e

Thursday, March 1, 2012

14 Ciri Sahabat Baik ;)



Rata2 manusia, tak kira usia, pasti mempunyai seorang kawan karib. Dialah teman waktu susah & senang, tempat berkongsi kegembiraan & mengadu kemashalatan hidup. Rakan baik tidak semestinya harus mendampingi anda setiap waktu, walaupun berjauhan beribu batu, istilah itu tak pernah luput.

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

Mengkagumkan~! Gua-Gua Tercantik Di Dunia~

Terbaca tentang gua2 ni tadi di Metro. Menakjubkan, bukan? Bagaimana struktur dalaman gua boleh terbentuk indah sedemikian rupa ;)

UNIK...Fingal digelar gua melodi kerana ia menghasilkan gema gelombang bunyi yang menakutkan.

LAMA...pengunjung dapat melihat beberapa perkataan yang ditulis menggunakan dakwat di zaman Dinasti Tang di gua The Reed Flute.

GUA EISRISENWELT...gua ais paling besar di dunia.

TENANG...air jernih di dalam gua Onondaga cukup menyenangkan.

PANJANG...Gua Lechuguilla adalah gua kelima terpanjang di dunia.

CANTIK...Gua Phong Nha adalah gua terbesar di Vietnam dan Warisan Dunia Unesco.

spontaneous Thursday: Dah 1 Mac pun..


Macam baru2 ni je aku tulis entri ttg masuknya Februari. Sekarang dah Mac pun.. Cepat betul masa berlalu. Hmm.. Mcm banyak je perkara dalam hidup ni yg aku belum capai, termasuklah dari apa yang aku azamkan masa awal tahun hari tu.. Mungkin aku tak istiqamah betul2 dalam usaha untuk mencapai apa yang aku inginkan. Mungkin juga aku tak serius.. Ya Allah.. Bantulah hambamu ini..