Tomodachi Sama

Monday, December 13, 2010

Jalan2 tanpa henti

13hb12~ Kata pegawai bank tu, aku leh amik kad kredit aku hari ni.. Sblm ni, cip kad tu rosak.. Rosak lak, time aku nak purchased SK II kat Sogo Jumaat lepas (10hb).. Malunye! Kita dah nak bayar, kad buat hal, orang kat belakang dah bersusun panjang.. Yg peliknya, semua kad kredit yg aku cuba guna dah rosak! Hadoi.. baru je Selasa sblm tu guna beli album Ayumi kat Alamanda..

Ok! Kad dah amik, so next station? SOGO!! Aku nak tebus mata ganjaran dari kad kredit Maybank tu dengan RM100 Sogo Shopping Voucher..! Err nak beli ape eh.. Jom jalan2 dulu tgk barang..

Terjumpa hoodies dr CHARGERS ni, smart lak.. Design baru ni.. Biru ngan hijau.. Kalau Along, mesti dia suka yg biru ni.. Eh.. Belikan untuk Along dgn vaucer pun bagus gak ni.. Lagipun plan dia nak turun KL tak jadi~ bz dgn kerja.. Ole2 dr KL.. Aku pun nak balik KB hujung minggu ni..

Next, Suria KLCC.. Nak singgah Toys'R'Us cari koleksi Power Rangers untuk Amirul.. Ade dua set lagi untuk lengkapkan koleksi musim ni.. Tapi satu set je yg aku jumpe.. Payah betul nak cari set yg terakhir ni.. Dari Sogo, sampai ke Toy'R'Us & Parkson kat Suria, kemudian Toy'R'Us Mid Valley~ Tak ade! Last2, jumpe kat Jaya Jusco Mid Valley.. Puas hati!

Oh ye.. Kat Sogo td, hoodies tu dah takde saiz M.. Yg ade pun, yg display aku tengok tu.. Tak mau yg display.. Jadi kene cari kat tempat lain & lupakan dulu niat nak guna vaucer tu.. Puas mencari, akhirnya jumpe gak kat Metro Jaya Mid Valley..

Sambung jalan2 kat Mid Valley dgn mencari barangan Stitch.. Kalau Along turun Mid Valley ni, mesti Stitch yg di cari. Dah janji nak carikan, jd kat satu kedai cenderahati ni, terjumpalah barang tu.. Unik.. Rasa2nya Along tak ada lagi dalam koleksi yg ni. Tabung. Nicee

Masa turun ke bawah mencari surau, ternampak lagi satu barang Stitch ni.. Sarung Kunci.. Alang2 dah jumpa, beli.. Kat KB, Along pun belum tentu leh jumpa ni.. (ye ke? hehe)

Dah puas berjalan, balik ah.. Dari kul 1 kuar, pukul 10 baru sampai rumah.. Sebelum balik td, sempat belikan aiskrim untuk family.. Layannnn mkn aiskrim lewat malam.. ;p


Ole2 dr KL~ Chargers Hoodies


Unik!


Comey jek


Sweett~

Tersengih2 Amirul bila malam tu aku tunjukkan robot ni (nilah koleksi yg paling azab aku nak cari). Dok telek2.. Ayah Ngah nye tak bagi buka lg, tidur dulu! Esok pagi baru main



Malamnye berikutnye, aku rasa Amirul sensitif dengan perkataan 'ikan'.. Asal aku sebut ikan je, dia sibuk bertanya & tersengih2.. Nak tahu nape? Sebab aku dah janji nak carikan dia robot ikan paus ni dulu..



Sengih je budak tu.. hehe.. habis dekat 300rgt utk 2 set robot ni.. Naseb ade less 20%.. Tak apalah.. Janji dia suka :))

Ada sekali ni, Amirul minta aku buat robot besar~ maksud dia, gabungkan 4, 4 set robot tu sekali.. Giler Azab! Letih!

Sunday, December 12, 2010

Cik Lina a.k.a Miss Ribenna Berry Bertunang??



Bagi sesiapa yg tak kenal Cik Lina, dia ni kawan baik aku kat sekolah selain Ustazah & merangkap awek 'angkat'.. Peace.. jgn marah ae.. kami mmg sekepala & kdg2 aku ni terlebih gila2 sikit.. sampai ramai yg ingat kami kapel.. hehe.. Sampai baru2 ni kat FB ade yg wish tahniah kat aku sbb dia ingat aku yg bertunang dgn Cik Lina.. Sorry lah ye.. selama ni aku terbuat ramai yg percaya dgn ape yg mereka baca di blog & fb.. sebenarnya itu tak lebih dari gurauan.. aku ni kuat menyakat dia, & sbb tu ramai yg dah anggap kami kapel.. Sorry again, people.. huuuu

Okeh, mulanya mmg aku mmg sgt, sgt tak sangka dia nak bertunang.. Serius! Dia ni cukup berahsia.. Aku dapat tahu pun secara tak sengaja, bila aku selalu ajak dia turun KL cari DSLR. Kat Kuching & JB (tempat dia) harga kamera tu masih mahal, sbb tu aku nk ajak dia cari kat Nikon Alamanda, & takpun kat Digital Mall. Cadangnya lps 9hb 12~ time dia balik semenanjung.. Tp dia asyik cakap tak sempat, sbb 12hb ada event.. Event?? Curiga kejap.. Bila ditanya event ape, dia senyum cam kerang busuk.. Nak tau sgt.. Last2, dia buka cerita gak sal majlis pertunangan tu.. Bila masa ntah dia buat plan ni?? Musykil2..

Dengan muka x malunye, aku kate nak g majlis tu.. Dia tak kisah, siap pelawa aku lg, wakilkan kawan2 di Sarawak.. Okeh.. Dpt lampu hijau, aku beli tiket Transnasional ke Kota Tinggi sehari sebelum majlis, konon2 nye sbg jurukamera.. hehe

Sekitar Majlis Pertunangan Maz & Zul (12.12.2010)




Hantaran dari pihak Zul




Kek dari pihak perempuan



Ni lah En. Zul jejaka yg bertuah tu






Jurukamera dr jauh mesti dpt banyak strawberi.. best2




Nak g beraya kat mana tu?


Bergambar kat sblh bas sblm aku blik ke KL ;)