e

Sunday, March 11, 2012

Setahun Berlalu: Jepun- Semasa & Selepas Tragedi

-dari koleksi gambar tahun lepas-

11 Mac~ Hari ini, genaplah setahun tragedi tsunami menimpa Jepun yang menggemparkan seluruh dunia pada Mac 2011. Apa yang ingin dikongsikan dalam entri kali ini ialah gambar2 semasa & selepas tragedi itu di wilayah2 yang teruk dilanda tsunami.















Apepun, semangat kebangkitan rakyat Jepun yang kuat dapat dilihat dari gambar2 ni, kan..

Adik ni nama je perempuan, tapi main robot!

Alhamdulillah, aku selamat mendarat di LCCT pukul 4petang semalam. Tapi sakit gigi sejak bbrp hari lalu ni tiba2 jadi semakin teruk. Sebelah mukaku terasa sakit & berdenyut2. Terus ayahku membawa aku ke farmasi sejurus aku tiba di stesen ERL Putra Jaya~ membeli ubat tahan sakit & tahan bengkak. Mujur, ubat gigi Sensodyne jadi penyelamat keadaan. Bagaikan ubat mujarab, gigi ku tak terasa sakit lagi. Terus, selepas memberus, aku boleh menikmati macam2 hidangan yang tersedia waktu aku sampai ke rumah. Kebetulan, makcik ku dtg bertandang waktu tu, jd rumah kami meriah dgn makanan~ Laksa & Laksam Kelantan, Kuih Akok & Akok berlauk, Puding Roti, Nasi Berlauk, Roti Nan & Roti Canai.. Perghh.. Lama tak makan besar mcm ni.. Hehe.. Itu belum lagi aku keluarkan Kek Lapis Oreo & Mee Kolok dari Kuching.. Kekenyangan betul aku waktu tu.

Aktiviti pertama yang aku buat setiap kali sampai ke Serdang, seperti kebiasaannya~ memandikan anak2 buah aku. Yang si tengah tu senang je diajak, tapi yg sulung tu, kene berkejaran dulu dgn dia baru dapat. Itupun lepas aku tangkap & cempung dia ke bilik air. Kemudian, layan diorang bermain. Oh ya. Nampak je muka aku dr dalam kereta waktu mula2 sampai td, terus mereka melaung minta diberikan mainan robot. Mmg aku ada simpankan di Serdang untuk mereka bermain, tapi masa aku ada di Serdang je lah. Kalau aku balik ke Kuching semula, mainan2 tu aku simpan & kuncikan dalam laci. Kalau tidak, hancurlah wei..


"Adik ni perempuan, tapi main robot" kataku bila tengok telatah dia berimiginasi dgn robot2 tu. "Biarlah" jawabnye.. Amboiii.. Hehe.. Ye tak ye jugak, kami tak pernah belikannya Barbie. Jadi mana yg ada, asalkan permainan, boleh je. Tapi tak tahan mereka mesti berebut walaupun robot tu banyak. "Adik nak robot buaya" "Abang nak gajah!"

Petang, waktu mereka menonton Hantu Kak Limah (walapun dah berulang2 kali tengok), tetiba si abang yang baru darjah 1 tu minta mee maggi. Dia terliur tengok si Johan & Usop Wilcha dlm cite tu makan maggi rasanya. Sorry to say, rumah kami takde stok maggi. Tetibe teringat kak Mee Kolok mentah yg aku bawa balik. "Ayah Ngah masak mee, nak?" "Ayah ngah pandai masak ke? Macam tak tahu je" Tanya si abang. Alaa.. ape susah.. celur je dengan air panas mee tu.. Sup Daging dah ada, memang sengaja mak aku pesan kat ayah sebelum tu supaya beli lebih sup daging di kedai, sbb aku dah bagitau awal2 aku nak bawa balik mee kolok. Dah siap, mmg berselera makan ;9

Contest Aku Suka Makan Coklat!!


Buat peminat coklat di luar sana, anda patut sertai contest ni, sebab manalah tahu, kalau anda yang bertuah, anda akan dapat hadiah homemade coklat dari blogger ini. Untuk maklumat lanjut & kalau anda nak tahu hadiahnya, sila klik banner di atas k.

Coklat ni memang menjadi kegemaran aku sejak kecil. Tak kiralah ia dijelmakan dalam bentuk kek atau aiskrim, memang aku akan menyukainya. Aku sukakan coklat kerana rasanya yang unik, & kekadang waktu menikmatinya, aku rasa rilek sangat. (kadang2 juga, rasa bahagia semacam je makan coklat..memang best!) Teringat masa kecil, kawan ayah pernah hadiahkan ayah coklat yg mahal, jadi kami adik beradik berpeluang menikmatinya. Kalau tak silap itulah coklat pertama tersedap yang aku mula2 makan.

Setiap kali ke Langkawi, coklat2 ni lah yg selalu membuatkan aku menjadi gila. Gila sebab rambang mata & kecanduan yang teramat pada coklat, nak2 lagi harganya murah di sini. Jadi aku suka membelinya bukan sahaja untuk diri sendiri, tapi juga untuk teman2 rapat aku.




Pernah aku berhabis ratusan ringgit untuk coklat2 ni di Langkawi. Tapi macam yang aku beritahu tadi, ini bukan untuk saja diri sendiri. Aku tak lupa kirimkan coklat2 ni untuk kawan2 rapat aku :))

Untuk contest ni, aku tag mereka bertiga~
E'raz Fadli
Aisyah KZ
Nia Lidia

MegaGiveAway By Penmerah.com


Zam tag mereka untuk join segmen dari Pen Merah nih ;)
Diyana
Reenee
Shazie

Sahabat Katak Comel.


Segmen seterusnya selepas sarapan pagi Sahabat Katak Comel. Kali ni Zam tag Aisyah KZ untuk join. Pada yg lain, anda pun dijemput sama ;)

"WANTED : Blog link for Khumaera Ismail bloglists siri 4"



Segmen ke3~ Cik Maera mencari2 blog2 best untk diletakkan dalam blog list nye. Jom join! Simple jek, & korang leh klik banner di atas utk dapatkan maklumat lanjut ;)

SEGMEN AY DAN RR


Segmen kedua untuk hari ni. Mudah & simple jek. Jom2 join. Klik banner diatas untuk maklumat lanjut ;)

" Segmen : PROMOTER FOLLOWER BLOG "


Salam & selamat pagi Ahad semua~ Jom join segmen simple ni sambil tunggu sarapan pagi siap.. hehe. Klik banner untuk info selanjutnya ;)