Tibe2 kepala ni sakit bila terkenangkan banyak urusan & kerja yang perlu diselesaikan dalam minggu ni. Terkejar2 jugalah. Mana taknya, semua wajib diselesaikan & dalam masa yang sama jadual kokurikulum di sekolah agak padat. Duty sebagai warden asrama lagi, dgn kerenah pelajar yang memeningkan. Aduhai..
Dalam keadaan macam ni, perkara pertama yg perlu dibuat ialah tenangkan fikiran. Kemudian, adalah penting untuk mengatur strategi, menyusun perancangan dengan membahagi2kan kesemua tugasan yg perlu disiapkan dalam minggu ini berdasarkan keutamaan & mengikut ruang2 masa yang ada. Misalnya tugasan A harus disiapkan esok, tugasan B perlu dibereskan lusa, & begitulah seterusnya. Cuba cari ruang & kesempatan yg ada, biarpun terpaksa mengorbankan aktiviti rutin yg lain. Insya Allah, anda akan berasa lega dengan berbuat demikian. :))