Tomodachi Sama

Sunday, March 18, 2012

Segmen Mari Berkawan + Follow By Cik Fiza


Segmen yang ketiga disertai malam ini. Jom support blogger baru kita Cik Fiza nih ;)

Pada yang pertama kali ke blog Zam ni, Selamat Datang Zam ucapkan! Take your time to explore it, ok (^^,) Zam suka berblogging kerana dengan cara ini, Zam dapat kongsikan pengalaman Zam dengan korang & dalam masa yang sama, Zam dapat sibukkan diri & lupakan kejap masalah2 dunia yang menghantui.. hehe

Zam tag mereka bertiga untuk join~ Aisyah KZ, Nia Lidia & Arra Ahmad ;)


ENTRI BEST: MACAM MANA NAK JADI LELAKI KACAK?

BCR Kontest 2# | How I Met BCR


Salam & Selamat Malam semua. Segmen ke 4 yang Zam join hari ni. Peserta diminta untuk menceritakan sejarah bagaimana mereka boleh bertemu BCR.

Serius, aku baru mengenali BCR ni melalui Muntotunggek bila dia tag aku untuk join segmen ni. Alamak.. Ade can ke nak menang nih.. Baru beberapa saat je mengenali BCR, tibe2 nak join gak.. huhu.. Lagipun hadiah CAMERA STRIP dari Warung Photography ni sangat menarik hati! Bagai orang mengantuk disorongkan bantal.. Baru je semalam aku tengok ramai yang pakai benda ni untuk kamera diorang Kat Pesta Belon Udara Panas Putra Jaya.. Rasa nak je 1.. Tahu2, ade lak segmen yang menawarkan hadiah tu.. Jadi, kalau diberikan peluang, aku nak sangat menang camera strip ni (sambil guling2, boleh? hehe)


Untuk segmen ni, Zam tag: E'raz Fadli, Aisyah KZ, Nia Lidia :)

Bila Ben Ashaari tanya aku..


Segmen terbaru dari Mr. Ben. Pada yang berminat, masih ada sejam lagi sebelum segmen ni ditutup (pukul 10 malam ni). Dalam segmen kali ni, Mr. Ben tanya Apakah perkara yang paling membosankan anda bila dengar ESOK SEKOLAH ? Mengapa ? “

Hermm.. Letihnya rasa bila mengenangkan esok nak masuk kerja balik.. Bukan apa.. Sebab Zam ni baru je balik bercuti di semenanjung selama seminggu, jadi mood cuti tu masih tak hilang lagi.. Rasa macam tak puas je bercuti.. Alih2 dah ada semula kat Kuching semalam.. Huuuu.. Demi tugas & tanggungjawab, terpaksalah gagahkan diri juga, kan?


ENTRI BEST: MACAM MANA NAK JADI LELAKI KACAK?

SEGMEN TAMBAH KAWAN


Salam & selamat malam semua~ Jom join segmen ni kalau korang semua tengah free ;)
Thanks to Arra Ahmad for this segment

Jaclyn Victor VS Anuar Zain!

Semalam, ketika pulang dari Putra Jaya, aku layan lagu Sedetik Lebih versi Jaclyn Victor waktu AJL ni. Tiba2 ayat 'ternyata ku perlukan CINTA' tu melekat & terkesan di hati aku. Sebelum ni, aku selalu dengar lagu ni, tapi tak terlalu tumpukan pada liriknya. Apapun, jom layan kedua2 versi lagu ni dari penyanyi asalnya Anuar Zain & juga Jaclyn Victor ;)



Saat Entri Ini Di Publish, Aku Mungkin Sedang Dilanda Kebosanan Dalam Flight!


Aku pulang ke Kuching malam ni dari LCCT. Walaupun cuti sekolah masih ada sehari lagi esok, tapi aku kena balik malam ni juga. Esok ade kelas di OUM.. Sengaja aku amik flight lewat malam sbb prinsip aku bila bercuti, mesti habiskan masa sebanyak mungkin ketika berada di Semenanjung.

Hmm.. Entah apalah aku tgh buat skrg ni dalam flight. Mesti dilanda kebosanan yang amat sangat selama 2jam.. Paling tidak pun, aku tidur je kot.. Belek2 majalah & katalog dalam flight dulu ke.. Kalau ada kawan berborak kat sebelah, best gak.. Tapi, kalau awek duk kat sblh, mcm mn? Korang rasa aku akan tegur tak? Haha

Apapun buat pmbaca blog Zam, Selamat Malam & Selamat Berhujung Minggu, k ;)

Saturday, March 17, 2012

Ternyata Ku Perlukan CINTA


Semua insan memerlukan cinta. Tiada siapa pun terkecuali. Kerana cinta jugalah, kita wujud. Tapi ada tak, di dalam dunia ini insan yang tidak layak bercinta?

(PS: Gambar ni aku ambil di depan gate 4 di balai berlepas LCCT sebelum kul 10 tadi. Kesan bokeh berbentuk LOVE tu aku hasilkan dengan 'filter' lensa kamera buatan sendiri.. Bukan photoshop ae.. hehe.. Yg lain, mcm tulisan & efek 1960 + vibrance, aku gunakan Picnik)

Cinta Harus Memiliki

Waktu pulang dari Putra Jaya tadi, abang aku mainkan lagu ni dalam kereta. Sebenarnya ini kali pertama aku dengar lagu ni, & masih cuba mencari feel untuk meminati lagu ni. Sebabnya, aku tertarik dengan sepotong ayat dr liriknya~ "Sejauh ku berlari Meninggalkan dirimu"
Apapun jom layan lagu nih sama2 ;)



(aku menulis entri ni dalam gegar bas menuju ke LCCT.. Nak balik Sarawak dah malam ni.. Jadi lirik yang aku suka tu mmg ada kaitan dgn aku la hari ni.. hehe)

MACAM MANA NAK JADI LELAKI KACAK?


Salam Semua~ (^^,) Dalam entri kali ni, Zam nak kongsikan dengan korang cara menjadi seoarang LELAKI KACAK. Macam mana? Ada sesiapa yang berminat tak??

OOH.. PADA MEREKA YANG MERASAKAN DIRINYA TIDAK KACAK,
JANGAN TINGGALKAN BLOG INI DULU- KERANA SESIAPA SAJA BOLEH MENJADI KACAK KERANA KEKACAKAN SESEORANG ITU BUKANLAH HANYA TERLETAK PADA RUPA PARAS YANG ELOK!


Jadi, anda ingin tahu bagaimana untuk menjadi lelaki kacak? Mari saya beritahu sesuatu: Anda tidak keseorangan!

Sebagai lelaki, adakalanya kita merasakan yang diri kita ini tidak cukup menarik . Semua lelaki di dalam dunia ini, pada 1 tahap~ mereka menginginkan diri mereka tampak kacak atau berasa diri mereka kacak!!

Setuju atau tidak, penampilan kita memberikan pandangan yg baik atau tidak pada semua orang yang berinteraksi dgn kita, termasuklah wanita yang anda minati.

Sekarang, adakah anda sudah sedar akan kepentingan menjaga penampilan diri?

Bagus! Kerana disini anda akan temui langkah mudah & praktikal yg dapat membantu meningkatkan bukan sahaja penampilan anda malah keyakinan diri anda juga!

JADI BAGITAHU KAMI, APA SAYA PERLU BUAT UNTUK MENINGKATKAN PENAMPILAN SAYA?

Pertama, anda perlu jelas yang menjadi kacak bukan saja semata2 lahir dengan rupa paras yg elok. Menjadi kacak lebih menjurus kepada pembawakan diri anda.

Ini bermakna jika anda ingin meningkatkan penampilan anda harus:
- mula memberi perhatian pada penjagaan diri anda.
- mula bersenam untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.
- mula memberi perhatian pada apa yang anda pakai & gaya rambut anda.
- mula membina keyakinan diri & personaliti anda.

Semua ini boleh membantu anda menukarkan penampilan anda dengan tidak disangka2.

1. Bagaimana caranya untuk menjadi kacak? - Mula memberi perhatian pada penjagaan diri anda!


Bayangkan seorang lelaki muncul di sebuah bilik, dalam keadaan yang tidak terurus. Apa tanggapan pertama anda? Hakikatnya, kita akan mula menilai & memberikan lelaki itu 'markah'dari penampilannya, kan?

Penjagaan diri bagi seorang lelaki adalah sanga penting, kerana ia mencerminkan personaliti anda, terutamanya kepada wanita. Jika anda menjaga kebersihan diri anda dengan baik , mereka akan mula berfikir "Wow, jika dia dapat menjaga penampilan dirinya dengan baik, dia mungkin juga dapa menjaga orang lain dengan baik".

Anda tidak perlu berbelanja besar, memadai dengan memberi perhatian kepada beberapa perkara asas. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diingat:
  • Bercukur dengan elok & menjaga kebersihan wajah.
  • Gunakan deodoran.
  • Pilih syampu yang bersesuaian dengan ekstur rambut anda.
  • Pastikan nafas anda berbau segar, gunakan pembersih mulut yg sesuai.
  • Pastikan kulit anda tidak kering. Anda boleh juga menggunakan pelembap yg sesuai.
  • Jangan gunakan sabun pada wajah anda. Ini boleh merosakkan wajah.
2. Bagaimana caranya untuk menjadi kacak? - Jaga Badan Anda!

Mungkin ini adalah satu langkah yang perlu anda berikan perhatian serius dalam mengubah & meningkatkan penampilan anda.

Bentuk fizikal yang baik tidak terjadi dengan begiu sahaja- ia melibatkan usaha keras, senaman, diet yang sihat & komitmen yang padu. Bagaimana anda boleh mendapatkannya? Disini disertakan tips untuk anda mulakan:
  • Anda boleh bersenam, pergi ke gim atau melakukan mana2 aktivii yang bersesuaian dengan anda. Badan yang sihat & kekar akan menjadikan anda kelihatan & rasa kuat serta menambah nilai pada tahap keyakinan anda.
  • Makan dengan betul. Sayur2an, buah2an, produk tenusu, makanan tinggi proein (telur, susu, daging, ikan), karbohidrat (beras perang) dll.
  • Anda boleh mengetahui langkah2 pengambilan makanan yg sihat melalui buku, internet atau berjumpa dengan doktor. Ia mungkin boleh membantu anda untuk melakukannya dalam langkah yang betul, bersesuaian dengan keperluan tubuh anda.
  • Minum banyak air. Air dapat membantu dalam membina otot anda & memastikan kulit anda tampil segar & segah.
  • Dapatkan tidur yang secukupnya. Ini akan membantu anda dalam mendapatkan semuaa tenaga anda, menajamkan pemikiran anda & membantu penampilan anda.
3. Bagaimana caranya untuk menjadi kacak? - Serlahkan Personaliti Anda!

Cara anda berpakaian & apa yang anda pakai sangat2 menjelaskan siapakah anda sebenarnya.
Memakai pakaian yg betul dapat menambah nilai dalam keseluruhan penampilan anda. (menjadikan anda kelihatan menarik & memberikan anda 1 "status" di depan wanita); sebaliknya, tidak kira sepandai, seramah mana anda, orang akan menganggap sebaliknya jika anda berpakaian dengan tidak kemas.

Apa yang terbaik bagi anda, anda harus tahu tubuh anda tergolong dalam bentuk apa & berpakaianlah mengikutnya. Tidak perlu pakaian yang mahal, memadai dengan pakaian yang memberikan keselesaan & penampilan yang menarik pada diri anda.

Sebagai contoh, berikut andalh panduan dalam berpakaian mengiku tubuh anda.

Jika anda seorang yg kurus & tinggi:
Gunakan pakaian yg bergaris melintang untuk menjadikan badan anda kelihatan lebar.
Baju yang mempunyai cetakan corak yg besar juga boleh membantu.
Pilih warna yang cerah.

Jika anda tidak begitu tinggi:
Gunakan pakaian yang bergaris menegak & gunakan warna2 gelap seperti hitam . Secara visual, ia akan menambah ketinggian anda.

Untuk mereka yang berbadan besar:
Rahsia untuk kelihatan lebih kurus ialah memilih pakaian yang tidak terlalu keta & tidak terlalu besar. Pakai yg sedang2 saja dgn saiz tubuh anda
Gunakan baju yang mempunyai jalur menegak- jalur idak seharusnya besar,
elakkan diri dari pakaian yg erlalu besar & meriah dengan corak.

4. Bagaimana caranya untuk jadi kacak?- Yakin Diri!

Personaliti anda sebenarnya lebih menonjol dari rupa fizikal anda. Jadi, mempunyai keyakinan diri adalah sgt penting unuk dibina dalam langkah memasikan diri anda kelihaan kacak.
Disini ditulis beberapa cara unuk meningkakan & membina yakin diri anda:

  • Jadi diri sendiri. Badan anda bukan saja 1 bahagian dari diri anda- bersama dengannya terdapat ciri2 & kelebihan yang menjadikan diri anda unik. Bakat, kebolehan, & kepercayaan adalah sebahagian dari diri anda juga. Jangan biarkan kelemahan yg sedikit mengawal segalanya ttg diri anda.
  • Kekalkan postur badan yang baik. Duduk, bangun & berjalanlah dengan tegak. Elakkan dari membongkok. Postur yang baik dapat mempamerkan personaliti anda yang baik.
  • Senyum. Perkara terbaik yang anda boleh lakukan ialah dengan kelihatan "mempelawa". Tiada cara yang lebih baik untuk mempelawa dari sebuah senyuman. Bukanlah ia bergantung pada apa yang anda letakkan pada wajah anda; ia adalah apa yang datang dari wajah anda yang wanita akan mula2 sedari. Seorang lelaki yang baik, tampil kemas & bersih serta berkeyakinan yang tersenyum seolah2 gembira dapat berjumpa dengan seorang wanita, adalah satu daya penarik.

Keyakinan diri anda di ekspresi kan melalui sifat dominan, postur sewaktu anda melangkah, pandangan mata yang tajam & senyuman yang manis. Seacara lahiriah, keyakinan anda datang dari kepercayaan terhadap diri anda yang kuat.


(MAKLUMAN: Entri ini ditulis sebagai penyertaan Zam dalam contest Cabaran SEO Lelaki Kacak anjuran Earncent.com. )
SUMBER: Squidoo.com
GAMBAR: Canon Malaysia

Amaran 2012 dalam Surah Ar Rahmaan?


Salam & Selamat Pagi semua~ Sewaktu mencari MP3 surah Ar Rahmaan di Google beberapa minggu lalu, Zam terjumpa artikel ini. Penerangan yang dihuraikan begitu menarik, jadi Zam kongsikan di sini. Apapun, Zam harap tiada yang menyalahtafsirkan apa yang ditulis sebagai ramalan hari kiamat. Ali Adam yang membuat kajian tentang surah Ar Rahmaan ini sebenarnya menumpukan kajian beliau dalam hubungan nombor perdana di dalam al-Quran. Dalam kajian itu beliau menemui kemungkinan berlaku peristiwa dalam 2012 yang menggemparkan dunia didalam surah Ar Rahmaan.

Hanya Allah sahajalah mengetahui bila kiamat;

"Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi; tiadalah hal kedatangan hari kiamat itu melainkan seperti sekelip mata, atau ia lebih cepat lagi; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
(Al-Nahl 16:77)


Nombor Perdana Adalah Kuncinya

Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hubungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999. Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.

Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession". Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.

Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.

Penemuan 2012 dalam al-Quran

Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;


13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77


dan jumlahnya


13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433

merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana!
tetapi paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada dalam tahun 1432H (2011M), dan kita dapat mengandaikan Allah mungkin menunjukkan suatu kejadian pada tahun 1433H (2012M).


Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);


30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 = 355 days
sumber: http://www.islamicfinder.org/Hcal/hdate_year.php?year=1433&base=h


Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H (2012M).


Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.


Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.


Apakah Peristiwa Itu?


Apakah peristiwa penting itu? Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.


"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:

بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟
فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ
But if you don’t do it, and you shall never do it,
then beware The Fire for which Men and stones are its fuel; it is prepared for the unbelievers.


"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:

بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ
فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ
These are they who buy the life of this world for the hereafter,
so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.


" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran [10:69]



بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ
Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.

Friday, March 16, 2012

Masjid Masjid Di Luar Negara

Sambungan dari entri sebelum ini. Kadang2, bila melihatkan masjid2 seperti ini di luar negara membuatkan kita sedar yang sebenarnya kita masih mempunyai ramai saudara seagama di negara2 yang majoritinnya non Muslim, & betapa syiar Islam juga telah tersebar luas hingga ke Artik :)

Masjid Kobe, Jepun

Seoul, Korea

Masjid Catherel Moscow, Rusia

Masjid Dearbor, Michigan, Amerika

Grand Mosque, Paris

Tong Xin Great Mosque, Ning Xia China

Masjid Rome, Itali

Masjid di Artik


[Al Baqarah:115]
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.

[Al Jin:18]
“Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.

[HR Ahmad]
"Barangsiapa mendirikan satu mesjid, walaupun sebesar lubang yang digali oleh burung ayam untuk bertelur, pasti Allah mendirikan untuknya satu rumah yang sepadan di surga."

(SUMBER: GOOGLE IMAGES)

Tokyo Camii: Masjid Kedua Tertua di Jepun

Wajah lama Masjid Camii

Sedikit info tentang Islam di Jepun yang Zam ingin kongsikan dengan anda semua :)

The Tokyo Camii & Turkish Culture Center in Shibuya Ward, notable for its Ottoman architecture and intricate Arabic reliefs, is one of the mosques located across the nation that serve a small but thriving Muslim community estimated to number around 110,000 to 120,000, including roughly 10,000 Japanese Muslims.

Tokyo Camii, which was built in 1938 and is the second-oldest mosque in Japan, is open to worshippers and visitors of any nationality. It also hosts classes, Islamic "nikah" marriage ceremonies and conversions to Islam, which require two Muslim witnesses.

While relatively few worshippers visit Tokyo Camii to pray during regular weekdays, Yenturk said 400 to 500 Muslims, many from other parts of Asia, including Pakistan, Malaysia and Indonesia, regularly attend the important Friday noon prayers.

Although Islam is regarded as the world's second-largest religion after Christianity, Japan's population remains small compared with their numbers in the United States, where 2.454 million reside, or Britain, with a community of 1.647 million Muslims, according to a 2009 report by the Pew Research Center.

According to studies conducted by Hirofumi Tanada, professor of human sciences at Waseda University in Tokyo, there were 58 mosques in Japan as of April 2009, although he said more were founded recently, bringing the total to around 60.

Tanada explained that the first Muslim community recognized in Japan can be traced back to around the early 1920s, when a few hundred Turkish Muslims emigrated from Russia following the 1917 Russian Revolution.

These numbers gradually increased along with the pro-Islam policies of the government of the time, and by the end of the 1930s there were roughly 1,000 Muslims of various origins residing in Japan, Tanada said.

The next influx came in the 1980s, when a wave of migrant workers from nations such as Iran, Pakistan and Bangladesh arrived, significantly boosting the Muslim population.

Tanada, who has conducted much research and fieldwork on the country's Islamic communities, said that this increase in the Muslim population also led to an increase in the number of Japanese spouses converting to Islam.

Tanada said exchange students are responsible for the bulk of today's Muslim population in Japan, followed by self-employed workers in businesses such as used-car dealerships and halal food shops, as well as those in professional careers.

Masjid Camii (terkini)





Akhirnya Aku Tahu Rasanya Ingin Bunuh Diri!



Perghh.. Aku rasa ada yang tersentap bila baca tajuk entri kali ni. Kenapa kenapa?? Zamani pernah cuba nak bunuh diri ke? Dia pernah cuba terjun dari tingkat 4 ke??

Hoo.. Sebagai penggayat, aku tak kan buat macam tu punyer.. Hehe.. Jadi, kenapa aku buat entri tentang ni? Saje2 sebab takde idea nak tulis entri keh?

Sebenarnya, perasaan itulah yang aku benar2 alami sewaktu ke Sunway Lagoon Theme Park beberapa bulan lalu. Sebelum membasahkan diri di water park, aku & beberapa orang kawan ke amusement park terlebih dahulu, & salah satu permainan yang dicuba oleh kami ialah Pirate Revenge nih.


Mulanya 'kapal' ni berayun ke depan & ke belakang dengan perlahan, & tiada perasaan yang megujakan sangat berlaku. Tapi, saat ayunan semakin laju dah darjah hayunan semakin mendekati 180, aku rasa hormon adrenalin aku bagai direntap keluar habis habisan! Bayangkan, dalam keadaan tunggang terbalik, apa yang anda nampak di bawah anda dari ketinggian menegak 24meter adalah lantai simen yang keras! Saat tu, perasan cuak akan keberkesanan tali pinggang & pendakap keselamatan mula menguasai diri. Boleh ke benda ni tahan aku dari jatuh ke bawah?? Dibuatnya tali pinggang ni terlucut atau alat pendakap ni longgar, tak ke naya??

Haha.. Perasaan seram, risau & takut yang bercampur aduk masa tu memang terbaik la kalau diingatkan balik. & sewaktu ayunan menegak tu berlaku, pemandangan apartment di depan mata aku dah jadi macam ni~


Ade sesiapa teringin nak cuba? Pada mereka yang berminat untuk mendapatkan lebih perasaan mendebarkan & mencemaskan ini, aku syorkan korang duk kat hujung kapal tu. Duduk kat tengah, tak thrill sangat.. Hehe

Himpunan Petua Awet Muda yang Mudah ;)



Amat penting bagi kita, tak kira wanita atau lelaki dalam menjaga penampilan diri agar tampak marketable di depan orang lain. Sekadar perkongsian untuk sesiapa saja dalam penjagaan diri, agar diri tampil selesa bila berdepan dengan orang lain. Paling mudah, anda mulakan secara dalaman ;)

  • Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam dan biarkan dalam mulut kira2 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.Air liur basi kita tu ada enzim yg boleh menjadi ubat. Kemudian boleh amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.
  • Lepas buat petua di atas, urutkan pula wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. (Dari atas ke bawah, bukan sebaliknya). Amalkan setiap hari.
  • Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam tiga teguk sahaja. Amalkan dengan jujur dan ikhlas. Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.
  • Setiap kali berdandan di cermin, bacalah doa melihat diri di cermin, kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. Doanya begini:

“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”

  • Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari2 yg baik seperti hari Isnin, Khamis & Jumaat. Amalkan juga menanam kuku/ rambut yg dipotong atau gugur. (Ustaz Ismail Kamus ada pesan macam ni). Petua memotong kuku menurut Imam an-Nawawi; sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.
  • Sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya bermula dari jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari. Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.
  • Bagi yg dah berkahwin, elok kalau kuku dipotong oleh pasangan masing-masing. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Rumahtangga yang bahagia pun penyebab kepada awet muda.
  • Hindari sifat dengki & cemburu.
  • Berhenti makan sebelum kenyang
  • Hindari diri dari merokok.
  • Senyum selalu. Pemanis wajah ni ;)
  • Jangan bawa masalah sehingga ke waktu tidur.
  • Paling penting jangan tinggal solat. Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yg terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan utk menyerikan wajah kita…dan juga hati kita.
Sumber

Thursday, March 15, 2012

SEGMEN-JALAN-JALAN TAMBAH KENALAN by Zatiey.



Mulanya blogger ni singgah ke blog Zam dari 1 segmen blogger lain, & bila Zam ke blog dia (Zatiey) ni, Zam perasan ada 1 segmen yg dia kelolakan sekarang ni. Jadi tanpa berlengah, Zam pun join gak! Pada yg berminat, klik baner di atas untuk maklumat lanjut, & anda dikehendaki menjawab tiga soalan ini ;)

Perkara yang sering di angan-angankan :
Nak jumpa AYumi Hamasaki kat Jepun!
Anda obsess/fanatik/ gila / minat dengan :
Japanese Stuf: Jpop, Jdrama, Anime, Manga, Canon, Gundam, Arts & Cultures
Anda akan blogwalking jika……?
Berkesempatan ;)

Jom Join BLOGLIST AyuInsyirah tahun 2012


Zam dijemput oleh tuan empunya blog untuk join segmen ni. pada yang berminat, sila klik banner diatas k. Syaratnya mudahhhhhhhhh saje ;)

Segmen : Suaikenal | Taaruf | Ice-breaking


Nama: Ahmad Muhibbuddin Zamani Bin Mohammad
D.O.B: 26 Jun 1984
P.O.B: Kota Bharu, Kelantan
SR: SRK Serdang (91-93), SRK Sri Serdang (94-96)
SM: SMK Sri Serdang
Kolej: Maktab Perguruan Ilmu Khas
Kerjaya: Guru

Zam tag Paih (blogger baru yg Zam kenal hari ni) untuk join segmen nih :)

Segment : 3 In 1 By Nabila


Jom jom join~ Simple je segmen nih. Zam tag Aisyah KZ & Nia Lidia untuk join ;)

Pesta Belon Udara Panas Putra Jaya 2012~ Jangan lepaskan peluang ini!


"The Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta is a home grown event that seems to have gained interest from the public and media.

The uniqueness of the event draws everyone from all around Malaysia and neighboring countries. For the past 3 years, we have exhibited hot air balloon shows and other aviation sports to the public.

It encourages family togetherness by having fun with variety of activities for all ages. Held during school holidays, it is the perfect time for a quick family getaway.

Corporates has also taken opportunity to introduce new products, give out product samples, increase brand awareness and even increase sales for their product during the 4 days event."




Kebetulan aku kat Putra Jaya sekarang ni. Memang dah nampak sikit2 belon yg naik. Apapun kena cari masa yang sesuai ni nak g snap2 gambar ;) Untuk maklumat lanjut, boleh klik kat sini.

One Piece Chapter 660: Royal Shicibukai Trafalgar Law


The new chapter of popular manga~ One Piece was released yesterday. To read it, just click the image above.

(PS: Trafalgar Law as the new Sichibukai?? Cool!)

Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday..

BEN ASHAARI AJAK KONGSI CERITA CUTI SEKOLAH


Join last minute! Hehe.. Kenangan cuti sekolah? Haa.. Yang ni dari kecil sampai ke besar, tak berubah, sbb skrg ni kerjaya Zam adalah seorag guru! Kalau cuti je, mesti balik kampung di Kelantan (itu masa kecik). Ikut datuk masuk hutan, main masak2 dgn nenek kat dapur. & tradisi tu masih diteruskan sehingga kini. Sekarang Zam mengajar di sarawak, & kalau cuti, pasti bahagi2 kan masa di Serdang & Kota Bharu. Di Serdang, Zam akan habiskan masa dengan hangout dengan kawan2 & kalau di KB, Zam akan lepak saja di kampung mengimbau kenangan zaman kecil2 ;)

Fakta Menarik! Disebalik Sebab Kenapa Rasulullah S.A.W Sukakan Kucing


Nabi menekankan di beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.

Kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahawa kucing suci, tidak najis?
Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?
Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapatkan adalah:

  1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
  2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
  3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.
  4. Sekalipun ada kuman yang ditemukan saat proses penelitian, kuman itu masuk kelompok kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
  5. Tidak ditemukan kelompok kuman yang beragam.

Berbagai sumber yang dapat dipercaya dan hasil penelitian laboratorium menyimpulkan bahwa kucing tidak memiliki kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.

Komentar Para Doktor yang mengkaji dalam Bidang Kuman
Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit.

Dr. Gen Gustafsirl menemukan bahwa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing memiliki perangkat pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, lebih-lebih lagi pada takungan air (lumpur, takungan hujan, dll). Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak berada dekat dgn air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Dan hasil penelitian kedoktoran dan percobaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemukan bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih dari manusia.

Sisa makanan kucing hukumnya suci. Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW prnh bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumah),”
(HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahwa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.”
Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahwa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.

Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Hadis ini diriwayatkari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain. Oleh karena itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.

SUMBER: Kucing.Web

Tuesday, March 13, 2012

SEGMEN: Lets Be Friend


Segmen sebelum masuk tidur. Kali ini dari Cik Sandra. Siapa yg berminat boleh klik baner di atas.
  1. Nama yang paling 'femes' : Zamani (kot..hehe)
  2. Umur: 28 ( dah tua dah.. ;p )
  3. 5 perkara yang paling digemari:
  • tangkap gambar
  • lagu Ayumi
  • belai kucing
  • balik kampung
  • makan coklat!
Untuk segmen ni, Zam tag Mr. E'raz Fadli & Aisyah KZ ;)

Apa mimpiku petang tadi



Tiba2 aku dapat sebuah kamera baru! Gembiranya punyalah tak terkata! Dalam dok membelek2 kamera tersebut, tiba2 aku terfikir "ni mesti mimpi ni.. tak nak la bangun kalau mcm ni!" Fuhh.. Dalam mimpi pun sempat berfikir lagi..

Bila terjaga dari tidur petang, aku toleh ke kiri kanan.. Tercari2 kamera yang aku 'dapat' tadi. Mamai la katakan.. Fikiran belum waras lagi.. Hehe

Adoi.. Kempunan aku kamera baru.. Tapi bila difikirkan balik, kenapa kamera dalam mimpi aku tu warna pink ae? Aku cam kamera tu.. Nikon 1 J1.. Itu je kamera yg aku tahu warna pink :p

Go~Reng Pisang~~


Satu kegemaran rakyat Malaysia, simply the best~ Pisang Goreng ;) Tak kira di kampung atau bandar, petang2 ni mesti sinonim dengan minum petang bersama pisang goreng. Bagi aku, aku lebih sukakan yg digoreng sendiri. Bukan apa, masakan dari air tangan ahli keluarga biasanya lebih terasa kemesraan ;)

Thanks For Your Review, Reza Al Razi


Beberapa hari lepas, aku dimaklumkan oleh Ms Hidden yang blog kami telah di riview oleh blogger Reza Al Razi. Wahh... Tak sangka.. Thanks very much ae Mr Reza. Kata2 dari Mr Reza melalui reviewnya sangat mengujakan Zam dalam berblog ni. Zam dah lama nak buat entri tentang ni, tapi disebabkan kesibukan pulang bercuti di semenanjung, Zam baru dapat buat entri ni hari ni. Apepun, thanks sekali lagi!

Anda boleh klik header di atas untuk ke blog Mr Reza nih ;)

Dunia Belum Berakhir..


Kebahagiaan boleh datang tanpa di duga.. Siapa tahu untung nasib kita akan menjadi lebih baik di masa akan datang, kan?

Monday, March 12, 2012

andai bahagia tak bisa ku gapai


"Kebahagiaan umpama rama2, semakin anda mengejarnya, semakin jauh ia akan menjauhkan diri, tapi jika anda mengalihkan perhatian kepada perkara lain, ia akan datang & hinggap dengan perlahan2 di atas bahu anda.."

Apepun, yang aku tahu,usaha, berdoa & tawakal itu penting..