e

Monday, January 2, 2012

Ruginya tak pergi Sabah!



BILA TENGOK GAMBAR2 MAJLIS PERTUNANGAN SAHABATKU SITI HAFIZAH (USTAZAH) DENGAN MOHD KHAIRI DI SABAH BULAN LEPAS, TIBA2 AKU RASA MENYESAL SEBAB TAK IKUT SERTA. RASA TERUJA & GIAN NAK AMBIL GAMBAR- OUTDOOR PHOTOSHOOT BERLATARBELAKANGKAN PEMANDANGAN & SUASANA KAMPUNG AIR DI TUARAN. CANTIK TU.. FAMILY USTAZAH PUN ADA BERTANYAKAN KENAPA AKU TAK DATANG.. MAAFLAH.. KEKANGAN MASA KERANA AKU PERLU PULANG KE KUALA LUMPUR & KOTA BHARU SEMASA CUTI. APAPUN, AKU DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK MEREKA.


(Kalau 2 tahun lepas ramai yg menyangkakan aku bertunang dengan sahabatku Mazlina, tahun ini juga berlaku perkara yang sama- ada diantara rakan kami yang menyangkakan aku yg bertunang dgn Ustazah.. Hehe.. Aku selalu menjadi mangsa keadaan sbb hubungan akrab aku dgn mereka :p )

Di Saat Aku Mencintai Dirimu

Aku dah lama dgr & suka lagu ni, tp disebabkan tak kerap, aku selalu lupa untuk mencarinya semula di Youtube untuk di dengar, tambahan pula pd awal2 nya mmg aku tak tahu tajuk lagu ni. Sehinggalah td, Ustazah yg bagitahu aku tajuknya & kebetulan, dia juga sdg mencari lagu ni. Jd, jom layan~ ;)




Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

LA TAHZAN.. MOTIVASI PAGI

Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi,
Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran,

Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu

KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
di atas kegagalan anda semalam
binalah bangunan hidupmu buat hari esok
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi
membenam lembah-lembah air mata kehampaan.
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan.



kredit: http://tatabahasabm.tripod.com/motivasi.htm