Tomodachi Sama

Thursday, October 20, 2011

Masuk Hutan, Panjat Gunung, Pergi Pantai, Kemudian Masuk Hutan Balik ;p

::20 Oktober 2011::

Seminggu selepas ke Sematan, kami masuk ke hutan lagi, kali ini bersama murid2 di Sama Jaya Nature Reserve. Program yg diberi nama Nature Walk ini dianjurkan oleh Persatuan Pandu Puteri Bahagian Kuching. Sebelum ni, program yg sama pernah dianjurkan pada tahun 2009.















Di sepanjang aktiviti, kami bersama murid2 bermasalah penglihatan diberi pendedahan tentang alam semulajadi yg terdapat di sana oleh warden2 yang bertugas. Selain itu, di akhir pogram, pihak Pandu Puteri juga telah menjalankan beberapa permainan untuk murid2 kami & aktiviti penanaman anak2 pokok di hutan simpan tersebut.

Friday, October 14, 2011

Libur Hujung Minggu II: Pantai Sematan

::14 Oktober 2011::

Minggu seterusnya, selepas ke Gunung Santubong, kami ke Pantai Sematan pula, kali ini dengan semua warga sekolah untuk Program Perkhemahan & Motivasi.

Terkejut gak melihat bas yg akan kami naiki petang tu.. Bas sekolah takde aircond! Berbahang~ sampai bermandi peluh gak lah kami dibuatnya sebelum bertolak petang tu .. Huuu














Pengalaman baru untuk aku, ikut kawan2 pergi melihat hasil pukat yang ditahan waktu air surut. Macam2 yang terlekat di pukat masa tu- Ikan buntal, ketam batu, obor2 & yg selebihnya, ikan2 laut. Ada peluang, lain kali nak je dtg lg ke sini, yang penting, masa tu mestilah musim durian..Heh2 ;)