Tomodachi Sama

Thursday, January 5, 2012

Mega Giveaway to U by |Cik AZ & Fahmi Mahat|

Aku join Giveaway pula kali ini :)) Thanks kpd Cik Amalina Zainal & Saudara Fahmi Mahat yg menganjurkannya serta penaja hadiah yg pemurah & baik hati ;) Cayalah!



SENARAI SPONSOR ('',)

Ya Allah, Tenangkanlah Hatiku..

Mungkin ada diantara kita yg hatinya tidak tenteram di saat ini.

Rasa gusar yang tak menentu mengganggu jiwa..

Mungkin kerana kita sedang stress memikirkan sesuatu masalah,

atau teringatkan banyak kerja di pejabat yang perlu diselesaikan..

Boleh jadi, emosi kita terganggu dgn perkhabaran yg kurang enak di dengar.

Barangkali juga, kita merisaukan ttg sesuatu yg perkara belum pasti..

ASTARGFIRULLAHALAZIM..

Mungkin syaitan sedang membolak balik kan hati kita yg lemah..

Ini antara yg aku rasakan hari ini..

Rawatan terbaik, beristirgfarlah.. Mohon pada Nya, semoga hati ini ditenangkan selalu..

Kuching Banjir..


Hujan lebat disertai kilat berterusan dari awal pagi td.. Masih tak berhenti di saat entri ni ditulis, cuma sekejap lebat, sekejap renyai2. Banjir kilat yg berlaku di kawasan Batu Lintang pagi ni menyebabkan kebanyakan sekolah2 di sekitarnya ditutup. Cuma sekolah aku je yg masih beroperasi seperti biasa di waktu ini, memandangkan murid2 kami tinggal di asrama.

Hmm.. dgr khabarnya, ada 2 org murid dr sekolah2 berhampiran yg jatuh ke dalam arus parit air yg deras.. Tak tahulah perkembangan terkini, cuma aku harap & doakan mereka selamat.. Aminn

Korang yg berada di luar sana, berhati2 lah k di musim2 hujan ni

TERBARU

Disnilah berlakunya kejadian malang yg menimpa seorang pelajar dr sekolah menengah berhampiran & seorang pekerja Shell (bukan murid seperti yg sy perkatakan tadi) .. (Kredit kpd Ivy Chin @ FB)




Kejadian ni berlaku betul2 berhampiran dgn sekolah aku. Dulu aku menyewa kat area ni, jalan kaki ke sekolah pun boleh sampai..

Wednesday, January 4, 2012

Thanks for your riview, Nia Lidia! ;)


Thanks sbb sudi riview blog Zam ni. Tak sangka gak tadi bila nampak post Nia Lidia kt wall Rakan Blogger. Hehe.. Sweet..

Dalam entri riview nya, Cik Nia Lidia bertanyakan tips hilangkan rasa takut pada kucing.. Hmm.. Knp takut kucing ye? Sbb geli akan bulunya atau takut di cakar? Hehe.. Apepun, Nia Lidia kenalah biasakan dgn kucing tu, seeloknya dgn kucing yg manja & yg tak sombong.. Anak kucing paling sesuai dgn Nia.. Lama2, rasa takut tu akan hilang dek telatah kucing yg comel tu.. Cuba k..

Jangan pulak Nia mulakan dgn kucing yg mcm ni.. Kalau jenis yg ni, mmg sengaja cari nahas.. Heh2 ;p


Nia ni bercita2 & minat sangat nak jadi cikgu.. Alhamdulillah.. Satu cita2 yg murni.. Zam doakan Nia dapat merealisasikan impian Nia tu k! Apepun usaha kenalah bermula dr skrg, & pilih saluran yg betul semasa ingin melanjutkan pelajaran di menara gading nanti. Salah satu pilihan yg terbaik ialah di Institut Perguruan :)

Zam harap Zam menjawab semua soalan yg dikemukakan oleh Nia tu, k ;)
Terima kasih sekali lagi sbb sudi blogwalking kat sini tempoh hari :))

I CALLED IT.. CAT THERAPHY!

they can kill me with their devilish cuteness & ''lol''ness.. hehe






MAKLUMAN

PADA RAKAN RAKAN BLOGER YG PENAH KOMEN ENTRI ZAM SEBELUM NI- "PLEASE, JANGAN LAH MACAM TU", ZAM TERPAKSA JADIKAN ENTRI TU SEBAGAI DRAFT BUAT MASA NI. ENTAH DI MANA SILAPNYA, BLOG ZAM JADI TUNGGANG LANGGANG BILA ENTRI TU DI PUBLISH (WIDGET2 & LINKS DI SIDEBAR KANAN & KIRI TIBA2 BOLEH BERUBAH KEDUDUKANNYA DI BAWAH POST. JIKA ADA DI KALANGAN RAKAN2 YG MASIH NAMPAK KEADAAN TUNGGANG LANGGANG TU, ZAM MINTA MAAF. TAK MENARIK JADINYA BLOG NI. HUHU. APEPEUN, PADA MASA YG SAMA, ZAM ANGGAPKAN BLOG NI MASIH DI BAWAH KERJA2 PEMBAIKAN. HEHE

Bermulalah Sesi Persekolahan 2012



Assalamualaikum semua. Bertemu lagi kita di sesi persekolahan yang baru ni. Macam tahun2 sudah, minggu ni pasti jadi minggu yang paling sibuk (+ kalut..hehe).

Sekejap je masa berlalu. Dah masuk 2012. Dan tahun ini juga merupakan tahun ke tujuh aku mengajar di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuching, Sarawak. Lama dah aku kat sini.. Tapi itulah, masa yg berlalu terasa sekejap je..

Apepun, harapan aku, tahun ni aku dapat kuatkan diri tempuhi hari2 mendatang di sini. & dalam masa yg sama gak, macam orang lain, aku mengharapakan kebahagian menyinari aku di mana2.. Aminn :)

Motivasi Untuk Hari Ini ;)



"MAN IS SO MADE THAT WHENEVER ANYTHING FIRES HIS SOUL, IMPOSIBILITIES VANISH"

Tuesday, January 3, 2012

Please, janganlah macam tu..



Hari ni, aku perhatikan ramai yg memperkatakan ttg satu isu hangat mengenai seorang pelajar wanita kita di luar negara. Ya, agama & budaya kita memandang isu ini sbg sesuatu yang taboo, aku tidak menyangkal, cuma persoalan yg ingin aku timbulkan, wajarkah kita bertindak mempamerkan gambar2 pelajar itu untuk ditonton oleh org ramai? Bukankan tindakan itu seperti menampakkan lagi aib nya & kita seolah2 mengumpatnya?

Sabda Rasulullah Sallallhu ’alaihi wasallam yang bermaksud:

“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat.
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

"Tiada seorang yang menutupi aurat( keaiban) orang di dunia, melainkan Allah akan menutupi keaibannya di hari kiamat." (Hadis riwayat Muslim

Memetik status salah seorang rakan ku di FB:

"Hati manusia amat mudah dibolak balikkan. Seperti buih air yang dijerang, cepat ia naik tinggi, cepat juga ia turun. Kita sentiasalah doakan untuk ketetapan iman kita. Baik sekarang, tidak semestinya baik sehingga akhir hayat. Jahat sekarang, tidak bererti jahat sehingga ke akhir hayat. Jangan cepat menghukum dan memandang rendah apabila kita melihat sahabat seagama kita tersasar. Mungkin kita sekarang baik kerana belum pernah diuji berada dalam situasi yang sama dgn sahabat yg tergelincir itu. Sebaiknya kita doakannya dan membimbingnya ke arah jalan yang benar.
"Ya muqollibal qulub, thabbit qolbi 'ala dinik"

Jika..

Jika anda rasa disakiti, janganlah anda menyakiti
Kelak anda kesali…

Jika anda dibenci, janganlah anda membenci
Kelak kebencian itu memakan diri…

Jika anda mengasihi, jangan harap kasih itu kembali
Kelak anda tangisi…

Jika anda merasa putus asa, jangan mudah menyerah diri
kelak kegagalan menimpa diri…

Jadilah diri sendiri, +ve kan minda akli, kuatkan hati, bina kredibiliti diri, amalkan hidup untuk memberi, kelak nanti ALLAH kasihi :)

Pakar Diari Hati



"Pencarian BlogList terhebat JANUARI"

Monday, January 2, 2012

Ruginya tak pergi Sabah!



BILA TENGOK GAMBAR2 MAJLIS PERTUNANGAN SAHABATKU SITI HAFIZAH (USTAZAH) DENGAN MOHD KHAIRI DI SABAH BULAN LEPAS, TIBA2 AKU RASA MENYESAL SEBAB TAK IKUT SERTA. RASA TERUJA & GIAN NAK AMBIL GAMBAR- OUTDOOR PHOTOSHOOT BERLATARBELAKANGKAN PEMANDANGAN & SUASANA KAMPUNG AIR DI TUARAN. CANTIK TU.. FAMILY USTAZAH PUN ADA BERTANYAKAN KENAPA AKU TAK DATANG.. MAAFLAH.. KEKANGAN MASA KERANA AKU PERLU PULANG KE KUALA LUMPUR & KOTA BHARU SEMASA CUTI. APAPUN, AKU DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK MEREKA.


(Kalau 2 tahun lepas ramai yg menyangkakan aku bertunang dengan sahabatku Mazlina, tahun ini juga berlaku perkara yang sama- ada diantara rakan kami yang menyangkakan aku yg bertunang dgn Ustazah.. Hehe.. Aku selalu menjadi mangsa keadaan sbb hubungan akrab aku dgn mereka :p )

Di Saat Aku Mencintai Dirimu

Aku dah lama dgr & suka lagu ni, tp disebabkan tak kerap, aku selalu lupa untuk mencarinya semula di Youtube untuk di dengar, tambahan pula pd awal2 nya mmg aku tak tahu tajuk lagu ni. Sehinggalah td, Ustazah yg bagitahu aku tajuknya & kebetulan, dia juga sdg mencari lagu ni. Jd, jom layan~ ;)




Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

LA TAHZAN.. MOTIVASI PAGI

Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi,
Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran,

Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu

KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
di atas kegagalan anda semalam
binalah bangunan hidupmu buat hari esok
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi
membenam lembah-lembah air mata kehampaan.
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan.



kredit: http://tatabahasabm.tripod.com/motivasi.htm

Sunday, January 1, 2012

Aku Yang mengejar Bayang Cinta

Salah satu lagu yang aku suka sebaik saja mendengarnya~ layan ;')



Aku yang mengejar bayang
Cinta kian terbiar
Terpendam kata tak terungkap selamanya
Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Aku yang mengejar bayang cinta

BAHAGIA itu MAHAL HARGANYA..


Kasih..
Pernah dirimu BERTANYA, di mana BAHAGIA itu berada?
dan aku menjawab, bila-bila masa dan ketika Dia memberikannya...

Dan dirimu bertanya lagi, mengapa DERITA itu ada?
Aku menjawab kerana bahagia itu MAHAL HARGANYA..

Oleh itu, jadikanlah KEDUKAAN dan KESENGSARAAN yang dirasa sebagai BAYARAN untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan...

Tidak akan ada yang MAMPU mendapatkan MUTIARA tanpa menyelam LAUTAN dalam yang penuh bahaya lalu mengutip tiram TERPILIH didasarnya...

BAHAGIA itu ada di dalam HATIMU andai dirimu mampu
MERAIHNYA...

-Pakar Diari Hati-

La Tahzan.. Jangan Bersedih


Allah SWT memujuk hamba2nya yang bersedih di dalam ayat 139 dari Surah Al Imran-

"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman."

Awop dah besar pun main Doraemon lagi?


Awop (awak) dah besar pun main Doraemon lagi?

Itu soalan yang diajukan kakak cashier kat Tesco lps aku bayar harga bantal ni. Aku selamba je cakap, masa kecik dulu tak da duit nak beli, dah besar ni baru dapat.. Hehe

Point aku kat sini, dalam sedar atau tak, ramai di antara kita yang masih hidup dalam kenangan & ingatan tentang zaman kecil kita. Kalau tak percaya, cuba tengok, mcm mana filem Transformers boleh mendapat sambutan yg hangat..

Tak kisah lah kalau orang lain menganggap kita masih tak matang. Itu bukan ukuran kematangan seseorang yg sebenar. Aku cuma terkenang & rindukan zaman kanak2 yg dah lama aku tinggalkan.Tak salah kan :)

SELAMAT TAHUN BARU 2012!!


SEMOGA TAHUN INI AKAN MENJADI LEBIH BERMAKNA BAGI ANDA SEMUA!
AMINN ;)

Saturday, December 31, 2011

Segmen "Bloglist X-Change" & "Review Ur Blog" by Kiz





Dua lagi segmen terbaru yang Zam sertai. Credit to The Kiz's Garden :)

2011: A REVIEW

Tinggal beberapa jam sj lagi kita akan meninggalkan 2011. Bagi aku, 2011 ni berlalu terlalu cepat dr apa yg pernah aku rasakan pd tahun 2010 dulu. Hmm.. Kehidupan ni sama sj dr dulu- tawa gembira sedih duka, apa yang berbeza hanyalah cerita & pengalaman serta peristiwa yang kita telah kita tempuhi tahun ini. Semuanya tetap menjadi kenangan yang sukar dilupakan bagi kita, kan.

Apapun tahun 2011 ini pasti jadi menjadi kenangan terindah bagi keempat-empat sahabat baik aku (aku memang rapat sgt dengan mereka sejak 3, 2 tahun yang lalu). Bermula dengan perkahwinan Along E'raz Fadli, di ikuti pertunangan adik Ecah, kemudian perkahwinan Mazlina & akhir sekali pertunangan Ustazah. Tahniah lah kepada mereka semua, semoga hubungan yg dibina berkekalan selamanya, amin ya Rab... (Aku juga yang belum.. Hehe..)


Balik hari ni, tahun depan sampai

Tahun 2011 dah hampir melabuhkan tirai, & esok dah tahun baru 2012. & hari ni juga merupakan hari terakhir aku berada di Serdang bersama keluarga sebelum berangkat ke Kuching pukul 10.15 malam nanti. Balik malam ni, tahun depan baru sampai.. Lambat tu... Hehe

Rasa sekejap betul cuti panjang ni berlalu. Minggu dpn dah mula semester baru. Awal2 tahun ni, pasti tugas aku di sekolah akan bertambah2. Terasa lagi nak sambung cuti, tapi apakan daya kan.. (sbb dah bercuti terlalu lama, inilah jadinya, mood kerja dah hilang ke mana)

Apepun, aku nak wish berbanyak2 terima kasih kat semua kawan & ahli keluarga untuk setiap masa yg aku habiskan dengan mereka di sepanjang cuti ni. Pengalaman yg paling tak dapat aku lupakan, berlibur dgn kawan2 di Sunway Lagoon. Dasyat betul lah semua permainan yg ada kat situ.. Huuu


teringat masa mula2 balik bercuti hari tu.. cepat betul masa berlalu..

Friday, December 30, 2011

Datin Maimon oo Datin Maimon


Kelas Datin Maimon~ tergelak bukan main aku masa tgk persembahan Afdlin.. Kreatif la Boboi! lol

Menanti Cinta


Lagu Kris Dayanti yang mungkin tidak diketahui ramai, tapi best giler.. Dari filem KETIKA CINTA BERTASBIH ;) Layan~