Ada la skali ni, masa aku baru je beli lensa Canon 50mm F1.8 & berjinak2 dgn bokeh, tetibe terlintas kat fikiran & tergatal tangan nk taip perkataan 'bokeh' tu kat carian imej Google. Tak pernah terfikir langsung pun sebelum ni. Hasilnya, apa yg aku jumpa lepas tu mmg buatkan minat aku dlm bidang fotografi ni bertambah2. Ini antara gambar yg mula2 aku tengok. Tp masa tu aku betul2 tak ada idea langsung tentang bokeh bentuk hati tu. Aku jadi ghalik skjp dengan gambar2 tu, & tak terfikir pun utk mengetahui cara menghasilkan gambar seperti itu.

Kemudian, aku terjumpa pula dgn gambar ni.. Lagilah aku tertanya2 apalah fungsi kepingan2 kad bulat yang berlubang2 tu..
Akhirnya, dari pembacaan aku di diyphotography.net (hasil pautan dr carian imej Google aku sblm tu), semua persoalan aku td terjawab. Secara tak sengaja, aku meneroka satu cabang dlm bidang fotografi yang mungkin tidak disedari ramai. Kepingan2 kad yg berlubang tu dipanggil filter, & dari laman web yg sama, aku belajar untuk membuat filter sendiri (DIY) utk menghasilkan kesan bokeh yg sama dengan gambar2 yg aku temukan awal2 td ;)
Rupe2nye, kesan bokeh bentuk hati mcm kt gambar bawah ni dtg dr filter dlm gambar di atas.. Baru aku tahuuuu... kekdahnye... haha
Hmm.. Menarik untuk aku cube sendiri ni nanti..
Plan asalnya, kami nak buat 23 Sept, tp sbb ramai cikgu yang tak ada di sekolah waktu tu, kami ubah ke 30 Sept.. Awal2 lg GB dah tanya, aku nak masak ape. Aku gtau lah, puding je kot. Lgpun makcik aku baru je ajar buat puding roti raya hari tu. Cume kali ni aku ubah sikit, buat Puding Roti dgn Epal Hijau. Amik resepi kat lmn web Asian Food Chanel.Malam sblm majlis, aku mulakan projek aku kat dapur sekolah, lps dak2 asrama habis prep. Percubaan pertama gagal, sbb puding roti tu hancur, & aku cuba untuk kali kedua, baru berjaya. Tp berdebar2 gak, ape la rasanya bila kwn2 cube nti :pEsoknya, majlis bermula dgn lambat, plus kami semua dah lapar tahap gaban. Sempatlah aku ratah udang butter GB sambil2 amik gambar suasana majlis tu. Layanzz~
Udang butter dr GB, ketupat & sate
Menu dr cikgu2 lelaki- Rendang Minang Cikgu Dini, Pulut Periuk Kera Cikgu Hissam & aku nyer Apple Bread Puding
Sekitar berlangsungnya majlis~ 
Bokeh? Ape tu??Dlm fotografi, bokeh adalah kesan kabur, atau kualiti estetika kesan kabur tersebut, yg terdapat pd linkungan luar titik fokus dalam sesuatu gambar.
Kesan bokeh biasanya banyak kelihatan di sekitar latar yg cerah, seperti pantulan cahaya & sumber cahaya, yg mana disebabkan ini ia (bokeh) sering dikaitkan dgn keadaan yg dikatakan td. Walau bagaimanapun, bokeh tidak hanya terhad pd latar yg cerah, kerana kesan kabur terjadi pd semua lingkungan luar titik fokus pd gambar.
Sebagai contoh, Danbo (robot kotak) dlm gmbr di bawah berada di dlm titik fokus, menjadikan ia kelihatan sgt terang, manakala cahaya dr lampu2 yg berada di lingkungan luar titik fokus menunjukkan kesan bokeh, yg mana menjadikan gambar tersebut tampak menarik.
masa mula2 jumpe gmbr ni kt internet, aku tak ada idea langsung sal bokeh ni.. tp serius, aku terus suka gmbr ni smpi jadikn gmbr profil kat FB.. manalah aku tahu, gambar ni ade kaitan dgn 1 ilmu yg bakal aku minat lps ni
Antara lensa yg digunakan untuk menghasilkan kesan bokeh spt ini adlh Canon 50mm F1.8, & Nikon 50mm 1.8. Mulanya, kawan aku Awang yg cadangkan aku utk beli lensa 50mm ni, tapi aku mula betul2 tergerak hati utk beli gak lps tgk gambar yg diambil oleh sepupu aku ms kami brkursus kat Sibu baru2 . Dia n Zetty (rakan guru 1 sekolah) msg2 dah ada lensa tu.
Zetty lah yg ingatkan aku balik sal Gila2 Sale Canon, & cadangkan aku membeli lensa tu sementara promosi 30% tu masih berjln. Ms tu tinggal kurang dr seminggu sblm promosi habis. Aku pnh terjumpa iklan sale tu sblm ni, tp ms tu aku pk mcm tak ade ape pn nk dibeli.
Balik je dr Sibu, & kebetulan aku dah keluar jln2 hari Sabtu tu (meraikan hari jadi Ustazah di Pizza Hut bersama Maz), aku terus ajak mereka ke The Spring pula. & hari tu juga, lps pikir panjang (lbh kurang), aku buat keputusan utk beli lensa 50mm F 1.8 tu di PC Image.
terbeli jugak akhirnye.. hmmm
Kalau lunch nya kami ke Pizza Hut, malamnya kami mkn mlm di Kubah Ria pula. Aku terjumpa bakso yg dah lama aku cari selama ni, & sjk tpengaruh dgn Ketika Cinta Bertasbih, rasa nak makan makanan Indonesia je.. Hehe
Pizza & Bakso
Lps makan, sesi fotografi lak dgn lensa yg baru dibeli.. Ustazah & Maz spt biasa menjadi modelnya. Perhatikan kesan bokeh yg terhasil dr lampu2 di sepanjang jambatan Satok :)
Tak rugi melaburkan duit utk perkara yg diminati apabila kepuasan yg diperolehi tu sukar digambarkan, kan? ;)
19 September 2011
Aku terima surat panggilan kursus bbrp hr lps, kali ni ke Sibu. Dah 2 tahun lebih, aku tak dipanggil untuk menghadiri kursus, & selama hampir 6 tahun di Kuching/Sarawak, inilah kali pertama aku ke Sibu. Sepupu aku yg mengajar di Miri pun turun sekali kali ni.
Pemandangan dari pesawat hawker Mas WingSepanjang 5 hari berkursus, sempatlah kami mencuri2 masa, menghabiskan sepetang berjalan2 dgn ex PK1 kami yg baru je dinaikan pangkat mjdi GB di Sibu.
Tgh mkn2 malam di kafe, dtg geng2 Miri termasuk sepupu aku dr hotel berdekatan. Ape lg, join se'table' la kami. Dia ni pun main kamera dslr mcm aku gakk.
Last day, amik gambar ramai2, cam biasa.. :p