Tomodachi Sama

Tuesday, December 22, 2009

~Terima Kasih~

Sehari sebelum hari jadi Along, semasa berbual di FB, Ibu minta aku sampaikan sesuatu darinya untuk Along sebagai hadiah. Untuk itu, setelah Ibu memasukan duit, aku ke Kota Bharu. Pesan Ibu- "Belikan sekali untuk angah, dah lebihnya, belanja Along makan".

22hb (Hari Jadi Along), aku ke KB, mencari2 sesuatu yg sesuai diberikan untuknya. Untuk aku, aku beli sehelai T Shirt Diesel yg dah lama aku berkenan di The Store, & untuk Along, yg pastinya lebih mahal, aku temui di Parkson. Jenuh juga mencari yg betul2 aku berkenan untuk Along, dari The Store hingga ke Parkson, sementelah lagi aku ni cerewet.


Jd, inilah yg dibeli oleh aku di KB petang td..



Untuk aku..



.. & yang ini untuk Along, hadiah dari Ibu



Ini, dari aku untuk Along. Aku beli di Seremban Parade sebelum berjumpa dengan Nubhan & Nubies 29hb lps..



& a birthday wishes..



Kami janji nk jumpe & lepak sama2 di KB pd 24hb, & mulanya aku cadangkan di KB Mall. Sempatlah aku duduk minum di A&W sebelum Along datang & ajak tukar tempat lepak di McD pula. Bukan apa, masing2 pun masih seriau dgn kejadian di KB Mall baru2 ni



@ McD, Along pesan Properity Burger. Aku ikut je, & bila ditanya samada mahukan R @ L, aku terkejut bila Along minta saiz large. Nampak sangat Along tengah lapar ni hehe sian Along ;)



Our Birthday Boy~



Dan makan malam hari ni ditaja sepenuhnya oleh... Ibu! Thanks a lot!!

Maghrib berlabuh di Kota Bharu..



Lepas selesai makan & solat di Masjid Muhammadi, Along bawa aku lepak di Kopitiam Kemaman pula, pekena White & Black Coffee. Kopinya best, well blend with the light creamer. Along yg belanja minum disini. Cume aku tersentap jap tengok jumlah yg Along kene bayar untuk 2 cawan kopi.. Huhu cian Along.. Takpe, lenkali aku nak belanja Along lak.




Rasenye tak leh amik gambar dlm nih.. Aku minta tolong Along tolong amik kan senyap2 hehe

I ♥ Shopping @ KB~ X)

Hari ni, Zam ke Kota Bharu lg. Shoping sakan X) Kira ni kali kedua sejak Zam balik bercuti di rumah datuk & nenek seminggu lalu. Biasanya, selain pakaian berjenama yg boleh didapati dgn potongan harga yg murah sempena Year End Sale (Y.E.S) di Parkson, The Store, & Pantai Timur, Zam suka beli barang2 keperluan & barang2 dapur di Pasar Siti Khadijah. Di sini harganya lebih murah & pilihanya lebih banyak, seperti kuih muih & lain2 nya. Sambil2 tu, sempat Zam masuk kedalam Mydin, membeli permainan utk anak buah. Td, sebelum menaiki bas ke kb, Zam dah janji dgn Amirul, nak carikan robot untuknya. Kebiasaanya Zam akan mencarinya di Mydin krn harganya lbh murah brbanding pasaraya lain. Dah semacam perkara wajib, kunjungan zam ke KB seakan tak lengkap kalau tak masuk membeli belah di kelima2 buah pasaraya tersebut. Lagipun lokasi & jarak antara kesemua pasaraya tersebut tidak jauh, dgn berjalan kaki dah boleh sampai :)

Balik dr KB, Zam keletihan, dgn bebanan di tangan yg terlalu banyak. Lelah juga berulang alik, keluar masuk pasaraya berulang kali. Rata2 mata di stesen bas seolah memandang Zam. "Kalau kau bawa kereta takpelah gak nak shoping banyak2, ni naik bas :p'' kata hati Zam. Tp letih2 pun, Zam seronok membeli belah disini. Puas. Lagipun, tujuan utama Zam ke KB dah tercapai. Ape ye? Hehe. Rahsia



Parkson di Kota Bharu Trade Center




Ramai yg turun KB untuk memebeli belah hari ni, walaupun bukan hujung minggu


Zam dah jumpe ape yg Zam cari di The Store, tp tak jumpe utk seorang lg tu.. Sudahnye Zam mencari di Parkson lak.. jenuh gak mencari, tp akhirnya jumpa jugak yg sesuai.




Pantai Timur, antara pasaraya yg terawal di Kota Bharu

Lapar lak perut ni. Jadi Zam singgah di A&W.. Zam teringin nak rasa float.. dah lama tak minum kat sini.. kali terakhir dengan Mail & Kassim 3 tahun lepas. Sbb lpr sangat, cepat je burger tu habis hehe






Utk Amirul

Sunday, December 20, 2009

Kelantan: All You Can Eat

Salam semua
Zam masih di Kelantan, menghabiskan mingu2 terakhir cuti sekolah bersama keluarga di kampung. Dua tiga hari ni Zam tak kemana, cuma duduk di rumah melayan kerenah anak buah & sepupu2 yg dtg dr KL, Pasir Mas & Kota Bharu. Bukan selalu dapat berkumpul mcm ni. Bila dah ramai, bergegar & gamat lah rumah nenek Zam nih.

Bila dah ramai2 ni, mcm2 lah plan yg dibuat, terutamanya di dapur. Hari ke 5 di kampung, kami buat nasi kerabu. Tugas Zam mcm biasa, bakar ayam & daging.




Nasi Kerabu

Hari berikutnya, kami buat Sup Gearbox pula~



Pagi hari ke tujuh, Ayah Su beli laksa & laksam di Kampung Dewan


Laksa Kelantan

Tengah harinya, menu Nasi Dagang pula, dengan Gulai Ayam Kampung~




Sorrylah. Zam banyak pos pasal makanan kali ni. Bukan apa, sesekali balik ke kampung, mmg mcm ni lah Zam, mcm2 dicuba. Balik ke Kuching, Zam dah tak berpeluang makan mcm ni maklumlah duduk seorang diri jek, nak masak2 camgini Zam tak tahu.

Friday, December 18, 2009

T.A.P.I.O.C.A


Hari hujan.. erm kalau di kampung, makan ape ye best time camgini

Beberapa hari lepas, sepupu Zam dr Pasir Mas & KB datang. Bila diorang dah berkumpul, ada lah pogram yg dibuat senyap2. Bila Zam g dekat, tengok2 masing2 dok pegang ubi kayu. Kecik2 lak tu. Bila tanya nak dibuat ape, katanye nak bakar. Ya rabbi.. dlm banyak2 makanan kat dapur, ubi jugak yg dicarinya. Mmg dah takde keje le tu

Bila siap dibakar, Zam mintak sikit. Tak tahu lak ubi kayu bila dibakar tu sedap, dgn aromanya.. mmg sedaplah! Sblm ni, ubi kayu rebus tu selalu lah makan. Dengan ikan kering, kelapa kukur & kadang2 dgn gula jek. Tak tahulah budak2 skrg mkn lg tak bende nih.

Jd bila sepupu Zam dtg lg dr Pasir mas lepas tu, Zam ajak bakar ubi lg. Arang dah dibeli. Saje nak makan bende2 mcm ni. Bukan selalu~




Ubi yg tlh dibersihkan..


..dibakar..


..kalau dah betul2 empuk, mmg sedap.. nak2 lg kalau ade ikan kering :9

Ubi kayu, selain diparut untuk buat lepat, Zam baru tahu sejenis makanan ni.. Orang Kelantan panggil, Balik Gelisah (betul ke ejaan nih?).. seakan lempeng, cuma bahannya ialah ubi kayu saja. Org dulu2, lepas berkebun, benda ni lah dimakanya, bersama dengan kelapa kukur @ jeruk jering.. Yg ni, Zam balut dulu dgn daun pisang

Hari ke4 di Kelantan- SHoPPiNG @ KB!

Semalam aku ke KB. Semangat nk shopping tak dpt dibendung lagi, biarpun hujan hehe



Dr kejauhan, aku nampak KB Mall.. huhu seriau2.. lg 1, banyak gak kete nk masuk KB hari ni.. jem giler.. banyak kete dr luar Kelantan.. tp tak kesah le, lg ramai pengunjung, lg berkembang ekonomi negeri ni, alhamdulillah~



Pemandangan KBTC dr surau berhampiran.



Deretan kedai batik di Pasar Buluh Kubu



Merata gak lah Zam pergi. Dari Parkson ke Pantai Timur, membeli mainan untuk Amirul di Maidin, pakaian di The Store sampailah membeli barang basah & kuih di Pasar Siti Khadijah. Memang habis satu kawasan tu Zam bershopping. Mmg kebiasaan Zam membeli-belah di KB, pasti tak cukup tangan. Satu kelainan bg Zam membeli belah disini berbanding di KL & Kuching (almaklumlah dlm setahun 3 tempat ni je Zam duk ulang alik)

Balik dr shopping, sempat Zam amik beberapa gambar~






Wisma Nordin (Batik)


Lorong masuk ke kilang pengusaha batik, Razali Batik di Kampung Sireh




Kalau le dapat, nak aku berkubang balik dlm bendang.. rindu zaman kanak2 aku

Ni antara brg yg aku beli di KB td- makanan kucing yg didatangkan dlm tupperware ni.. Aku beli kat The Store. Masuk Pasar Khadijah pastu, 2 kali kene tegur dgn peniaga kat situ.. Yelah ingat bekas ape cantik sgt, rupenye untuk kucen jek


Sampai rumah, berebut lak ngan nenek. Ye lah bekas ni cantik sgt untuk kucen. Huwaaaa

Ni untuk Amirul. Dia sampai dr KL mlm smlm dgn keluarga aku yg lain.





Ni Taik Itik, aku beli kat Pasar Siti Khadijah. Ntah le tetibe mengidam nak makan



Kat dapur, nenek dah siap buatkan sira betik my feveret~ suke3 X)

Wednesday, December 16, 2009

3 hari pertama di kampung (Kelantan)

Hari Pertama

Pagi 14 hb, aku sampai ke KB. Naik bas dari KL pukul 11 mlm sehari sebelumnya. Aktiviti pertama slps subuh, aku g beli sarapan kat Pasar Siti Khadijah. Awal2 pagi peniaga kat sini dah sibuk X)


Ingatkan nasi tumpang, rupenye nasi dagang~ beli je lah

Hari pertama tak banyak aktiviti. Cume mandikan kucen yg lima ekor tu. Huhu tak pasal2 kene cakar
Tak apelah
Kucen aku gak X')

Hari Kedua

Menebas kat belakang rumah nenek. Tanah mak. Huuu tuuuuu dia!



Sambil menebas, sempat amik gambar gak~ ngee


Ni kalau kene gigit ni mau meraung huk2


Mase kecik2 dulu aku suka hisap jarum munge ni X)


Cerahnye hari ni!


Jap lg atuk nk amik buah kelapa


Pandai betul en.pacat ni.. ape dia ingat darah kat jari manis aku ni 'manis' ke??


Tuuuu dia.. Panas terik!


Kelapa yg kene tebuk ngan tupai ni ade gunanya.. Nak tahu?




Ni lah dia~ leh buat sarang burung.. hurm.. ngeri semacam jek aku tengok

Penat menebas, minum air kelapa~SEGARRRR~



Kene gigit pacat~ ngeee



Menu makan malam~ sup lembu ;9



Hari Ketiga

G menebas lagi. Kali ni nk mengelak digigit pacat, habis dua belah kaki aku lumur dengan minyak angin Mestika. Haaa mmg berkesan! Takde pacat berani dekat haha


Saje amik.. dh takde keje :p


Sarapan pagi ni.. Lompat tikam


cumel2
rase nak dukung2


Bila dahaga, balun aiskrim berketul2 X)