Tomodachi Sama

Wednesday, February 1, 2012

February.. Restart Ur Life

Selamat tinggal Januari untuk tahun ni. Dalam masa yang cepat berlalu ni, aku rasa banyak impian aku yang belum tercapai di awal tahun 2012.. Hmm.. Sukarnya dalam beristiqamah.. Kena banyak muhasabah diri ni..

Okeh. Aku mulakan entri hari ini dengan segmen motivasi. Mungkin ramai di kalangan kita yang pernah mengalami kegagalan dalam hidup. Berasa kecewa dengan kehidupan yang lalu. Dan tak kurang juga ada yang masih meratap & menangisi kenangan silam.

Berbaloikah kita membazirkan masa yang ada sekarang ini untuk sesuatu yang telah lepas?

RESTART

Mulakan semula hidup anda. Lupakan apa yang telah berlaku selama ini. Bina kekuatan sekarang dengan IMPIAN anda untuk masa depan. Masih belum terlambat biarpun anda pernah berada dalam keadaan yang pesimis itu untuk satu jangka masa yang lama, kerana satu langkah lebih baik dari tidak melangkah langsung. Itu yang terbaik. Senyum sikit ('',)

Tuesday, January 31, 2012

BERTUKAR!!


Wira & wirawati Jepun, mereka pasti akan bertukar rupa sebelum menentang musuh. Menarik kan- idea menukar rupa sambil meningkatkan kuasa tu. Rasa mcm hebat & cool giler je. Apa kata kita praktikkan nya dalam kehidupan kita. Ape? Bergurau? Eh.. Zam bukan suruh korang jd budak2 ni. Jom baca entri Zam kali ni. Bukan kah hebat, kalau dalam hidup kita, kita dapat

bertukar dari MALAS menjadi RAJIN
dari MURUNG jadi PERIANG
dari PESIMIS jadi OPTIMIS
dari PUTUS HARAP jadi BERIMPIAN
dari PEMARAH jadi PENYABAR
dari PUTUS ASA jadi CEKAL

dari BENCI menjadi CINTA..
& banyak lagilah..

Jadi, jom kita semua, dari yang negatif, kita tukarkannya menjadi sesuatu yg POSITIF~ Ayuh!!

[dalam pada masa yg sama, aku berharap sangat, agar aku dapat tukar bidang kursus & penempatan yg ditawarkan untuk sambung belajar.. semoga semuanya berjalan lancar.. aminnn]

Doa Yang Berkesan di Kala Kesusahan


Ini antara doa yg Zam syorkan pada rakan2 semua untuk diamalkan. Biarlah ayat ini meniti di bibir korang saban waktu, kerana alhamdulillah, dari pengalaman sendiri, Zam akui ayat ini mmg ada kelebihannya. Selamat beramal semua :)

Alhamdulillah~ Tak sangka..! Thanks WLA!!

Beberapa hari lepas, Zam ada sertai segmen "Adore Your Arts" dari group We Love Arts. Dan pagi ni baru perasan, rupanya admin ada tinggalkan komen kat entri segmen tu semalam. Tak sangka, Zam adalah antara pemenangnya! Bila Zam ke sana, rupanya ada lagi kejutan buat Zam~


Gambar yg diketengahkan tu mendapat penilaian tertinggi dari pihak juri WLA! Alhamdulillah~ dapat tempat pertama untuk segmen ni :)) Serius, mmg aku teruja giler masa nak join segmen ni dulu, sbb kena sangat dengan minat aku. Apapun, terima kasih sekali lagi buat WLA. Pada sesiapa yg nak join segmen seperti ni, WLA dah mulakan segmen terbaru~ "Adore Your Art Part III". Jom2!

Monday, January 30, 2012

speechless

...
err.. selama ni ni hidup zaman batu kot..

Segmen "Aku & Novel"

Klik banner di atas untuk maklumat lanjut. Tarikh tutup 31 Januari 2012

Sejak hari pertama Cik Farah Alias anjurkan segmen ni, aku dah tergerak hati nak sertai, tp akhirnya dah dekat tarikh tutup baru aku terkial2 mencari bahan. Okeh. Jadi inilah antara novel2 yang menjadi kesukaan aku:-

1. Seorang Tua Di Kaki Gunung


Tengok dr kulit luarnya, pasti ramai yg tahu ini sebuah novel lama. Yup. Ia sebuah novel klasik, & aku mula membacanya sejak aku berada di sekolah rendah. Entah dari gobok usang mana aku menjumpainya waktu itu, & kalau tak silap aku novel ni pernah menjadi teks wajib sastera Tingkatan Lima +- 20 tahun lepas. Mungkin ia kepunyaan mak su aku ketika dia masih bersekolah menengah dulu

2. Sehabis Bicara Cinta


Ini pula sebuah novel grafik adaptasi dari sebuah filem Jepun yang aku baca masa kat kolej dulu. Pernah juga muncul dalam bentuk drama bersiri & novel. Giler ah. Ending dia buat aku tangkap nangis. Tragik giler. & sebab novel ni lah, aku mula suka amik gambar awan & langit.. (header blog tu, pengaruh dr novel ni le..) Untuk info, korang leh taip tajuk asal novel ni- Sekai No Chuushin De, Ai Wo Sakebu/Crying out Love, in the Centre of the World.

3. Ayat Ayat Cinta


& yang terakhir untuk diriview, novel Ayat Ayat Cinta ni. Sesuai dengan komentar yang ditulis- Novel Pembangun Jiwa- mmg sangat2 memberi kesan di hati aku. Gaya penulisannya penuh hikmah. Filem & lagu temanya pun best.

Thats all for now ;) Thanks for reading :))

'Jom Berkenalan dengan Sahabat Blogger'

Terjumpa rakan blogger ku Cik Arra & Mr. E'raz Fadli join segmen ni, jd aku pun nak join gak. Segmen nye senang aje, tak perlu tag sesiapa. Jadi pada rakan2 semua, jom kita join segmen ni ye ;) Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut.


Okeh. Nak introduce sikit ttg diri saya:-
"Salam kenal buat rakan2 blogger di luar sana. Saya Ahmad Muhibbuddin Zamani, seorang guru pendidikan khas yg mengajar murid2 bermasalah penglihatan di Kuching. Berasal dr Kelantan, & membesar di Selangor. Sangat meminati bidang fotografi, tp masih tahap seorang amatur. Apepun~ Dozo yoroshiku! ;)

Akhirnya penempatan universiti ku diketahui..



Hari ni, semakan penempatan untuk PPG dah keluar di laman web MOE. Dengan perasaan yg tak berdebar mana, aku menunggu keputusan terpapar di skrin komputer. Harapan aku cuma satu- harap2 dapat lah bidang & penempatan yang aku nak. Tapi apa yang aku dapat tahu lepas tu mmg mengejutkan. USM? Tak pernah pun terlintas di fikiran aku akan ke sana. Permohonan aku selama ini hanyalah OUM. Melihatkan bidang yg ditawarkan, membuatkan mata aku terbelalak sekejap. Bahasa Inggeris?? Jauh betul dr bidang yg aku mohonkan~ Pendidikan Khas. Kaget sekejap dgn apa yg dilihat di skrin. Macam tak percaya..

Aku tak dapat apa yang aku pinta dlm doa ku sebelum ini. Selama ini, aku cuma mahukan OUM kerana aku rasakan mode kelasnya fleksibel. Tapi secara positif, aku anggap Tuhan lebih tahu yg terbaik untuk aku. Pasti ada hikmahnya. Redha saja dengan ketentuannya. Apapun alhamdulillah, aku masih tak perlu bersusah pergi ke luar negeri untuk mengikuti kelas.. Fuhh

Sunday, January 29, 2012

perasan tak..

siapa yg takda mlm ni sbg pengacara AJL? hehe

Siapa agaknya pemenang malam ini ya?

AJL- Beberapa tahun kebelakangan ini, juaranya sukar diramal. Kalau dulu, mungkin saingannya tidak sehebat sekarang, nak2 lagi zaman skrg ni muzik2 indie berkembang & meledak bagaikan satu fenomena. Apepun, dalam banyak2 lagu yg bertanding, aku suka 4 lagu ni~ Jom layan sebelum acara bermula kul 9 ni.









[Senarai Pemenang Muzik2/AJL 1986-2010]

1986 - Sekadar di pinggiran - Francesca Peters
1987 - Menaruh Harapan - Zaiton Sameon
1988 - Kau Kunci Cintaku - Ramlah Ram
1989 - Isabella - Search
1990 - Janji Manismu - Aishah
1991 - Takdir dan Waktu - Mega
1992 - Pada syurga diwajah mu - Nash
1993 - Teratai Layu di Tasik Madu - Fauziah Latiff
1994 - Tanya Sama itu Hud Hud - M. Nasir
1995 - Cinta Beralih Arah - Aishah
1996 - Jerat Percintaan - Siti Nurhaliza
1997 - Ghazal Untuk Rabiah - M. Nasir & Jamal Abdilah
1998 - Cindai - Siti Nurhaliza
1999 - Andalusia - M. Nasir
2000 - Balqis - Siti Nurhaliza
2001 - Mimpi Laila - Yassin
2002 - Keliru - Nurul & Ajai
2003 - Bunga Bunga Cinta - Misha Omar
2004 - Relaku Pujuk - Spider
2005 - Gemilang - Jaclyn Victor
2006 - Terlalu Istimewa - Adibah Noor
2007 - Itu Kamu - Estranged
2008 - Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussain
2009 - Pergi - Aizat
2010 - Tolong Ingatkan Aku - Anna Rafali

What should I do to make you happy?


tibe2 tercetus ayat ni dalam dikiran.. menjiwang jap.. hehe

Adidas: Obsesi Merah Hitam


Waktu jalan2 di sekitar Kuching smlm, entah kenapa terfikir nak masuk Lea Sport Center lagi, biarpun baru je bbrp hari lepas aku dah berkunjung ke tempat yg sama & tak ada apa2 yg menarik hati utk dibeli. Tapi itulah, nak dikatakan kebetulan, setiap kali berlaku mcm tu, biasanya akan ada item2 menarik untuk dibeli. Terpandang sehelai jersey warna merah + hitam, jadi terus aku mencubanya. Puas hati. Jadi aku terus membelinya. Oh ya.. Aku ni penggila merah hitam. Item2 yg diminati, kalau ada gabungan 2 warna tu, pasti aku beli. Korang lak, warna @ gabungan warna apa yg korang suka? Jom share sini ;)

Ps: Teringat Iqram Dinzly, koleksinya bnyk warna kuning

JOM JOIN BLOGWALKING BERSAMA SUFAI.COM



Salam semua, selamat pagi (^^,) Entri hari ni dimulakan dengan segmen BLOGWALKING dari Sufai.com. Ini antara kelebihan berjalan2 di blog2 lain nih.



Saya tag mereka2 ini (^^,)
E'raz Fadli
Aisyah KZ

Princess Nusy
Mak Usu

Dayah Snow Heuka

Saturday, January 28, 2012

Melompat Lebih Tinggi

-DO RE MI-

Nama mereke bukanlah DO RE MI mcm citer P.Ramlee tu.. aku bg tajuk tu kat gambar ni sbb lompatan mereka sama seperti naiknya nada dalam tone muzik, makin lama makin tinggi- DO RE MI.. setuju? hehe)

Korang pernah dengar lagu Melompat Lebih Tinggi dr Sheila On 7? Aku suka hayati lirik2 lagu yang mempunyai makna mendalam seperti ini (^^,) Apapun, kpd semua pembaca, ceriakan hari mu!

MELOMPAT LEBIH TINGGI

Kita berlari dan teruskan bernyanyi
Kita buka lebar pelukan mentari
Bila ku terjatuh nanti, kau siap mengangkat aku lebih tinggi
Seperti pedih yang telah kita bagi
Layaknya luka yang telah terobati
Bila kita jatuh nanti... kita siap 'tuk melompat lebih tinggi
Bersama kita bagai hutan dan hujan
Aku ada kar'na engkau telah tercipta

Kupetik bintang, untuk kau simpan
Cahayanya tenang, berikan kau perlindungan
Sebagai pengingat teman
Juga s'bagai jawaban
Semua tantangan

Sebelum waktu memisahkan detikku, detikmu
Sebelum dewasa, menua, memisahkan kita,
Degupan jantung kita akan s'lalu seirama
Bila kau rindu aku

CATurday Mood (er.. also known as Saturday.. hehe)

Nota: Aku dah lama tak panggil Sabtu tu Saturday.. heh2

Aku sukakan mood Caturday, setiap kali bangun pagi, rasa rileks & menenangkan je. Kalau boleh nak tidur je merehatkan badan selepas penat bekerja 5 hari. Aku anggap itu terapi. Berbeza pula dgn hari Ahad.. Bagi aku mood hari Ahad tak sebest hari Sabtu ni. Nak keluar jalan2 hari Ahad pun tak ada mood. Korang lak rasa macam mana?

Cakap pasal jalan2, jom! Kita keluar jalan2 ambil angin di pagi Sabtu neh!

Eh eh.. Tak tidur lagi ke?


Dah dah.. G tidur ae.. Amik bebear busuk ni sorang satu buat peneman tidur.. Sambung esok blogwalking ae.. PeACe

Friday, January 27, 2012

Contest "Blog Paling Ceria + Cute"


Atas pengaruh rakan sebaya, aku join contest lagi.. Hehe.. Dari tak ada buat ape2 tu, jom join contest ni. Sambil2 tu boleh lah memperkenalkan lagi blog masing2 pd blogger2 lain.

3 orang blogger yang di tag

EZA BOOM BOOM - AISYAH KZ - QARR JALIL

Contest: Blog Paling Comel! by dina and zati



Alamak.. Baru perasan yg close date utk contest ni hari ni.. Tapi tak nyatakan pukul berapa, jadi kiranya masih sempat lagi lah, kan.. hehe.. Diorang letak syarat, puji blog masing2.. Hmm.. Blog Zam nih biasa2 je, istimewa atau tidak, itu Zam serahkan pada rakan2 blogger semua.. Malu la masuk bakul nak angkat sendiri nih.. Heh2.. Nih 3 orang blogger yg Zam nak tag..


AISYAH KZ

E'RAZ FADLI

MAMA SHIKIN JD

" Farah Soraya's Bloglist "

Untuk maklumat lanjut, klik banner di atas ('',)

Masa blogwalking tadi, aku terjumpa satu segmen ni. Tertarik, jadi aku pun rasa nak join. Tujuannya adalah untuk mendapat lebih ramai kenalan di kalangan blogger disamping juga boleh merapatkan hubungan dengan blogger blogger yang lain. (copy & paste ayat Cik Soraya.. hehe)

Sebagai tambahan juga, blog akan dipromote d akaun fb & fanpage Cik Soraya. Jadi kepada blogger semua, jom memeriahkan segmen ni ;)

"Segmen:Adore Your Arts Part II"

Thanks kepada group WLA[WeLoveArts] untuk segmen ni ('',)

Antara segmen yang Zam teruja sangat nak join sb ada kaitan dgn fotografi. Dah lama nak buat entri ni, tapi sbb tak tahu nak pilih gambar mana untuk dipertandingkan, Zam tangguhkan dulu. Bila tersedar yg tarikh tutup dah dekat, barulah Zam sibuk menggodak2 gambar2 yang ada dalam simpanan.

Akhirnya, Zam buat keputusan muktamad untuk mengetengahkan gambar ini untuk diadili oleh juri2 WLA (^^,)

-Saturday Night Fever-

Zam hasilkan gambar ni lepas aku beli lensa Canon F/1.8II tahun lepas. Masa tu, Zam gila nak hasilkan gambar2 dengan kesan 'bokeh', & sebagai eksperimen, Zam gunakan 3 model Be@rbrick (Pooh, Stitch & Doraemon) untuk hasilkan gambar dengan kesan bokeh berbentuk bintang ni. Untuk makluman pihak juri, kesan khas berbentuk bintang dlm gambar diatas bukanlah hasil photoshop atau mana2 photo editor. Ia dilakukan secara manual, serentak semasa gambar tu diambil.

Ini lah alatan & bahan yang Zam gunakan untuk hasilkan gambar di atas.


1. Lensa Canon F/1.8 II
2. Filter berbentuk bintang yang dihasilkan sendiri untuk dipasang pada lensa F/1.8 II
3. Barisan model Be@rbrick
4. Lampu kelip2 untuk cahaya bintang tu

Thanks 4 this segment again, WLA! (^^,)

"Nelly The Strange sudah buka bloglist baru untuk saya !"


Aku ditag oleh blogger E'raz Fadli (mekasih aeh) untuk join segmen dr Cik Nelly neh. Syaratnye simple sangat, & korang boleh klik banner di atas untuk join segmen ni.

3 blogger yang ditag ialah
TYRA
AISYAH KZ

OH PERANTAU

Selamat bersegmen semua.. hehe

Thursday, January 26, 2012

TIBA2 AKU RASA..


..Aku perlukan seorang rakan untuk berbual.. Sunyinye duty kat sekolah time2 cuti neh.. (T-T)

"GIVEAWAY BY NOUVEAU CLOSET"


Segmen GIVE AWAY kali ini dianjurkan oleh NOUVEAU CLOSET. Untuk syarat2 penyertaan, klik banner di atas. Kepada kawan2 yg nak join tu, nak2 lagi Kakak2 & Cik Adik manis di luar sana, silakan lah. Kalau ada rezeki, dapat hadiah tu, leh aku bagi kat kakak aku.. hehe

Tiga insan yang aku nak tag ialah~



SENARAI BLOG TERHEBAT 2012 !


Semgmen terbaru yang aku nak join kali ini adalah dari Cik IRA ARINA, & untuk maklumat lanjut korang leh klik banner diatas. Oh ya, tarikh tutupnya juga telah ditukar kepada 1 FEBUARI 2012, jadi sementara masih ada masa ni, jom lah ramai2 kita join. Sebagai tambahan, Cik Ira akan pilih 5 blog (dgn menggunakan random org.) untuk disenaraikan dalam bloglistnya. Menarik! Jom2, manalah tahu korang antara yang bertuah tu (^^,)


Okeh. Ini pula 3 blogger yang aku tag -





Selamat bersegmen semua (^^,)

" Ya , saya kecewa ! "

Bunyi entri kali ni dengarnya macam aku nak melepaskan kekecewaan yang dah lama terbuku. Heh2.. Sebenarnya tak ada apa2 pun, saja nak join satu segmen dr blogger Wafa Awla nih, & sebagai tanda sokongan kat rakan2 blogger (^^,) Untuk maklumat lanjut, sila klik banner di bawah.


Ini arahan Wafa- "Ceritakan apa peristiwa yang awak rasa sangat kecewa dan nasihat sikit :)"

Hmm.. Adalah satu peristiwa ni, berlaku dlm tahun ni gak, buat aku rasa kecewa dengan anak2 didik aku. Kalau tahun sebelum2 ni mereka di sekolah rendah, dengar cakap aku, tapi sejak dah masuk sekolah menengah ni, sikap mereka dah berubah. Pengaruh senior2 di sekolah menengah agaknya. Paling kecewa bila mereka dah mula buat hal sesuka hati. Tapi itulah, kuasa Tuhan, disebabkan tak mendengar kata & nasihat aku selama ni, ada yang ditimpa musibah di sebabkan kedegilan mereka. (Orang Sarawak kata, 'KETULAHAN')
Pengajarannya, buat anak2 muda di luar sana, lain kali, dengarlah nasihat cikgu anda ya.. hehe ~ PeACe

'FIRST GIVEAWAY BY ONITSUKAHANA'

Nak join GA pula kali ni. Hadiahnya khas untuk wanita, jd bolehlah aku berikannya pada kawan baik aku kalau ada rezeki menang hadiah tu.. hehe

Segmen GA ni simple jek. Cuma nyatakan warna kegemaran korang. Ok dengan ini aku nak umumkan, warna kegemaran aku adalah MERAH.

Kepada yang nak join tu, tarikh tutupnya ialah 31 Jan 2012~ ada masa lagi nak join nih

That's all 4 now. Thanks Onitsukahana ;D