Tomodachi Sama

Sunday, January 22, 2012

"Pictures of The Year 2011 Contest" by Khadhari


Salam semua. Kali ni aku nak join contest dr Mr. Khadhari. Thanks to MerpatiSejoli yg tag aku :) Untuk maklumat lanjut, korang leh klik banner di atas tu. Okeh. 3 yang di tag oleh aku ialah :

C'AXOERA

Jadi inilah gambar yg dipertandingkan :)


Kenangan bersama murid Pendidikan Khas semasa Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Kuching. Tak sangka hari tu, dari sikap pemalu di sekolah, mereka jadi jurucakap yg petah di depan pengunjung!

ANGPAW dari NIGHBERKZ



Baru amik angpaw ni dari NIGHBERKZ. Cun jek letak kat blog aku yg berbackground putih ni ;) Apepun, di kesempatan ini, aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada SEMUA yang menyambutnya. Tahun ni, teringin lagi nak sambut kat rumah kawan2. Best woo.. teringat kenangan pertama kali sambut TBC dulu.. TERBAEK!

"Jom Tambah Geng Blogger!"



SEGMEN SEGMEN SEGMEN! Sesi segmen datang lagi & kali ini dr Cik Nadia Ramlee ;) Senang je nak join, simple jek syaratnye, & utk maklumat lanjut sila klik banner di atas k! Selamat bersegmen semua~ ;))

Ini kisah tentang sebuah pengorbanan..

Smlm, waktu pulang dr sarapan pg di satok menuju ke sekolah di Batu Lintang, aku minta kawan ku hantarkan ikut jalan di hadapan stesen minyak Shell. "Saja.. Nak tengok bunga" kataku..

"Dah kering pun bunga2 tu.." getusku bila melihatkan deretan jambangan bunga di tempat kejadian. Dah lebih dr 2minggu kejadian malang menimpa Kho, seorang pelajar SMK Batu Lintang, & dia masih belum ditemui lagi. Allahyarham Herman yg cuba menyelamatkannya, telah dijumpai bbrp hari selepas kejadian di Sungai Maong. [klik sini]

Dan petang semalam, aku dpt tahu yg Kho telah ditemui.. Jauh di Goelbilt. Baca berita mengenainya di sini.



Saturday, January 21, 2012

Kalau kau rindu aku..


Teringat kat mesin taip zaman 90an dlu yg masih tersimpan elok kt makmal sains, jd ptg td aku berekperimentasi jap dgn barang antik tu. Saje2. Ayat tu pun aku tak khususkan untuk siapa2. Tiba2 terlintas dalam kepala ;)

JOM TAMBAH FOLLOWER jom! Segmen by HARIS KAITO



Satu lagi segmen paling simple untuk korang- bloger2 kat luar sana join lepas ni. Leh lah korang tambah2kan lagi kenalan yg sedia ada, kan ;) Thanks to Haris Kaito for this segment ;)

Segmen JOM TAMBAH FOLLOWER by AIMAN



Lagi segmen baru untuk disertai. Untuk syarat2nya, klik banner di atas. Segmen yg SIMPLE giler! Thanks AIMAN!

NAK BALIK! Tapi apakan daya.. Apapun SELAMAT BERCUTI SEMUA~



Waktu jalan2 di Kuching kelmarin, aku terlihat kelibat kapal terbang di langit petang. Tiba2 terasa syahdu (kunun) & terasa nak terbang balik ke semenanjung je saat tu. Cuti sekolah selama 9 hari bermula hari ni, tapi aku tak dapat balik sbb ada student di asrama yg perlu dijaga. Tak apalah.. Fikir positif je.. Sekurang2nya aku dapatkan jimatkan duit dr beli tiket kapal terbang, kan?

[edited] Pagi2 hari pertama duty time cuti ni dah terdengar bunyi bising kapal terbang melintas atas sekolah.. adusssss.. makin meronta2 hati ni nak balik KL! huhuu

Friday, January 20, 2012

HAFALAN SHALAT DELISA di Astro First

Sejak aku tengok trailer filem ni Disember lepas, aku mula berkira2 di mana aku boleh dapatkannya. Selepas filem Ayat Ayat Cinta & Ketika Cinta Bertasbih, aku tertunggu2 filem2 Islamik terbaru macam ni. Sangat2 best untuk dihayati. & Alhamdulillah, smlm aku dapat tahu Astro First dah mula menayangkannya. Apepun, bg mereka yg masih baru dgn filem ni, apa kata korang layan dulu trailer ni ;)



Sepotong dialog Delisa dalam ayat ni yg buat aku tersentuh..

"Delisa cinta Ummi karena Allah"

2 jam kat Padini, last2 apa pun tak beli :p

@ Padini.. patung pakai apepun mmg nampak cun!


Jualan Tahun Baru Cina mmg menjadi pilihan aku saban tahun utk mencari baju2 baru. Kebetulan ada sale2 di awal tahun kan. Lepas dr itu, jarang sgt dah aku beli baju kerja. Jadi semalam aku ke Padini, ada less 50%-70%. Tertarik juga lah bila baju2 yg harga asalnya Rm100+ tu jadi murah. Tapi nak dijadikan cerita, lepas dekat 2 jam aku memilih baju2 kat sana, 1 pun aku tak beli. Padahal sebelum tu bnyk dah baju yg dicuba & kat tangan aku dah penuh dgn bungkusan baju yg hendak dibawa ke kaunter untuk dibayar. KENAPA?

Entahlah.. tiba2 aku tak puas hati dgn baju2 tu. My second thought~ mungkin sbb potongan baju tu, & warnanya yg tiba2 aku rasakan tak menarik. Walaupun Padini tu barangan berjenama. Sudahnya, aku keluar dr Padini dgn tangan kosong. Bukan apa, aku tak mahu bersikap semberono, beli baju yg aku rasa tak puas hati memakainya.

Sudahnya, aku masuk ke Parkson. Tak sampai setengah jam, aku jumpa pilihan baju yg aku berkenan & betul2 dapat puaskan hati aku. Nasib baik tak beli kat Padini. Moralnya, nak membeli, utamakan dulu keselesaan anda, bukannya jenama. PeAcE ;)

Thursday, January 19, 2012

N3 santai: What's in your mind?

[edited]
dalam diam, duduk termanggu, bagai ada yg mengganggu fikiran. entah apalah yg kita risaukan. hidup ini memang tak dapat lari dari masalah, tapi tak bermakna tiada jalan penyelesaian utk kesukaran yang ditempuhi.. fikir positif saja.. tak kan selamanya kita berduka, insya Allah hari menggembirakan pasti datang juga.. [sekadar perkongsian ('',).. kdg2 kita akan temui keadaan mcm ni kan?]

hmm.. apa yang korang sedang fikirkan sekarang ni?

Wednesday, January 18, 2012

Lagu Sedih Paling Best!

Masa kali pertama dengar lagu ni (2007- itupun secara kebetulan dr hs kawan), hati aku tiba2 terusik. Biarpun liriknya dlm bahasa Jepun, tapi dr melodinya, aku betul2 dpt rasakan kesedihan yg ada dlm lagu tu. Biarpun ia dtg dr sebuah lagu anime/kartun, siapa sangka melodinya begitu indah & menarik hati. Cuba dengar, & nilaikan sendiri :')


SAKURA DROPS on my hand


Kali ni, Zam nak tunjukkan 1 lagi gambar yg dihasilkan dengan kesan khas bokeh berbentuk bunga Sakura. Untuk makluman pembaca, ini bukanlah satu hasil dari editing photoshop, ye ;)

Macam mana Zam buat? Ada yang nak tahu mengenainya dlm post yg lepas2. Okeh. Disini Zam cuma menggunakan gabungan lensa canon F/1.8 II (dalam gambar:atas, kiri) untuk hasilkan teknik 'bokeh', di ikuti dgn filter buatan sendiri-DIY berbentuk bunga Sakura (atas, kanan) & untuk membuat filter tu, Zam gunakan puncher dgn bentuk bunga Sakura (bawah, tengah)


Sekarang dah tahu kan, mcm mn Zam buat? Oh, satu lagi.. Bunga sakura yg kelihatan berwarna warni tu sebenarnya adalah lampu kelip yg berada di luar titik fokus Zam (titik fokus Zam sbnrnya adalah tangan Zam sendiri). Dgn itu, terhasil lah kesan 'bokeh' bunga sakura ;)

Tuesday, January 17, 2012

Berminat untuk memiliki DSLR? Jom study dulu!

Aku berminat nak buat entri pasal ni bila ada kawan yg bertanyakan aku ttg kelebihan antara Canon 60D dgn 7D. Aku bukanlah pakar, tapi untuk study2 ttg ni, korang leh g dpreview.com. Penting juga sbnrnya korang study sblm membeli ni, sbb ada kawan aku yg frust bila beli DSLR yg tak kena dgn jiwanya. Rugi & membazir je kesudahannya.

Okeh. Aku nak tunjuk skit tips untuk study nih. Bila korang dah sampai kat dpreview, korang klik kat "Cameras" tu. Ada list jenama2 kamera & terpulanglah korang nak review yg mana. Macam aku, aku akan klik "Canon"


Lepas korang klik Canon tu, korang akan jumpa 1 page ni, & korang terus scrol ke bawah sampai jumpa senarai jenis kamera Canon yg korang berminat. Kat sini, aku klik Canon 60D.


Okeh. Masuk page baru. Klik pula pada "Review".


& munculah page ini.


Pada page yg sama, scrol ke bawah sikit, & perhatikan di sebelah kanan, ada list ni. Klik pada no. 17.


Korang akan dibawa ke page ini lak. Kat sini ditunjukkan perbandingan gambar yg ditangkap dalam standard studio scene dgn menggunakan jenama & jenis kamera yg berbeza2.

Nampak tak kotak kecil tu. Korang leh scrol ke mana2 je untuk dptkan review kualiti gambar dr koordinat yg berbeza.


Contohnya, aku nak tgk review kat robot tu, jd aku akan scrol mcm kat bawah ni.


& kat bahagian bawah page yg sama, korang akan dapat tengok & buat perbandingan gambar2 yg sama tp diambil dgn kamera yg berbeza2.


Perasan tak kualiti gambar yg berbeza2 kat sini? Jadi sedikit sebanyak tips ni boleh membantu korang dalam pemilihan kemera yg sesuai dgn kehendak korang. Banyak lagi tips2 yg lain korang boleh tgk kat laman web ni, contohnya perbandingan spesifikasi & lain2. Jadi, pada mereka yg berminat, pesan aku, jangan lupa study dulu k ;)

HATI YANG RAPUH

Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentukan arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...


ADAB TUAN BAIK DIJAGA!


Serius aku suka iklan ni. Mungkin sbb aku tertarik dgn aura sifu M.Nasir & unsur klasik + unsur lelucon yg ada dlm iklan ni. Kira kreatif la iklan ni. Masa mula disiarkan kt tv, iklan ni dlm versi penuh, tp tak lama lps tu dh dipendekkan, jd sbb tak puas tgk, aku cari kat Youtube & share kat sini ;)

Ayat paling aku suka~ "ADAB TUAN BAIK DIJAGA!" hehe

Monday, January 16, 2012

Contest Blog Paling Kemah Keming.. hehe


Aku join segmen yg simple ni.. Klik banner utk maklumat lanjut :)

'Bloglist Monster RAWR' by Cik KIERA ZAINAL



Cam comey jek letak banner Cik Kiera ni kat blog aku. Ceria & cantik giler. Ok lah, aku nak join segmen ni!

Syarat wajib

1. Follow blog (DAH)

2. Buat entri (DAH)
3. Nyatakan sebab nak join entri ni~ Sbb aku mmg tak leh & tak sampai hati tolak pelawaan kawan2 utk join segmen

4. Tag 3 orang~ NIA LIDIA \ REMY HAZZA \ MASZ SIDEK

5. Tarikh tutup~ 1 FEBRUARI 2012


Ok. Kalau korang nak join gak, leh klik banner kat atas tu. Jom semua~ sambil2 menambahkan kenalan ;)

Segmen SAYA TERSENARAI DALAM 1000 BLOG TERHEBAT



Join segmen ni pulak :) Utk maklumat lanjut, klik banner di atas k

Zam adalah pengguna blog design :)

ALHAMDULILLAH.. Setelah 4 tahun aku menunggu


Hari ni, awal2 pagi lg aku dah bangun dr tidur, malah lebih awal dr biasa. Semangat punya pasal sbb nak tahu keputusan permohonan sambung belajar aku. Tp aku tak jumpa apa yg aku nak cari di laman MOE pagi td. Pautan untuk semakan status tak ada kat sana. Jadi aku pun tangguhkan dulu hasrat tu, dgn niat nak cuba skli lg ptg ni. & apa yg aku dpt tahu td, di depan sahabat baik aku Ustazah- mmg melegakan aku. Akhirnya, aku akan kembali memegang status sbg seorang pelajar lepas ni.. Alhamdulillah.. Aku hubungi Ma di KL, mengkhabarkan berita tu. Ma ucapkan tahniah, & kawan baik aku pun berkali2 cuba menghubungi aku hari ni utk bertanyakan ttg ni. Gembira mendengar ucapan tahniah dr dia. Alhamdulillah sgt2.. 4 tahun aku mencuba, & kali ini aku berjaya ('',)

Simetri~ Hazama feat Amy Search


Masa mula2 dgr lagu ni, aku tertarik dgn vc nya yg cantik. Lagi 1 sbb ada Amy Search. Lama2, bl dh dgr banyak kali, aku ikut suka dgn rentaknya pula. Jom layan~ Lirik pun best untuk diamati ;)

Contest MY PICTURE VERY AWESOME by ChE AZZA

Dah lama aku di tag untuk join contest ni, tapi sbb tak ada gambar yg ok, aku tangguhkan dulu, sampailah hari ni. Hehe.. Gambar aku biasa2 je, takdela awesome manapun, saja je nak memeriahkan & mencuba nasib ;p



Sesiapa nak join, boleh klik banner di atas. Jadi, untuk itu, aku dgn rasminya memilih gambar ini untuk dipertandingkan ;)




Aku tag 2 blogger ni~

Syarat wajib terakhir, kena jawab soalan dr CHe Azza kita ni, & ini jawapan aku~
"Blog Che Azza ringan sangatttt.. Kalau dihembus2 boleh terbang.. hehe"
Gurau je k Che Azza ;p