Tomodachi Sama

Saturday, December 26, 2009

Shopping @ Pasir Mas

Sabtu, aku ikut abg ipar & kakak ke Pasir Mas, sambil2 carikan tudung yg dipesan Ibu sewaktu mula2 aku sampai di Kelantan. Sengaja aku tidak mencari di KB sblm ni kerana aku kenal dgn seorang peniaga di Pasir Mas, & aku biasa membeli dengannya. Di kedai Kak Yah, aku temukan 3 helai tudung yg cantik2 ni. Tp sebelum tu pening gak nak memilih sbb x tahu yg mana sesuai untuk Ibu.



Ni lah kedai Kak Yah. Selaian dr pakaian, biasanya aku ke sini mencari seluar jeans yg murah2, tp cantik



Abang ipar singgah beli keropok jap



Di kedai lain, adik aku berhenti untuk tengok patung2 mainan yg digantung. Murah2 je kat sini. Dia nak belikan utk kawan di Serdang. Jenuh jugaklah mengikut dia mencari, menilik satu, satu.. sudahnya tak beli apa pun :P



RM19 untuk Teddy Bear besar ni.. Dah cukup murah tp dia tak nak beli pulak. Ingat tenung lama sangat td dah nk beli dah :p



Kemudian, aku ke Pantai Timur. Cari kerusi untuk atuk buat ganti yg patah semasa menebang pokok kelapa baru2 nih
heh2 :p



Ben10.. Ini untuk Amirul.. Siap gadoh2 lg dgn aku masa nak beli td. Banyak sangat pilihan warna tak tahu nak amik yg mana. Dia lagilah.. kelabu mata hehe



Sebelum balik, singgah dulu ke rumah mak cik di Pasir Mas. Dia belanja laksa utk malam tu

Friday, December 25, 2009

Bubur Asyura Kelantan

Pagi smlm (Khamis) sebelum Zam keluar ke KB bertemu Along, datuk minta tolong menebang pokok kelapa untuk diambil umbut dulu. Kami nak buat bubur Asyura hari ni (walaupun belum 10 Muharam tp kami buat juga memandangkan esok lusa ramai dah diantara kami yg nak bertolak pulang ke KL), & sambil2 tu buat kenduri sikit2.


Nampak mcm senang je nk tebang, tp semput gak dibuatnye

Konon nak jd cucu yg baiklah menurut kata, tp..


Mangsa keadaan

Pokok kelapa tu tumbang menghempap pokok pisang datuk.. Hehe aku lari balik rumah tak bagitau atuk.

Pagi td saudara mara dah penuh kat rumah. Masing2 dtg menolong. Keje Zam td selain menjahanamkan pokok datuk, Zam tolong ramas kelapa parut. banyak santan nak diguna hari ni.


Kawah dah tersedia..


Bahan utama..


Dari pagi..


sampai ke tengah hari asyik berganti2 orang.. letih tau.. dekat maghrib kang baru siap nih

Sementara tu di dapur, nenek siapkan gulai daging ngan umbut kelapa nih untuk kenduri doa selamat lepas Solat Jumaat. Entah mcm mn gulai daging tu rasa lebih sedap dr sebelum2 nih (mentang2 lah dia yg tolong tebang pokok kelapa tu hehe)



Antara lauk lain yg dihidang tengah hari tu ialah kegemaran Zam, Gulai Lemak Siput.. Sedap nyee




Saje nak expose Gulai Daging ni lg~ ngee X)

Dekat senja, barulah bubur ni sedia diangkat



Sampai ke keraknya licin kami kikis (bahagian ni paling sedap tau~)



Tapau2.. Ni untuk diagih2kan kepada saudara mara & jiran tetangga

Tuesday, December 22, 2009

~Terima Kasih~

Sehari sebelum hari jadi Along, semasa berbual di FB, Ibu minta aku sampaikan sesuatu darinya untuk Along sebagai hadiah. Untuk itu, setelah Ibu memasukan duit, aku ke Kota Bharu. Pesan Ibu- "Belikan sekali untuk angah, dah lebihnya, belanja Along makan".

22hb (Hari Jadi Along), aku ke KB, mencari2 sesuatu yg sesuai diberikan untuknya. Untuk aku, aku beli sehelai T Shirt Diesel yg dah lama aku berkenan di The Store, & untuk Along, yg pastinya lebih mahal, aku temui di Parkson. Jenuh juga mencari yg betul2 aku berkenan untuk Along, dari The Store hingga ke Parkson, sementelah lagi aku ni cerewet.


Jd, inilah yg dibeli oleh aku di KB petang td..



Untuk aku..



.. & yang ini untuk Along, hadiah dari Ibu



Ini, dari aku untuk Along. Aku beli di Seremban Parade sebelum berjumpa dengan Nubhan & Nubies 29hb lps..



& a birthday wishes..



Kami janji nk jumpe & lepak sama2 di KB pd 24hb, & mulanya aku cadangkan di KB Mall. Sempatlah aku duduk minum di A&W sebelum Along datang & ajak tukar tempat lepak di McD pula. Bukan apa, masing2 pun masih seriau dgn kejadian di KB Mall baru2 ni



@ McD, Along pesan Properity Burger. Aku ikut je, & bila ditanya samada mahukan R @ L, aku terkejut bila Along minta saiz large. Nampak sangat Along tengah lapar ni hehe sian Along ;)



Our Birthday Boy~



Dan makan malam hari ni ditaja sepenuhnya oleh... Ibu! Thanks a lot!!

Maghrib berlabuh di Kota Bharu..



Lepas selesai makan & solat di Masjid Muhammadi, Along bawa aku lepak di Kopitiam Kemaman pula, pekena White & Black Coffee. Kopinya best, well blend with the light creamer. Along yg belanja minum disini. Cume aku tersentap jap tengok jumlah yg Along kene bayar untuk 2 cawan kopi.. Huhu cian Along.. Takpe, lenkali aku nak belanja Along lak.




Rasenye tak leh amik gambar dlm nih.. Aku minta tolong Along tolong amik kan senyap2 hehe

I ♥ Shopping @ KB~ X)

Hari ni, Zam ke Kota Bharu lg. Shoping sakan X) Kira ni kali kedua sejak Zam balik bercuti di rumah datuk & nenek seminggu lalu. Biasanya, selain pakaian berjenama yg boleh didapati dgn potongan harga yg murah sempena Year End Sale (Y.E.S) di Parkson, The Store, & Pantai Timur, Zam suka beli barang2 keperluan & barang2 dapur di Pasar Siti Khadijah. Di sini harganya lebih murah & pilihanya lebih banyak, seperti kuih muih & lain2 nya. Sambil2 tu, sempat Zam masuk kedalam Mydin, membeli permainan utk anak buah. Td, sebelum menaiki bas ke kb, Zam dah janji dgn Amirul, nak carikan robot untuknya. Kebiasaanya Zam akan mencarinya di Mydin krn harganya lbh murah brbanding pasaraya lain. Dah semacam perkara wajib, kunjungan zam ke KB seakan tak lengkap kalau tak masuk membeli belah di kelima2 buah pasaraya tersebut. Lagipun lokasi & jarak antara kesemua pasaraya tersebut tidak jauh, dgn berjalan kaki dah boleh sampai :)

Balik dr KB, Zam keletihan, dgn bebanan di tangan yg terlalu banyak. Lelah juga berulang alik, keluar masuk pasaraya berulang kali. Rata2 mata di stesen bas seolah memandang Zam. "Kalau kau bawa kereta takpelah gak nak shoping banyak2, ni naik bas :p'' kata hati Zam. Tp letih2 pun, Zam seronok membeli belah disini. Puas. Lagipun, tujuan utama Zam ke KB dah tercapai. Ape ye? Hehe. Rahsia



Parkson di Kota Bharu Trade Center




Ramai yg turun KB untuk memebeli belah hari ni, walaupun bukan hujung minggu


Zam dah jumpe ape yg Zam cari di The Store, tp tak jumpe utk seorang lg tu.. Sudahnye Zam mencari di Parkson lak.. jenuh gak mencari, tp akhirnya jumpa jugak yg sesuai.




Pantai Timur, antara pasaraya yg terawal di Kota Bharu

Lapar lak perut ni. Jadi Zam singgah di A&W.. Zam teringin nak rasa float.. dah lama tak minum kat sini.. kali terakhir dengan Mail & Kassim 3 tahun lepas. Sbb lpr sangat, cepat je burger tu habis hehe






Utk Amirul

Sunday, December 20, 2009

Kelantan: All You Can Eat

Salam semua
Zam masih di Kelantan, menghabiskan mingu2 terakhir cuti sekolah bersama keluarga di kampung. Dua tiga hari ni Zam tak kemana, cuma duduk di rumah melayan kerenah anak buah & sepupu2 yg dtg dr KL, Pasir Mas & Kota Bharu. Bukan selalu dapat berkumpul mcm ni. Bila dah ramai, bergegar & gamat lah rumah nenek Zam nih.

Bila dah ramai2 ni, mcm2 lah plan yg dibuat, terutamanya di dapur. Hari ke 5 di kampung, kami buat nasi kerabu. Tugas Zam mcm biasa, bakar ayam & daging.




Nasi Kerabu

Hari berikutnya, kami buat Sup Gearbox pula~



Pagi hari ke tujuh, Ayah Su beli laksa & laksam di Kampung Dewan


Laksa Kelantan

Tengah harinya, menu Nasi Dagang pula, dengan Gulai Ayam Kampung~




Sorrylah. Zam banyak pos pasal makanan kali ni. Bukan apa, sesekali balik ke kampung, mmg mcm ni lah Zam, mcm2 dicuba. Balik ke Kuching, Zam dah tak berpeluang makan mcm ni maklumlah duduk seorang diri jek, nak masak2 camgini Zam tak tahu.