Tomodachi Sama

Thursday, February 25, 2010

makan2



Duk dalam bilik guru, kejap2 kunyah coklat.. tak leh tahan wehh

Hari ni bertugas.. warden.. tgh on9 mlm2 kat bilik guru, tibe2 Maz dtg bawakan nasi ayam salad ngan laici jagung.. bekas student yg belanje ;9





Makan lok!

Tuesday, February 23, 2010

RED Mode + Hari terakhir~

Dari petang hingga ke malam, Zam ngan adik kuar masuk kedai2 peralatan sukan.. Rasenye habis semua kedai Nike ngan Adidas kat Pekan Kuah kami masuk.. Dia cari wind breaker Nike, abang dia cari top track Adidas~ elok sgt le.. Akhir sekali, kami masuk Al Ikhsan~ (dah brp kali dah masuk sbnrnye ni) Yg dicari tak berjumpa.. Last2 dia beli wind breaker Diadora, & Zam beli top track Lotto~okieslah dr tak ade



nak lepaskan gian, beli la gak sebijik bola Adidas~ jd le dr takde langsung ;p



Keesokannya (hari terakhir), sebelum ke airport, kami singgah dulu beli produk2 gamat.





Selesai urusan, kami terus ke Lapangan Terbang Langkawi.. tak singgah mana2 dah.. Penerbangan dr Langkawi ke Kuala Lumpur mmg singkat.. Dr LCCT, Zam & family pulang ke rumah di Serdang dulu.. Malam nanti Zam akan ke airport semula, sbb nak balik ke Kuching. Tp, dlm masa yg singkat di rumah tu, Zam boleh kuar lagi mencari kotak & pembalut, nak bungkus & kirimkan coklat2 yg Zam beli untuk Along & Ecah. Mmg terkejar2 jugaklah, sbb pukul 4.30 Pos Laju dah tutup. Sengaja Zam kirimkan dr Serdang, lbh dekat & cepat sampai brbanding kalau Zam kirimkan dr Kuching ;p


Untuk Ecah..


..& Along :)

Dan tambahan untuk Along, Zam belikan Stitch ni kat Mid Valley masa tengok wayang ngan Nubhan & kawan2 sehari sebelum Zam ke Langkawi

Monday, February 22, 2010

Langkawi: Hari Kedua~

Hari kedua di Langkawi, kami ke makam Mahsuri dulu.. Kali terakhir Zam ke sana tahun 1999 kalau tak silap..

Dalam perjalanan ke sana..



Perkampungan Mahsuri



Pengunjung disambut dengan muzik gamelan~



Makam Mahsuri





Katenye mcm ni lah rumah Mahsuri



Kat sini ade gak zoo mini..













Kesemuanya spesis burung sj kalau tak silap..

Di luar perkampungan, terdapat peniaga yg menjual ubat2an & kuih tradisional



Kuih ape ye.. lupe lak ;p



Seterusnya, shopping! Zam tak ingat benda lain dah, COKLAT!!



cenderahati untuk kawan2..





Hehe.. terlebih suda ;p



Ni cadangnye untuk Ecah ;p

Sunday, February 21, 2010

Trip to Langkawi

21 hb 2, Zam ke Langkawi dgn keluarga.. salah 1 tempat yg Zam suka pergi selepas Kelantan, Terengganu & Sabah X) Terakhir Zam pergi, tahun 2007 dengan Kak Artis & Kak Aiza.. Kursus Literasi Braille Bahasa Inggeris..

Pagi tu sebelum bertolak dr KL, Zam masakkan untuk keluarga Butter Prawn dgn udang yg Zam beli kat JJ Mid Valley sehari sblm tu.



Kami berangkat dalam pukul 2 lebih.. tak sampai sejam, dah sampai Langkawi.. Eited dah ni X) Asyik dok ingat nak shopping jek ;p



Petang tu, kami ke Jeti dulu.. Jalan2 makan angin



Ke Dataran Lang..





Senja di Langkawi





Okeh, balik dulu.. Esok leh g jejalan lg :)

Saturday, February 20, 2010

Tengok Wayang ngan Kekawan



Kebetulan ada kat KL, Zam join kekawan Nubies tgk wayang. Tak sangka lak cik artis pun turun gak. Layanz je gambar2 nih ;)













Selesai tengok wayang, JJCM lak ;9









Friday, February 19, 2010

Kezutan buat anak murid~ X)

Zam nak buat surprise party.. Shhh



19hb 2, Zam aturkan satu majlis hari jadi kecil2an untuk salah seorang anak murid Zam disekolah. Selepas solat Jumaat, Zam terus bergegas ke bandar Kuching mencari kek hari jadi & makanan ringan. Cadangnye nak buat time makan malam nanti.


Kek yg Ustazah & Zam beli~

Petang tu, sampai sj di sekolah , Zam minta tolong beberapa org murid untuk mbantu Zam mengatur makanan & membuat persiapan. Sebenarnya takde seorang pun yg tahu sal surprise party ni pd mulanya melainkan Zam & Ustazah jek. Kami buat di kelas Tahun 3. Lps tu bermulalah kerja Zam yang agak memenatkan.. Seorang demi seorang murid yg Zam jumpe berkeliaran, Zam tarik masuk ke dalam kelas tahun 3, sblm mengurung mereka disitu. Sengaja Zam tak pangil ramai2 sbb takut berlaku kekecohan & rahsia terbongkar. Masa tu, murid2 di asrama sedang sibuk menyiapkan diri untuk mandi & makan malam. Mana2 yg dah siap mandi, Zam tarik masuk dulu, senyap2. Untungnye, birthday girl merupakan yg terakhir selesai mandi. Jadi Zam sempat tarik semua rakannya tanpa dia sedari.

Kat dlm kelas Tahun 3, Ustazah siap2 aturkan murid untuk menyambut kedatangan birthday girl tu. Zam pula, ke asrama mengajak dia ke dewan untuk makan malam. Tiba2, Zam pura2 minta dia tolong ambilkan handset Zam yg konon2nye tertinggal di dlm kelas Tahun 3. Berlari lah dia ke arah kelas, & sebaik saja pintu kelas ditolak, bergemalah di seluruh sekolah dgn lagu Selamat Hari Jadi.

Maka terkezutlah dak tu bila dijerkah dgn suara 13 org rakannya yg serentak menyanyikan lagu ulangtahun..



Naseb baik tak pengsan jek ;p hehe