e

Friday, March 23, 2012

Mungkin Inilah Kereta Impian Anda..

Berikut disenaraikan 12 Kereta Termahal Di Dunia (2011-2012)


1. Bugatti Veyron Super Sports $2,400,000 = 7,387,307.92 MYR


2. Aston Martin One-77 $1,850,000 = 5,694,383.19 MYR


3. Pagani Zonda Clinque Roadster $1,850,000 = 5,694,383.19 MYR


4. Lamborghini Reventon $1,600,000 = 4,924,814.48 MYR


5. Koenigsegg Agera R $1,600,000 = 4,924,814.48 MYR


6. Maybach Landaulet $1,380,000. = 4,247,642.57 MYR


7. Zenvo ST1 $1,225,000 = 3,770,550.52 MYR


8. McLaren F1 $970,000. = 2,985,660.14 MYR


9. Ferrari Enzo $670,000 = 2,062,260.06 MYR


10. Pagani Zonda C12 F $667,321 = 2,054,014.09 MYR


11. SSC Ultimate Aero $654,400 = 2,014,243.25 MYR


12. Ascari A10 $650,000 = 2,000,892.46 MYR



SUMBER

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

"Segmen : Blog Terbaik Pilihan Saya!"

Salam & Selamat Malam Semua (^^,) Kali ni aku nak sertai segmen dari Cik Nabila lak. Pada sesiapa yang berminat nak join, sila klik banner di atas untuk maklumat lanjut ;)

Jadi, dengan bangganya diumumkan 3 BLOG TERBAIK PILIHAN Zamani84~

1.Mr. E'raz Fadli
Blog yang paling kerap aku kunjungi. Blog ni simple + smart (macam Tuan dia gak), & contetnt/entrinya memang menarik! Salah satu blog yang berinformasi. Serius nih!
Korang leh klik header di bawah untuk ke sana ;)




2. Kak Chik
Antara blog terawal yang aku admire. Blog Kak Chik ni lain dari yang lain, Islamik, santai & menarik. Kak Chik lah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku dengan Polyvore.



3. Aisyah KZ
Blog Adik Manja aku! Dia selalu jadi mangsa tag aku selama ni.. Hehe..


Untuk Segmen ni, aku nak tag Arr & Etuza ;)

JOM 'LIST DOWN' ARTIS MALAYSIA YANG BERTUDUNG


Kenalkah anda pada mereka semua ini? Ada yang Zam terlepas pandang dari senarai Zam ni tak?


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

MACAM NI KER KAWAN??


"Kawan Baik adalah SUSAH untuk dicari,
SUKAR untuk ditinggalkan,
dan MUSTAHIL untuk dilupakan."


Aku rasa, betul lah kot.. Kan? ;)


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

10 Amalan Murah Rezeki



10 Amalan Murah Rezeki

Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya…

1. Menyempatkan diri untuk beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

KREDIT


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Peluru-Peluru Syaitan


Bagi mencapai kecemerlangan, tipu daya syaitan perlu dikenali dan diawasi kerana syaitan sentiasa mencari kesempatan menyerang dan merosakan hati hati manusia.

Menurut Imam Gazali, diantara pintu yang sering digunakan syaitan adalah :

- Perasaan marah
- Nafsu syahwat
- Perasaan tamak dan dengki
- Kenyang
- Cinta kepada perhiasan dan harta benda
- Bergantung pada manusia
- Gopoh gapah dan terburu nafsu
- Cinta kepada dinar, dirham dan emas (wang ringgit)
- Sikap kedekut dan bakhil
- Fanatik mazhab dan kelompok
- Berfikir berkenaan dengan zat, sifat dan af’al atau perbuatan Allah tanpa ilmu
- Sikap mudah berburuk sangka terhadap orang orang Islam

Hati yang cemerlang adalah hati yang suci bersih, yang mampu melihat alam ghaib sehingga ia mengenali Allah tanpa sebarang keraguan.

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, seorang lelaki bertanyakan kepada Baginda : “Ya Rasulullah, siapakah manusia terbaik?” Nabi menjawab : “Mereka adalah orang mukmin yang berhati makhmum. Orang itu bertanya lagi : “Apakah hati makhmum itu?” Nabi bersabda “Ia adalah hati yang bertakwa lagi bersih, yang tidak ada di dalamnya penipuan, sikap melampaui batas, tipu daya, khianat dan hasad.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Majah dan bertaraf sahih. Hati yang bersih ditakuti oleh syaitan. Nabi pernah bersabda : “Tidak berjalan Umar di suatu lorong melainkan syaitan memilih jalan lain (supaya tidak bertembung dengan Umar).” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Perasaan gerun yang ditunjukkan oleh syaitan adalah disebabkan kecemerlangan takwa yang wujud didalam hati Umar.


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Rasa Cemas Dalam Mimpi


Apa yang dialami dalam mimpi, biasanya akan dirasakan seolah2 benar2 berlaku di dunia realiti. Jadi tidak hairanlah, kalau segala perasaan seperti seram & menakutkan itu benar2 dapat dirasakan dalam mimpi kita.

Aku sendiri kerap bermimpi sesuatu yang menakutkan datang mencari aku.. Saat itu, pasti aku keseorangan dalam mimpi aku.. Biasanya dalam situasi itu, aku akan cuba untuk lari melepaskan diri.. Giler seram tak ingat.. Mimpi semacam ini kerap mendatangi aku.. Mungkin pengaruh filem & cerita raksaksa yang kerap aku layan sejak kecil.

Sedikit info yang aku ingin kongsikan tentang mimpi:

Kita juga cenderung mengalami mimpi dengan “tema” yg sama, yaitu:

  • Mimpi di sekolah,
  • Mimpi dikejar
  • Mimpi lari dalam gerak lambat atau lari tapi tidak maju2 ( padahal ada kereta api bergerak menghampiri kita )
  • Mimpi datang lewat (ketinggalan bas, kapal terbang)
  • Mimpi bisa terbang
  • Mimpi jatuh, mimpi gagal lulus ujian, mimpi kecelakaan, dan
  • Mimpi ketemu orang yg udah mati

Tapi adakalanya bila dah terjaga, rasa thrill & best lak mimpi macam tu.. Hehe


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!