Tomodachi Sama

Monday, January 9, 2012

I CALLED THIS.... SEXY!

Sejak tertengok motor Yamaha XJ 6 ni kat iklan peraduan dalam surat khabar, aku asyik berangan je nak memilikinya. Aku tak tahu ayat yang tepat untuk aku gambarkan motor2 berkuasa tinggi mcm ni, sampailah salah seorg rakan aku meggelarkannya... SEKSI!
Yup! Thats it! Itulah ayat yg paling sesuai utk motor2 mcm ni. Hehe..





WARNA MERAH YANG PALING AKU SUKA!



HITAM PUN CUN!







PINK UNTUK AWEKS2!

Aku Suka Mata Ikan!

Okeh. Zam bukan maksudkan Zam suka makan MATA IKAN KEMBUNG atau MATA IKAN TUNA, tapi Zam suke giler gambar yang dihasilkan dengan menggunakan lensa Fish Eye. Kalau korang tengok gambar2 ni, mesti korang faham apa yg Zam maksudkan.












Korang perasan kan perbezaan yg terdapat di dalam gambar2 ni dr gambar2 biasa. Pemandangannya berbentuk sfera. Teknik ni dihasilkan dengan menggunakan lensa khas yg Zam sebutkan tadi- Fish Eye. Kat bawah ni review lensa Mata Ikan yang menjadi idaman Zam lepas lensa untuk membokeh



For a truly creative wide view, this groundbreaking zoom lens offers an astonishing 180 degree view of the world. Popular with travel, landscape, commercial, advertising and sports photography, this lens fulfils the creative possibility of shooting circular or breathtaking full frame fisheye images. For the broadest view in picture, this captures a new horizon in zoom lenses.

Tapi bila mengenangkan harganya, huuuuu.... Zam terpaksa lupakan dulu lensa idaman Zam ni..
RM4488!

"Segmen Mencari Bloglist 2012".



Terjumpa ni kat Blog E'raz Fadli, jadi Zam pun nak cube nasib gak, selain menambahkan ping yg sedia ada.. Hehe.. Zam tag 2 blogger ni :)

HIDE & SEEK

NIA LIDIA


Untuk maklumat lanjut, klik di SINI

Sunday, January 8, 2012

Angry Bird Look Alike ;)

Demam Angry Bird nampaknye masih belum reda. Tgk budak2 yg baru masuk sekolah, ramai yg gunakan beg & alat tulis Angry Bird. Tak terkecuali gak rakan2 guru aku.. Hehe.. Mungkin pengaruh dr anak2 mereka (dasyat budak2 zaman skrg ni, boleh pengaruhi ibu bapa pula..)
Apepun, jom tgk burung2 ni yg kelihatan sama dgn watak2 dalam game Angry Bird tu ;)







1st Love..



Masa blogwalking td, aku terjumpa header dgn kata2 menarik ni kat blog Eidham. Tiba2, aku dapat rasakan goosebump di lengan aku. Huu.. Power betul la ayat nih..

Pernahkah Anda Bercinta?



Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar

Antara ayat terbaik untuk menggambarkan tentang 'CINTA'.. Mesti ramai yg tahu dr mana aku ambil ayat ni ;) Kalau tak tahu, korang leh cuba dgr lagu Sofaz~ Terasa Di Syurga :)

Indahnya Cinta, seperti mana yg digambarkan dalam lirik lagu ni. Korang mesti pernah atau sedang merasainya kan? Kalau ya, beruntunglah korang.. Sbb jujurnya, aku tak pernah merasainya! Caya tak? hehe

Stacy: KASANOVA!!

Aku sukakan energy yg ada dalam lagu ni & tarian Stacy yg lincah! Go go Stacy! (teringat kngn lama, 3 hr sblm konsert final AF, kaki terpelecok & ada darah beku + tak leh jalan.. Masa tu dah risau tak leh tgk Stacy live.. hadoii ;p )


Dahulu kukenal dia
Jejaka idaman Malaya
Semut pun tak mati dipijak
Lemah lembut bicara

Semakin ku buka hati
Semakin buka mata
Dia berselindung untuk mengaburi langkahnya

Kini ku tak mahu
Di tipu dengan si pencabul kalbu

Mula-mula kubenar-benar nak bercinta
Dengan iya-iya

Tapi lama-lama belangnya keluar
Rupa-rupanya jahatnya suka-suka

Ditawan dengan (kasanova)
Sumandak digoda (kasanova)

Ditawan dengan (kasanova)
Sumandak digoda (kasanova)

Dahulunya aku permaisuri
Bertakhta dalam hati
Sebaliknya dia penjajah
Banyak lagi yang lain

Sia-sia aku setia
Akhirnya harapan hancur
Cukup sampai sini saja
Percayakan romeo

Kini ku tak mahu
Di tipu dengan si pencabul kalbu

Bersyukurlah..

Bila stesen radio kerap memainkan lagu ni suatu ketika dulu, aku mula menyukainya. Ditambah lagi dengan popularati Drama Cinta Elisya, lagi lah kerap aku mendengarnya, berulang2. Sehinggalah 1 hari, aku tergerak hati utk melihat video klipnya di Youtube. Tiba2 hati ni tersentuh.. Menilai msg yg ingin disampaikan dalam VC lagu itu, ditambah dgn lirik nya, aku melihat diri aku sendiri dalam2..

Ramai yg beranggapan diri mereka tak sehebat org lain. Tp jika dibandingkan dgn mereka yg ada di dlm vc ini, korang sebenarnya jauh lebih beruntung.. Bersyukurlah.. Itu pesan seorang sahabat baik kpd aku selalu.. Jom layan~


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

F.R.I.E.N.D.S

Awang, Basyer, Munzeer, Hafiz, Yazid..

Kenangan aku masa tingkatan 4~ Lukisan ni dilukis oleh seorg kawan atas permintaan aku, yg menggambarkan klik kami ketika itu. Ala2 anime.. Kawan aku ni mmg minat melukis, & part aku cuma mewarnakan gambar tu.

Sampai sekarang, biarpun berjauhan dr mereka, setiap kali pulang ke Serdang, aku pasti luangkan masa dengan mereka. Kadang2 aku dimarah sbb lbh banyak habiskan di Kota Bharu setiap kali bercuti. Hehe

Korang macam mana? Masih berhubungan dgn klik masa sekolah dulu?

Friday, January 6, 2012

HAPPY BIRTHDAY ('',)



HAPPY BITHDAY, MISHA OMAR ('',)
6 JANUARY 2012

Dah lama dia menyepi, tapi sampai kini aku cuma paling minat dia seorang.. Aku sukakan suaranya, & aku suka kan penghayatannya ketika mempersembahkan lagu. Paling best, nyanyiannya untuk lagu Hati Yang Rapuh (OST Filem Hati Bukan Kristal -nyanyian asal Rahimah Rahim).

Kenangan yg plg aku tak dapat lupakan, apabila aku dpt berjumpa dengannya 2 hari slps hari jadi aku yg ke 25 pd 2009. Masa tu, aku anggap, itulah hadiah hari jadi paling bermakna dalam hidup aku. (Gambar2 nya ada di sini)

Thursday, January 5, 2012

Mega Giveaway to U by |Cik AZ & Fahmi Mahat|

Aku join Giveaway pula kali ini :)) Thanks kpd Cik Amalina Zainal & Saudara Fahmi Mahat yg menganjurkannya serta penaja hadiah yg pemurah & baik hati ;) Cayalah!



SENARAI SPONSOR ('',)

Ya Allah, Tenangkanlah Hatiku..

Mungkin ada diantara kita yg hatinya tidak tenteram di saat ini.

Rasa gusar yang tak menentu mengganggu jiwa..

Mungkin kerana kita sedang stress memikirkan sesuatu masalah,

atau teringatkan banyak kerja di pejabat yang perlu diselesaikan..

Boleh jadi, emosi kita terganggu dgn perkhabaran yg kurang enak di dengar.

Barangkali juga, kita merisaukan ttg sesuatu yg perkara belum pasti..

ASTARGFIRULLAHALAZIM..

Mungkin syaitan sedang membolak balik kan hati kita yg lemah..

Ini antara yg aku rasakan hari ini..

Rawatan terbaik, beristirgfarlah.. Mohon pada Nya, semoga hati ini ditenangkan selalu..

Kuching Banjir..


Hujan lebat disertai kilat berterusan dari awal pagi td.. Masih tak berhenti di saat entri ni ditulis, cuma sekejap lebat, sekejap renyai2. Banjir kilat yg berlaku di kawasan Batu Lintang pagi ni menyebabkan kebanyakan sekolah2 di sekitarnya ditutup. Cuma sekolah aku je yg masih beroperasi seperti biasa di waktu ini, memandangkan murid2 kami tinggal di asrama.

Hmm.. dgr khabarnya, ada 2 org murid dr sekolah2 berhampiran yg jatuh ke dalam arus parit air yg deras.. Tak tahulah perkembangan terkini, cuma aku harap & doakan mereka selamat.. Aminn

Korang yg berada di luar sana, berhati2 lah k di musim2 hujan ni

TERBARU

Disnilah berlakunya kejadian malang yg menimpa seorang pelajar dr sekolah menengah berhampiran & seorang pekerja Shell (bukan murid seperti yg sy perkatakan tadi) .. (Kredit kpd Ivy Chin @ FB)




Kejadian ni berlaku betul2 berhampiran dgn sekolah aku. Dulu aku menyewa kat area ni, jalan kaki ke sekolah pun boleh sampai..

Wednesday, January 4, 2012

Thanks for your riview, Nia Lidia! ;)


Thanks sbb sudi riview blog Zam ni. Tak sangka gak tadi bila nampak post Nia Lidia kt wall Rakan Blogger. Hehe.. Sweet..

Dalam entri riview nya, Cik Nia Lidia bertanyakan tips hilangkan rasa takut pada kucing.. Hmm.. Knp takut kucing ye? Sbb geli akan bulunya atau takut di cakar? Hehe.. Apepun, Nia Lidia kenalah biasakan dgn kucing tu, seeloknya dgn kucing yg manja & yg tak sombong.. Anak kucing paling sesuai dgn Nia.. Lama2, rasa takut tu akan hilang dek telatah kucing yg comel tu.. Cuba k..

Jangan pulak Nia mulakan dgn kucing yg mcm ni.. Kalau jenis yg ni, mmg sengaja cari nahas.. Heh2 ;p


Nia ni bercita2 & minat sangat nak jadi cikgu.. Alhamdulillah.. Satu cita2 yg murni.. Zam doakan Nia dapat merealisasikan impian Nia tu k! Apepun usaha kenalah bermula dr skrg, & pilih saluran yg betul semasa ingin melanjutkan pelajaran di menara gading nanti. Salah satu pilihan yg terbaik ialah di Institut Perguruan :)

Zam harap Zam menjawab semua soalan yg dikemukakan oleh Nia tu, k ;)
Terima kasih sekali lagi sbb sudi blogwalking kat sini tempoh hari :))

I CALLED IT.. CAT THERAPHY!

they can kill me with their devilish cuteness & ''lol''ness.. hehe






MAKLUMAN

PADA RAKAN RAKAN BLOGER YG PENAH KOMEN ENTRI ZAM SEBELUM NI- "PLEASE, JANGAN LAH MACAM TU", ZAM TERPAKSA JADIKAN ENTRI TU SEBAGAI DRAFT BUAT MASA NI. ENTAH DI MANA SILAPNYA, BLOG ZAM JADI TUNGGANG LANGGANG BILA ENTRI TU DI PUBLISH (WIDGET2 & LINKS DI SIDEBAR KANAN & KIRI TIBA2 BOLEH BERUBAH KEDUDUKANNYA DI BAWAH POST. JIKA ADA DI KALANGAN RAKAN2 YG MASIH NAMPAK KEADAAN TUNGGANG LANGGANG TU, ZAM MINTA MAAF. TAK MENARIK JADINYA BLOG NI. HUHU. APEPEUN, PADA MASA YG SAMA, ZAM ANGGAPKAN BLOG NI MASIH DI BAWAH KERJA2 PEMBAIKAN. HEHE

Bermulalah Sesi Persekolahan 2012



Assalamualaikum semua. Bertemu lagi kita di sesi persekolahan yang baru ni. Macam tahun2 sudah, minggu ni pasti jadi minggu yang paling sibuk (+ kalut..hehe).

Sekejap je masa berlalu. Dah masuk 2012. Dan tahun ini juga merupakan tahun ke tujuh aku mengajar di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuching, Sarawak. Lama dah aku kat sini.. Tapi itulah, masa yg berlalu terasa sekejap je..

Apepun, harapan aku, tahun ni aku dapat kuatkan diri tempuhi hari2 mendatang di sini. & dalam masa yg sama gak, macam orang lain, aku mengharapakan kebahagian menyinari aku di mana2.. Aminn :)

Motivasi Untuk Hari Ini ;)



"MAN IS SO MADE THAT WHENEVER ANYTHING FIRES HIS SOUL, IMPOSIBILITIES VANISH"

Tuesday, January 3, 2012

Please, janganlah macam tu..



Hari ni, aku perhatikan ramai yg memperkatakan ttg satu isu hangat mengenai seorang pelajar wanita kita di luar negara. Ya, agama & budaya kita memandang isu ini sbg sesuatu yang taboo, aku tidak menyangkal, cuma persoalan yg ingin aku timbulkan, wajarkah kita bertindak mempamerkan gambar2 pelajar itu untuk ditonton oleh org ramai? Bukankan tindakan itu seperti menampakkan lagi aib nya & kita seolah2 mengumpatnya?

Sabda Rasulullah Sallallhu ’alaihi wasallam yang bermaksud:

“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat.
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

"Tiada seorang yang menutupi aurat( keaiban) orang di dunia, melainkan Allah akan menutupi keaibannya di hari kiamat." (Hadis riwayat Muslim

Memetik status salah seorang rakan ku di FB:

"Hati manusia amat mudah dibolak balikkan. Seperti buih air yang dijerang, cepat ia naik tinggi, cepat juga ia turun. Kita sentiasalah doakan untuk ketetapan iman kita. Baik sekarang, tidak semestinya baik sehingga akhir hayat. Jahat sekarang, tidak bererti jahat sehingga ke akhir hayat. Jangan cepat menghukum dan memandang rendah apabila kita melihat sahabat seagama kita tersasar. Mungkin kita sekarang baik kerana belum pernah diuji berada dalam situasi yang sama dgn sahabat yg tergelincir itu. Sebaiknya kita doakannya dan membimbingnya ke arah jalan yang benar.
"Ya muqollibal qulub, thabbit qolbi 'ala dinik"

Jika..

Jika anda rasa disakiti, janganlah anda menyakiti
Kelak anda kesali…

Jika anda dibenci, janganlah anda membenci
Kelak kebencian itu memakan diri…

Jika anda mengasihi, jangan harap kasih itu kembali
Kelak anda tangisi…

Jika anda merasa putus asa, jangan mudah menyerah diri
kelak kegagalan menimpa diri…

Jadilah diri sendiri, +ve kan minda akli, kuatkan hati, bina kredibiliti diri, amalkan hidup untuk memberi, kelak nanti ALLAH kasihi :)

Pakar Diari Hati



"Pencarian BlogList terhebat JANUARI"