Tomodachi Sama

Sunday, February 21, 2010

Trip to Langkawi

21 hb 2, Zam ke Langkawi dgn keluarga.. salah 1 tempat yg Zam suka pergi selepas Kelantan, Terengganu & Sabah X) Terakhir Zam pergi, tahun 2007 dengan Kak Artis & Kak Aiza.. Kursus Literasi Braille Bahasa Inggeris..

Pagi tu sebelum bertolak dr KL, Zam masakkan untuk keluarga Butter Prawn dgn udang yg Zam beli kat JJ Mid Valley sehari sblm tu.



Kami berangkat dalam pukul 2 lebih.. tak sampai sejam, dah sampai Langkawi.. Eited dah ni X) Asyik dok ingat nak shopping jek ;p



Petang tu, kami ke Jeti dulu.. Jalan2 makan angin



Ke Dataran Lang..





Senja di Langkawi





Okeh, balik dulu.. Esok leh g jejalan lg :)

Saturday, February 20, 2010

Tengok Wayang ngan Kekawan



Kebetulan ada kat KL, Zam join kekawan Nubies tgk wayang. Tak sangka lak cik artis pun turun gak. Layanz je gambar2 nih ;)













Selesai tengok wayang, JJCM lak ;9









Friday, February 19, 2010

Kezutan buat anak murid~ X)

Zam nak buat surprise party.. Shhh



19hb 2, Zam aturkan satu majlis hari jadi kecil2an untuk salah seorang anak murid Zam disekolah. Selepas solat Jumaat, Zam terus bergegas ke bandar Kuching mencari kek hari jadi & makanan ringan. Cadangnye nak buat time makan malam nanti.


Kek yg Ustazah & Zam beli~

Petang tu, sampai sj di sekolah , Zam minta tolong beberapa org murid untuk mbantu Zam mengatur makanan & membuat persiapan. Sebenarnya takde seorang pun yg tahu sal surprise party ni pd mulanya melainkan Zam & Ustazah jek. Kami buat di kelas Tahun 3. Lps tu bermulalah kerja Zam yang agak memenatkan.. Seorang demi seorang murid yg Zam jumpe berkeliaran, Zam tarik masuk ke dalam kelas tahun 3, sblm mengurung mereka disitu. Sengaja Zam tak pangil ramai2 sbb takut berlaku kekecohan & rahsia terbongkar. Masa tu, murid2 di asrama sedang sibuk menyiapkan diri untuk mandi & makan malam. Mana2 yg dah siap mandi, Zam tarik masuk dulu, senyap2. Untungnye, birthday girl merupakan yg terakhir selesai mandi. Jadi Zam sempat tarik semua rakannya tanpa dia sedari.

Kat dlm kelas Tahun 3, Ustazah siap2 aturkan murid untuk menyambut kedatangan birthday girl tu. Zam pula, ke asrama mengajak dia ke dewan untuk makan malam. Tiba2, Zam pura2 minta dia tolong ambilkan handset Zam yg konon2nye tertinggal di dlm kelas Tahun 3. Berlari lah dia ke arah kelas, & sebaik saja pintu kelas ditolak, bergemalah di seluruh sekolah dgn lagu Selamat Hari Jadi.

Maka terkezutlah dak tu bila dijerkah dgn suara 13 org rakannya yg serentak menyanyikan lagu ulangtahun..



Naseb baik tak pengsan jek ;p hehe

Year 4 & 5 Art Class with Cikgu Zamani

Masa masakkan roti telur & sotong celup tepung kat dewan tempoh hari, Zam sibuk kumpulkan botol2 sos cili & tomato yg dah kosong. Dah lama Zam dapat idea untuk buat sesuatu dgn botol2 tu.. Nak tahu? Meh tengok~



Ni namanya Glass Deco~ berbeza dgn bahan2 yg Zam gunakan utk mewarna sebelum ni





Press on stencils yg digunakan untuk menghasilkan corak cetakan di atas permukaan kaca



Pilih mana satu corak yg disukai..



Hasilnya..



lepas itu boleh lah mula mewarnakan botol kaca dengan glass deco





Inilah hasilnya..



Tunggu kering dulu, baru cantik..

Lepas rehat, Zam ade kelas seni dengan tahun 5 lak..


BOB MARLEY??


Hehe.. Princess Amidala pun takde rambut mcm ni X)

Kali ni Zam gabungkan topeng harimau yg dibuat beberapa minggu sudah dgn rambut kertas ni.. Hasilnya~

SINGA JADIAN XP


tapi nape singa ni cam ngantuk jep?

Okeh, meh amek gambar ngan kawan2 meh


GRRRR~

Tuesday, February 16, 2010

At last I've found u!



Mulanya, 6 Febuari lepas Ecah yg mula2 letak gambar Pooh & Stitch ni kat FB. Katenye dibeli di Watson. Lps tu mulalah aku & Along mencari kat farmasi tu. Along mmg nak tambahkan koleksi Stitch nya. Cume aku jek tak jumpe lg kat sini.. Mungkin Sarawak lambat sikit sampainye.. Jd aku beli jek keychain lain gantikan Pooh & Stitch yg aku tak jumpe tuh..



& tak sampai seminggu lps tu, mase tgh jejalan kat bandar, aku terasa mcm nak masuk dlm Watson.. Tak sangka, masa tu koleksi Disney tu dah ade.. Sokerlah aku.. Tp sblm beli tu kena purchase 20ringit ke atas kat Watson.. Okeylah, aku mmg nak beli brg pun kat situ..

Akhirnye jumpe gak ;)

Monday, February 15, 2010

Sambutan Tahun Baru Cina di Kuching

Zam baru hendak pulang ke rumah slps bertugas selama 2 hari di sekolah semasa cuti apabila Abdillah datang mengajak Zam & Mazlina beraya di rumah kawannya di Matang. Teruja kerana pertama kali berpeluang meraikannya bersama kawan, Zam ikutkan saja.

Ramai tetamu yg dah berkumpul semasa kami tiba di sana. Juadahnya pula disediakan oleh tukang masak Melayu, seperti sate & lemang, jadi kami tak was-was tentang soal makan & minum. Selain tu, antara menu yg turut dihidang adlh rendang, kek lapis Sarawak & mcm2 lg..

Tak lama kemudian, kumpulan tarian singa & naga yg diundang oleh tuan rumah sampai. Mmg langkah kanan betul.. Pertama kali Zam berpeluang melihatnya dengan lebih dekat. Jadi ini antara gambar yg sempat Zam ambil dengan kamera yg hampir kehabisan bateri ;p







Saat naga diarak masuk ke dalam rumah



Sesudah naga, yang ini pula.. Zam tak pasti binatang apa.. Zam tak rasa ia singa seperti yg akan Zam tunjukan nanti..



Kemudian, saat yg ditunggu2, tarian singa~





Kumpulan yg memainkan alat muzik sepanjang tarian



Keletihan sudah~ jom makan!