e

Wednesday, February 1, 2012

February.. Restart Ur Life

Selamat tinggal Januari untuk tahun ni. Dalam masa yang cepat berlalu ni, aku rasa banyak impian aku yang belum tercapai di awal tahun 2012.. Hmm.. Sukarnya dalam beristiqamah.. Kena banyak muhasabah diri ni..

Okeh. Aku mulakan entri hari ini dengan segmen motivasi. Mungkin ramai di kalangan kita yang pernah mengalami kegagalan dalam hidup. Berasa kecewa dengan kehidupan yang lalu. Dan tak kurang juga ada yang masih meratap & menangisi kenangan silam.

Berbaloikah kita membazirkan masa yang ada sekarang ini untuk sesuatu yang telah lepas?

RESTART

Mulakan semula hidup anda. Lupakan apa yang telah berlaku selama ini. Bina kekuatan sekarang dengan IMPIAN anda untuk masa depan. Masih belum terlambat biarpun anda pernah berada dalam keadaan yang pesimis itu untuk satu jangka masa yang lama, kerana satu langkah lebih baik dari tidak melangkah langsung. Itu yang terbaik. Senyum sikit ('',)