Tomodachi Sama

Wednesday, January 25, 2012

La Tahzan: "Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"

Janji Allah itu PASTI ('',)

La Tahzan.. Percayalah, setiap penyakit ada ubatnya



[Edited]
Dugaan & masalah pasti hadir dlm hidup setiap insan. Disaat anda merasakan anda lah yg paling dasyat diduga waktu itu, jangan lupa, masih ada insan lain yg senasib dengan anda. Mungkin juga, ada yg merasakan kehidupan ini tidak adil, kerana melihatkan kehidupan insan lain yg lebih sempurna dari anda, tapi harus diingatkan, mungkin di waktu lain, nasibnya pula tak secerah biasa. Nah.. Kita semua sama. Mahu atau tidak, kita harus menghadapinya. Tinggal caranya saja mengikut kemahuan kita, samada pasrah dengan nasib atau melakukan sesuatu untuk mengubahnya. Insya Allah, bantuan, pertolongan Allah itu akan sentiasa ada. Yang penting, kita bergerak, berikhtiar melakukan sesuatu untuk mengubah nasib kita ('',)

SALE KAIN COMEY2


Salam & Selamat Pagi semua. Hari ni Zam mulakan entri dengan promosi kain comey2 kat satu blog ni. Sebelum ni Zam pernah buat sal promosi yang sama, jadi pada sesiapa yang belum berkesempatan, korang leh lah cuci mata menjengah ke sana & mana tahu ada yang berkenan, kan. Harga yg ditawarkan dah sedia murah, bila ada sale ni, lagilah murah. Jadi, jom kesana ;) (klik banner diatas)

Ini antara contoh kain2 yg dijual dgn potongan harga. Ini sikit je, kat blog tu, ada lagi pilihan kain yang lain, k ;)

Tuesday, January 24, 2012

BLOG AKU LAGI BEST DARI BLOG BEN ASHAARI KERANA …

Dengar tajuk memang macam tak boleh blah. Berani blogger picisan macam aku ni buat statement mcm tu. Kang tak pasal2 blogger2 lain kutuk aku tak sedar diri. Huhu.. Ampun.. Apepun ni 1 segmen terbaru dari Ben. Aku rasa segmen kali ni menarik, jadi aku tak nak lepaskan peluang gak. Untuk info, klik banner di bawah.



Peserta kena ceritakan kelebihan blog masing2, lbh kurang dlm 100 pth perkataan.. Fuuhhh~! Tak sanggup rasa.. Kang ada yg meluat xbleh tahan aku claim blog aku lg best dari taiko blogger tu.. Huhu mintak maaf skali lg.. Aku bukan nak ujub ke apa.. Dah segmen tu tajuknye macam tu, siapa suruh! huhu (hehe)

Bismillahirrahmanirrahim (dengan perasaan berat hati aku menulis).. Blog aku lagi best dari blog Ben kerana.. erm.. jap.. tak dapat pikir.. tepu tetibe.. ermm.. Ok.. Sebab blog aku ada cerita2 ttg pengalaman aku sepanjang berada kat Sarawak lebih kurang 6 tahun .. Mr. Ben tak de kan? (Mmg lah takde sbb Ben duk semenanjung, Cikgu duk Sarawak, aparaaaa)

Lagi satu, dak2 yang aku ajar ni murid2 yang berbeza dr orang lain, sbb diorang ni kanak2 cacat penglihatan- blind & low vision. Jadi blog aku banyak menceritakan tentang kehidupan kami cikgu2 pendidikan khas & murid istimewa ni. Pembaca boleh klik kat label 'My School' tu kalau berminat (^^,)



Itu je kot.. Malu alah dah aku nak teruskan lagi.. Aku sedar blog aku ni blog biasa2 saja.. Hehe

Thanks Mr. Ben utk segmen nih (^^,) Coollll

Monday, January 23, 2012

Sad Korean Song ;')

Kalau sebelum ni aku tulis entri sal 1 lagu Jepun yg sedih, kali ni aku nak cerita sal lagu Korea ni lak. Tetibe teringat kat lagu ni.. 1st time dgr, 2006. Masa tu rasanya K Pop ni masih baru lagi. Aku rasa korang mungkin pnh tgk VC ni. Sedih je jalan ceritanya. Pada yg belum tgk, jom layan~

SeNYuM SoKMo ;)


Hai cik adik, nape masam tu? Ade masalah ae? Rilek2.. Cer senyum sikit. Apa, tak boleh? Takpe2.. Senyum je dulu, slow2.. Ha.. kan boleh tu.. Sikit lagi, sikit lagi.. HAA.. KAN MANIS TU.. SWEEETTT SANGAATT <3

PICNIK AKAN DITUTUP.


Mesti ramai yang biasa menggunakan laman photo editor yang percuma ni kan. Aku dah lama menjadi pengguna setia Picnik, kerana bagi aku aplikasinya praktikal & gambar yg dihasilkan jadi lebih cun. Cuma yalah, time buffering page tu lah yg menyeksakan, nak2 lagi masa internet lambat macam siput. Hehe

Apapun, berita baik bagi pengguna Picnik, anda boleh menggunakan aplikasi2 editing Premium secara PERCUMA! Jadi apa lagi, jom merajinkan diri ke Picnik sebelum 19 April ni!

Antara gambar yang aku edit dengan Picnik ;p

Sunday, January 22, 2012

"Pictures of The Year 2011 Contest" by Khadhari


Salam semua. Kali ni aku nak join contest dr Mr. Khadhari. Thanks to MerpatiSejoli yg tag aku :) Untuk maklumat lanjut, korang leh klik banner di atas tu. Okeh. 3 yang di tag oleh aku ialah :

C'AXOERA

Jadi inilah gambar yg dipertandingkan :)


Kenangan bersama murid Pendidikan Khas semasa Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Kuching. Tak sangka hari tu, dari sikap pemalu di sekolah, mereka jadi jurucakap yg petah di depan pengunjung!

ANGPAW dari NIGHBERKZ



Baru amik angpaw ni dari NIGHBERKZ. Cun jek letak kat blog aku yg berbackground putih ni ;) Apepun, di kesempatan ini, aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada SEMUA yang menyambutnya. Tahun ni, teringin lagi nak sambut kat rumah kawan2. Best woo.. teringat kenangan pertama kali sambut TBC dulu.. TERBAEK!

"Jom Tambah Geng Blogger!"



SEGMEN SEGMEN SEGMEN! Sesi segmen datang lagi & kali ini dr Cik Nadia Ramlee ;) Senang je nak join, simple jek syaratnye, & utk maklumat lanjut sila klik banner di atas k! Selamat bersegmen semua~ ;))

Ini kisah tentang sebuah pengorbanan..

Smlm, waktu pulang dr sarapan pg di satok menuju ke sekolah di Batu Lintang, aku minta kawan ku hantarkan ikut jalan di hadapan stesen minyak Shell. "Saja.. Nak tengok bunga" kataku..

"Dah kering pun bunga2 tu.." getusku bila melihatkan deretan jambangan bunga di tempat kejadian. Dah lebih dr 2minggu kejadian malang menimpa Kho, seorang pelajar SMK Batu Lintang, & dia masih belum ditemui lagi. Allahyarham Herman yg cuba menyelamatkannya, telah dijumpai bbrp hari selepas kejadian di Sungai Maong. [klik sini]

Dan petang semalam, aku dpt tahu yg Kho telah ditemui.. Jauh di Goelbilt. Baca berita mengenainya di sini.



Saturday, January 21, 2012

Kalau kau rindu aku..


Teringat kat mesin taip zaman 90an dlu yg masih tersimpan elok kt makmal sains, jd ptg td aku berekperimentasi jap dgn barang antik tu. Saje2. Ayat tu pun aku tak khususkan untuk siapa2. Tiba2 terlintas dalam kepala ;)

JOM TAMBAH FOLLOWER jom! Segmen by HARIS KAITO



Satu lagi segmen paling simple untuk korang- bloger2 kat luar sana join lepas ni. Leh lah korang tambah2kan lagi kenalan yg sedia ada, kan ;) Thanks to Haris Kaito for this segment ;)

Segmen JOM TAMBAH FOLLOWER by AIMAN



Lagi segmen baru untuk disertai. Untuk syarat2nya, klik banner di atas. Segmen yg SIMPLE giler! Thanks AIMAN!

NAK BALIK! Tapi apakan daya.. Apapun SELAMAT BERCUTI SEMUA~



Waktu jalan2 di Kuching kelmarin, aku terlihat kelibat kapal terbang di langit petang. Tiba2 terasa syahdu (kunun) & terasa nak terbang balik ke semenanjung je saat tu. Cuti sekolah selama 9 hari bermula hari ni, tapi aku tak dapat balik sbb ada student di asrama yg perlu dijaga. Tak apalah.. Fikir positif je.. Sekurang2nya aku dapatkan jimatkan duit dr beli tiket kapal terbang, kan?

[edited] Pagi2 hari pertama duty time cuti ni dah terdengar bunyi bising kapal terbang melintas atas sekolah.. adusssss.. makin meronta2 hati ni nak balik KL! huhuu

Friday, January 20, 2012

HAFALAN SHALAT DELISA di Astro First

Sejak aku tengok trailer filem ni Disember lepas, aku mula berkira2 di mana aku boleh dapatkannya. Selepas filem Ayat Ayat Cinta & Ketika Cinta Bertasbih, aku tertunggu2 filem2 Islamik terbaru macam ni. Sangat2 best untuk dihayati. & Alhamdulillah, smlm aku dapat tahu Astro First dah mula menayangkannya. Apepun, bg mereka yg masih baru dgn filem ni, apa kata korang layan dulu trailer ni ;)



Sepotong dialog Delisa dalam ayat ni yg buat aku tersentuh..

"Delisa cinta Ummi karena Allah"

2 jam kat Padini, last2 apa pun tak beli :p

@ Padini.. patung pakai apepun mmg nampak cun!


Jualan Tahun Baru Cina mmg menjadi pilihan aku saban tahun utk mencari baju2 baru. Kebetulan ada sale2 di awal tahun kan. Lepas dr itu, jarang sgt dah aku beli baju kerja. Jadi semalam aku ke Padini, ada less 50%-70%. Tertarik juga lah bila baju2 yg harga asalnya Rm100+ tu jadi murah. Tapi nak dijadikan cerita, lepas dekat 2 jam aku memilih baju2 kat sana, 1 pun aku tak beli. Padahal sebelum tu bnyk dah baju yg dicuba & kat tangan aku dah penuh dgn bungkusan baju yg hendak dibawa ke kaunter untuk dibayar. KENAPA?

Entahlah.. tiba2 aku tak puas hati dgn baju2 tu. My second thought~ mungkin sbb potongan baju tu, & warnanya yg tiba2 aku rasakan tak menarik. Walaupun Padini tu barangan berjenama. Sudahnya, aku keluar dr Padini dgn tangan kosong. Bukan apa, aku tak mahu bersikap semberono, beli baju yg aku rasa tak puas hati memakainya.

Sudahnya, aku masuk ke Parkson. Tak sampai setengah jam, aku jumpa pilihan baju yg aku berkenan & betul2 dapat puaskan hati aku. Nasib baik tak beli kat Padini. Moralnya, nak membeli, utamakan dulu keselesaan anda, bukannya jenama. PeAcE ;)

Thursday, January 19, 2012

N3 santai: What's in your mind?

[edited]
dalam diam, duduk termanggu, bagai ada yg mengganggu fikiran. entah apalah yg kita risaukan. hidup ini memang tak dapat lari dari masalah, tapi tak bermakna tiada jalan penyelesaian utk kesukaran yang ditempuhi.. fikir positif saja.. tak kan selamanya kita berduka, insya Allah hari menggembirakan pasti datang juga.. [sekadar perkongsian ('',).. kdg2 kita akan temui keadaan mcm ni kan?]

hmm.. apa yang korang sedang fikirkan sekarang ni?