e

Sunday, March 25, 2012

iPhone Boleh Jadi DSLR?? Wow!!

SALAH SATU AKSESORI KREATIF UNTUK iPHONE!

Rakaman Video dari iPhone 4 menggunakan Lensa DSLR Canon EF 50mm f1.8 bersama EnCinema SLR Lens Adapter yang disambungkan kepadato OWLE Bubo dari iphone35.com dan Vid-Atlantic. Giler cool! Makin lama, makin canggih alat telekomunikasi kita!


Ini pula dari SANWA, untuk iPhone 4S yang menawarkan lensa dengan x12 zoom untuk mengambil gambar dari jarak jauh!


CREDIT: ICANBECREATIVE & JAPAN TREND SHOP

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Anak Kecil Ini Mempunyai Alahan Terhadap Makanan!


Joshua, seorang kanak kanak berumur 9 tahun yang menghidap penyakit eosinophilic esophagitis, mempunyai alahan terhadap semua jenis makanan. Pizza, hot dog, apa saja, dan Joshua tidak dibenarkan untuk merasainya malah untuk menghidunya pun tidak dibolehkan!

Joshua mendapatkan kebanyakan nutrisi yang diperlukan dari preskepsi formula yang diberikan oleh doktornya, dan juga menerusi saluran tiub ke perutnya. Disebabkan penyakitnya, Joshua tidak bersekolah dan hanya belajar di rumah (di didik oleh ibunya), dan memerlukan perhatian & pengawasan yang khusus.

Cara dan Brant, ibu bapa Joshua's, menceritakan bagaimana hari hari ditempuhi oleh Joshua.



Apa akan terjadi jika Joshua makan salah satu makanan yang menjadi alahan kepadanya? Dia akan mengalami kesakitan, & ada juga kemungkinan dia akan berhadapan dengan maut.

" Tidak ada seminit pun yang berlalu tanpa saya merasa takut" kata Cara.

Mari kita lihat-




Bersyukurlah kan, kita ni dapat menikmati macam macam jenis makanan, walaupun semangkuk mee maggi.. Hmmm

(diterjemah oleh Zamani84 dari Andersoncooper)

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

"Segmen 3 : Menambah Followers Di Blog Anda"


Segmen Ketiga untuk Hari Ahad ni. Jom2 join support adik Uncha;) Klik benner di atas untuk syarat2 penyertaan.


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

"Segmen Up Followers + Review Blog "



Salah satu segmen yang aku selalu join ialah Review Blog. Secara langsung, ia akan membantu mempromosikan blog kita kepada blogger lain. Jadi, pada yang berminat untuk sertai, korang boleh klik banner di atas ;)



ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Segmen Cik Purple | Jom Kasi Gempak!


Selamat Pagi Ahad Semua~ (^^,) Sambil2 online membaca entri santai di blog pagi2 ni, kalau ada kelapangan, apa kata korang join segmen dari Cik Purple ni. Simple jek. Untuk maklumat, klik banner di atas k.

Buat pengunjung semua, Blog Zamani 84 ni menghimpunkan kisah hidup, termasuk hobi Zam terutamanya fotografi- sepanjang 3 tahun berulang alik dari Kuching-Kuala Lumpur-Kota Bharu.. & Insya Allah, selain itu, korang akan temui artikel2 menarik di sini (^^,)


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

MANDI: 6 Manfaat Yang Mungkin Kita Tidak Sedari


Selamat Pagi Ahad Semua! Bestnye bila hari Ahad ni kita bangun awal awal pagi & mandi.. Terasa segar je badan ni. Kemudian apa yang dilakukan ialah menunggu sarapan disediakan, & seterusnya santai2 di rumah merehatkan badan..

Pagi ni Zam nak kongsikan kan beberapa info yang menarik tentang mandi. Jom baca~ ;)

Evidence :Kajian berkaitan dengan mandi mendapati bahawa mandi bukan sahaja bertujuan untuk membersihkan diri dari kotoran, tetapi menghilangkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekuatan tubuh. Berikut ini disenaraikan beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya
1) Meringankan sakit kritikal
Penyelidikan yang diterbitkan dalam ‘New England Journal of Medicine’ menunjukkan orang yang menghidap penyakit kencing manis (diabetes) dapat menurunkan kadar gula dalam darah sekitar 13 peratus dengan berendam dalam air suam selama setengah jam. wOW ! Kajian di Jepun pula menunjukkan berendam dalam air panas selama 10 minit dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk kaum lelaki.
2) Mengeluarkan racun
Mandi dengan berendam dalam air panas sekitar 32 – 35 darjah Celsius selama 10 hingga 20 minit dapat membuka ruang kulit yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan kadar kandungan gula dalam darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik.
3) Mengurangkankan Stress
Jika anda mengalami stress atau tekanan, mandi air sejuk adalah petua yang paling mujarab.Ditambah lagi dgn syampoo yg ade menthol kan gilerr sedapp ! Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 -18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.
4) Jangkitan kulit
Penyakit kulit seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan kacau sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
5) Selesema dan sakit kepala
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang kepenatan. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis pati minyak wangi seperti lavender, peppermint atau lemon. Rendam kaki selama10 hingga 20 minit. Selepas itu bilas kaki dengan air sejuk.
6) Insomnia
Merendamkan kaki dalam air sejuk sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini juga berguna untuk menyegarkan kaki yang kepenatan, merawat pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

KREDIT: NIA ZAHIRAH BLOGSPOT


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!