
Aku cuba mencuri masa di dalam kesibukan aku untuk menyertai segmen ni. Secara ringkas, korang kena ceritakan kelebihan blog masing2 bagi menyatakan kenapa blogger lain harus membaca blog korang.
Oh. Harus atau tidak, itu pilihan masing2 :) Cume apa yg aku cuba tampilkan di dalam blog ini, harap2nya dapat menarik perhatian & memberi pengalaman baru kepada pembaca. Kisah2 yang dipaparkan di dalam blog ini terdiri daripada pengalaman aku sendiri sepanjang mengajar di sebuah sekolah khas, pengalaman2 baru sepanjang berada di tempat orang, & banyak juga mengisarkan ttg hobi aku~ fotografi. Oleh kerana aku sangat suka berIGIMINASI, aku luahkan & lontarkan imiginasi itu menjadi realiti dalam kehidupan seharian aku~
1. Aku suka hasilkan kesan bokeh dlm fotografi. Ini bukanlah satu hasil photoshop, tapi ianya dihasilkan secara manual. Berikut adalah salah satu entri aku yg melibatkan kesan khas bokeh ini (klik gambar untuk membaca entri tersebut.)

2. Adakalanya, murid2 menjadi mangsa & tempat aku meluahkan & menterjemahkan imiginasi aku tu. Hehe. (klik gambar untuk membaca entri yg dimaksudkan)

dan ini juga.. ;p
3. Ini salah satu lagi medium aku untuk mengembangkan minat & imiginasi aku~ POLYVORE. Mungkin ramai yg tak tahu tentang laman web ini. Kat sana, korang boleh pilih & susun atur serta mereka/mencipta sendiri padanan2 fesyen yang korang mahukan. Di bawah ini adalah salah satu rekaan & entri aku berkaitan Polyvore. (Thanks to Kak Chik yang memperkenalkan aku kpd Polyvore ini)
4. Time aku kejiwangan, siaplah.. Akan keluar lah ayat2 falsafah cinta rekaan aku sendiri yang sebenarnya tak pernah langsung bercinta. (Er.. Falsafah ke falsampah? heh2)

5. Kalau korang tgk kat bahagian labels, blog aku ni paling banyak ceritakan ttg makanan. Macam blog jalan2 cari makan la pulak. Mungkin korang akan jumpa makanan2 yang tak pernah korang jumpa dalam blog ni~

Thats all ;) Sebenarnya dah terlebih dari ringkas ni. Tapi sekali sekala dgn niat mempromosi blog, tak apa kan? Ngee X)