e

Sunday, February 5, 2012

"1st year Ohsemm Anniversary - blog remyhazza"

Salam semua~ Petang ni Zam nak join satu segmen salah seorg rakan blogger yg baru Zam kenal~ Remyhazza. Dia ni kerap singgah & komen kat blog Zam sebelum2 ni, & Zam terjumpa segmen ni masa blogwalking tadi. Jadi, pada sesiapa yg berminat nak sertai, klik banner diatas untuk maklumat lanjut. Ada hadiah untuk mereka yang bertuah, k ;)

"Blog Remy ni banyak cerita sal diari hidup dia, & yg bestnye, same macam aku, blog dia banyak memaparkan gambar2 time dia jalan jalan cari makan. Hehe.. & dari komen2 yg dia selalu tinggalkan kat blog Zam, Zam dapat rasa dia ni seorang yang peramah."

Okeh~ Untuk segmen ni, Zam tag semua yg membaca entri Zam kali ini. Sudi2 kan lah ye :))

SALAM MAULIDUR RASUL: Kelebihan Berselawat Keatas Baginda Rasuluhlah Sallallahu Alayhi Wasallam

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah.” (Al Ahzab:21)


Salam Maulidur Rasul buat saudara Muslim ku semua. Dalam entri kali ini, Zam nak tekankan kelebihan utama berselawat. Maaflah terpanjang sedikit dari biasa, tapi Insya Allah, anda kebaikan yg hendak dikongsikan bersama ('',)

Sebelum itu, apakah itu selawat? Menurut istilah Kamu Bahasa Melayu, selawat ditakrifkan sebagai; "doa kpd Tuhan supaya dilimpahkan rahmat atas Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam."

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad ). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan." (Al Ahzab:56)

Sabda Nabi
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "

Salah satu kelebihan berselawat ialah mendapat syafaat, iaitu pertolongan dari Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam di hari kiamat kelak. Untung nasib kita di sana mmg tidak diketahui, biarpun kita seorang yg taat pada perintah & suruhan Allah SWT, itu belum tentu dapat menjamin nasib kita melainkan dengan rahmat Allah SWT semata. Salah satu cara memperoleh rahmat itu, ialah melalui berselawat (jadi jom kita selawat banyak2 lps ni!)

Satu amalan yg boleh dipraktikan dalam kehidupan seharian ialah, memulakan selawat ke atas Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam sebelum berdoa. Ini antara tips yg menarik untuk dikongsikan kepada anda semua, kerana Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda

"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi sallahu alaihi wassalam "

Lepas ni bolehlah kita tingkan mutu doa kita & disamping itu, moga2 kita beroleh syafaat yg kita idam2kan. Renung2kan, dan selamat beramal (^^,)

Kebahagiaan tak kan lari jauh dari kita..



Tiba2 aku leh terpikir ayat ni. Ermm.. Dalam kehidupan ni, biasalah kadang2 kita akan rasakan kekosongan & kekurangan pada diri. Mungkin saja ia disebabkan oleh ketidaksempurnaan kita. Manusia mana yang sempurna, tapi itu tak bermakna kita tidak boleh berusaha untuk mencapai impian dan mengatasi kekurangan itu, kan? Percayalah pada diri sendiri, kerana anda sebenarnya memiliki kekuatan untuk mengapai kejayaan yang anda sendiri tidak sedar selama ini!

I am Malaysian Cool Blogger


Thanks kepada Mr. E'raz Fadli yg tag Zam. Kepada yang lain, korang boleh klik banner di atas untuk sertai, k. Ini kriteria & hadiah yang akan diberikan :))
Pemilihan Pemenang :
~ Blog yang cool .
~ Blog yang tak serabut.
~ Blog yang ringan gila :P

Hadiah :
~ First Winner : Top up and Handphone Case with Handphone Strap
~ Second Winner : Handphone case with keychain and Brooch flower
~ Third Winner : Handphone strap with brooch flower

Zam tag 3 orang ni~
  • ARRA

  • AISYAH KZ

  • ERYATI
  • Segmen Salam Perkenalan Dari Miss Banu

    Klik banner di atas untuk maklumat, k ;)

    Selamat pagi semua~ Kali ni Zam join segmen dr Miss Banu lak. Penyertaan Zam dalam segmen kali ini adalah untuk menambahkan lagi kenalan blogger yg masih belum Zam kenal lagi di luar sana. Jadi pada yang berminat, korang bolehlah join gak, k ;)

    Pada para blogger yang pertama kali ke blog Zam, Salam Perkenalan! Blog Zam ini biasa2 saja, tapi harap korang akan sukakannya, k. Peace Be Upon You guys (^^,)