Lapis~


Kak Tim, Ustazah, Anje Mazlina & Kak Haslina


Yang ni pek mini, lebih kpd sampel utk dicuba

Okeh. Kalau kira2 balik, ada 21 Kek Lapis yg aku kene bawa balik Kelantan~ Banyak tuh!! Jenuhlah nak membawaknya~


Swiss Roll ni Kak Rusni kirimkan pd aku utk diberikan pd Kak Haniza di Kelantan


Ni untuk abang aku, beli kat kedai tu ptg td


Ni lak yg dipesan oleh mak cik ku di KB


Ini untuk dibawa pulang ke rumah kami di kampung~ best!


Tu diaaa~ Huhuhu

Mencari Kad Raye~ (>^_^<)

Cam susah lak nak cari kad raya kat Kuching nih. Naseb le ade satu kedai kat Wisma Satok ni, jual. Jenuh gak le aku memilih, sbb tak jumpa yg aku nak.. pastu, aku tertengok satu kad nih~~ Ah ha!! Ada pun yg aku carik!! Kad raya kucing + kartun ;p



Cun2, tinggal tige keping jek~ Oklah tu, untuk Along, Ecah & Mazlina. Tapi pelik tak, kucing2 ni takde muke??



Yg bestnye dgn kad nih, kita leh pilih ekspresi muka kucing sendiri dgn mnempekkan pelekat2 ni pd kad tuh~ Kreatif duh~!



Hasilnye~~~



Jadi aku kirimkan kad2 tuh sekali dgn buah tangan dari Sabah untuk ALong ngan Ecah~


Misi selesai~ Pasni cari kek lapis lak

Untuk yang tersayang~

Masa g Sabah hari tu, selain untuk keluarga, Zam tak lupa juga beli buah tangan untuk 'Abang' kesayangan & 'Adik' manja Zam tuh~~ Hehe siapa lagi kalau bukan Along & Ecah ('',) Kat satu gerai ni, Zam belikan tuala2 kecil yg comel, siap dgn maskot kitorang bertiga- Doraemon untuk aku, Stitch (Along) & Pooh (Ecah).



Selain tu, ada plat magnet nih untuk mereka



Ada lagi~ ;P
Untuk Ecah, Zam belikan tiga utas gelang tangan kristal di Gaya Street. Kebetulan, Ecah kata baju rayanya tahun ni matching dgn gelang warna pink & hijau tu~ selain warna biru kegemarannya. Zam pun tak tahu~ kebetulan jek ;)



Dan untuk Along, butang Baju Melayu kristal nih, leh tukar2 warna~ cantikkk~ :)



Alhamdulillah, kiriman2 yg aku buat Isnin lepas sampai ke tgn diorang- Ecah di Port Dickson dpt smlm (Rabu) & Along di Kota Bharu dapat hari nih (Khamis).. Zam risau tak sampai jek~

Tuesday, September 15, 2009

Sibuk..



14 September~ Aku ikut Kak Artis ke Pejabat Pos Laju di Satok, mengirim barangan kristalnya kpd kawan2 di semenanjung. Hmm~ semakin dekat hari raya, semakin ramai org berpusu2 ke sini mengirim barang. Yang pastinya, kek lapis & ikan terubuk- dapat aku tahu dr kotak2 besar yg tertulis kek lapis yg menimbun & bauan hanyir yg menusuk ke hidung sebaik saja melangkah masuk ke dlm pjbt pos yg berhawa dingin ini.

Banyak urusan yg aku perlu selesaikan hari ni, membuatkan aku ke merata2 tempat. Letih~ Dr Pejabat Pos Laju, aku ke bank, kemudian ke Pejabat Pos Malaysia di Satok pula, seterusnya ke Sesco bertanyakan hal bil elektrik ku yg terlalu tinggi, kemudian mencari surau utk solat Zohor, slps itu ke bank semula, selanjutnya ke pjbt pos di Kuching pula kerana pjbt pos di Satok tadi terlalu ramai orang, & akhirnya mencari Kek Lapis berhampiran Medan Pelita..



Sampai saja di rumah, aku menimbang berat badanku~ & cube agak apa yg berlaku? ....... beratku turun 2kg!

Ermm..??




Sejak bila bilik PK HEM jadi macam Pasar Siti Khadijah ni???

Tahniah Aril \(^0^)/



Semalam, aku terima msg yg membuatkan aku terjaga dari tidur. Dalam mamai2 & samar2, aku capai hs yg berada di sisi ku. Dari Aril rupanya, sahabat baik ku yg mengajar di Simunjan.

"Salam, Din kamek dah jadi ayah, dapat anak lelaki. Alhamdulillah"

Terkejut aku sekejap. Di majlis perkahwinannya dulu, akulah yang jadi pengapitnya. Skrg dah dapat anak pun. Alhamdulillah, rezeki dia.

Teringat zaman belajar kat maktab dulu. Rasa mcm budak2 lagi masa tu. Skrg dah jd ayah lak.

Sunday, September 13, 2009

David Archuleta

Sewaktu lagu ini (Crush) menjadi popular sedikit masa dulu, aku kurang memberi perhatian sangat sehinggalah aku terlihat video klipnya secara tak sengaja di NTV7. Terus aku meminatinya, & sejak itu mulalah aku tercari2 lagunya di internet, padahal sebetulnya pada waktu itu aku tak ingat nama penyanyinya, apatah lagi mengetahui tajuk lagunya itu. Keyword yg aku tahu hanyalah American Idol. Akhirnya aku bertemu juga dgn MV Crush di Youtube, itupun setelah lama mencari sbb aku keliru dgn nama Adam (juara AI musim terbaru) & David ;p

Dan baru2 ini aku terjumpa di Youtube video nyanyiannya versi sessi AOL. Perghh~ yg ni lagi best dr MV nya yg asal. Sbb David menyanyi secara live & disamping suaranya yg mantap, persembahannya juga bertenaga. Penuh perasaan. Entah berapa kali aku ulang mainkan lagunya dalam sehari. Gile besh!



Selepas itu, rakanku Gloria mengesyorkan aku untuk mendengar satu lg lagu David yg begitu asing & sukar untukku menyebutnya. A Little Too Not Over You. Sekejap.. aku penah dgr lagu ni dulu. Sekali dua rasanya.. berbanding Crush, lagu ni amat sukar untuk melekat di hati aku, sehinggalah aku memainkannya beberapa kali di Youtube barulah aku mula sukakannya.



Kekuatan lagu2 David terletak pada liriknya yg sarat & melodinya yg best + pembawaan diri David dlm setiap lagunya yg~~~~ SUPERB! Sayang dia tak jadi juara AI time tu, tp apapun aku rasa dia lg popular dr juara AI musim tu. Rasanya aku dah mula meminati bakat yg ada pada David, & menjadikan dia penyanyi lelaki yg paling aku kagumi dlm dunia ni (susah sebenarnya aku nak minat penyanyi lelaki nih). What cam I say? Mmg dia berbakat besar!

Friday, September 11, 2009

UPSR 2009

Tiga hari, bermula 8-10 September lepas aku jaga UPSR kat SK Sungai Maong. Untung sbb muridnya tak ramai, 31 orang & kesemuanya diletakkan di dalam satu dewan. Senang sikit nak jaga. Kalau 13 tahun dulu aku dijaga oleh pengawas2 peperiksaan, skrg aku pula yg memberikan arahan kpd mereka sepanjang peperiksaan dijalankan. 1st time experiance nih. Macam2 kerenah budak aku tengok. Kekadang aku tergelak di balik topeng muka yang aku kenakan.



Pejabat Pelajaran Daerah dah bekalkan mereka dgn topeng muka & pencuci tangan ni. Tanggungjawab kami - pastikan mereka pakai topeng tu & bersihkan tangan sebelum masuk ke dewan.



Aku suka hoodies budak ni. Pink + red



Kami bertiga yang jaga UPSR di sini- Puan Jasmi (kiri) & Puan Agnes



Habis kertas aptitud, budak2 dah tak senang duduk. Yelah, UPSR dah habis. Tapi tak sangka, dlm ramai2 tu ada gak yg mintak no hs aku. Hmm sorrylah, cikgu segan nak bagi :p

Kebulor Tahap GABAN

7 September 2009

Penat tul hari ni. Kehulu hilir selesaikan macam2 urusan. Sebelum balik sempat pergi bazaar kat Satok. Ermm mcm2 jenis umai ada, mana satu yg best ek?



Balik ke rumah, penuh air di tangan~ Jagung, Cendol & Tebu, hambek kao!

Taklimat Pengawas UPSR

4 September 2009



Pagi, sebelum berbuka kat sekolah malam tu, Zam kene ke SK Sungai Maong untuk sesi taklimat dengan ketua pengawas.



Hmm.. nasib muridnya yg ambil UPSR tak ramai, 31 orang jek