Tomodachi Sama

Saturday, February 18, 2012

Perhatian Kepada Pengguna Canon DSLR Di Sekitar Kuching!


Satu kursus fotografi anjuran Canon akan diadakan di Kuching pada hari Ahad minggu depan. Berikut adalah maklumat mengenai kelas tersebut~


Pada mereka yang berminat, korang leh klik gambar keratan di atas untuk maklumat lanjut. Tempat adalah terhad (30seat) & penyertaan akan ditutup pada 23 Februari atau sebaik saja seat habis dijual.

- KEPADA YANG BERADA DI SEMENANJUNG, KORANG JUGA LEH TENGOK JADUAL KURSUS KAT TEMPAT YG BERHAMPIRAN DENGAN KORANG DI LAMAN WEB YG SAME ;) -
[Dulu, Zam pernah sertai kursus asas, RM20 je untuk setengah hari, tapi ilmu & gift yang diperolehi memang berbaloi2 la ;) ]

3 Generasi Ultraman

Sesi latihan meng'fire' di sekolah

XP

Nasi Lemak Kampung Kelaweh..

Hari ni & esok, aku bertugas di asrama sbgi warden. Waktu sarapan pagi td, aku sempat menjamah sarapan simple~ roti kaya & air teh. Waktu2 mcm ni, tetibe teringat kat kesedapan nasi lemak yang aku pernah makan kat Kampung Kelaweh 2 tahun lepas (Perghh.. Lame giler aku tak makan nasi lemak yg sedap). Kat tempat aku tinggal skrg ni, susah sangat nak jumpa nasi lemak yg kena dgn selera aku mcm tu. Bukan ape, nasi lemak ni banyak variasi, kan. Bagi aku, kesedapan nasi lemak tu terletak pada sambalnya. Korang setuju tak? Kalau ikutkan selera aku, aku sukakan style Kelantan, sambal & ikan bilis dimasak sekali, & hasilnya tekstur ikan tu jadi lembut (kecur air liur aku ni).

Kalau kat Serdang (tempat aku membesar), kebanyakan nasi lemak yg dijual, sambal & ikan bilisnya dimasak asing2. Okey gak mkn nasi lemak dgn ikan bilis yg garing mcm neh, tp apepun aku tetap mengidam yg Kelantan nyer. Kat Sarawak lak, yg selalu aku jumpe~ sambal nasi lemak nye di blend bersama ikan bilis (kalau tak silap aku la), jadi korang tak kan jumpe ikan bilis sekor2. Sbgai ganti, diletakkan seekor ikan masin yg nipis. Huhu..

Pernah satu masa, time aku betul2 mengidam nk mkn nasi lemak dgn sambal yg aku suka, habis 1 Satok aku geledah. Frust gak la sepagi tu mencari, tapi xjumpe. Last2, aku terjumpa kat KFC! Caye tak? Itupun kebetulan, sbb ade dlm menu sarapan paginya, Nasi Lemak. Sambalnye mmg dimasak sekali dgn ikin bilis, tp apepun, masih tak leh lawan nasi lemak yang aku penah makan kat Kampung Kelaweh..

"Contest:TEKA-LAH by lyana kamal"

Salam & selamat pagi Sabtu semua. Entri hari ni dimulakan dengan contest dr Lyana Kamal. Syaratnye mudah, blogger cuma perlu meneka & akhir sekali tag dua orang rakan. Jadi untuk itu, jawapan Zam ialah soft toy berbentuk arnab.. (rasanyelah.. hehe)

Zam tag 2 blogger ini untuk join~ Shema & Rosmaniey :)

Friday, February 17, 2012

Fakta Tentang Kucing Yang Korang Tak Pernah Tahu (mungkin la..)

Aku terjumpa tentang maklumat ni di theoatmeal.com tadi. Sangat2 menarik untuk dikongsikan dengan pencinta kucing di luar sana ;)

Fakta 1: Rupanya bilangan jari kucing di kaki depan & belakang tak sama!

Fakta 2: Lidah kucing tak leh kesan rasa manis rupenye.. huhu

Fakta 3: Isaac Newton lah yang merekacipta pintu flap untuk kucing (rumah omputih biasa ada benda ni)

Fakta 4: Abraham Lincoln sgt gilerkan kucing


Fakta 5: Kucing ada kuasa ultrasonic!

Fakta 6: Kucing lari lebih laju dr korang.. Haha.. (Korang penah tak dpt tangkap kucing masa korang main kejar2 dgn dia? Tak kan.. hehe)

Segmen "TAMBAH FOLLOWER SAMPAI PENGSAN"

Terjumpa entri ni kat blog Razifredz sebelum g Jumaat tadi. Skrg baru ade kesempatan nak buat entri lepas keluar ke bandar tadi. Segmen ni senang je untuk dijoin. Untuk maklumat lanjut korang boleh klik banner di atas.

Jadi pada semua blogger yg berkunjung ke blog Zam dari segmen yg sama, Zam ucapkan selamat datang ;) Jemputlah baca entri yg ditulis, manalah tahu kot2 ada yang sama dengan minat korang, k :)) PeACe~

Anna Althafunnisa di hati saya

Para peminat KCB atau sesiapa yang pernah menontonnya pasti kenal dengan heroin filem ini~ Anna Althafunnisa atau nama sebenarnya Oki Setiana Dewi. Mungkin juga, ramai yg meminatinya kerana tertarik dengan perwatakkan & tutur katanya yang lemah lembut (begitu juga dengan Zam).
Di bawah ini ialah salah satu adegan dari filem KCB yang melibatkan Anna yang paling Zam suka. Imej yang ingin disampaikan jelas menunjukkan bagaimana seorang wanita menangani isu yg sering dimomokkan secara berhikmah & bijaksana.

Aku terpesona dengan kesantunan & keayuan yg ditunjukkan oleh Anna dlm filem ini..

Oh ya. Zam dapat tahu dari Kak Chik menerusi blognya Keluargaku Sayang, Oki Setiani Dewi bakal berkunjung ke Kelantan & akan hadir di Kelantan Trade Center pada 9 Mac 2012 jam 9.00 malam untuk 1 pogram khas~ Bicara Selebriti (Siri 4). Kalaulah Zam berada di sana waktu itu, boleh lah Zam mengenalinya dengan lebih dekat lagi..

Thursday, February 16, 2012

BEST PHOTO CONTEST by Akin Amar ('',)

Zam dijemput untuk sertai contest dari Cik Akin Amar pula kali ini. Syarat pertandingan ialah blogger harus mengetengahkan gambar yang dirasakan paling best & yang menggembirakan.

Jadi, selepas menggodak2 folder2 yg ada dalam simpanan selama ini, Zam buat keputusan untuk memilih gambar ini~

Seterusnya, melengkapkan slogan ini~ “ Saya rasa gambar saya best kerana... ”

Saya rasa gambar saya best kerana di dalamnya terpancar keseronokan mereka sewaktu melakukan aktiviti ini bersama rakan sekelas

Untuk contest ni, Zam nak ajak 3 blogger ini untuk join sama (^^,)

Nia Lidia / Aishah Kz / Atie Iskandar

SEGMEN: BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?


Salam & selamat petang semua (^^,) Kali ni Zam menyempatkan diri lagi untuk menyertai segmen dari Ben Ashaari. Kalau tengok di bloglist yang ada di kanan & kiri blog Zam sekarang ni, ramai juga rakan2 blogger yang join segmen ni. Jadi Zam pun tak mahu ketinggalan menyertainya.

Kenapa Zam perlukan kritikan anda?

Insya Allah, Zam harap dengan kritikan dari blogger semua, Zam dapat jadikan ia sebagai panduan untuk memperbaiki mana2 kelemahan yang ada sepanjang ber'blog ni. Mungkin ada yang tak kena di mata anda yang tidak Zam sedar selama ni. Ada masanya, individu lain dapat menilai kita dengan lebih baik, kerana adakalanya penilaian dari diri kita sendiri disertai dengan rasa ego. Dengan cara itu, Zam harap Zam dapat menambah baikkan lagi blog Zam ni di masa akan datang. Peace (^^,)

Penenang Hati..



Kadang2 kita rasa resah & serba tak kena, bagai ada kesusahan yang kita sendiri tak pasti. Ada baiknya, dalam keadaan begitu, kita banyakkan istighfar & muhasabah diri semula. Mungkin ada salah silap kita dimana2. Renung2kan, k :)

Wednesday, February 15, 2012

Cinta Pertama.. Masih kah anda ingat lagi?

"Kat mana cinta pertama korang sekarang ni ek. Korang ingat kat dia lagi tak? Atau mungkin, cinta pertama tu lah suami/isteri korang sekarang ni?"

Saje je nak tulis entri sal ni. Bukan apa, masa melayan perasaan kat youtube td, tetibe terlintas nak cari balik lagu First Love dari Utada Hikaru. 1st time dengar lagu tu masa zaman sekolah menengah dulu. Terus suka walaupun tak faham bahasa Jepun, & ayat yg aku tak leh lupa dr lagu tu - "You're always gonna be my love.." (lagu ni ada selitkan bahasa Inggeris sikit2).

Aku tak jumpe VC Utada Hikaru yg asal td, tp versi bahasa Inggeris ni pun best gak. Kalau korang hayati lirik dgn iramanya betul2, mmg 1 gabungan yang terbaik lah.. Layan~

Bagaikan di Taman BeBear~


Teringat masa kempunan nak makan apam lady bird tu. Ni satu lg gambar yg Zam ambil masa Majlis Pertunangan Aisyah Kz. Hantaran dia penuh dengan BeBear kecil ni ;)

wordless wednesday

Tuesday, February 14, 2012

CONTEST THE MOST FABULOUS BLOG


Terjumpa contest ni tadi di blog Cik Anis. Menarik gak hadiahnye ni. Jadi pada sesiapa yang berminat, boleh klik banner di atas untuk mengetahui syarat2nya k ;)

BLOGLIST PUTERI KASIH


Salam & Selamat Petang. Kali ni Zam dijemput oleh blogger Puteri Kasih untuk sertai bloglistnya. Jom2 semua ;)


"SAYA NAK MENJADI SAHABAT PUTERI KASIH"

Aku Kempunan..


ape kes??

Contest "LIKE DAN FOLLOW" - Gallery aNNA-JuEaNNa


Kadang2, aku mencari kegembiraan dgn menulis blog. Kiranya itu salah satu cabang untuk aku melupakan benda2 tak best & menghiburkan aku. Kalau tak ada idea untuk menulis entri, aku akan penuhkan kekosongan tu dgn menyertai contes/segmen mcm ni. Jadi pada blogger2 di luar sana, korang dialu alukan utk join contest ni gak, k. Syaratnye mudah je ;)

Shidasyakirin Giveaway



Zam di tag oleh Adik Nia Lidia untuk join segmen ni. Jadi pada semua yg nak join, sempat lagi ni~ Jom2

Kalau dapat hadiahnya, Zam nak bagi anak buah Zam :)

Contest Header Paling Comel/Smart


Salam & Selamat Pagi semua. Hari ni aku nak join contest ni lak. Klik banner di atas untuk info, k. Mudah je nak join ;)

-setiap kali pulang ke semenanjung, aku suka duk kat seat A @ F. Boleh tengok pemandangan di luar tingkap pesawat & ambil gambar. Header tu, masa aku balik KL bulan 4 tahun lepas-

Monday, February 13, 2012

Tersuka lagu Korea ni lak

Skrg ni aku suka sgt pasang chanel Hitz 703 705 kat Astro, saja nak layan lagu sampai tertidur. & tetibe 1 malam aku terdengar lagu artis Korea ni. Dah lama aku suka lagu ni, cume tak tahu tajuk je masa tu nak cari. Tapi versi yg aku dengar malam tu versi bahasa Jepun. (biasa dah artis Korea tembusi pasaran Jepun dgn mengalih bahasakan lagu diorang). Memang lentok je dengar time nak tido :)



Ni versi Korean yang asal~



Tp apepun, aku sukekan Japanese version lagi kot. Hehe.. Bukan ape, aku lebih terbiasa dgn bahasa Jepun dr Korea.. ;p

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU


Aku cuba mencuri masa di dalam kesibukan aku untuk menyertai segmen ni. Secara ringkas, korang kena ceritakan kelebihan blog masing2 bagi menyatakan kenapa blogger lain harus membaca blog korang.

Oh. Harus atau tidak, itu pilihan masing2 :) Cume apa yg aku cuba tampilkan di dalam blog ini, harap2nya dapat menarik perhatian & memberi pengalaman baru kepada pembaca. Kisah2 yang dipaparkan di dalam blog ini terdiri daripada pengalaman aku sendiri sepanjang mengajar di sebuah sekolah khas, pengalaman2 baru sepanjang berada di tempat orang, & banyak juga mengisarkan ttg hobi aku~ fotografi. Oleh kerana aku sangat suka berIGIMINASI, aku luahkan & lontarkan imiginasi itu menjadi realiti dalam kehidupan seharian aku~

1. Aku suka hasilkan kesan bokeh dlm fotografi. Ini bukanlah satu hasil photoshop, tapi ianya dihasilkan secara manual. Berikut adalah salah satu entri aku yg melibatkan kesan khas bokeh ini (klik gambar untuk membaca entri tersebut.)


2. Adakalanya, murid2 menjadi mangsa & tempat aku meluahkan & menterjemahkan imiginasi aku tu. Hehe. (klik gambar untuk membaca entri yg dimaksudkan)


dan ini juga.. ;p
3. Ini salah satu lagi medium aku untuk mengembangkan minat & imiginasi aku~ POLYVORE. Mungkin ramai yg tak tahu tentang laman web ini. Kat sana, korang boleh pilih & susun atur serta mereka/mencipta sendiri padanan2 fesyen yang korang mahukan. Di bawah ini adalah salah satu rekaan & entri aku berkaitan Polyvore. (Thanks to Kak Chik yang memperkenalkan aku kpd Polyvore ini)


4. Time aku kejiwangan, siaplah.. Akan keluar lah ayat2 falsafah cinta rekaan aku sendiri yang sebenarnya tak pernah langsung bercinta. (Er.. Falsafah ke falsampah? heh2)


5. Kalau korang tgk kat bahagian labels, blog aku ni paling banyak ceritakan ttg makanan. Macam blog jalan2 cari makan la pulak. Mungkin korang akan jumpa makanan2 yang tak pernah korang jumpa dalam blog ni~


Thats all ;) Sebenarnya dah terlebih dari ringkas ni. Tapi sekali sekala dgn niat mempromosi blog, tak apa kan? Ngee X)

Alhamdulillah~ Top 2 Winners for Picture of The Year 2011 Contest by Mohd Khadhari :))

Thanks kepada adik Nia Lidia yang maklumkan kepada Zam tentang ni. Serius, aku terlepas pandang ttg pengunguman ni malam td!

Jutaan penghargaan & berbanyak2 terima kasih kepada ANDA (BLOGGER2 & RAKAN2 FB) yang mengundi gambar Zam untuk contest nih di page Mohd Khadhari! Gambar yg diketengahkan Zam di umumkan sebagai Top 2 Winners utk contest tu. Gembira & Terharu sangat2 bila tgk undian2 korang masuk. Tak tahu nak kata apa bila korang bagi support yang berterusan pd Zam sejak entri sal contest ni ditulis sebelum ni. Apa yang mampu Zam ucapkan disini, jasa korang semua mmg Zam hargai & kenang sgt2! Terbaek la korang!~~ huhuhu (mode:terharu sgt2)

Sunday, February 12, 2012

Terima Kasih Untuk 30 Minit yg Menghiburkan


Episod ni dah lama keluar, tapi aku baru berpeluang menontonnya di TV3 tadi. Terhibur juga hari Ahad aku yg agak bosan. Hehe. Pendapat aku ttg animasi ni, memang terbaik~ & kenapa animasi ni begitu menarik hati ramai peminat di Malaysia, aku boleh simpulkan (ikut pendapat aku lah, pendapat orang lain mgkn tak sama). Gabungan unsur2 berikut mungkin penyebabnya.

1. Pergerakan animasi yg smooth. Cantik. Tak tersekat2
2. Idea pertukaran tahap kuasa~ jadi makin kuat (Idea ni mmg dpt menarik minat pembaca dlm komik2 Jepun mcm Dragon Ball, One Piece, Bleach dll)
3. Design watak2 yang cun.
4. Unsur lelucon/komedi yg diselitkan mmg menjadi.


Episod terakhir yang aku tgk tadi. Memang terbaek la~

Murid Jadi Mangsa Imiginasi Aku


Minat aku kat hero kat atas tu sampai terbawak2 dalam kelas Seni aku. Bukan apa, mengajar seni untuk murid2 bermasalah penglihatan ni perlukan daya imiginasi sikit, sbb tak berapa sesuai kalau nak mengajar melukis & mewarna untuk diorang.

Tapi entahlah mcm mana, dari belalang, tibe2 topeng tu leh jadi..


Semut! Hehe.. Kesian gak kadang2 bila diorang ni kena jadi bahan eksperimen untuk imiginasi aku mcm ni ;p

Whitney Houstan Found Dead at 48


Whitney Houston, the iconic American singer whose battles with drugs, alcohol and ex-husband Bobby Brown marred her star power, has died. She was 48.

Houston's publicist confirmed the singer's death to ABC News. The cause of death is not yet known.

Aku dpt tahu dr Berita Terkini td.. Terkejut la jugak. Punca sbnr masih belum diketahui.. Tp ada dinyatakan mungkin dr kemurungan yg dialaminya. Hmm.. Kpd pmbaca di luar sana, jgn lah murung2 ae.. Happy2 kan diri anda sokmo biarpun ada masalah. Cari lah sesiapa untuk membantu anda.. PeACe~

"SAYA BLOGGER BAHARU FASA 2"



Di tag oelh Mr. E'raz Fadli untuk sertai segmen nih :) Jadi turn Zam pula tag 3 blogger ;)

ERYATI - SYUHADA NASYA - GADIS KASUT CONVERSE

KAWAN-KAWAN! ZAM PERLUKAN BANTUAN ANDA!

Ini adalah STICKY ENTRY sehingga 12 FEBRUARI ;)

Salam semua (^^,) Harap korang sihat & ceria selalu. Januari lepas, Zam ada sertai satu contest dari seorang blogger yang merupakan pelajar perubatan kita di Moscow~ Mohd Khadhari. Dan apa yang Zam dapat tahu dari saudara Khadari ni semalam, gambar yang diketengahkan oleh Zam untuk Pictures Of The Year 2011 Contest tu tersenarai dalam Top 20 dari 97 peserta! Alhamdulillah.. syukur sangat2! Jadi, untuk mendapat 2 tempat teratas sebagai pemenang Pictures Of The Year 2011, Zam perlukan support dari korang sgt2.



Inilah gambar Zam yang mendapat tempat di hati juri untuk Top 20. Seterusnya, gambar yang akan dinobatkan sebagai pemenang akan ditentukan dari BILANGAN UNDIAN PALING BANYAK di PAGE khadhari.blogspot.com.

Justeru, Zam harap, korang dapat menolong Zam kali ini dengan mengundi gambar Zam di SINI. Apa yang perlu dibuat hanyalah dengan menekan butang 'LIKE'.

Hari terakhir mengundi adalah pada 11 hb Februari & keputusan rasmi akan dikeluarkan pada 12 Februari. Jadi, besarlah harapan Zam agar korang dapat membantu Zam untuk contest ni. Jasa baik korang memang Zam hargai sangat2!

THANKS~!! (^^,)


97 gambar yang dipertandingkan untuk contest ini.

SEGMEN : JOM BLOGWALKING RERAMAI BY ANEM


Sertai segmen ni pula. Syaratnya mudah saje, ceritakan tentang blog masing2. Jadi, kpd blogger semua, Blog Zam ni banyak berkisarkan tentang kehidupan Zam sebegai seorang guru Pend. Khas di Kuching, & banyak tertumpu pada apa yg Zam suka lakukan~ Fotografi. Insya Allah, korang akan temukan perkara yang menarik di blog Zam ni ('',)

Untuk join segmen ni, Zam tag Aisyah KZ :)