
[Edited]
Dugaan & masalah pasti hadir dlm hidup setiap insan. Disaat anda merasakan anda lah yg paling dasyat diduga waktu itu, jangan lupa, masih ada insan lain yg senasib dengan anda. Mungkin juga, ada yg merasakan kehidupan ini tidak adil, kerana melihatkan kehidupan insan lain yg lebih sempurna dari anda, tapi harus diingatkan, mungkin di waktu lain, nasibnya pula tak secerah biasa. Nah.. Kita semua sama. Mahu atau tidak, kita harus menghadapinya. Tinggal caranya saja mengikut kemahuan kita, samada pasrah dengan nasib atau melakukan sesuatu untuk mengubahnya. Insya Allah, bantuan, pertolongan Allah itu akan sentiasa ada. Yang penting, kita bergerak, berikhtiar melakukan sesuatu untuk mengubah nasib kita ('',)