Tomodachi Sama

Friday, March 23, 2012

Mungkin Inilah Kereta Impian Anda..

Berikut disenaraikan 12 Kereta Termahal Di Dunia (2011-2012)


1. Bugatti Veyron Super Sports $2,400,000 = 7,387,307.92 MYR


2. Aston Martin One-77 $1,850,000 = 5,694,383.19 MYR


3. Pagani Zonda Clinque Roadster $1,850,000 = 5,694,383.19 MYR


4. Lamborghini Reventon $1,600,000 = 4,924,814.48 MYR


5. Koenigsegg Agera R $1,600,000 = 4,924,814.48 MYR


6. Maybach Landaulet $1,380,000. = 4,247,642.57 MYR


7. Zenvo ST1 $1,225,000 = 3,770,550.52 MYR


8. McLaren F1 $970,000. = 2,985,660.14 MYR


9. Ferrari Enzo $670,000 = 2,062,260.06 MYR


10. Pagani Zonda C12 F $667,321 = 2,054,014.09 MYR


11. SSC Ultimate Aero $654,400 = 2,014,243.25 MYR


12. Ascari A10 $650,000 = 2,000,892.46 MYR



SUMBER

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

"Segmen : Blog Terbaik Pilihan Saya!"

Salam & Selamat Malam Semua (^^,) Kali ni aku nak sertai segmen dari Cik Nabila lak. Pada sesiapa yang berminat nak join, sila klik banner di atas untuk maklumat lanjut ;)

Jadi, dengan bangganya diumumkan 3 BLOG TERBAIK PILIHAN Zamani84~

1.Mr. E'raz Fadli
Blog yang paling kerap aku kunjungi. Blog ni simple + smart (macam Tuan dia gak), & contetnt/entrinya memang menarik! Salah satu blog yang berinformasi. Serius nih!
Korang leh klik header di bawah untuk ke sana ;)




2. Kak Chik
Antara blog terawal yang aku admire. Blog Kak Chik ni lain dari yang lain, Islamik, santai & menarik. Kak Chik lah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku dengan Polyvore.



3. Aisyah KZ
Blog Adik Manja aku! Dia selalu jadi mangsa tag aku selama ni.. Hehe..


Untuk Segmen ni, aku nak tag Arr & Etuza ;)

JOM 'LIST DOWN' ARTIS MALAYSIA YANG BERTUDUNG


Kenalkah anda pada mereka semua ini? Ada yang Zam terlepas pandang dari senarai Zam ni tak?


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

MACAM NI KER KAWAN??


"Kawan Baik adalah SUSAH untuk dicari,
SUKAR untuk ditinggalkan,
dan MUSTAHIL untuk dilupakan."


Aku rasa, betul lah kot.. Kan? ;)


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

10 Amalan Murah Rezeki



10 Amalan Murah Rezeki

Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya…

1. Menyempatkan diri untuk beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

KREDIT


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Peluru-Peluru Syaitan


Bagi mencapai kecemerlangan, tipu daya syaitan perlu dikenali dan diawasi kerana syaitan sentiasa mencari kesempatan menyerang dan merosakan hati hati manusia.

Menurut Imam Gazali, diantara pintu yang sering digunakan syaitan adalah :

- Perasaan marah
- Nafsu syahwat
- Perasaan tamak dan dengki
- Kenyang
- Cinta kepada perhiasan dan harta benda
- Bergantung pada manusia
- Gopoh gapah dan terburu nafsu
- Cinta kepada dinar, dirham dan emas (wang ringgit)
- Sikap kedekut dan bakhil
- Fanatik mazhab dan kelompok
- Berfikir berkenaan dengan zat, sifat dan af’al atau perbuatan Allah tanpa ilmu
- Sikap mudah berburuk sangka terhadap orang orang Islam

Hati yang cemerlang adalah hati yang suci bersih, yang mampu melihat alam ghaib sehingga ia mengenali Allah tanpa sebarang keraguan.

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, seorang lelaki bertanyakan kepada Baginda : “Ya Rasulullah, siapakah manusia terbaik?” Nabi menjawab : “Mereka adalah orang mukmin yang berhati makhmum. Orang itu bertanya lagi : “Apakah hati makhmum itu?” Nabi bersabda “Ia adalah hati yang bertakwa lagi bersih, yang tidak ada di dalamnya penipuan, sikap melampaui batas, tipu daya, khianat dan hasad.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Majah dan bertaraf sahih. Hati yang bersih ditakuti oleh syaitan. Nabi pernah bersabda : “Tidak berjalan Umar di suatu lorong melainkan syaitan memilih jalan lain (supaya tidak bertembung dengan Umar).” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Perasaan gerun yang ditunjukkan oleh syaitan adalah disebabkan kecemerlangan takwa yang wujud didalam hati Umar.


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Rasa Cemas Dalam Mimpi


Apa yang dialami dalam mimpi, biasanya akan dirasakan seolah2 benar2 berlaku di dunia realiti. Jadi tidak hairanlah, kalau segala perasaan seperti seram & menakutkan itu benar2 dapat dirasakan dalam mimpi kita.

Aku sendiri kerap bermimpi sesuatu yang menakutkan datang mencari aku.. Saat itu, pasti aku keseorangan dalam mimpi aku.. Biasanya dalam situasi itu, aku akan cuba untuk lari melepaskan diri.. Giler seram tak ingat.. Mimpi semacam ini kerap mendatangi aku.. Mungkin pengaruh filem & cerita raksaksa yang kerap aku layan sejak kecil.

Sedikit info yang aku ingin kongsikan tentang mimpi:

Kita juga cenderung mengalami mimpi dengan “tema” yg sama, yaitu:

  • Mimpi di sekolah,
  • Mimpi dikejar
  • Mimpi lari dalam gerak lambat atau lari tapi tidak maju2 ( padahal ada kereta api bergerak menghampiri kita )
  • Mimpi datang lewat (ketinggalan bas, kapal terbang)
  • Mimpi bisa terbang
  • Mimpi jatuh, mimpi gagal lulus ujian, mimpi kecelakaan, dan
  • Mimpi ketemu orang yg udah mati

Tapi adakalanya bila dah terjaga, rasa thrill & best lak mimpi macam tu.. Hehe


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Thursday, March 22, 2012

Amalan Malam Jumaat


AMALAN MALAM JUMAAT

Pada malam Jumaat ini banyak amalan-amalan yang mesti kita lakukan dalam usaha kita memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah SWT dan janganlah sesekali kita mengharapkan keutamaan semata-mata sehingga kita lupa bahawa semuanya itu merupakan tanggungjawab yang mesti kita laksanakan. Di antara amalan-amalan malam Jumaat yang boleh kita lakukan ialah yang pertama membaca surah Al-Kahfi. Bahawa sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat itu, Allah mengampuni dosanya dari Jumaat ke Jumaat. Ianya diberi cahaya kesucian oleh Allah antara Jumaat ke Jumaat. Sabda Rasulullah SAW:
“Dari Abu Said Al-khudri ra dari Nabi Muhammad SAW. Baginda bersabda:Siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah baginya dengan antara dua Jumaat.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi)
Amalan yang kedua yang harus kita amalkan ialah membaca surah Yaasin. Dari Abu Hurairah ra. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda ;
“Siapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.”
Mengenai keutamaan surah Yaasin, Nabi Muhammad SAW telah menyebut dalam hadisnya :
“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, adapun hati al_Quran adalah Yaasin. Siapa yang membaca Yaasin, maka Allah menulis baginya dengan membacanya itu seperti membaca al-Quran sepuluh kali.” (HR Tarmizi)
Selain itu, kita harus memperbanyakkan zikir, doa dan selawat. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyebut tentang selawat kepada Nabi. Diantaranya ialah; Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat –Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna kepadanya(Nabi).” (Al-Ahzab:56)
Dari Abdullah bin Amar bin Ash ra sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah berselawat(memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.” (HR Muslim)
Dari Abdullah bin Mas’ud ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
“Manusia yang paling utama bersamaku nanti pada hari Kiamat, ialah orang yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku.” (HR Tarmizi)
Dari Abu Hurairah ra ia berkata Rasulullah SAW bersabda:
“Jangan kamu jadikan kuburku tempat berhari raya dan ucapkanlah selawat kepadaku, kerana selawatmu itu akan sampai kepadaku, di mana kamu berada.” (HR Abu Daud)
Amalan yang keempat yang boleh dilakukan ialah solat malam Jumaat. Iaitu solat yang didirikan di antara waktu Maghrib dan Ishak dengan 12 rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam. Amalan yang lain adalah seperti berjimak iaitu bersetubuhan. Berjimak dengan isteri diberi pahala oleh Allah SWT sekiranya dilakukan dengan adab yang diajar oleh islam.

Imam Syafie berpendapat, ada tiga malam dalam seminggu hukumnya sunat menjimak isteri. Malam-malam tersebut ialah malam Jumaat, malam Khamis dan malam Isnin. Ini kerana Nabi Muhammad SAW mendekati isteri-isteri baginda pada malam-malam tersebut.

Antara adab-adab berjimak ialah hari yang utama iaitu malam Isnin, malam Khamis dan malam Jumaat, mengucapkan salam, lakukan dengan hati yang gembira, berpakaian bersih dan wangi, nikmati kepuasan bersama-sama, berwudhuk sebelum berjimak, menggunakan selimut, membaca doa sebelum dan selepas berjimak, bersifat lemah lembut, mensyukuri nikmat, dan membersih kemaluan setelah berjimak.

Amalan yang seterusnya ialah Qiyamulail(solat malam) iaitu bangun pada waktu malam hari untuk mengerjakan ibadah kepada Allah SWT serta bermunajat kepadaNya untuk memohon keampunan dengan mengerjakan ibadah solat seperti solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat witir serta solat sunat yang lain. Kemudian banyakkan zikir, bertasbih, bertahmid dan bertakhbir serta memperbanyakkan permohonan dan doa kepada Allah SWT. Keutamaan Qiyamullail di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Solat yang paling utama setelah solat wajib iaitu qiyamullail atau solat di tengah malam” (Riwayat Muttafaqun Alaih) Selain itu keutamaan solat Qiyamullail dapat menghindarkan diri daripada gangguan syaitan seterusnya mendapat nikmat kerana dapat berhubungan langsung dengan Allah SWT.

KREDIT :)

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

USTAZ AZHAR IDRUS: Laa.. PENDAKWAH rupenye.. Aku ingatkan PHOTOGRAPHER!!


Salam (^^,) Dari tajuk entri di atas, kalau korang nak tahu, itulah yang mula2 aku fikirkan tentang Ustaz Azhar Idrus sewaktu mengenali beliau tahun lepas di FB. Korang pun mesti kenal Ustaz Azhar Idrus ni kan. Popularitinya makin meletup letup sekarang ni. Selain siri ceramah yang sempoi, beliau turut popular menerusi hasil2 fotografinya yang gempaq habis! Memang cool la Ustaz ni.. Inilah salah satu tarikan & keistimewaan yang dimiliki oleh beliau. Secara tak langsung, ia menjadi satu langkah pendekatan dalam menarik minat golongan remaja & orang ramai kepada Islam.

Haa... Mengalahkan artis sambutan terhadap Ustaz ini!

Berikut adalah hasil fotografi yang aku ambil dari FB beliau. Memang aku admire giler!










ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Anda Single? Alaa Rilek Laa.. Jom Baca ni kejap ;)


Berstatus single bukanlah kehendak sesiapa. Pada mereka yang tidak mempunyai masalah dgn status tersebut, pasti merasakan tiada apa2 yg perlu dirisaukan, tetapi bagi mereka yang sebaliknya, pasti berasa gundah gulana. Apapun, bersabarlah k.. Think positive.. Jodoh belum sampai lah tu.. Insya Allah, bila tiba masanya, Allah akan berikan seseorang dalam hidup korang tanpa disangka2 yang akan buatkan korang bahagia selamanya ;)

Jadi sebelum waktu itu tiba, apa kata korang baca 5 kelebihan menjadi seorang single ni, k.. Sekadar entri untuk mereka di luar sana sebagai pemujuk hati yang masih menanti kedatangan kekasih hati (^^,) (Zam petik artikel ni dari LOVE IS CINTA)

Antara kelebihan utama sekiranya anda single adalah..

a. Kewangan
Dari segi soal kewangan, sudah pasti kehidupan single adalah lebih menjimatkan. Ini kerana anda hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri anda sahaja. Apabila anda memilih untuk berpasangan, pasti akan lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan.

b. Kawan
Apabila anda single, anda sebenarnya bebas dalam untuk berkawan. Ini kerana tiada mana-mana perasaan lain yang akan cemburu sekiranya anda berkawan terutamanya apabila berlainan jantina. Ia pasti akan berbeza sekiranya anda sudah mempunyai pasangan. Pasti pergaulan anda akan sedikit terbatas.

c. Bebas untuk melakukan apa yang anda mahu
Pasti didalam kehidupan banyak perkara yang anda ingin lakukan. Untuk memudahkan anda melakukan apa sahaja yang anda mahu, memilih kehidupan yang single adalah lebih baik. Ia kerana anda tidak perlu untuk menjaga perasaan pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa yang anda inginkan.

d.Tidak banyak masalah
Menjaga dua hati yang berlainan pasti akan lebih sukar berbanding menjaga satu hati. Pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan merunsingkan anda. Dengan memilih kehidupan yang single, sudah pasti masalah akan berkurangan kerana anda hanya perlu memikirkan mengenai diri anda sahaja.

e.Kurang tanggungjawab
Apabila anda sudah ada pasangan, pasti tanggungjawab anda juga akan semakin bertambah. Tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya anda adalah seorang lelaki, yang wajib untuk melindungi pasangan anda, dari segi soal keselamatan mahupun keselesaan kehidupan mereka.


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

15 Fakta Tentang Senyum Dari Sudut Kesihatan


1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

3. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

6. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

9. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

10. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

11. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

12. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

13. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.

14. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Sumber: PSIPUM


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

JANGAN BILANG TIDAK BILA KITA BELUM MENCUBA!


Salam & Selamat Pagi Khamis (^^,) Malam tadi, aku terdengar lagu Jangan Bilang Tidak nyanyian Raffi & Ayushita di Astro. Dah lama tak dengar lagu ni.. Aku sebenarnya tertarik dengan ayat "Jangan Bilang Tidak BILA KITA BELUM MENCUBA" dari lagu tersebut, jadi aku tuliskan dalam entri kali ni. Kadang-kadang, sebagai insan yang sifatnya adakalanya lemah, kita tak dapat lari dari perasaan mengalah.. Tapi, dari tidak mencuba langsung kerana takut & risaukan tentang perkara yang tak pasti, lebih baik kita mencuba untuk mengatasinya, kan?Jika tidak, besar kemungkinan kita akan menyesal di kemudian hari kerana tidak memulakannya hari ni..

-teringat kat kawan rapat aku sebenarnya.. Dia selalu motivasikan aku dengan kata2 ni-

Wednesday, March 21, 2012

Bila HOLLYWOOD Menari BOLLYWOOD




Aku pernah jadi peminat tegar rancangan SYTYCD ni, masa tu baru masuk musim ke 4. Aku sebenarnya tertarik dengan persembahan salah seorang peserta rancangan tu~ Katee Shean. & dalam video diatas, dia berpasangan dengan Joshua untuk rutin Bollywood. Serius, diorang sebenarnya tak ada idea langsung sal Bollywood masa awal2 tu. Tapi diorang berjaya lakukan dgn baik, & ini antara persembahan terbaik diorang untuk musim ke 4. Lepas musim ke 4, aku tak layan sgt dah SYTYCD ni.. Tak ada peserta yang dapat tarik perhatian aku kot.. hehe



ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Amoi Pakai Memang Comei!



Salam & Selamat Malam semua (^^,) Kali ni Zam nak promo kain pasang yang cun cun ni dari De Warisan~ Untuk paparan yang lebih jelas, anda boleh singgah di blog Mr.E'raz Fadli. Kain kain ni didatangkan dalam stok yang terhad, jadi pada sesiapa yang berminat, baik anda cepat2 rembat sebab biasanya kain2 ni akan cepat ter'sold out ;)

Pulang dari kerja~ Melayan Spongebob Squarepant sekejap


Setiap kali pulang dari sekolah, jika berkesempatan sampai ke rumah sebelum pukul 5petang, aku akan tonton kartun ni di TV9. Kadang2 terhibur juga melihatkan telatahnya yang tak masuk akal tu. Kalau dulu, waktu aku mula2 kenal kartun ni, aku cukup tak suka. Mungkin sbb lukisannya tak secantik animasi lain. Tapi semua tu berubah bila aku dapat tahu anak buah aku suka sangat kartun ni.. Sampai aku terlayan sama.. Hehe

Apepun, tahu tak korang, orang yang mereka watak Spongebob ini adalah seorang ahli biologi marin? Klik sini kalau korang nak tahu siapakah orang itu ;p

Dengan Tidur Pun Duit Boleh Masyuk?? Biar Betul??



Itulah hakikatnya.. Dengan tidur sahaja, duit boleh masuk ke dalam poket anda.. Tak percaya? Ini yang Zam petik dari Yahoo tadi~


Photo by: Reuters/Jason Lee
Pro sleeper
Qunar, a Chinese travel review site, has
hired three secret reviewers this year to assess the thread count, wi-fi strength, slipper softness, and room service at top hotels throughout the country. Meanwhile, Travelodge employs a full-time bed guru to nap in all of the national hotel chain's rooms, testing the quality of each mattress. In 2006, that guy earned close to six figures. Generally, expect to earn $1,500 a month.


Untuk ketahui 7 lagi pekerjaan mudah lain yang tinggi bayaran gajinya, anda boleh klik di SINI.

Filem Filem Mesti Tonton 2012!!

Berikut adalah beberapa filem yang diramalkan best & gempaq untuk tontonan anda tahun ini. Ada diantaranya yang bakal ditayangkan, sedang ditayangkan & telah ditayangkan. Jadi, jom kita usha sikit apakah filem2 tu, supaya senang korang letak dlm diari sebagai reminder nak tengok filem apa kat panggung nanti ;)

1. The Amazing Spiderman


2. Avengers



3. Battleship



4. Snow White & The Huntsman



5. John Carter



6. Ghost Rider 2




ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Hargai Mereka Yang Sanggup Meluangkan Masa Untuk Kamu


"Hormati mereka yang sanggup meluangkan masa bersama kamu dalam kesibukannya
+
Sayangi mereka yang tak pernah berkira ketika kamu memerlukan mereka"



Korang pernah temui rakan2/sahabat/kekasih yang begini? Kalau ya, beruntunglah korang.. Jangan sia siakan mereka, k

(Terima Kasih kepada Kaunselor Peribadi yang selalu ada untuk aku)


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

TAHNIAH!! ANDA DAPAT 10 'A'!!


Salam & Selamat Pagi semua (^^,) Subuh tadi, pasti ramai yang terjaga dalam keadaan yang berdebar2, kan? Mana taknya, hari ni keputusan SPM 2011 akan diumumkan! Perghh.. Maunya tak exited & tak cuak.. Melainkan korang tak ada hati & perasaan.. Hehe

Apepun, kalau korang nak kurangkan rasa debaran tu, korang boleh cuba cara ni.. Semak keputusan melalui SMS.. Tapi kurang lah sikit thrill nya dari pergi amik ramai2 kat sekolah..


Apapun keputusan yang korang dapat nanti, bersyukur & bersabarlah k.. Kalau apa yang dihajati tak kesampaian, ingat~ Dunia belum berakhir! Korang dah berikan yang terbaik selama ni, kan!?



ENTRI2 MENARIK!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Tuesday, March 20, 2012

Oh, Saya Gemuk.. Jadi, Salah Kah??


Salam & selamat malam semua.. Kali ni Zam nak ajak korang semua renungkan bersama tentang entri yang Zam ketengahkan kali ni. Sebagai manusia, bila kita melihat kekurangan yang ada pada diri orang lain, dalam sedar atau tidak, kita akan mula membuat penilaian ke atas diri mereka. Kalau kita memperlekehkan mereka dalam hati, ada baiknya kita istighfar.. (Kira baik gak la kalau korang terdetik dalam hati je.. Kalau terlepas cakap, ada yang makan hati nanti)

Kesian gak kat diorang ni. Pernah tak korang terfikir, perasaan diorang bila diperlekehkan macam tu. Kalau mereka jenis yg easy going, ok lagi, tapi kalau yang jenis sensitif? Silap2 diorang hidup dalam keadaan rendah diri & murung disebabkan korang.. Ingat.. Zaman sekarang ni Tuhan balas cash je terus.. Jadi hati2 lah bila bercakap, k ;)

Ok. Dalam kes ni, Zam merujuk kepada mereka yang berbadan besar (obesiti).. Oh, salahkah mereka berbadan begitu? Peringatan buat semua, jangan dihina, mereka itu juga makhluk Allah.. Tak ada salahnya bagi mereka berkeadaan begitu, cuma selaku insan2 yang prihatin, apa kata korang bagi semangat pada mereka untuk menurunkan berat badan. Bukan bentuk lahiriah yang dipersoalkan tetapi obesiti mungkin mengundang masalah lain yang tidak boleh dijangkakan. Obesiti diistilahkan sebagai lemak badan berlebihan sehingga mampu mengundang pelbagai masalah kesihatan antaranya, tekanan darah tinggi, tinggi kandungan kolesterol di dalam darah, masalah jantung , stroke, diabetes mellitus, gout, dan osteoarthritis.

"Dalam hal ini, kita perlu kembali kepada ajaran Islam. Bagaimana Rasulullah telah mengajar umatnya bersederhana dalam makanan perlu diambil iktibar sepertimana sabdanya: "Tidak ada bejana yang lebih buruk yang diisi oleh manusia daripada perutnya sendiri. Cukuplah seseorang itu memakan beberapa suap makanan yang dapat menegakkan tulang belakangnya. Kalau terpaksa, maka ia boleh mengisi sepertiga perutnya dengan makanan, sepertiga lagi dengan minuman dan sepertiga bakinya untuk nafas". Ini menunjukkan kepada kita agar bersederhana dan tidak boleh memakan secara berlebihan kerana ia mungkin akan memudaratkan tubuh badan kita. " (aku ambil ini dari IKIM)

"Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, tubuh hanya akan menjadi kuat dengan kualiti makanan yang diterimanya dan bukan dengan dipenuhi makanan sebanyak- banyaknya. Ini bermakna pemakanan yang sihat dan sempurna akan menghasilkan tubuh badan yang sihat dan bukannya bergantung kepada kuantiti makanan. Apabila aspek kuantiti yang ditekankan, maka akan berlakulah masalah yang digeruni oleh semua kini iaitu masalah obesiti." (SUMBER: IKIM)

Pstt.. Korang kenal tak siapa Dzulfikri Zulkifle? Kalau tak kenal, meh nak bagitahu.. Dulu, inilah beliau..


Nak tahu bagaimana keadaan diri beliau sekarang? Sila layari blog beliau di SINI. Jangan terkejut ye tengok perubahan positif beliau sekarang.. Boleh dijadikan motivasi untuk anda di luar sana ;))



Entri2 Best!

CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!