e

Friday, February 17, 2012

Fakta Tentang Kucing Yang Korang Tak Pernah Tahu (mungkin la..)

Aku terjumpa tentang maklumat ni di theoatmeal.com tadi. Sangat2 menarik untuk dikongsikan dengan pencinta kucing di luar sana ;)

Fakta 1: Rupanya bilangan jari kucing di kaki depan & belakang tak sama!

Fakta 2: Lidah kucing tak leh kesan rasa manis rupenye.. huhu

Fakta 3: Isaac Newton lah yang merekacipta pintu flap untuk kucing (rumah omputih biasa ada benda ni)

Fakta 4: Abraham Lincoln sgt gilerkan kucing


Fakta 5: Kucing ada kuasa ultrasonic!

Fakta 6: Kucing lari lebih laju dr korang.. Haha.. (Korang penah tak dpt tangkap kucing masa korang main kejar2 dgn dia? Tak kan.. hehe)

Segmen "TAMBAH FOLLOWER SAMPAI PENGSAN"

Terjumpa entri ni kat blog Razifredz sebelum g Jumaat tadi. Skrg baru ade kesempatan nak buat entri lepas keluar ke bandar tadi. Segmen ni senang je untuk dijoin. Untuk maklumat lanjut korang boleh klik banner di atas.

Jadi pada semua blogger yg berkunjung ke blog Zam dari segmen yg sama, Zam ucapkan selamat datang ;) Jemputlah baca entri yg ditulis, manalah tahu kot2 ada yang sama dengan minat korang, k :)) PeACe~

Anna Althafunnisa di hati saya

Para peminat KCB atau sesiapa yang pernah menontonnya pasti kenal dengan heroin filem ini~ Anna Althafunnisa atau nama sebenarnya Oki Setiana Dewi. Mungkin juga, ramai yg meminatinya kerana tertarik dengan perwatakkan & tutur katanya yang lemah lembut (begitu juga dengan Zam).
Di bawah ini ialah salah satu adegan dari filem KCB yang melibatkan Anna yang paling Zam suka. Imej yang ingin disampaikan jelas menunjukkan bagaimana seorang wanita menangani isu yg sering dimomokkan secara berhikmah & bijaksana.

Aku terpesona dengan kesantunan & keayuan yg ditunjukkan oleh Anna dlm filem ini..

Oh ya. Zam dapat tahu dari Kak Chik menerusi blognya Keluargaku Sayang, Oki Setiani Dewi bakal berkunjung ke Kelantan & akan hadir di Kelantan Trade Center pada 9 Mac 2012 jam 9.00 malam untuk 1 pogram khas~ Bicara Selebriti (Siri 4). Kalaulah Zam berada di sana waktu itu, boleh lah Zam mengenalinya dengan lebih dekat lagi..